Masalah Penyusuan Susu Ibu Yang Common

Masalah Penyusuan Susu Ibu Yang Common

masalah penyusuan susu ibu

Menjadi wanita ini sebenarnya sentiasa diuji dengan dugaan. Semasa menginjak usia sekolah rendah atau menengah, kanak-kanak perempuan ‘dikejutkan’ dengan kehadiran darah haid. Ada yang mengalami senggugut ada yang tidak.

Selepas berkahwin pula, dikurniakan rezeki hamil akan mengalami cabaran yang pelbagai sepanjang 9 bulan kehamilan pula

Baca juga entri Cabaran-cabaran Hamil & Tips Menangani.

Setelah bayi selamat dibersalinkan ke dunia, ibu menyusu akan menempuh masalah penyusuan susu ibu pula.

Hendak menyusukan bayi anda secara eksklusif bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tidaklah pula mustahil untuk berjaya ya.

Jika di zaman persekolahan dahulu, salah satu pepatah yang kita pelajari, “Tangan yang menggoncang buaian mampu menggoncang dunia“, menjelaskan betapa seorang wanita yang tampak lembut di luaran sebenarnya sangat kuat dalaman mereka. =)

Jadi hari ini topik yang Ain nak kongsi bersama ibu-ibu menyusu ialah beberapa masalah penyusuan susu ibu yang common dialami.

Ada masalah, pastilah Ain akan kongsi cara penyelesaiannya juga. InsyaaAllah…

.

1# Puting Tenggelam atau Mendatar (Flat & INVERTED Nipple)

Masalah ini kebiasaaannya dialami oleh ibu-ibu yang pertama kali menyusu.

Jangankan kerana masalah ini, anda give up terus untuk memberi titisan emas ini kepada kesayangan anda.

Apa yang boleh anda lakukan ialah mula mengepam payudara anda seawal minggu ke-37 kehamilan lagi.

Dengan mengepam akan merangsang puting anda supaya lebih ‘keluar’ dan bersedia untuk menyusukan bayi nanti.

Mana tahu dengan mengepam awal ini juga anda akan dapat kolostrum juga.

Kolostrum secara amnya mula dihasilkan badan ibu hamil di penghujung kehamilan.

Untung sangat kalau ‘makanan’ pertama bayi anda sebak menjengah ke dunia ialah kolostrum yang penuh berkhasiat dan kaya dengan antibodi ini.

Konsistensi kolostrum ini sangat pekat, berwarna kekuningan dan amaunnya sedikit sahaja.

masalah penyusuan susu ibu

Flat & inverted nipple adalah masalah penyusuan susu ibu yang common, tetapi boleh diselesaikan.

.

2# Nipple Cracked

Nipple cracked ialah keadaan di mana puting payudara anda terluka dan pedih.

Antara punca-punca puting anda boleh terluka ialah seperti berikut:

  • teknik lekapan yang salah (Baca juga entri tentang Teknik Lekapan Menyusu Yang Betul)
  • penggunaan pam susu yang tidak sesuai (sedutan terlalu kuat, saiz corong salah, dan lain-lain)
  • jangkitan kulit pada puting yang dipindahkan dari bayi semasa menyusu (periksa dalam mulut bayi)
  • kulit anda terlalu kering contohnya anda mengalami eczema
  • bayi anda mengalami tongue-tie yang mempengaruhi teknik lekapan

Sekiranya anda mengalami masalah ini, apa yang anda boleh lakukan ialah:

  1. Pastikan bayi melekap dengan baik semasa menyusu
  2. Cuba menyusu dengan posisi lain
  3. Menyusu di sebelah payudara yang tidak luka
  4. Letakkan cold pack pada puting yang terluka untuk mengurangkan kesakitan
  5. Bersihkan puting dengan kain bersih selepas menyusu
  6. Sapukan krim yang sesuai (boleh didapati di pasaran ‘Cream for Cracked Nipple’) untuk membantu penyembuhan
  7. Jika terlalu sakit, anda boleh dapatkan ubat tahan sakit (sebaiknya dapatkan nasihat doktor kerana anda menyusu)

.

