Luka Melecur : Kisah Anak Sendiri

Luka Melecur : Kisah Anak Sendiri

luka melecur

Salah satu bahagian luka melecur Khayla di tangan kiri.

.

“Umi, luka kena air panas kat tangan kiri saya ni dha licin ngan cantik!” jerit Khayla tiba-tiba hari ni.

“Ye ke? Umi tak perasan sebab hari-hari pun tengok. So meh kita ambil gambar dan compare dengan yang hari tu.”

Inilah hasilnya, syukur Alhamdulillah.

Wah, kesan selepas seminggu sapu krim sebaguna Herbal Blend. Sebelum tu, hari-hari terawal masa mula kena air panas, Umi hari-hari bagi Khayla minum 2 sudu kecil ESP dan sebiji Vitalea for Children.

Sebenarnya, luka keseluruhan bukanlah hanya pada tangan kiri ini sahaja tetapi jauh lebih banyak dari itu. Luka di tangan kiri Khayla ni cumalah luka yang paling kecil berbanding bahagian-bahagian badan lain yang kena.

Ceritanya macam ni…

Hari Isnin tanggal 4 Februari 2019, usai swimming dengan atok opah, macam biasa atok opah akan bawa semua cucu yang join brunch kat kedai makan. Biasanya akan ada order air suam (kalau bukan atok opah punya, boleh jadi mana-mana cucu yang order).

Malang tak berbau, Khayla ‘terpilih’ sebagai budak yang accidentally nak terkena tumpahan air ‘suam’ tu. Masa tu salah sorang cousin Khayla kalut nak sesangat minum air. Tak capai elok2 gelas air suam tu, tertumpahlah air dalam gelas tu kat Khayla.

Budak baru nak masuk 6 tahun kena air panas, apa lagi meraung kesakitan lah puteri kedua kami ni.

Kring, kring, kring…(bunyi fon Ain yang sedang bekerja).

“Hello Ainniah, ayah ni. Khayla kena air panas kat kedai tadi. Ni kulit dua-dua peha dah tak ada. Kena tangan kanan kiri sikit,” gelabah suara ayah. Dalam masa yang sama suara jeritan Khayla meraung kesakitan jelas kedengaran.

Dalam hati pantas Ain berkira-kira peratusan kulit yang mungkin kena air panas tu. Bila dengar ja ayah sebut ‘kulit dah tak ada’, automatik dalam kepala otak….’second degree burn’…’budak’…’kena banyak bahagian’…

“Bawak pergi kecemasan hospital terus!”

“Ok. Ayah pergi hospital sekarang.”

Letak je fon, terkumat-kamitlah mulut ni doa macam-macam. Air mata dah mula bertakung. Hidung mula sok sek sok sek. Terus call husband kat rumah. Terkejut beruklah kawan tu dan katanya terus akan ke hospital.

.

Luka Melecur Khayla 8% Second Degree Burn

.

“Hello, Dr. Ainniah ke ni?”

“Ya, saya.”

“Saya Dr. XXX, dari Kecemasan Hospital Seberang Jaya. Kami dah tengok anak doktor, diagnosisnya ialah 8% second degree burn. Dah refer Plastic Team Hospital Pulau Pinang. Most probably kena admit Burn Unit kat sana ya.”

“Ok, terima kasih bagitahu saya.”

Husband plak call, “Awak tak payah mai sini (Hospital Seberang Jaya). Pregnant mana boleh naik ambulans. Awak tunggu kami kat Hospital Pulau Pinang terus.”

“Ok.” Ringkas. Tapi dalam hati berjujuran air mata dah jadi lautan yang luas gamaknya. Mak mana la tak risau kalau jadi macam ni.

Untuk pengetahuan, untuk mengenalpasti peratusan burn pesakit, salah satunya boleh digunakan tapak tangan sebagai rujukan. Iaitu satu tapak tangan bersamaan dengan 1%.

