6 Tips Atasi Bengkak Susu

6 Tips Atasi Bengkak Susu

tips atasi bengkak susu

Tips Atasi Bengkak Susu

Betapa sakitnya bengkak susu, hanya ibu yang pernah merasainya sahaja yang tahu. Mana-mana ibu dari selepas bersalin sehinggalah ke wean off penyusuan bayi, boleh mengalami masalah ini, tak kira dah besar mana pun bayi anda.

Bagaimana nak tahu anda sedang mengalami masalah bengkak susu?

Anda mengalami bengkak susu sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut:

  • payudara ‘engorged‘ tapi tak surut-surut walaupun selepas bayi menyusu atau pam
  • hasil mengepam sedikit sedangkan payudara masih penuh
  • terdapat ketulan menyakitkan di payudara
  • bayi seperti tidak puas menyusu
  • kesakitan payudara tidak selesai dengan menyusu atau mengepam

.

Awas, kerana jika dibiarkan berlanjutan, bengkak susu boleh mengakibatkan radang payudara (mastitis) yang lebih serius!

Tanda-tanda mastitis pula ialah ibu demam, payudara menjadi lebih sakit, lebih kemerahan dan panas apabila disentuh (boleh bandingkan dengan bahagian kulit yang lain). Boleh jadi ada ketulan yang lebih menyakitkan di payudara.

Jika ini berlaku, anda memerlukan rawatan klinik atau hospital (ada juga kes lebih teruk yang perlukan admission ke wad!)

mastitis

Punca-punca terjadinya bengkak susu ada diceritakan sebelum ini di entri Salur Susu Tersumbat Bagaimana Mengatasinya.

Untuk entri ini, saya kongsikan pula 6 tips untuk mengatasi bengkak susu cara mudah dan agak mujarab untuk ibu-ibu menyusu yang sedang  mengalami masalah ini. Jom!

.

6 TIPS ATASI BENGKAK SUSU

.

Teruskan Menyusu dan Mengepam

Walaupun payudara anda sedang sakit, ini bukanlah kontraindikasi untuk menyusu atau mengepam. Teruskan sahaja seperti biasa. Penting tau untuk mengekalkan demand susu anda.

Kalau anda berhenti menyusu dan mengepam, otak anda akan ‘ingat’ yang bayi tak perlukan susu lagi. Jadinya akan mengurangkan penghasilan susu ibu pula.

Jika bayi anda kelihatan seperti tidak puas menyusu, pam pula hanya dapat sedikit sahaja hasil EBM, berkemungkinan anda sudah mengalami masalah salur susu tersumbat. Teruskan ke tips kedua.

.

Mengurut

Mengurut payudara bertujuan ‘memecahkan’ ketulan susu dan melancarkan salur susu supaya susu mengalir dengan lebih baik.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mengalami bengkak susu beberapa kali setiap kali menyusukan anak-anak, boleh dikatakan mengurut ialah tips yang ‘wajib’ dilakukan.

Bila saya dapati payudara masih ‘berat’ selepas bayi selesai menyusu, lebih-lebih lagi jika terdapat ketulan keras yang menyakitkan, saya akan terus mengurut untuk melegakannya. Sudah tentulah saya mengurut berdasarkan apa yang telah diajar oleh mak bidan yang pernah mengurut saya. Jangan urut sesuka hati pula hihihi.

Sebelum mengurut, pastikan anda mengumpul kekuatan dan kentalkan hati dahulu. Sebabnya urut bengkak susu ni bukan main sakitnya oi. Kalau tak meleleh air mata tu tak berkesan la tu, serius. Huhuhu…

tips atasi bengkak susu

Antara cara urutan payudara untuk masalah bengkak susu

.

Letakkan Hot Pack Atau Bertungku di Ketulan Yang Sakit

Satu lagi tips yang sangat membantu ialah letakkan hot pack atau bertungku di payudara. Kalau ada ketulan tu, ha letakkan di situ.

Suhu yang panas suam-suam dipercayai boleh membantu ‘memecahkan’ ketulan susu yang terkumpul. lalu melancarkan pengaliran susu.

Anda yang mengalami bengkak susu juga digalakkan mandi dengan air suam panas-panas. Lalukan air di payudara yang sedang kesakitan amat sangat tu, serius rasa lega sangat. Sambil mandi sambil urut lagi bagus.