2# Bengkak Susu

Untuk point ini, telah Ain ceritakan dengan detail dalam entri Tips Atasi Bengkak Susu Dengan Berkesan.

Klik gambar ini untuk bacaan lanjut

.

4# Saluran Susu Tersumbat (Clogged Duct)

Ini juga Ain telah buat satu entri tentang ini, bertajuk Salur Susu Tersumbat, Bagaimana Mengatasinya?

.

5# Ibu Tidak Sihat

Dari segi negatifnya, apabila ibu menyusu tidak sihat, badan mengalami stres dan boleh merudumkan penghasilan susu ibu.

Manakala dari segi positifnya, jika ibu menyusu mengalami jangkitan, antibodi yang dihasilkan dapat disalurkan kepada bayi anda.

Untuk mencegah daripada ibu menyusu mudah sakit, amalkanlah pemakanan yang kaya dengan vitamin C (seperti buah-buahan sitrus) dan omega-3 (seperti ikan) untuk boost sistem imun anda.

Bila dah jatuh sakit, kenalah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul.

Sebaiknya elakkan membeli sendiri ubat-ubatan kerana ada sesetengah ubat yang tidak sesuai untuk ibu menyusu.

.

6# Susu Merudum

Ada banyak punca kenapa ini boleh berlaku.

Pertamanya, jika anda katakan susu anda sedikit sebaik bayi dilahirkan, sebenarnya anda salah.

Susu ibu ialah ‘makanan’ terbaik yang dijadikan Tuhan. Ciptaan Tuhan juga semestinya adalah yang terbaik untuk bayi anda.

Anda kena sentiasa ingat yang susu ibu sentiasa CUKUP untuk bayi anda sejak dari hari pertama bayi menjengah ke dunia lagi. Perkataan ‘CUKUP’ ini penting sangat kerana susu ibu dihasilkan berdasarkan konsep ‘Demand and Supply‘.

Sebaik bayi dilahirkan pula, perut bayi hanya sekecil sebiji buah ceri yang memerlukan hanya kira-kira sesudu kecil susu sahaja sekali menyusu.

Kalau anda pam minggu pertama selepas bersalin dan dapat 0.5 hingga 1oz sekali pam, itu sudah banyak untuk usia bayi anda ketika itu.

Teruskan sahaja menyusu dan mengepam untuk merangsang demand yang lebih.

Lama-kelamaan, semakin besar bayi anda (semakin besar juga perutnya), bayi akan menyusu lebih banyak. Dan badan anda juga akan menghasilkan lebih banyak susu.

Demand dan supply‘ yang ditepati pasti menjadikan susu ibu anda CUKUP untuk bayi anda.

Elakkan membandngkan hasil ebm anda dengan orang lain. Yang penting “CUKUP”, ok? =)

Baca juga entri Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat.

cara simpan susu

Ibu menyusu juga memerlukan makanan tambahan (suplemen) kerana demand nutrisi adalah lebih daripada wanita yang tidak menyusu.

.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Carilah ilmu yang betul, praktikkan dan anda pasti berjaya menyusukan bayi anda.

Selamat berjaya ibu-ibu menyusu semua.

.

Sumber : babycenter.com 

Anda tercari-cari suplemen menyusu untuk mengisi lompong nutrisi anda dan bayi anda?

Jangka Hayat & Cara Simpan Susu Badan

Jangka Hayat & Cara Simpan Susu Badan

cara simpan susu

Salah satu ilmu penting bagi ibu menyusu yang NAK menyusukan bayi secara eksklusif ialah cara simpan susu badan EBM (expressed breast milk).

Bayangkan, setelah berpenat lelah mengepam siang malam, kalau tak ada ilmu yang betul, boleh mempengaruhi kualiti EBM yang telah dipam. Kita nak berikan bayi yang terbaik, perlulah pastikan yang terbaik dari A sampai Z. Kan?

