Penyakit Mudah Lupa, Apa Puncanya

Penyakit Mudah Lupa, Apa Puncanya

penyakit mudah lupa

Penyakit mudah lupa di kala usia masih muda bukan lagi sesuatu yang asing pada zaman moden ini. Kalau dahulu, kebiasaannya yang kita dengar ialah, “Ala, orang tua macam tu la cepat lupa.”

Begitu juga dengan kes angin ahmar atau strok yang pada suatu masa dahulu dikaitkan dengan usia tua. Tetapi kini mangsa strok adalah tidak mengira usia.

Sebenarnya, otak kita ialah organ yang sentiasa memerlukan darah yang cukup kerana fungsinya yang penting sebagai pusat kawalan seluruh badan.

Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya seekor haiwan tidak mendapat makanan dan minuman untuk beberapa hari?

Sudah pastilah lama-kelamaan akan menyebabkan ia mati.

Sedangkan kita yang berpuasa beberapa belas jam sehari pun, di penghujung waktu sebelum berbuka sudah keletihan sekali.

Sebagaimana perumpamaan ini, begitu jugalah otak kita, yang mana darah merupakan ‘makanan’ utamanya.

Kekurangan darah yang sampai ke mana-mana bahagian otak akan menyebabkan tisu otak di bahagian itu ‘mati’ perlahan-lahan. Dan akhirnya tentulah perhubungan di antara tisu lain dengan tisu otak yang telah mati itu terputus!

Baginilah secara ringkasnya alkisah kejadiannya angin ahmar (strok jenis ischemic – tidak cukup darah yang sampai ke mana-mana bahagian otak).

Tahukah anda, dari segi perubatan, strok boleh dikategorikan kepada 2 jenis.

Hemorrhagic stroke terjadi kerana pendarahan. Contohnya tekanan darah terlalu tinggi menyebabkan salur darah di otak pecah dan berlakunya pengumpulan darah di dalam otak. Ini menghasilkan tekanan berterusan ke atas sel-sel otak lalu sel-sel ini akan ‘mati’.

Ischemic stroke pula terjadi kerana kekurangan darah ke mana-mana bahagian otak menyebabkan sel-sel otak di situ ‘mati’ (seperti yang telah disebutkan).

.

penyakit mudah lupa

Pertumbuhan otak kebanyakannya selesai semasa kita berusia 5-6 tahun. Jadi, pastikan anda membekalkan anak-anak dengan ‘makanan’ yang diperlukan otak terutamanya asid lemak omega-3.

.

ELAKKAN PENYAKIT MUDAH LUPA DENGAN 5 TIPS INI

.

Dalam kita tidak sedar, sebenarnya mudah sekali untuk kita mengelakkan penyakit mudah lupa ini.

Caranya ialah dengan berusaha setiap hari untuk meningkatkan pengaliran darah ke otak sahaja. Otak yang mendapat darah yang cukup setiap hari, maka akan berjalan lancarlah kerja-kerjanya bukan?

Dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak, anda sebenarnya telah mengurangkan risiko penyakit-penyakit serius seperti strok. Malah, akan membantu memperbaiki fungsi-fungsi otak seperti memori dan konsentrasi!

.

1# Senaman Aerobik

Jens senaman aerobik ialah senaman yang memperbaiki kesihatan salur darah. Salur darah yang sihat akan melancarkan pengaliran darah.

Apabila bersenam aerobik, lebih banyak ‘lebuhraya’ akan terbina. Oksigen akan disebarkan ke seluruh badan. Sel-sel otak akan diaktifkan dan perhubungan di antara tisu-tisu menjadi lebih baik.

Sebab itulah ianya senaman yang paling berkesan untuk meningkatkan pengaliran darah ke otak!

Apakah contoh-contoh senaman aerobik yang mudah untuk anda lakukan?

Berjalan selama 30 minit setiap hari.

Berjoging selama 15 minit setiap hari

Pergilah ke kelas menari setiap hari.