Untuk Khayla yang mengalami 8% burn, maknanya kira-kira area yang terkena air panas itu ialah sebanyak 8 tapak tangan dia. Huaaaa, kesiannya!!!

.

Admit Burn Unit HPP

.

Hari-hari seorang anak kecil dengan luka melecur yang memedihkan bukanlah hari-hari yang menggembirakan, baik untuk Khayla mahupun Umi Walid.

Part paling menyayat hati Umi Walid ialah masa nak mandikan Khayla dan dressing.

Mandi kena sabun betul-betul kat luka tu. Kita dengar pun mak ooii pedihnya rasa!!! Kalaulah boleh dipindahkan rasa sakit tu kat Umi, Umi sanggup Khayla. Huaaa!!!!

Dressing pula, of course parents tak dibenarkan stay by child side.

So dari luar pintu bilik dressing, sedihnya lahai dengar suara merayu-rayu Khayla menangis kesakitan. Dressing pun bukan dressing kejap-kejap macam luka biasa tu. Lebih setengah jam rasanya. Sebab Umi siap boleh tunggu kat luar pintu sampai boring, then pergi mandi. Pastu Walid sampai kami boleh borak-borak, then baru siap dressing.

Hari-hari Khayla kat wad ialah dengan muka sedih, monyok, down, sakit. Makan pun tak berapa selera. Minum pun kena paksa sebab semua doktor yang datang round pesan suruh Khayla minum air banyak-banyak kalau nak cepat baik. Nasib baik Khayla dengar cakap kan?

.

Bawa toys pun buat hiasan je. Yang buat Khayla happy sikit dapat minum Vitagen, makan sweets Ribena, minum ESP campur Milo tak payah berebut dengan Achik atau Along macam kat rumah. Haha. Tapi serius lega sangat Khayla suka ESP, sebab ESP ialah suplemen protein lengkap yang dapat bantu pemulihan luka dengan lebih cepat.

Dan bila dengar je ada orang nak datang melawat, terus Khayla duduk dan automatik muka berubah jadi ceria sepanjang atok, opah, Along, Achik atau sesiapa saja datang melawat. Balik je semua orang, meleleh semula air mata dia. Muka monyok balik. Hadoi. Sedih weiii Umi Walid masa tu!

Seminggu Umi tidur tak lena, tidur dalam menangis. Rasa stress sangat fizikal dan mental, lebih-lebih lagi tengah berbadan dua ni lagi la emo. Sob sob sob.

.

Dari Sebulan Hingga 2-3 Bulan, Jadinya Seminggu Sahaja

.

Doktor pakar pertama datang round, katanya mungkin kena dressing dalam wad at least sebulan. Datang doktor pakar yang kedua pula, katanya mungkin 2-3 bulan. Urut dada sajalah kami dengar. Fuh. Berkampung kat wad lah jawabnya haha.

Nak dijadikan cerita, hari keenam admission, balik rumah tu Umi bleeding! Mungkin sebab angkat-angkat Khayla ke toilet dan mandikan dia beberapa hari. Dan dua belah kaki berbalut, macam mana nak jalan sendri kan. Ditambah pula tekanan emosi tengok Khayla menangis hari-hari lagi, tak cukup dan lena tidur setiap hari lagi.

Menangis sebab Khayla tak habis lagi, tambah menangis untuk diri sendiri pula. Huaaaa!!!! Istighfar banyak-banyak masa tu. Kena ingat Tuhan banyak2 sebab kalau emosi menguasai diri lain jadinya nauzubillahi minzaalik. Dari awal Khayla admit lagi, Ain cakap dengan diri sendiri, semua ini pasti ada hikmah besar untuk kami. Semua ini pasti akan berlalu. Ok, terus menangis dan mengadu pada Yang Maha Esa. Sob sob sob…

Esoknya (hari Isnin), sepatutnya selepas subuh Umi dah patut sampai hospital untuk ‘tukar shif’ jaga Khayla sebab Walid nak masuk kerja dah. Tapi sebab Umi dah bleeding ni, jadinya Walid tak bagi Umi datang.

