Bahaya Lemak Trans Terhadap Kesihatan

Bahaya Lemak Trans Terhadap Kesihatan

bahaya lemak trans

Bahaya lemak trans, sudah ramai yang sedia maklum, Tetapi adakah anda tahu terdapat makanan seharian anda yang mengandungi lemak ‘jahat’ ini?

Yang jarang-jarang makan makanan tidak sihat itu tidak mengapalah lagi kan. Bagaimana pula dengan mereka yang menjadikan sesuatu sumber makanan itu makanan yang diambil (hampir) setiap hari tanpa mereka sedar yang ianya mempunyai kandungan lemak trans yang tinggi?

.

Apa Itu Lemak Trans?

.

Lemak trans ialah lemak yang terhasil daripada penambahan hidrogen ke dalam minyak sayuran yang menukarkan cecair lemak kepada bentuk pepejal pada suhu bilik (proses ini dipanggil hidrogenasi).

Ianya boleh didapati di dalam produk haiwan secara semulajadi, di dalam shortening dan produk marjerin, makanan segera, makanan yang telah diproses (processed foods) serta yang telah dibakar (seperti roti dan pastri).

Lemak trans sangat digemari oleh pengeluar makanan kerana berupaya memanjangkan jangka hayat produk. Teksturnya yang berkrim dan kurang berminyak boleh membuatkan sesuatu produk seperti pastri nampak lebih menarik dan menyelerakan. Ia juga boleh diguna semula di dalam memasak terutamanya untuk menggoreng dan membakar, jadinya menjimatkan kos bahan mentah.

Namun, di sebalik ‘kebaikan’ bagi pengeluar makanan yang telah disebutkan, sebenarnya terlindung bahaya lemak trans kepada kesihatan pengguna sehingga boleh membawa maut dalam diam!

jenis lemak

Pada tahun 2015, Food and Drug Administration, FDA telah mengeluarkan lemak trans dari senarai makanan “Generally Recognized as Safe (GRAS)”

.

Keburukan Lemak Trans Yang Anda Perlu Tahu

.

Pernah suatu ketika dahulu, salah seorang anak saya pertama kali merasa French fries. Ketika itu berlangsungnya kenduri saudara-mara kami. Biasalah, kalau kenduri akan ada makanan ‘merapu’ untuk budak-budak huhu…

Boleh dikatakan semua makanan yang mengandungi lemak trans sedap rasanya. Budak-budak pula, apa lah yang mereka tahu tentang kandungan nutrisi, yang mana baik yang mana buruk. Kalau sedap mereka akan suka, dan lagi lah banyak yang mereka makan. Dan ya, ketika itu anak saya memang makan banyak French fries tu.

Petang itu, dalam perjalanan pulang ke rumah, anak saya mengadu sakit perut dan hendak membuang air besar. Seingat saya, ketika itu anak saya baru berusia 3 tahun dan masih memakai pampers. Jadi, kami berhenti di R&R untuk mencuci dan menukar pampersnya.

Terkejutnya saya bila mendapati anak saya berak berdarah! Tidak pernah-pernah anak saya alami sakit perut sehingga berak berdarah begitu. Saya risau dan terus memantau anak saya. Alhamdulillah hanya sekali dua sahaja najisnya berdarah. Selepas itu dah seperti biasa sahaja.

Dalam kes ini, salah satu keburukan lemak trans ialah ianya lebih sukar untuk dicernakan.

Terutamanya bagi kanak-kanak kecil yang perut mereka masih ‘fragile‘, jika diberi berlebihan akan lebih mudah mengalami sakit perut, sembelit dan tak mustahil boleh mengalami masalah usus jika terlalu melampau pengambilannya.

Setakat itu sahajakah keburukan lemak trans?

Tidak. Ada bahaya yang lebih menakutkan lagi. Sebab itulah ianya telah di-ban dari digunakan dalam makanan oleh FDA.

.

Bahaya Lemak Trans Juga Adalah Kerana Ianya Bersifat Pro-radang

.

Keradangan (inflammation) adalah punca bagi kebanyakan penyakit seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis.

Keradangan berlaku apabila bahagian tubuh terasa panas, kemerahan dan membengkak – gejala yang mungkin kita anggap biasa. Dalam jangka masa panjang, keradangan mengakibatkan kecederaan yang tidak kelihatan di dalam tisu, saluran darah dan sendi-sendi, serta tidak mustahil kegagalan organ.