Anda juga boleh menaiki basikal selama 15 minit setiap hari.

Atau anda juga boleh memilih mana-mana senaman arobik yang boleh dilakukan di rumah.

.

penyakit mudah lupa

.

2# Nutrisi Yang Baik Untuk Otak

Adalah sesuatu yang penting untuk memastikan darah yang sampai ke otak adalah kaya dengan nutrisi yang diperlukan.

Kira-kira 20% darah akan dipam ke otak bagi setiap denyutan jantung.

Ya. Kita tidak tahu berapa banyak nutrisi apa yang terkandung dalam darah kita. Tapi kita boleh menentukan jenis makanan yang kita makan.

Pilihlah makanan tinggi nutrisi penting untuk otak.

Setiap hari, cuba untuk pastikan anda mengambil jenis makanan ini:

  • karbohidrat kompleks seperti beras perang, oat dan barli
  • asid lemak omega-3 seperti salmon, avokado, minyak zaitun dan kekacang
  • antioksidan seperti strawberi, buah-buahan sitrus, tomato dan brokoli
  • protein seperti daging, ikan dan telur

.

Percayakah anda, hampir 60% daripada otak kita terbina daripada LEMAK?!

Lemak yang diperlukan otak dinamakan asid lemak ‘perlu’ (essential fatty acids) yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Kita perlukan diet yang kaya dengan asid lemak omega-3 sebagai ‘makanan’ kepada otak setiap hari.

.

ibu kelar anak

Antara sumber omega-3 ialah ikan laut dalam, telur, minyak zaitun, dan kekacang. Anda perlukan suplemen omega-3 sekiranya tidak mandapat secukupnya dari pemakanan.

.

3# Katakan ‘Selamat Tinggal’ Kepada Gaya Hidup Tidak Sihat

Merokok. Nikotin di dalam rokok yang masuk ke dalam darah akan mengaktifkan kelenjar adrenal. Lalu adrenaline dihasilkan secara berlebihan.

Stress yang tidak dikawal dengan baik juga melalui mekanisma yang sama, akan turut mengaktifkan kelenjar adrenal dan menghasilkan adrenaline berlebihan.

Adrenaline kemudiannya akan merangsang sistem saraf pusat, mengakibatkan nadi menjadi lebih laju dan tekanan berlebihan. Badan yang berada dalam keadaan yang bahaya ini adalah seperti ‘time bomb’, di mana paras gula adalah rendah sementara otak pula berada dalam keadaan mengujakan.

Obesiti dan berat badan berlebihan juga memberi kesan yang besar terhadap kesihatan otak. Kita semua juga sedia maklum bahawa ianya merupakan salah satu yang meningkatkan risiko strok!

Penjelasannya mudah sahaja.

Lemak yang terkumpul di dalam salur darah menyebabkan diameter salur darah menjadi lebih kecil. Jadi, akan kuranglah darah yang akan sampai ke otak.

.

penyakit mudah lupa

Stress bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan otak, tetapi adalah ‘musuh’ kepada kesihatan secara menyeluruh.

.

4# Latihan Untuk Otak

Antara lain, untuk meningkatkan darah ke otak, anda boleh juga lakukan ‘latihan’ untuk otak setiap hari.

Adalah penting untuk melatih keupayaan otak seperti fungsi kognitif, kebolehan mengingat, motivasi diri dan lain-lain.

Dengan melatih otak setiap hari, secara langsung akan membantu otak membina ‘jambatan-jambatan’ baru yang menghubungkan sel-sel neuron di otak.

Lebih banyak sel-sel otak yang berhubung akan meningkatkan tisu-tisu dala otak. Dengan ini dapatlah anda melambatkan penuaan otak anda.

Apa pula contoh-contoh latihan untuk otak yang anda boleh buat?

Senang sahaja. Pilih sahaja apa-apa yang membuatkan anda belajar sesuatu yang BARU setiap hari.