.

Dapatkan Nasihat Doktor dan Pakar Laktasi

Bila mana anda dah cuba macam-macam tips tapi keadaan tidak semakin baik malah semakin teruk sakitnya, segeralah bertanyakan yang berilmu dan lebih pakar.

Untuk kes bengkak susu ini, anda boleh berjumpa doktor untuk diagnosis yang betul dand mendapatkan rawatan yang sesuai. Anda mungkin perlukan ubat tahan sakit, bengkak dan/atau antibiotik.

Di sesetengah kawasan, ada juga pihak yang menyediakan khidmat nasihat dan bantuan oleh kanselor laktasi. Ini sudah bagus kerana mereka ialah orang yang paling arif untuk membantu anda.

.

Menggunakan Kobis

Petua ini ialah petua tradisional yang popular dan agak berkesan bagi kebanyakan ibu yang mengalami bengkak susu. Tetapi awas, jika berlebihan dipercayai boleh mengganggu penghasilan susu ibu pula!

.

Pengambilan Suplemen

Tips terakhir yang boleh anda cuba ialah mengambil suplemen yang mengandungi lecithin.

Lecithin ialah sejenis phospholipid, yang bermaksud ia mempunyai bahagian yang cenderung kepada air dan (hydrophilic) dan satu bahagian lagi cenderung kepada lemak (hydrophobic).

Bagi masalah bengkak susu, lecithin dipercayai membantu meningkatkan jumlah asid lemak tak tepu (polyunsaturated fats) lalu mengurangkan kepekatan susu ibu. Dengan ini, tak la molekul susu ibu mudah berkumpul dan tersumbat.

Sebenarnya, lecithin boleh didapati dari banyak sumber makanan seperti kuning telur, kekacang, susu dan daging. Namun, dari pemakanan sahaja, anda sendiri tidak tahu cukupkan dos yang diperlukan untuk mengatasi masalah bengkak susu anda.

Menurut Canadian Breastfeeding Foundation, dos yang disarankan untuk masalah salur susu tersumbat ialah 1,200mg lecithin yang diambil 4 kali sehari.

tips atasi bengkak susu

Rujuk entri Lecithin Shaklee untuk info lanjut produk.

.

Bagi ibu-ibu yang belum pernah merasai bengkak susu, langkah-langkah pencegahan adalah seperti berikut:

  • pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya dengan cara mengepam selepas menyusu, atau menggunakan kaedah Marmet (mengekspresi susu secara manual dipercayai mampu mengeluarkan baki susu yang masih ada selepas menyusu/mengepam)
  • pastikan lekapan bayi betul
  • rajin mengurut payudara walaupun tidak mengalami bengkak susu untuk memastikan pengaliran susu sentiasa lancar
  • menyusu/mengepam secara berkala setiap 3 hingga 4 jam
  • memakai pakaian longgar dan selesa (pakaian ketat boleh mengganggu pengaliran susu)

.

Sekian perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat. =)

 

 

Sembelit Ibu Berpantang Kini Tiada Lagi

Sembelit Ibu Berpantang Kini Tiada Lagi

set puasa shaklee

Sembelit Ibu Berpantang | Anda ibu berpantang yang sedang mengalami masalah sembelit yang menakutkan?

Kalau ada luka episiotomi yang teruk, selagi boleh nak elakkan membuang air besar kan?

Seriau rasanya, memikirkan kot-kot luka tertetas semula dek membuang najis keras.

Nak ke hospital jahit untuk kali kedua pun mimpi ngeri juga!

Boleh baca entri 9 Tips Penjagaan Luka Episiotomi juga untuk pengetahuan.

Kini, ibu-ibu dalam pantang tak perlu bimbang lagi. Kerana kami sudah ada penyelesaian mudah dan pantas untuk mengatasi masalah sembelit ibu berpantang.

