Q&A Ujian Covid di IPPT Bertam
Memandangkan kes harian covid sekarang sangat banyak, dan ujian saringan covid pun ambil masa yang lama (beberapa hari) untuk dapat keputusan, orang Penang especially area seberang yang nak result cepat, bolehlah consider untuk buat ujian covid di IPPT Bertam.
Husband Ain walk-in, dapat result lepas 24 jam. Ain buat appointment, dapat result dalam 12 jam.
LOKASI
IPPT ialah singkatan bagi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju.
Landmark : Dari exit Tol Bertam, ambil kiri dan terus sahaja. Satu jalan ke USM & LPPKN. Dan berhampiran Mydin Bertam. IPPT terletak di sebelah kiri.
Boleh juga Waze “Institut Perubatan dan Pergigian Termaju“.
.
TEMUJANJI ATAU WALK-IN?
Dua-dua pun boleh, macam dah diberitahu di atas.
Temujanji lebih memudah dan menjimatkan masa. Boleh juga bayar siap-siap secara transfer. Nanti pi sana terus buat swab test.
Boleh tanya saya untuk dapatkan nombor untuk dihubungi untuk aturkan temujanji.
Untuk walk-in pula, boleh pergi seawal 9 pagi. Pergi awal, siap awal.
.
JENIS UJIAN
Boleh pilih rt-PCR atau RTK antigen.
Ringkasan perbezaan antara rt-PCR dan RTK antigen ialah seperti berikut:
- Kedua-dua test adalah untuk mengesan antigen dari sample yang diambil (nasopharyngeal swab).
- Ujian rt-PCR mengambil masa beberapa jam untuk mendapat keputusan. Manakala ujian RTK antigen mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.
- Keputusan rt-PCR adalah lebih tepat dan merupakan ‘gold standard’ untuk diagnosis covid-19.
- Rt-PCR disarankan untuk close contact kepada kes positif, mempunyai simptom, mempunyai sejarah ke kawasan res zones dan yang berisiko tinggi.
- Untuk yang tak ada risiko di atas seperti saringan masuk universiti contohnya, boleh je buat RTK antigen.
.
HARGA
RM350 untuk rt-PCR
RM180 untuk RTK-Antigen
.
CARA PEMBAYARAN
Yang buat temujanji ada pilihan untuk buat pembayaran secara online transfer atau cash pada hari ujian dibuat.
Yang walk-in pembayaran secara cash. Tak pasti boleh bayar guna credit/debit card atau tak sebab pesakit untuk ujian covid tak dibenarkan masuk ke dalam bangunan
.
PROSEDUR
- Buat temujanji atau walk-in (perlu beritahu indikasi untuk buat test).
- Check in dengan apps My Sejahtera dan saringan suhu si pintu masuk.
- Pembayaran sebelum test (tempat akan diberitahu oleh staf).
- Ujian secara drive-thru di khemah khas saringan covid di belakang bangunan.
- Lepas swab terus balik.
- Anda akan dihubungi bila keputusan siap.
.
Kes negatif boleh pick up keputusan ujian dan resit pembayaran sebelum jam 12 tengah malam. Kes positif pula akan dimaklumkan ke PKD berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
Di negeri lain ada juga ke IPPT atau tempat yang boleh buat ujian covid selain di hospital dan pejabat kesihatan daerah?
Rujuk Laman Web Rasmi Covid-19 Malaysia untuk maklumat lanjut tentang senarai hospital dan klinik swasta berdaftar untuk ujian saringan covid-19.
Teruskan patuh kepada SOP dalam usaha memutuskan rantaian covid-19 dan melandaikan graf pandemik. Ini tanggungjawab kita bersama. Baca juga 7 Langkah Cuci Tangan Yang Betul.