Membaca, menyertai kursus, mencari maklumat bermakna dari internet, menari rentak baru, mencuba resepi masakan baru dan sebagainya.

.

5# Berfikiran Positif

Wah, rupa-rupanya kalau anda selalu berfikiran negatif, kerap stres dan kemurungan – ini boleh mengganggu komposisi neurokimia di dalam otak anda!

Cuba anda lihat kembali isi dalam point ketiga tadi.

Di mana kelenjar adrenal diaktifkan dan adrenaline dihasilkan secara berlebihan. Yang kemudiannya akan menjadikan pengaliran darah ke otak dan sisten saraf tidak stabil.

Keadaan yang membahayakan ini, jika berterusan akan mengakibatkan sesuatu yang lebih serius!

Untuk memulihkannya, adalah lebih baik untuk berfikir positif daripada mengambil pil-pil penenang.

Ini kerana, otak kita ialah organ yang powerful sebenarnya. Pemikiran yang positif boleh mempengaruhi kesihatan otak LEBIH daripada apa yang kita fikirkan.

Jadi, apa kata mulai hari ini anda praktikkan perkara-perkara seperti memilih untuk bergurau senda daripada terlalu serius, melakukan yoga, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, dan sebagainya

penyakit mudah lupa

Saintis Menjumpai Cara Tangani 4 Faktor Penuaan Sel Ini

Saintis Menjumpai Cara Tangani 4 Faktor Penuaan Sel Ini

faktor penuaan

Pernahkah kita terfikir kenapa semakin hari kita semakin tua? Kenapa berlakunya proses penuaan dan bagaimana ianya berlaku? Adakah cara untuk melambatkan proses penuaan ini?

Proses penuaan (aging) ialah suatu proses kompleks yang berlaku secara semulajadi melibatkan setiap molekul, sel dan organ. Yang mana ini seterusnya pasti akan mempengaruhi fungsi-fungsi badan kita.

Terdapat dua jenis umur kita.

Pertamanya ialah umur kronologikal (chronological age) yang bertambah setiap tahun.

Keduanya ialah umur biologikal (biological age) yang bermaksud penuaan sel. Penuaan sel akan mempengaruhi proses duplikasi dan fungsinya.

Mereka yang kelihatan lebih tua dari usia adalah disebabkan 3 perkara – genetik, cara hidup, dan nutrisi seharian.

Seterusnya, Ain kongsikan 4 cara bagaimana sel kita mengalami proses penuaan.

.

FAKTOR PENUAAN : SEL KITA SEMAKIN TUA DISEBABKAN 4 PERKARA INI

.

1# Kerosakan DNA

Seperti kad memori telefon pintar kita, DNA menyimpan maklumat genetik kita.

Ianya boleh mengalami kerosakan disebabkan kehadiran toksin dan proses pengoksidaan. Anda yang tidak terdedah dengan semua ini juga tidak terkecuali kerana proses metabolisma yang normal juga boleh merosakkan DNA.

“Tahukah anda, kira-kira 1 juta (1 million) DNA kita rosak setiap hari?”

DNA yang telah rosak ini seterusnya akan mengalami proses replikasi di mana kerosakan yang di-“copy-paste” akan terhasil. Maka, terbentuklah sel dengan DNA rosak yang berkumpul dari hari ke hari.

Lama-kelamaan, sel ini tidak akan dapat berfungsi dengan baik lagi.

Ya. Memang terdapat mekanisma semulajadi badan yang berupaya untuk memperbaiki kerosakan DNA. Tetapi apabila kerosakan adalah melebihi keupayaan untuk memperbaiki ini, akan terjadilah kematian sel secara pramatang.

faktor penuaan

Proses replikasi DNA yang rosak mengakibatkan pengumpulan sel-sel dengan DNA rosak yang lama-kelamaan menyebabkan sel itu mati.

.