Jadi, kali ini Ain nak kongsi tentang cara simpan susu badan untuk ibu menyusu.

.

Cara Simpan Susu Ibu

.

Pertama-tamanya, ibu-ibu kena faham dahulu yang susu ibu yang diperah atau dipam (expressed breast milk, EBM) ini ada 5 jenis:

1) Fresh EBM

2) Chilled EBM

3) Frozen EBM

4) Thawed EBM

5) EBM yang telah di’panas’kan untuk diberi kepada bayi

.

Susu ibu yang telah diperah atau dipam boleh disimpan dalam plastik khas untuk EBM (lebih menjimatkan ruang) ataupun botol susu khas untuk EBM.

.

cara simpan susu

Untuk ebm yang disimpan dalam plastik khas, pastikan sebelum seal, squeeze out semaksima udara untuk meminimakan kehadiran udara (kehadiran bakteria) yang boleh merosakkan susu.

.

Seterusnya, untuk memudahkan pemahaman, Ain akan ceritakan mengikut step ya.

Katakan, anda selesai mengepam susu anda. Inilah yang dipanggil FRESH EBM, susu badan yang masih ‘segar dari ladang’.

Fresh EBM ini, jika dibiarkan dalam suhu bilik (25 – 37 Celcius) boleh bertahan sehingga 4jam. Maksudnya, kalau anda nak beri bayi anda fresh EBM ni boleh sangat, dengan syarat dalam masa 4jam.

Katalah bilik anda mempunyai penghawa dingin bersuhu antara 15-25 Celcius, fresh EBM ini boleh bertahan sehingga 8jam.

(Untuk bayi pramatang, jangka hayat fresh EBM ialah 4 jam tak kira berapa pun suhu dalam bilik ketika itu)

Kalau fresh EBM ini disimpan dalam peti sejuk (chiller) pula, EBM ini akan bertukar nama kepada CHILLED EBM. Chilled EBM pula boleh bertahan dalam chiller bersuhu 2 -4 Celcius sehingga 3 – 5 hari. Means, kalau anda nak beri bayi anda minum chilled EBM ni boleh sangat dalam masa 3 hingga 5 hari itu.

(Bagi bayi pramatang, jangka hayat chilled EBM ialah 48 jam di dalam suhu 2 – 4 Celcius)

Dan jika dalam 5 hari anda agak-agak macam tak perlu beri bayi chilled EBM ni, anda nak masukkan dalam freezer, susu yang dibekukan dipanggil FROZEN EBM.

Jangka hayat frozen EBM bergantung kepada jenis peti ais tempat simpanan:

(i) freezer dalam peti sejuk 1 pintu : tahan 2 minggu (juga 2 minggu bagi bayi pramatang)

(ii) peti ais yang ada dua pintu (1 pintu freezer, 1 pintu chiller) : tahan 3 bulan (juga 3 bulan bagi bayi pramatang)

deep freezer (-20 Celcius) : tahan 3 hingga 6 bulan (3 bulan sahaja bagi bayi pramatang)

.

cara simpan susu

JANGAN buang EBM yang berupa seperti di dalam gambar ya! Baca info dalam gambar.

.

Susu frozen yang telah dicairkan pula (belum lagi dipanaskan)(THAWED EBM), jika disimpan dalam chiler boleh digunakan dalam masa 24 jam. Manakala jika telah dipanaskan, perlu diberi kepada bayi dalam masa 1 jam.

Topik tentang cara untuk mengendalikan frozen EBM sebelum diberikan kepada bayi akan Ain share kemudian pula ya.

Terima kasih dah baca sampai habis.

Semoga bermanfaat.

Jemput share dengan ibu-ibu menyusu yang sedang tercari-cari info tentang EBM .=)

.

Pengedar Shaklee Butterworth,

Whatsapp 0164214704

Ubat Tambah Susu Badan, Berkesankah Ia?

Ubat Tambah Susu Badan, Berkesankah Ia?