Contohnya, keradangan pada otak menyebabkan hubungan antara sel-sel otak menjadi lemak, mengakibatkan kecelaruan minda. Memori boleh menjadi lebih lemak dan tempoh fokus juga menjadi lebih pendek.

Dan ada kajian juga mendapati, keradangan yang berterusan di otak meningkatkan risiko migrain dan Alzheimer.

Kalau terjadi inflamasi pada jantung pula, akan meningkatkan risiko darah tinggi, degupan jantung tidak menentu dan serangan jantung.

Contoh lain lagi, inflamasi pada sendi pula menyebabkan sakit sendi, kekejangan dan bengkak sendi.

.

Lemak Trans Meningkatkan Paras Kolesterol “Jahat” LDL

.

Umumnya, kolesterol terbahagi kepada kolesterol “baik” (HDL, high density lipoprotein) dan “jahat” (LDL, low density lipoprotein; TGL, triglycerides).

LDL dinamakan kolesterol “jahat” kerana peningkatan parasnya membawa keburukan kepada kesihatan kita.

  • Menjadikan salur arteri menjadi lebih keras (kurang kenyal) dan lebih mudah tersumbat, menyebabkan risiko masalah kardiovaskular akan semakin meningkat (darah tinggi, strok, serangan jantung)
  • Meningkatkan kerintangan terhadap insulin (insulin resistance). Lalu, paras gula yang meningkat merisikokan pesakit kepada penyakit kencing manis. Untuk jangka masa panjang, kencing manis merupakan penyakit kronik yang membawa pelbagai komplikasi ‘advanced’ yang lebih menakutkan seperti kegagalan buah pinggang (perlu dialisis), kerosakan mata, masalah kulit, kerosakan saraf dan kehilangan anggota akibat amputasi.

.

Selain itu, lemak trans lain juga akan meningkatkan lemak visceral dan obesiti, menyebabkan pertambahan abnormal bakteria ‘jahat’ di dalam usus, meningkatkan risiko kemurungan, mengganggu kesuburan dan banyak lagi.

bahaya lemak trans

Antara makanan yang tinggi kandungan lemak trans ialah seperti dalam gambar ini.

.

Bagaimana Untuk Kenalpasti Makanan Yang Mengandungi Lemak Trans?

.

Pada tahun 2015, lemak trans tidak lagi termasuk dalam kategori makanan “Generally Recognized as Safe (GRAS)” oleh FDA.

Dari buku Family Health Modern Diseases, hasil tulisan Dr. Bruce Miller, ada menyatakan, pengeluar makanan sebolehnya tidak akan menggunakan perkataan “lemak trans” pada pembungkus makanan, sebaliknya menggunakan perkataan-perkataan yang lebih “suci murni” untuk mengaburi mata pengguna.

“The following fancy words on food labels indicate the presence of trans fatty acids:

  • zero trans fats
  • hydrogenated vegetable oil
  • partially hydrogenated oil
  • vegetable shortening
  • cholesterol free
  • cooked in vegetable oils
  • low in saturated fats
  • made with 100% vegetable oil
  • vegetable oil and fat
  • vegetable oil”

.

Tudia. Tertipu sungguh rasanya bila tahu kebenaran ini. Rasanya saya sendiri sudah banyak kali juga membeli makanan dengan beberapa label ini. Ku sangkakan makanan sihat, tetapi rupa-rupanya ada lemak trans yang tersembunyi!

Selain label-label tadi, menurut Mary G.Enig (pakar nutrisi yang mengkaji aspek nutrisi lemak dan minyak), makanan rapu (junk foods), makanan yang telah diproses (processed foods) dan makanan segera (fast foods) mempunyai kandungan lemak trans yang tinggi. Kata beliau, sebagai contoh ialah French fries yang mengandungi kira-kira 40% lemak trans!

bahaya lemak trans

.

Kesimpulannya, banyakkan membaca tentang nutrisi dan lebih cakna tentang kesihatan diri. Belajarlah membaca label makanan sebelum membeli. Elakkan makanan segera, makanan yang telah diproses dan makanan rapu untuk mengurangkan pengambilan lemak trans yang membahayakan.

Kurangkan keradangan kronik sebagai usaha mengurangkan risiko kanser dan penyakit-penyakit kronik lain.