2# Pengawal Genetik

Pengawal genetik (genetic regulators) menjalankan fungsi-fungsi berikut:

  • menyeimbangkan kerosakan dan pembaikan DNA
  • menyeimbang penghasilan tenaga dan kemerosotannya
  • mengawal jangka hayat sel

Kerosakan terhadap genetic regulators dari hari ke hari boleh berlaku, merisikokan kita terhadap penyakit-penyakit seperti kanser, kerosakan buah pinggang dan nyanyuk.

.

3# Mitokondria

Sebagaimana suis di rumah yang apabila ditekan akan menjana elektrik untuk lampu dan kipas contohnya, mitokondria ialah pusat janakuasa yang terletak di dalam setiap sel.

Mitokondria menukarkan karbohidrat, lemak, protein dari makanan yang kita makan kepada tenaga.

Kerosakan oleh proses oksidasi ke atas mitokondria dan DNA akan menyebabkan sel kekurangan tenaga. Ini lama-kelamaan boleh membawa kepada penyakit jantung, arthritis dan Alzheimer.

.

faktor penuaan

Setiap sel dalam badan kita mengandungi mitokondria. Kerosakan mitokondria lama-kelamaan menyebabkan sel-sel kekurangan tenaga dan terjadilah kemerosotan fungsi organ-organ.

.

4# AGE Protein

Saintis percaya, dari semasa ke semasa terdapat pengumpulan protein ‘jahat’ yang dipanggil advanced glycation end products (AGE protein).

Pengumpulan protein AGE boleh mengakibatkan tersumbatnya salur arteri (atherosclerosis), kencing manis dan kerosakan buah pinggang.

“Berjuta-juta dolar telah dibelanjakan untuk penyelidikan tentang penuaan ini. Sebagai contoh, National Institute of Aging sendiri telah membelanjakan kira-kira 2.4 bilion dolar pada tahun 2007 sahaja!”

faktor penuaan

Proses replikasi DNA yang rosak mengakibatkan pengumpulan sel-sel dengan DNA rosak yang lama-kelamaan menyebabkan sel itu mati.

.

BAGAIMANA PULA PENEMUAN SAINTIS TENTANG CARA UNTUK MELAMBATKAN PENUAAN?

.

Untuk MENCEGAH penuaan adalah MUSTAHIL, tapi kita boleh melambatkannya.

Berdasarkan kajian makmal, 5 cara ini mampu melambatkan proses penuaan dari berlaku:

  1. mencegah kerosakan DNA
  2. menyokong proses baikpulih DNA
  3. mempengaruhi genetic regulators
  4. mempengaruhi biogenesis mitokondria
  5. mengurangkan pengumpulan protein AGE

.

Kajian Polifenol

Polifenol merupakan fitonutrien semulajadi yang dijumpai di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan.

Beribu-ribu kajian menyokong bahawa polifenol memiliki sifat antioksida dan antiradang.

Resveratrol, ialah salah satu polifenol yang powerful yang boleh dijumpai di dalam anggur, yang juga boleh mempengaruhi proses penuaan sel kita.

Ini telah terbukti di dalam kajian yang mendapati, sel-sel yang ‘dirawat’ dengan resveratrol bukan sahaja lebih kebal daripada kerosakan DNA, malah lebih berkesan di dalam baik pulih DNA.

Di dalam kajian yang lain pula mendapati, beberapa polifenol yang lain menggalakkan penghasilan tenaga di dalam sel.

Polifenol juga didapati berkesan melindungi dari sindrom metabolik (metabolic syndrome).

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2006 oleh Dr.Davis dari Universiti Harvard pula mendapati, resveratrol mempunyai kesan positif terhadap diet tinggi lemak dan mengurangkan pembentukan kerintangan terhadap insulin.

Antara lain, polifenol juga didapati mengehadkan penghasilan protein AGE. Yang mana ini adalah baik untuk kesihatan sel.

faktor penuaan

Anggur Muscadine didapati merupakan sumber yang kaya dengan resveratrol. Anggur istimewa ini memiliki kromosom ekstra yang dipercayai juga mempunyai antioksida ekstra yang bermanfaat untuk menangani faktor-faktor penuaan sel.