UBAT TAMBAH SUSU | Naluri keibuaan untuk menyusukan bayi secara eksklusif pasti ada dalam diri setiap wanita. Sama ada wanita yang melahirkan anak sendiri, mahupun mereka yang mengambil bayi sebagai anak angkat.

.

ubat tambah susu

.

Memperbanyakkan susu ibu, bagi ibu-ibu yang melahirkan sudah tentulah boleh diusahakan. Bagi ibu yang ingin menyusukan anak angkat juga, tidak mustahil anda juga boleh berjaya menghasilkan susu badan yang diperlukan. (Baca : Persediaan Menyusukan Anak Angkat)

Kali ini, Ain ingin berkongsi senarai ubat tambah susu badan yang boleh didapati dari klinik untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan.

Berdasarkan penerangan saintifik, ubat-ubat yang digelar “galactogogues” ini berinteraksi dengan sistem dopamine, lalu menghasilkan hormon prolaktin, Hormon prolaktin dikenali sebagai ‘hormon susu’, yang mana kehadirannya akan merangsang penghasilan susu ibu.

.

ubat tambah susu

Metoclopramide Ubat Tambah Susu Paling Selamat

.

Sebenarnya, ubat metoclopromide ini ialah ubat untuk masalah loya dan muntah. Tetapi kerana tindakannya ke atas sistem dopamine tadi menjadikan ia salah satu ubat popular untuk menambah susu ibu.

Kajian menunjukkan metoclopramide terbukti meningkatkan penghasilan susu di kalangan ibu-ibu yang bermasalah supply susu yang rendah. Ia juga berkesan menghasilkan susu badan ibu-ibu yang menyusukan anak tanpa hamil (contohnya ibu angkat menyusukan anak angkat).

Metoclopramide dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu dalam jumlah yang sangat minima. Sebab itulah ia dikategorikan sebagai ubat tambah susu yang paling selamat untuk diambil oleh si ibu.

Namun, setiap ubat pasti ada kesan sampingannya walaupun ringan. Antara kesan sampingan yang boleh disebabkan metoclopramide ialah seperti berikut:

  • ketidakselesaan (restlessness)
  • keletihan
  • loya
  • cirit birit
  • kerisauan
  • kemurungan

.

Metoclopramide TIDAK sesuai diberikan sekiranya ibu mempunya sejarah tarik/sawan, ulser berdarah, Parkinson, tekanan darah tinggi, asthma, kegagalan buah pinggang atau hati.

.

ubat tambah susu

Domperidone Membantu Merangsang Laktasi Ibu Angkat

.

Sebagaiman metoclopramide, domperidone juga merupakan kategori ubat untuk masalah perut/usus dan melegakan loya.

Berdasarkan kajian, keberkesanan domperidone menghasilkan atau menambah susu badan adalah lebih kurang sama dengan oleh metoclopramide.

Kesan sampingan domperidone termasuklah loya, mulut kering, denyutan jantung abnormal, sakit kepala dan pening.

Domperidone TIDAK sesuai diberikan kepada ibu yang mempunyai masalah jantung, hati, tumor dan pendarahan perut.

.

ubat tambah susu

Rajin mengepam susu dan menyusukan bayi secara terus membantu merangsang penghasilan susu (konsep “Demand-Supply” harus ditepati).

.

Risperidone

.

Merupakan sejenis ubat antipsykotik untuk merawat masalah psykosis, risperidone memberikan kesan sampingan seperti berikut:

  • tangan terketar-ketar
  • pergerakan yang tidak dapat dikawal
  • kejang otot
  • keletihan
  • insomnia
  • sensitif kepada matahari
  • kerisauan
  • sakit kepala.

.

Kesimpulannya, pengambilan ubat tambah susu ibu tidak disarankan untuk jangka masa panjang. Selain bergantung sepenuhnya terhadap ubat-ubat ini, usaha-usaha oleh ibu sendiri amatlah penting untuk menambah susu badan:

  1. Amalkan pemakanan seimbang untuk mendapat nutrisi secukupnya
  2. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  3. Sentiasa berfikiran positif
  4. Hindari stress yang merupakan musuh utama ibu menyusu
  5. Rajin mengepam dan menyusu secara terus untuk merangsang penghasilan susu
  6. Lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan yang betul

.

