Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi

Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi

kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

“Doktor, betul ke ubat darah tinggi ni boleh rosakkan buah pinggang dan hati?

Rata-rata pesakit menolak untuk dimulakan ubat darah tinggi kerana mendengar khabar angin yang ubat darah tinggi ni ada kesan sampingan yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Padahal yang sebenarnya, darah tinggi itu sendiri boleh mengakibatkan komplikasi jangka masa panjang kerosakan buah pinggang jika tekanan darah tidak dikawal dengan baik.

Jadi, Wujudkah Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi?

Ya. Wujud.

Seperti ubat-ubat lain, ubat darah tinggi juga mempunyai kesan sampingan tersendiri. Kesan sampingan yang mungkin dihadapi kebanyakannya hanya ‘mild‘. Dan kebiasaannya melibatkan segolongan kecil pesakit sahaja.

Ubat darah tinggi boleh diklasifikasi kepada beberapa kumpulan.

Berdasarkan kumpulan inilah, kesan sampingan yang boleh terjadi berbeza-beza.

.

1# Diuretik

Diuretik (contoh: lasix, hydrochlorothiazide HCTZ) mengawal tekanan darah dengan mengeluarkan air dan sodium (garam) berlebihan daripada badan.

Oleh sebab itu, ubat diuretik boleh mengakibatkan:

  • kencing berlebihan (juga dikenali sebagai ‘ubat kencing’ bagi sesetengah pesakit). Digalakkan pesakit mengambil ubat ini pada waktu pagi supaya tidak kerap ke tandas semasa tidur jika diambil pada waktu malam.
  • masalah ereksi bagi lelaki
  • letih lesu, kaki kejang dan lemah otot disebabkan oleh penurunan paras potassium dalam badan (ada juga jenis diuretik yang boleh ‘menyimpan’ potassium untuk mengelakkan kesan-kesan ini)
  • sakit kaki tanpa punca

.

2# Beta-blockers

Contoh ubat darah tinggi kumpulan ini ialah atenolol, bisoprolol, dan lain-lain yang berakhir dengan “-ol”.

Beta-blockers menghalang reseptor beta yang bukan sahaja terdapat pada jantung, malah di seluruh badan.

Disebabkan itu, kesan sampingan yang berkemungkinan disebabkannya ialah:

  • memperlahankan denyutan jantung (sesuai untuk pesakit yang jantung berdegut laju)
  • penat (kontraindikasi untuk pesakit asthma)
  • kaki dan tangan sejuk
  • kemurungan
  • masalah ereksi bagi lelaki
  • susah tidur malam

kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi

.

3# Angiotensin Converting Enzyme (ACE) Inhibitors

Seperti namanya, ACE Inhibitors membantutkan enzim yang menukarkan angiotensin untuk mengawal tekanan darah. Contoh ubat kumpulan ini ialah enalapril.

ACE Inhibitors juga menghalang penghasilan hormon yang mengecutkan salur darah, jadi, dengan ubat ini salur darah akan mengembang. Menyebabkan efek tekanan darah lebih rendah.

Antara kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi kumpulan ini ialah:

  • batuk kering yang tak hilang-hilang selagi masih mengambil ubat ini
  • ruam kulit
  • hilang deria rasa

Berjumpalah dengan doktor anda. Kebiasaannya kesan-kesan ini hanya sementara dan kemungkinan besar dokor akan menukar kepada ubat darah tinggi kumpulan lain.

.

4# Angiotensin 2 Receptor Blockers (ARB)

Namanya pun sudah boleh memberitahu kita yang action ARB untuk menurunkan tekanan darah ialah dengan menghalang reseptor untuk angiotensin 2.

ARB menghalang hormon yang menyebabkan salur darah mengecut, jadi salur darah akan sentiasa mengembang. Jadi, kesan sampingan paling kerap terjadi ialah pening.

Losartan dan valsartan adalah antara contoh ubat darah tinggi kumpulan ini.

.

5# Calcium Channel Clockers (CCB)

Dengan adanya ubat darah tinggi kumpulan ini, kalsium dihalang dari masuk ke dalam jantung dan salur darah. Ini menyebabkan salur darah ‘berehat’ dan boleh mengakibatkan kesan sampingan di bawah:

  • sembelit
  • pening
  • sakit kepala
  • jantung berdegut laju
  • kaki bengkak

Contoh ubat kumpulan ini ialah nifedipine, amlodipine.

kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

Antara komplikasi darah tinggi untuk jangka masa panjang – KEROSAKAN ORGAN-ORGAN BUKAN SAHAJA BUAH PINGGANG.