Semudah menelan 3 kaplet comel setiap malam sebelum tidur, keesokannya pasti proses ‘Indah Water‘ ibu-ibu akan lancar selancar-lancarnya.

sembelit ibu berpantang

“Rasa nak buat print screen komen-komen semua orang. Hehe. Alhamdulillah. Sama. Start Ostematrix lepas pantang anak kedua. Benda yang ingat masa pantang pertama sembelit. Ya Allah seksa sangat. Menangis sokmo dalam tandas. Pantang kedua ambik Set Pantang Shaklee. Ya Allah suka sangat! Nak gi tandas pun suka. Susu mencurah-curah. Alhamdulillah. Semua dengan izin Allah. Alhamdulilah. Allahuakbar. Subhanallah.”

 

sembelit ibu berpantang

Testimoni Sembelit Ibu Berpantang

“Makan Ostematrix ok Alhamdulillah dan boleh berak dah.”

 

sembelit ibu berpantang

Testimoni Sembelit Hilang Dengan Ostematrix

“Suka Ostematrix sebab lawas. Ada masalah pembuangan dari dulu. Lepas jumpa Ostematrix masalah pun selesai. Harga murah dan berbaloi-baloi.”

 

sembelit ibu berpantang

Testimoni Sembelit Ibu Berpantang

“Yat pun suka Ostematrix ni. Tiap2 malam wajib telan. Paling ketara kesannya lawas. Lepas bersalinkan Dasuki, Yat ada buasir. Ha, kalau sembelit memang naya la. 

Dulu sangat takut nak membuang. Lagi2 kalau berhari tak membuang. Tapi sekarang dah tak risau. Masa pregnantkan Dasuki, selalu lenguh2 betis. So far, dah 3 bulan ni takde lagi la spa kat rumah, tukang urut2 ni. 

Hubby pun ambik jugak sebab ada pengalaman jatuh motor masa belajar. Cepat sakit dan lenguh pinggang. Lepas ambik Ostematrix, takde lagi nak suruh urut/pijak pingganh dia tu.”

.

Kenapa Ostematrix Suplemen Wajib Untuk Sembelit Ibu Berpantang?

.

Ostematrix Shaklee diformulasi daripada galian Laut Mati, bukan sahaja mengandungi kalsium yang diperlukan.

Tetapi juga lengkap dengan magnesium, vitamin D, zink, boron dan lain-lain yang ‘bekerjasama’ untuk memastikan penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.

Penyerapan kalsium dari Ostematrix telah terbukti secara klinikal, iaitu selepas 12 jam dari pengambilan.

kaki cramp ketika mengandung

Graf di atas menunjukkan kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan. Info dari Laman Web Rasmi Shaklee.

Juga sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan produk tenusu atau mempunyai alahan susu (lactose intolerance).

Membantu melegakan masalah sembelit ibu berpantang, kerana kalsium membantu otot-otot usus ‘berehat’ dengan baik, lalu melancarkan pergerakan usus.

Katakan TIDAK kepada sembelit semasa pantang sekarang juga.

Info lanjut tentang Ostematrix, boleh terus klik Ostematrix Shaklee.

ainniahzulkefli

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut.

ESP Shaklee : Kebaikan, Harga, Testimoni

ESP Shaklee : Kebaikan, Harga, Testimoni

ESP Shaklee Kebaikan Harga Testimoni

ESP Shaklee Kebaikan Harga Testimoni

Seperti nama diberi, Energizing Soy Protein ialah minuman berasaskan soya yang mengandungi protein lengkap, dihasilkan untuk membantu membekalkan tenaga lebih berpanjangan.

Protein ialah bahan binaan asas bagi setiap sel tubuh. Ianya adalah yang kedua terbanyak selepas air. Jadi, fungsinya juga tidak sedikit. Rujuk entri 6 Fungsi Utama Protein Di Dalam Badan untuk bacaan lebih lanjut tentang protein.

.

(more…)

Kebaikan Ostematrix Shaklee | ainniahzulkefli.com

Kebaikan Ostematrix Shaklee | ainniahzulkefli.com

kebaikan ostematrix shaklee

Nak tahu apa kebaikan Ostematrix Shaklee dan bagaimana ia menyokong kesihatan tulang?

Menurut World Health Organization (WHO), osteoporosis telah dikenalpasti sebagai masalah major di seluruh dunia!

Osteoporosis ialah keadaan di mana kita kehilangan kepadatan tulang menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah, walaupun tanpa tekanan yang kuat ke atasnya.

Kekurangan kalsium yang berterusan bertahun-tahun lamanya merisikokan anda kepada osteoporosis.