Rujuk entri Tips Banyakkan Susu Badan yang pernah Ain share sebelum ini untuk lebih info.

Entri seterusnya, Ain akan kongsi info tentang cara merangsang laktasi bagi ibu yang tidak hamil dan bersalin seperti ibu yang mengambil bayi sebagai anak angkat.

Sekian. Good luck mommies! =)

.

Rujukan :

  1. Kajian NCBI
  2. Kellymom
  3. Australian Breastfeeding Association
6 Tips Atasi Bengkak Susu

6 Tips Atasi Bengkak Susu

tips atasi bengkak susu

Tips Atasi Bengkak Susu

Betapa sakitnya bengkak susu, hanya ibu yang pernah merasainya sahaja yang tahu. Mana-mana ibu dari selepas bersalin sehinggalah ke wean off penyusuan bayi, boleh mengalami masalah ini, tak kira dah besar mana pun bayi anda.

Bagaimana nak tahu anda sedang mengalami masalah bengkak susu?

Anda mengalami bengkak susu sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut:

  • payudara ‘engorged‘ tapi tak surut-surut walaupun selepas bayi menyusu atau pam
  • hasil mengepam sedikit sedangkan payudara masih penuh
  • terdapat ketulan menyakitkan di payudara
  • bayi seperti tidak puas menyusu
  • kesakitan payudara tidak selesai dengan menyusu atau mengepam

.

Awas, kerana jika dibiarkan berlanjutan, bengkak susu boleh mengakibatkan radang payudara (mastitis) yang lebih serius!

Tanda-tanda mastitis pula ialah ibu demam, payudara menjadi lebih sakit, lebih kemerahan dan panas apabila disentuh (boleh bandingkan dengan bahagian kulit yang lain). Boleh jadi ada ketulan yang lebih menyakitkan di payudara.

Jika ini berlaku, anda memerlukan rawatan klinik atau hospital (ada juga kes lebih teruk yang perlukan admission ke wad!)

mastitis

Punca-punca terjadinya bengkak susu ada diceritakan sebelum ini di entri Salur Susu Tersumbat Bagaimana Mengatasinya.

Untuk entri ini, saya kongsikan pula 6 tips untuk mengatasi bengkak susu cara mudah dan agak mujarab untuk ibu-ibu menyusu yang sedang  mengalami masalah ini. Jom!

.

6 TIPS ATASI BENGKAK SUSU

.

Teruskan Menyusu dan Mengepam

Walaupun payudara anda sedang sakit, ini bukanlah kontraindikasi untuk menyusu atau mengepam. Teruskan sahaja seperti biasa. Penting tau untuk mengekalkan demand susu anda.

Kalau anda berhenti menyusu dan mengepam, otak anda akan ‘ingat’ yang bayi tak perlukan susu lagi. Jadinya akan mengurangkan penghasilan susu ibu pula.

Jika bayi anda kelihatan seperti tidak puas menyusu, pam pula hanya dapat sedikit sahaja hasil EBM, berkemungkinan anda sudah mengalami masalah salur susu tersumbat. Teruskan ke tips kedua.

.

Mengurut

Mengurut payudara bertujuan ‘memecahkan’ ketulan susu dan melancarkan salur susu supaya susu mengalir dengan lebih baik.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mengalami bengkak susu beberapa kali setiap kali menyusukan anak-anak, boleh dikatakan mengurut ialah tips yang ‘wajib’ dilakukan.

Bila saya dapati payudara masih ‘berat’ selepas bayi selesai menyusu, lebih-lebih lagi jika terdapat ketulan keras yang menyakitkan, saya akan terus mengurut untuk melegakannya. Sudah tentulah saya mengurut berdasarkan apa yang telah diajar oleh mak bidan yang pernah mengurut saya. Jangan urut sesuka hati pula hihihi.