.

6# Alpha Blockers

Kumpulan ini mengurangkan impulse saraf ke salur darah, menjadikan darah mengalir dengan lebih baik.

Kerana itu boleh mengakibatkan pening, lemah otot, jantung laju terutamanya apabila berubah kedudukan dari baring/duduk kepada berdiri dengan cepat.

.

7# Alpha-2 Receptor Agonist

Bagi ubat ini pula, menyebabkan penurunan aktiviti dalam sistem saraf yang bertanggungjawab untuk menghasilkan adrenaline. Juga akan menyebabkan pening dan sakit kepala.

.

8# Alpha-Beta-Blockers

Kedua-dua reseptor alpha dan beta akan ‘ditutup’ oleh ubat darah tinggi jenis ini.

Anda boleh mengalami pening apabila bangun secara tiba-tiba dengan cepat.

Kumpulan ini biasanya diberikan kepada pesakit yang mempunyai paras darah tinggi yang teruk, secara intravena.

.

9# Central Agonists

Central agonists (contoh: methyldopa) bertindak mengawal impulse saraf, merehatkan salur darah.

Kesan sampingan yang boleh berlaku ialah:

  • anemia
  • sembelit
  • pening
  • mulut kering
  • masalah ereksi
  • demam

.

10# Peripheral Adrenergic Inhibitors

Kerana ubat ini menghalang neurotransmitter dalam otak,otot-otot tidak akan megecut (menurunkan tekanan darah).

PAI sangat jarang digunakan kerana boleh menyebabkan cirit-cirit, pening, masalah ereksi, pedih perut dan hidung tersumbat.

.

11# Vasodilators

Pengembangan salur darah (vaso = vessel, dilators = mengembang) menyebabkan pengaliran darah lebih baik.

Jadi, boleh mengakibatkan:

  • pertumbuhan rambut berlebihan
  • bengkak
  • sakit kepala
  • jantung berdenyut tak sekata atau terlalu laju
  • sakit sendi
  • bengkak sekeliling mata

.

12# Renin Inhibitor

Kelas ubat darah tinggi ini lebih baru, bertindak menurunkan paras bahan kimia yang mengetatkan salur darah. Bila salur darah ‘berehat’ mudahlah pengaliran darah.

Kesan sampingan yang boleh timbul pula ialah batuk, cirit-birit, sakit perut, pedih perut dan ruam kulit.

kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi

.

4 Peringatan Penting Untuk Pesakit Darah Tinggi

.

  • Jangan sesekali berhenti mengambil ubat darah tinggi anda tanpa berbincang dengan doktor yang merawat terlebih dahulu. Anda hanya memudaratkan diri sendiri sekiranya berbuat demikian kerana tekanan darah yang naik tinggi secara tiba-tiba boleh menyebabkan strok dan serangan jantung.
  • Sekiranya anda mengandung atau bercadang untuk mengandung, beritahu doktor. ACE inhibitors dan ARB boleh menyebabkn kesan tidak baik kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
  • Beritahu dokor jika anda juga mengambil insulin untuk mengawal paras gula anda.
  • Masalah ereksi boleh disebabkan oleh darah tinggi itu sendiri atau pengambilan ubat darah tinggi. Berbincanglah dengan doktor yang merawat anda.

Kesimpulannya, jalan terbaik ialah mencegah dari merawat. Mulakan sejak awal lagi pemakanan lengkap nutrisi dan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko darah tinggi.

Darah tinggi, kini bukan lagi penyakit keturunan. Tetapi lebih kepada disebabkan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

Cegah sebelum kena. Cegahlah sebelum lebih parah.

Berminat untuk meningkatkan tahap kesihatan dengan Set Cadangan Jantung Sihat?

Kami ada Landmark Study yang membuktikan pengambilan beberapa jenis suplemen Shaklee memberi kesan positif terhadap kesihatan jantung.

.

DISCLAIMER : PENGAMBILAN SUPLEMEN TIDAK BOLEH SAMA SEKALI MENGGANTIKAN UBAT. SUPLEMEN CUMA PELENGKAP NUTRISI HARIAN ANDA.
Vivix Shaklee : Kebaikan dan Harga

Vivix Shaklee : Kebaikan dan Harga

vivix shaklee

Vivix Shaklee merupakan ramuan proprietari termaju polifenol yang dihasilkan secara saintifik berasaskan tumbuhan yang memberi kesan positif terhadap proses penuaan sel.