Masa round doktor pula, Walid cuba nasib mintak discharge sebab tak ada orang boleh jaga Khayla kat wad. Doktor tengok luka Khayla.

“Wah, good progress! Luka sudah banyak dah kering. Boleh, boleh. Boleh balik. Tapi kena mai hari-hari dressing sini ya.”

Ya Allah, masa tu happy tak terkata! Khayla lah orang paling happy. Terkejut sangat sebab awal-awal kan doktor bagitau mungkin ambil masa berbulan-bulan untuk dressing dalam wad sampai luka kering.

Dari anggaran at least sebulan, jadi seminggu sahaja, syukur Alhamdulillah.

.

Tak sia-sia Umi bagi Khayla ESP dan Vitalea for Children hari-hari.

Kenapa Ain bagi ESP dan Vitalea for Children untuk Khayla?

ESP membekalkan asid amino ‘perlu’ yang merupakan bahan asas protein. Protein penting untuk penghasilan sel-sel kulit yang baru. So, nak kulit baru cepat tumbuh, kenalah bagi ‘makanan’ kulit hari-hari. Khayla ni plak seorang budak ‘picky eater‘. Nak dapat dia makan makanan berprotein sekali seminggu pun payah wei. Kat sinilah pentingnya pengambilan suplemen (makanan tambahan) untuk dia.

Vitalea for Children pula menyediakan vitamin-vitamin dan mineral-mineral asas yang diperlukan setiap hari untuk pastikan proses kimia badan berjalan lancar.

.

‘Support System’ Kami Yang Kuat

.

Maka bermulalah episod Khayla kena bangun seawal 6 pagi setiap hari. Kalau lambat alamatnya jemla Jambatan Pulau Pinang, lambatlah Walid nak punch kad masuk kerja.

Oh ya. Di sebalik cerita dari awal tadi, sebenarnya kami ada ‘support system’ yang kuat yang menyokong kami dari awal sampai sekarang.

Merekalah mak dan ayah Ain yang selalu datang melawat Khayla kat wad. Yang ambil alih terus tugas menjaga Along dan Achik selama seminggu ni. Jaga makan pakai dua beradik tu, hantar dan ambil Along ke dan dari sekolah (yang ni memang biasa hehe).

Tak tahulah macam mana kalau mak ayah duduk jauh dari kami. Serius bersyukur sangat rasanya.

Malu pun ya sebab dah besar anak nak masuk empat pun, mak ayah dok risaukan kami lagi. Haha. Sayang sangat mak ayah.

.

Akhirnya hampir seminggu daily dressing (Sabtu 16/2/19), luka Khayla dah pun kering sepenuhnya. Masa tu elok-elok ialah hari pernikahan pakcik dia (adik Ain). Terkilan skit tak dapat pergi sebab tunggu Khayla dressing (tak tau pun hari tu last day dressing kat hospital). Tapi Alhamdulillah lepas majlis kami dapat spend masa dengan sedara-mara sampai petang Ahad esoknya. Puas dapat sembang bergurau senda dan menjamu sedara mara yang hadir.

By the way, tahniah adikku Muhammad Ammar atas pernikahan dengan Wan Fatin. Bagai pinang dibelah dua tengok gambar ampa dua. Awwww…

.

Akhirnya, Khayla Ceria Kembali

.

Alhamdulillah, sejak discharge dari hospital Khayla mula ceria dan becok macam biasa. Kecuali masa dressing pagi-pagi kat hospital.

Bila dah discharge dari daily dressing lagi lah dia happy. Maka bermulalah episod sapu-menyapu krim kegemaran dia, Herbal Blend untuk bantu hilangkan parut luka tu.

Tolong doakan luka Khayla cepat sembuh dan tak tinggal parut ya. Nanti Ain sambung lagi InsyaaAllah.

luka melecur

Patutnya kami pakai hanbok ni ke majlis nikah Pakcik. Tapi sebab tak dapat join, kami tetap nak pakai jgak. Haha.”