Sebelum mengurut, pastikan anda mengumpul kekuatan dan kentalkan hati dahulu. Sebabnya urut bengkak susu ni bukan main sakitnya oi. Kalau tak meleleh air mata tu tak berkesan la tu, serius. Huhuhu…

tips atasi bengkak susu

Antara cara urutan payudara untuk masalah bengkak susu

.

Letakkan Hot Pack Atau Bertungku di Ketulan Yang Sakit

Satu lagi tips yang sangat membantu ialah letakkan hot pack atau bertungku di payudara. Kalau ada ketulan tu, ha letakkan di situ.

Suhu yang panas suam-suam dipercayai boleh membantu ‘memecahkan’ ketulan susu yang terkumpul. lalu melancarkan pengaliran susu.

Anda yang mengalami bengkak susu juga digalakkan mandi dengan air suam panas-panas. Lalukan air di payudara yang sedang kesakitan amat sangat tu, serius rasa lega sangat. Sambil mandi sambil urut lagi bagus.

.

Dapatkan Nasihat Doktor dan Pakar Laktasi

Bila mana anda dah cuba macam-macam tips tapi keadaan tidak semakin baik malah semakin teruk sakitnya, segeralah bertanyakan yang berilmu dan lebih pakar.

Untuk kes bengkak susu ini, anda boleh berjumpa doktor untuk diagnosis yang betul dand mendapatkan rawatan yang sesuai. Anda mungkin perlukan ubat tahan sakit, bengkak dan/atau antibiotik.

Di sesetengah kawasan, ada juga pihak yang menyediakan khidmat nasihat dan bantuan oleh kanselor laktasi. Ini sudah bagus kerana mereka ialah orang yang paling arif untuk membantu anda.

.

Menggunakan Kobis

Petua ini ialah petua tradisional yang popular dan agak berkesan bagi kebanyakan ibu yang mengalami bengkak susu. Tetapi awas, jika berlebihan dipercayai boleh mengganggu penghasilan susu ibu pula!

.

Pengambilan Suplemen

Tips terakhir yang boleh anda cuba ialah mengambil suplemen yang mengandungi lecithin.

Lecithin ialah sejenis phospholipid, yang bermaksud ia mempunyai bahagian yang cenderung kepada air dan (hydrophilic) dan satu bahagian lagi cenderung kepada lemak (hydrophobic).

Bagi masalah bengkak susu, lecithin dipercayai membantu meningkatkan jumlah asid lemak tak tepu (polyunsaturated fats) lalu mengurangkan kepekatan susu ibu. Dengan ini, tak la molekul susu ibu mudah berkumpul dan tersumbat.

Sebenarnya, lecithin boleh didapati dari banyak sumber makanan seperti kuning telur, kekacang, susu dan daging. Namun, dari pemakanan sahaja, anda sendiri tidak tahu cukupkan dos yang diperlukan untuk mengatasi masalah bengkak susu anda.

Menurut Canadian Breastfeeding Foundation, dos yang disarankan untuk masalah salur susu tersumbat ialah 1,200mg lecithin yang diambil 4 kali sehari.

tips atasi bengkak susu

Rujuk entri Lecithin Shaklee untuk info lanjut produk.

.

Bagi ibu-ibu yang belum pernah merasai bengkak susu, langkah-langkah pencegahan adalah seperti berikut:

  • pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya dengan cara mengepam selepas menyusu, atau menggunakan kaedah Marmet (mengekspresi susu secara manual dipercayai mampu mengeluarkan baki susu yang masih ada selepas menyusu/mengepam)
  • pastikan lekapan bayi betul
  • rajin mengurut payudara walaupun tidak mengalami bengkak susu untuk memastikan pengaliran susu sentiasa lancar
  • menyusu/mengepam secara berkala setiap 3 hingga 4 jam
  • memakai pakaian longgar dan selesa (pakaian ketat boleh mengganggu pengaliran susu)

.

Sekian perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat. =)