.

Kesimpulannya, masih belum terlambat untuk anda berubah untuk melambatkan proses penuaan.

Penuaan bukan sahaja menjadikan kita nampak TUA, tetapi apa yang lebih membimbangkan ianya boleh menyebabkan penyakit-penyakti seperti yang telah disebutkan.

Bagi mencegah atau melambatkan proses penuaan, National Institute of Aging menyarankan perkara-perkara di bawah:

  1. penjagaan nutrisi harian yang seimbang dan sihat
  2. cara hidup sihat
  3. berhenti merokok dan elakkan perkara-perkara lain yang mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan

.

Sebagai penutup, mari kita dengar penerangan Jamie Mc Manus, MD, FAAFP yang merupakan Chairman Medical Affairs, Health Sciences & Education, Shaklee Corporation.

 

 

10 Kebaikan Vitamin E Yang Mungin Kita Tak Tahu

10 Kebaikan Vitamin E Yang Mungin Kita Tak Tahu

kebaikan vitamin e

Selama ini kita mungkin tahu yang vitamin E hanya untuk mencantikkan kulit sahaja. Tapi hakikatnya, ada lebih banyak lagi manfaat vitamin E yang kita tak tahu. Di sini saya kongsikan 10 kebaikan vitamin E untuk kesihatan kita.

Vitamin E merupakan salah satu vitamin larut lemak selain vitamin A, D, dan K. Kumpulan vitamin larut lemak jika diambil berlebihan tidak akan disingkirkan melalui air kencing (seperti vitamin larut air). Sebaliknya akan disimpan di dalam badan untuk kegunaan di masa hadapan.

Walau bagaimanapun, paras vitamin larut lemak yang berlebihan boleh memudaratkan.

Apabila kita menyebut ‘vitamin E’ bermaksud gabungan 8 komponen di dalamnya, di mana komponen yang paling aktif ialah alpha-tocopherol.

.

10 Kebaikan Vitamin E

.

1# Antioksidan

Pernah tengok besi yang dah berkarat?

Sel-sel badan kita yang dah rosak boleh diibaratkan seperti besi yang telah berkarat. Besi yang mengalami proses oksidasi lalu berkarat, adalah analogi yang mudah faham bagi menerangkan proses oksidasi radikal bebas yang kemudiannya boleh merosakkan sel badan. Tidak mustahil ini boleh mengakibatkan kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain.

Berdasarkan National Health Institute (NIH), vitamin E merupakan antioksidan yang sangat powerful yang boleh melindungi sel-sel badan dari kerosakan oleh radikal bebas, melawan keradangan dan melambatkan proses penuaan secara semulajadi (2). Dengan ini, kajian juga mendapati dapat meningkat paras imuniti kita (3).

kebaikan vitamin e

Antioksidan (vitamin E) melindungi sel sihat daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

.

2# Mengimbangi Paras Kolesterol

Selain dari pemakanan, kolesterol secara semulajadinya dihasikan oleh badan untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu. Paras kolesterol yang normal adalah baik untuk kesihatan.

Namun, apabila mengalami proses oksidasi, kolesterol menjadi ‘jahat’ dan memudaratkan (meningkatkan risiko masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok).

Kajian mendapati, vitamin E membantu melawan radikal bebas yang menyebabkan oksidasi kolesterol ini (1).

Isomer tocotrienol di dalam vitamin E pula berfungsi:

  • mengurangkan aktiviti enzim HMG-CoA reductase yang mengawal penghasilan kolesterol
  • menghalang proses penyumbatan salur arteri (atherosclerosis)

Disebabkan agak sukar untuk mendapatkan vitamin E yang cukup dari pemakanan, sebaiknya boleh memudaratkan, pemilihan suplemen vitamin E sebaiknya dari sumber semulajadi. Ini kerana vitamin E sintetik, manfaatnya tidak dapat menandingi yang semulajadi.