.

Simptom-simptom Kekurangan Kalsium

.

Seawal usia 30-an, paras kalsium mula merosot tanpa anda sedari.

Antara simptom kekurangan kalsium ialah seperti:

  • kejang otot (Ibu hamil boleh baca Cara Atasi Kaki Cramp Ketika Mengandung)
  • kebas hujung jari
  • mudah keliru
  • gangguan memori
  • kemurungan
  • halusinasi (untuk kes kekurangan kalsium yang teruk)
  • kuku rapuh
  • sembelit
  • sakit sendi
  • mudah letih
  • pertumbuhan terbantut (kanak-kanak)

Anda mungkin merasakan yang anda masih muda dan tidak mengalami simptom kekurangan kalsium ini ketika ini.

Tetapi awas! Osteoporosis terjadi perlahan-lahan secara ‘senyap’!

.

Keperluan Kalsium Harian

.

Untuk melambatkan terjadinya osteoporosis, seharusnya kita memastikan tubuh mendapat kalsium yang mencukupi setiap hari.

Jadual ini menunjukkan keperluan kalsium harian mengikut usia:

kebaikan ostematrix shaklee

Kebaikan Ostematrix Shaklee – Sumber jadual : National Institute of Health

.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Kalsium Yang Mencukupi Setiap Hari?

.

Seorang dewasa bersaiz sederhana secara puratanya memerlukan 1000mg kalsium sehari. Ini bersamaan dengan:

  • 4 gelas susu tinggi kalsium
  • 320 biji badam

Banyak?

Ya. Agak mustahil untuk kita mengambil sejumlah ini setiap hari, betul?

Di sinilah fungsi suplemen kalsium – untuk memenuhi lompong nutrisi kalsium yang tidak mencukupi.

kebaikan ostematrix shaklee

Apakah ciri-ciri istimewa Ostematrix Shaklee ini?

.

Kebaikan Ostematrix Shaklee

.

1) Ostematrix Membekalkan Lebih Dari Kalsium

Ostematrix Shaklee, diformulasi daripada mineral dan galian Laut Mati dengan tujuh nutrien kritikal untuk pembinaan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.

Setiap hidangan cadangan iaitu 3 kaplet Ostematrix sebelum tidur, membekalkan nutrisi berikut:

  • 750 mg kalsium sebagai bahan binaan untuk tulang dan gigi
  • 300 mg magnesium untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang
  • 300 IU vitamin D3 untuk merangsang penyerapan kalsium tadi
  • 2.25 mg boron untuk membantu metabolisma tulang
  • 1.14 mg zink, 0.15 mg mangan dan 0.15 mg kuprum untuk mengaktifkan enzim-enzim yang membantu pembinaan tulang

Semua ini diperlukan untuk penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.

.

2) Penyerapan Terbukti

Penyerapan kalsium dari Ostematrix terbukti melalui kajian klinikal yang mana hasilnya adalah seperti graf di bawah:

kebaikan ostematrix shaklee

Kebaikan Ostematrix Shaklee. Graf menunjukkan kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan. Info dari Laman Web Rasmi Shaklee.

.

3) Selamat Untuk Kebanyakan Kumpulan Yang Memerlukan

Ostematrix sangat sesuai dan selamat untuk golongan yang memerlukan kalsium berikut:

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Remaja 12 tahun dan ke atas
  • Warga emas
  • Bermasalah lactose intolerance (alahan kepada susu)
  • Bukan penggemar susu

.

4) Kaplet Comel

Ostematrix didatangkan dalam bentuk kaplet kecil comel yang mudah ditelan.

.

5) Harga Runcit

Harga runcit sebotol Ostematrix ialah RM61.25 dengan 120 tablet untuk kpengambilan selama 40 hari.

Saranan harian : 3 kaplet setiap hari.

Baca juga : Koleksi Testimoni Ostematrix.

DISCLAIMER: PRODUK INI ADALAH SUPLEMEN. BUKAN BERTUJUAN MENDIAGNOS, MERAWAT, MENGUBAT ATAU MENCEGAH SESUATU PENYAKIT. PESAKIT KRONIK DISARANKAN MENDAPAT NASIHAT DOKTOR YANG MERAWAT TERLEBIH DAHULU.