Setiap hari, sel anda terdedah dengan radikal bebas dari pelbagai faktor seperti pemakanan tidak seimbang, gaya hidup tidak sihat, pencemaran, radiasi dan stress. Kerosakan oleh radikal bebas yang berkumpul dari semasa ke semasa ini akan mempercepatkan proses penuaan sel anda.

Apabila sel-sel semakin cepat tua, akan mula muncul tanda-tanda penuaan seperti kedutan di wajah anda. Lebih membimbangkan lagi, pelbagai masalah kesihatan kronik seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan lain-lain boleh menjengah lebih awal jika melibatkan sel-sel pada organ-organ dalaman.

Bertahun lamanya para saintis Shaklee mengkaji kesan polifenol terhadap penuaan sel, dan akhirnya menjumpai jawapan di dalam anggur Muscadine.

faktor penuaan

Anggur Muscadine, anggur istimewa dengan kromosom extra, jadinya kuasa antioksidan juga extra. Lihat sahaja rupanya yang lain dari anggur biasa.

.

4 Ramuan Utama Vivix Shaklee

.

Kesihatan sel anda menentukan kesihatan keseluruhan anda. Ibarat sebatang pokok yang sedang membesar, jika akarnya kuat maka kuat juga dahan dan dedaunnya.

Di dalam setiap sel juga terdapat DNA yang membawa kod genetik anda. Susunan DNA ini diperlukan untuk proses replikasi bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak. DNA yang sihat akan menghasilkan sel yang sihat. Seterusnya, sel yang sihat akan menghasilkan organ dan sistem yang sihat.

Di dalam Vivix, terkandung ramuan proprietari polifenol berspektrum unik untuk merangsang kesihatan dan memberi impak positif terhadap proses penuaan sel.

Campuran bahan-bahan ini menyediakan resveratrol dan menghasilkan ramuan proprietari fitonutrien dengan kuasa antioksidan yang tinggi. Kajian mendapati, ianya adalah 10 kali ganda lebih berkuasa dari resveratrol sahaja di dalam melambatkan pembentukan protein AGE.

.

Anggur Muscadine

  • Merupakan jenis anggur istimewa yang mempunyai kromosom extra yang menyediakan polifenol unik asid elagik dan ellagitanin. Berdasarkan kajian, keduanya mampu merencat dan mengurangkan pertumbuhan sel-sel abnormal.
  • Menyediakan komplemen penuh polifenol seperti resveratrol dan quercetin.
  • Menggalakkan penghasilan tenaga di peringkat sel dan kesihatannya.

.

Polygonum Cuspidatum

Mengandungi polifenol major dipanggil resveratrol yang telah terbukti mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti:

  • bersifat anti-keradangan
  • memperbaiki pengaliran darah
  • mengurangkan pembekuan darah

.

Lobak Ungu

Lobak ungu pula didapati mengandungi polifenol anthocyanin yang mempunyai kuasa antioksidan yang kuat, yang membantu:

  • menyokong kesihatan mata
  • memperbaiki kesihatan salur darah
  • mengurangkan keradangan

.

Elderberi European

Juga kaya dengan polifenol anthocyanin, jadi bermanfaat mengurangkan keradangan dan merangsang perlindungan sistem imun tubuh.

vivix shaklee

.

5 Mekanisma Tindakan Polifenol

.

Bagaimana poifenol bertindak melambatkan penuaan sel, adalah melalui 5 mekanisma ini:

.

1# Memperbaiki Ketahanan Sel

Tahukah anda, di dalam badan anda terdapat “suis utama” dipanggil Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan ketahanan sel?

Ramuan polifenol tertentu telah dikenalpasti berupaya mengaktifkan “suis utama” tadi secara sinergi untuk manfaat berikut:

  • mengurangkan keradangan dengan membentuk sistem imun yang optimum
  • menggalakkan proses detoksifikasi terutamanya di hati
  • meningkatkan paras antioksidan di dalam tubuh
  • mengurangkan stress biologi di dalam tubuh

.

2# Meningkatkan Tenaga Sel

Di dalam setiap sel anda juga, terdapat mitokondria yang merupakan “stesyen jana kuasa” untuk menjana tenaga. Peningkatan usia dan gaya hidup tidak sihat boleh membantutkan penghasilan mitokondria dari hari ke hari.

Namun berdasarkan kajian, polifenol berupaya menggalakkan fungsi mitokondria sihat supaya dapat terus menghasilkan tenaga secara optimum. Dan polifenol juga didapati membantu meningkatkan penghasilan mitokondria. Lebih mitokondria, bermakna lebih tenaga dihasilkan.