Di dalam vitamin E sintetik, paras alpha-tocopherol yang lebih tinggi boleh mengganggu tindakan delta- dan gamma-tocotrienols yang menurunkan kolesterol (fungsi ini mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular).

.

3# Menyihat dan Mencantikkan Kulit

Wah, ini part yang best ni haha. Rupa-rupanya banyak ya yang vitamin E boleh buat dari dalam untuk menyihat dan mencantikkan kulit kita! :

  • menguatkan dinding kapilari lalu memperbaiki kelembapan dan keelastikan kulit
  • sebagai antioksidan semulajadi yang melindungi dari kerosakan oleh radikal bebas
  • mengurangkan keradangan (4)
  • membantu dalam penyembuhan kulit (contoh luka)
  • minyak vitamin E boleh diserap oleh lapisan epidermis, bertindak sebagai sunblock semulajadi
  • mempercepatkan regenerasi sel, sebab itulah ianya terbaik untuk merawat jerawat,, parut dan kedutan

Patutlah vitamin E merupakan suplemen wajib bagi mereka yang mementingkan kecantikan kulit. Sihat dalaman, cantik luaran gitewww.

kebaikan vitamin e

Kebaikan vitamin E yang paling popular ialah mencantikkan kulit. Sesuai sangat untuk yang berjerawat, parut lama dan mengurangkan kedutan.

.

4# Melebatkan Rambut

Ini pun manfaat yang best jugak!

Disebabkan vitamin E merupakan antioksidan yang hebat, ia melindungi kerosakan rambut oleh radikal bebas.

Selain itu, vitamin E juga menggalakkan pengaliran darah ke bahagian rambut, membantu mengekalkan kelembapan rambut, menghalang kekeringan dan flakey.

Minyak dalam vitamin E pula boleh menjadikan rambut kelihatan lebih bersinar dan sihat. Jadi, tak salah sekali sekala untuk membelai rambut anda dengan minyak vitamin E.

.

5# Mengimbangi Hormon

Antara tanda anda bermasalah hormon tak seimbang ialah mengalami senggugut (PMS, pre-menstrual syndrome), masalah berat badan, jangkitan salur kencing, perubahan kulit (jerawat, kuit kusam, dan lain2), keletihan.

Cubalah tangani masalah ini dengan vitamin E, kerana berdasarkan kajian (5), vitamin E membantu mengimbangi sistem hormon (endocrine) dan saraf (nervous system).

Tak mustahil, jika anda berjaya menyelesaikan masalah hormon anda, sekaligus lebih mudah untuk anda menurunkan berat badan, mendapat kulit yang lebih cantik, menangani senggut dan sebagainya.

.

6# Membantu Menangani Senggugut

Kini, tak perlu lagi terseksa menghadapi senggugut setiap bulan. Ambillah vitamin E seawal 2 hingga 3 hari sebelum dan 2 hingga 3 hari selepas haid untuk mengurangkan kesakitan, menangani kerisauan, ‘craving‘ dan simptom2 PMS yang lain.

Dengan vitamin E juga, dikatakan mampu mengawal haid dengan lebih teratur.

kebaikan vitamin e

Mood swing ialah salah satu simptom dalam PMS. ?

.

7#  Kesihatan Mata

Macular degeneration ialah penyebab paling utama bagi buta. Pengambilan vitamin E bersama vitamin C, beta carotena dan zink dikatakan perlu untuk kesan terhadap penglihatan yang baik.

Buat mereka yang baru selesai pembedahan mata secara laser pula, disarankan mengambil vitamin E dan A untuk mempercepatkan penyembuhan dan penglihatan.

.

