Si Pipi Tembam, Ini 8 Tips Kuruskan Pipi Anda

Si Pipi Tembam, Ini 8 Tips Kuruskan Pipi Anda

tips kuruskan pipi

Buat anda yang selalu keja ejek “si pipi tembam”, inilah masanya untuk anda praktikkan tips kuruskan pipi dalam entri ini.

8 tips kuruskan pipi ni, Ain jumpa dari laman web www.facialfitness.com.

Senaman-senaman yang ada pun mudah sahaja dan boleh dilakukan di mana-mana pada bila-bila masa pun.

Cuma kalau ada orang lain yang ternampak, mungkin akan rasa pelik dengan mimik muka dan sebagainya yang anda akan buat tu.

Jom kita belajar satu persatu senaman untuk kuruskan pipi yang tembam.

Ain sertakan demo juga tapi sila abaikan rupa model tu ya. =)

.

CHIN LIFTS

Untuk senaman ini, boleh dilakukan semasa duduk atau pun berdiri.

Dongakkan sahaja muka anda memandang ke siling. Kemudian, muncungkan mulut anda seolah-olah anda mahu mencium siling.

Tahan selama 10 saat kemudian kembali kepada asal.

Ulang 10 kali.

Kalau buat hari-hari pasti kurus pipi anda.

tips kuruskan pipi

.

FISH FACE

Waktu sekolah-sekolah dulu selalulah buat mulut ikan. Kalau tahu boleh kuruskan pipi, patutnya teruskan sahaja buat mulut ikan sampai hari ini.

Yang belum tahu mulut ikan tu macam mana, boleh tengok gambar di bawah.

tips kuruskan pipi

Senang saja kan.

Buat mulut ikan, tahan 5 saat, dan ulang 10 kali untuk kuruskan pipi tembam anda.

.

JAW RELEASE

Kalau anda bukan sahaja berpipi tembam, tetapi juga mempunyai dagu berlapis (double chin), elok sangat anda belajar senaman muka ‘jaw release‘ ini.

Senaman ‘jaw release‘ ini berfungsi untuk meregangkan otot-otot di bahagian rahang, mulut dan pipi.

Caranya ialah dengan membuat muka seperti sedang mengunyah dengan mulut tertutup.

Tarik nafas dalam-dalam dan hembus.

Seterusnya, buka mulut dan jelirkan lidah dengan hujung lidah menekan bahagian depan gigi bawah anda.

Tahan selama 5 saat dan ulang sehingga 10 kali.

Kalau anda berjaya buat 10 kali, memang akan terasa tekanan di bahagian pipi dan dagu. Patutlah boleh kuruskan pipi dan hilangkan double chin!

tips kuruskan pipi

Jaw Release ini bagus untuk hilangkan double chin juga.

.

LIPS PULL

Haa, senaman ‘lips pull‘ ni lagi menarik!

Sebabnya, jika dilakukan secara konsisten akan dapat menaikkan otot muka dan menjadikan wajah tampak lebih awet muda.

Mesti korang tak sabar-sabar nak tahu macam mana senaman muka ini kan?

Caranya ialah dengan mendongak ke siling, dengan tangan memegang leher anda dan hujung lidah menyentuk bibir atas. Tahan posisi ini untuk 10 saat.

Kemudiannya, pusing kepala ke kanan (kemudiann ke kiri pula) dan tahan 10 saat.

Ulanglah semua langkah ini untuk total 10 set.

Lepas tu rasakan sendiri regangan di bahagian rahang dan pipi anda.

tips kuruskan pipi

.

BLOWING AIR

Bagi senaman ‘blowing air‘ ini, akan meregangkan keseluruhan otot muka dan leher anda.

Senaman ini mesti dilakukan dengan duduk bersandar supaya tulang belakang anda lurus.

Dongak ke siling semaksima yang boleh dan tiup semaksima yang boleh juga untuk beberapa saat dan ulang sebanyak 10 kali.

Ain rasa tak jauh beza dengan senaman Chin Lift tadi, yang mana bezanya cuma meniup sahaja kan?

tips kuruskan pipi

.

RAJIN SENYUM

Ada orang takut nak senyum banyak-banyak sebab risaukan pipi nampak lebih tembam.

Padahal dalam laman web Facial Fitness tu bagitahu, sebenarnya, dengan senyuman, akan meregangkan otot-otot muka terutamanya pipi.

Siap dengan pakej untuk nampak lebih awet muda plak tu.

So lepas ni rajin-rajin senyum ya.

tips kuruskan pipi

.

REGANGAN KULIT MUKA

Senaman regangan kulit muka ni bagi Ain menyakitkan skit.

Sebab dengan menundukkan kepada sehingga dagu mencecah dada, tarik kedua-dua belah pipi di bawah rahang sambil menyebut “Aaahhh”.

Tahanlah begini beberapa saat dan buat sebanyak 3 kali sehari.

Korang dah cuba buat?

Sakit kan pipi?

Tapi sebab nak kuruskan pipi punya pasal, sakit pun sakitlah.

No pain, no gain kata omputeh…

tips kuruskan pipi

.

TUTUP MATA RAPAT-RAPAT

Dengan bantuan otot pipi, pejamkan mata rapat-rapat selama 10 saat dan ulang sebanyak 5 kali dalam sehari.

 

tips kuruskan pipi

Persoanlly Ain rasa boleh bantu kuruskan pipi. Tapi dalam masa yang sama macam akan mempercepatkan kedutan kat mata. Terpulang kat masing-masing ok?

.

Amacam, korang yang terus praktikkan senaman-senaman wajah ni?

Bagi Ain, bahagian pipi ni dah mula rasa macam nak cramp. Kalau konsisten buat hari-hari, mesti akan berhasil.

So, lepas ni dah tak ada yang akan ejek korang si pipi tembam lagi.