.

3# Melindungi dan Membantu Pembaikan Sel

Seperti yang diterangkan di awal entri tadi, sel anda terdedah dengan kerosakan oleh radikal bebas setiap hari. Ini boleh merosakkan DNA dan merisikokan anda kepada pembentukan sel abnormal yang menjurus kepada pembentukan kanser.

Kerana polifenol ialah sejenis antioksidan, ia membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan oleh radikal bebas danmenyokong proses replikasi DNA sihat untuk fungsi sel optimum.

.

4# Mengurangkan Pembentukan Protein AGE

Protein AGE (Advanced Glycation End Product) ialah bahan berbahaya yang terhasil apabila protein atau lemak bergabung dengan gula di dalam salur darah. Protein AGE juga terdapat di dalam makanan terutamanya yang dimasak dengan suhu tinggi.

Pengumpulan protein AGE yang berlebihan bukan sahaja akan merosakkan sel tetapi juga dikaitkan dengan banyak penyakit kronik seperti Alzheimer, kencing manis, kerosakan buah pinggang, masalah jantung, serta penuaan sel yang lebih cepat.

Polifenol, didapati mampu merencatkan penghasilan protein AGE, menyokong kesihatan jantung dan memberi kesan positif terhadap kondisi kencing manis.

.

5# Melambatkan Kadar Kependekan Telomere

Apa itu telomere?

Telomere ialah penanda kepada kesihatan anda dan “jangka hayat” sel. Telomere terletak di hujung DNA sebagai “topi” untuk melindungi DNA.

Setiap kali sel membahagi, telomere akan memendek dari panjang yang sebelumnya.

Daripada Kajian Telomere mendapati, polifenol telah terbukti mengurangkan kadar kependekan telomere sehingga 40%.

telomere study shaklee

Dr. Elizabeth Blackburn yang mengetuai Kajian Telomere ini bukan calang-calang orangnya.

.

8 Manfaat Utama Polifenol

.

Oleh kerana polifenol memberi kesan positif terhadap penuaan sel, 8 manfaat utama polifenol ialah:

  1. Menyokong detoks yang berkesan
  2. Menyokong paras gula darah yang sihat
  3. Menggalakkan peredaran darah yang sihat
  4. Menyihat dan mencantikkan kulit
  5. Fungsi otak yang sihat
  6. Meningkatkan tenaga dan kekuatan otot
  7. Perkembangan sel yang sihat
  8. Memelihara dan menyokong kesihatan sendi

.

Dapatkan Vivix Shaklee Sekarang!

.

  • Campuran unik polifenol dari sumber semulajadi
  • Bahan-bahan telah diuji secara klinikal
  • Patent-pending
  • Eksklusif hanya dari Shaklee
  • Berkepekatan tinggi tanpa campuran air atau gula (perlu disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer) untuk mengekalkan nutrisi polifenol)
  • Harga runcit sebotol Vivix Shaklee (150ml) ialah RM475 untuk pengambilan sebulan
  • Hanya sesudu kecil sehari untuk manfaat kesihatan polifenol

.

vivix shaklee

KLIK SINI untuk keahlian percuma, penghantaran percuma dan penjimatan 20% dengan hanya sebotol Vivix. 

.

Sebagai penutup, di samping mengambil ramuan polifenol, adalah penting untuk anda terus mengamalkan gaya hidup sihat:

  1. Mengamalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan kaya dengan serat
  2. Rajin bersenam secara berkala
  3. Elakkan makanan manis
  4. Tingkatkan pengambilan multivitamin, asid lemak ‘perlu’, vitamin C dan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi sebagai asas untuk sel yang sihat
  5. Berhenti merokok

.

Sumber rujukan dari laman web rasmi Shaklee (shaklee.com.my)

ESP Shaklee : Kebaikan, Harga, Testimoni

ESP Shaklee : Kebaikan, Harga, Testimoni

ESP Shaklee Kebaikan Harga Testimoni

ESP Shaklee Kebaikan Harga Testimoni

Seperti nama diberi, Energizing Soy Protein ialah minuman berasaskan soya yang mengandungi protein lengkap, dihasilkan untuk membantu membekalkan tenaga lebih berpanjangan.

Protein ialah bahan binaan asas bagi setiap sel tubuh. Ianya adalah yang kedua terbanyak selepas air. Jadi, fungsinya juga tidak sedikit. Rujuk entri 6 Fungsi Utama Protein Di Dalam Badan untuk bacaan lebih lanjut tentang protein.

.

(more…)