8# Membantu Pesakit Alzheimer (nyanyuk)

Hasil kajian ini menunjukkan, vitamin E yang bersifat antiradang:

  • melambatkan hilang ingatan
  • dan melambatkan kemerosotan fungsi
  • kebergantungan pesakit kepada orang lain juga dilambatkan
  • mengurangkan risiko nyanyuk yang lebih serius jika diambil bersama vitamin C

.

9# Mengurangkan Risiko Kanser & Memperbaiki Kesan Dari Perubatan

Pesakit kanser yang menjalani rawatan kanser disarankan untuk mengambil vitamin E kerana sifat antioksidannya melawan kesan radikal bebas dan untuk mengurangkan kesan sampingan yang tidak diingini daripada rawatan (contoh rambut gugur selepas kimeterapi).

.

10# Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Otot

Jangan terkejut jika dikatakan vitamin E juga mampu memberi tenaga dan menguatkan otot.

Di dalam kajian klinikal (6) ini, vitamin E menjalan fungsi ini kerana ia menguatkan dinding kapilari, menggalakkan pengaliran darah yang baik dan merupakan ‘makanan’ kepada sel otot.

.

3 Keistimewaan Vita E Complex Shaklee?

.

1) Sumber Semulajadi

National Health Institute (NIH) menyatakan, cara untuk mengenalpasti sumber vitamin E semulajadi atau pun tidak ialah dengan melihat kepada label di botol.

Vitamin E dari sumber semulajadi akan dilabel dengan “D” atau “d” (macam dalam gambar di bawah). Manakala yang sintetik akan dilabel dengan “DL” atau “dl”.

vitamin e
.
Apa beza consume yang natural atau sintetik?
.
Orang yang consume Vitamin E sintetik memerlukan 50% IU (International Unit) lebih dari yang dapat diperoleh dari vitamin E semulajadi.
.
Maknanya, untuk dapatkan khasiat vitamin E sebagaimana yg kita boleh dapat dari, contohnya 10 IU vitamin E semulajadi, kita perlukan 15 IU vitamin E sintetik (10 + 50% dari 10 = 10 + 5 = 15).
.
Kiranya ‘dos’ yang sintetik ni kena lebih dari yang semulajadi.

.

2) Diperbuat Daripada Ekstrak Biji Anggur

Ada banyak sumber makanan yang kaya dengan vitamin E. Tapi kenapa Shaklee pilih biji anggur?
.
Kerana dalam biji anggur ada Oligomeric Proanthocyanidin (OPC) yang lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yang lain. OPC ini adalah 50 kali ganda lebih kuat dari vitamin E, dan 20 kali ganda lebih kuat dari vitamin C.
.
Sumber dari National Institutes of Health (NIH) menyatakan OPC yang terdapat dari ekstrak biji anggur terbukti mampu:
  • menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol “jahat“)
  • menghalang pembekuan darah
  • menguatkan salur darah
  • membantu pembaikan kolagen
  • mengurangkan bengkak dan radang
  • melegakan masalah berkaitan varicose vein
  • mengurangkan risiko diabetic retinopathy
  • mencantikkan kulit
Boleh dapat OPC dari sumber makanan tak? Sangat jarang, kerana OPC kebanyakannya terdapat dalam sumber yang kita tidak makan (contoh: biji anggur). Dan kalau ada pun, kebanyakannya termusnah sewaktu penyediaan makanan.

.

3) Khasiat 1 Sofgel Vita E Complex

Adalah bersamaan dengan vitamin E daripada 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500gram badam atau 1kg benih gandum.

Tak terdaya ceq nak makan sebanyak semua tu untuk dapatkan vitamin E yang cukup. Jadi jalan mudah ialah dengan mengambil Vita E Complex Shaklee setiap hari. 🙂

.

Sebotol Vitamin E didatangkan dengan 120 biji (tahan 4 bulan) dan harga retail RM156.25. Postage flat rate RM10.60 ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Lebih penjimatan sebagai ahli berdaftar Shaklee. 🙂

Hubungi saya, Ain (whatsapp 016-4214704) untuk pertanyaan dan order.