Baca juga Manfaat Kesihatan Omega-3, lemak “baik” yang diperlukan tubuh untuk mengekalkan kesihatan anda.

.

Sumber:

  1. Food and Drug Administration, FDA
  2. Family Health Modern Diseases by Dr. Bruce Miller
  3. Dr Jocker
50 Jawapan Nutritionist Tentang ESP Shaklee

50 Jawapan Nutritionist Tentang ESP Shaklee

Berikut ialah 50 soal jawab tentang ESP Shaklee bersama pakar nutrisi Shaklee (nutritionist).

tentang esp shaklee

ESP Shaklee merupakan minuman dengan protein berkualiti lengkap dengan kesemua asid amino ‘perlu’ yang tidak boleh dihasilkan badan. Antara manfaat ESP ialah seperti di dalam gambar ini.

.

1) Apakah maksud soya non-GMO

Non-GMO ialah singkatan bagi non-genetically modified organism, bermaksud yang tidak diubah genetiknya. Maknanya, kacang soya ESP adalah bahan organik dan tiada hormon tambahan. Jadi dapat diserap oleh badan dengan sempurna.

.

2) Bagaimana isoflavon kacang soya menyerupai hormon wanita?

Kerana molekulnya. Tetapi, tindakbalas tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan berbanding fitoestrogen isoflavon.

.

3) Bagaimana ESP membantu wanita mengandung?

ESP menyediakan protein berkualiti tinggi dan serat. Ini membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

.

4) Bagaimana pula ESP membantu wanita yang ingin hamil?

Protein diperlukan untuk memperbaharui sel-sel, termasuk hormon-hormon kesuburan dan sel-sel dalam sistem pembiakan. ESP menyediakan protein berkualiti tinggi yang diperlukan badan.

.

5) Soya tidak baik untuk lelaki – fakta atau auta?

Setakat ini tiada kajian sahih yang membuktikan, yang soya tidak boleh diambil oleh lelaki.

.

6) Bagaimana untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai alahan terhadap kekacang, kerana ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik kepada soya sehingga selepas pembelian ESP.

Sebaiknya pemeriksaan darah dibuat di klink atau hospital untuk mengesan alahan terhadap sesuatu makanan.

.

7) Dari segi perbidanan Melayu, dikatakan soya menyebabkan urat sejuk dan kembang kerana ia dikategorikan di dalam kumpulan kekacang. Sejauh mana kebenarannya?

Tiada kajian sahih yang membuktikan soya penyebab ‘urat sejuk’ dan ‘kembang’.

.

8) Berapa sudu ‘dos’ harian ESP? Ada yang kata 3 sudu besar, ada yang kata 6 sudu besar. Adakah memudaratkan jika melebihi kuantiti?

Sukatan yang disarankan ialah 3 sudu besar setiap hari. Ini bersamaan dengan 14gram protein. Secara puratanya, kebanyakan individu memerlukan 50-60gram protein setiap hari. Jadi, mereka yang mengamalkan pemakanan sihat dan ditambah dengan satu hidangan ESP sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan protein harian.

.

9) Kenapa ambil ESP boleh menaikkan berat badan dan kenapa ada yang ambil untuk kurus?

Pengawalan berat badan perlukan diseimbangkan dengan pemakanan, senaman dan suplemen berkesan.

Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan suplemen tanpa kawalan makanan dan senaman, ini akan membantutkan program kurusnya dan boleh menyebabkan berat badan naik. Juga perlu minum banyak air kosong agar proses penyerapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik.

.

10) Untuk yang nak berdiet, macam mana dengan pengambilan ESP dan bila waktunya untuk minum ESP?

Boleh diambil sebagai ‘meal replacement‘ pada waktu pagi, 3 jam selepas sarapan atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan sarapan dan makan malam dikawal).

.

Salah satu yang istimewa tentang ESP Shaklee ialah nilai GI nya yang rendah!

tentang esp shaklee

Salah satu yang istimewa tentang ESP Shaklee ialah indeks glisemiknya di dalam kategori rendah, iaitu 39 sahaja. Makanan dengan nilai GI yang rendah membekalkan tenaga berpanjangan dan memberi rasa kenyang lebih lama kerana glukosa dilepaskan perlahan-lahan. Sesuai sangat buat minuman ‘wajib’ untuk mereka yang sedang berdiet!

.

11) ESP tidak boleh diambil bersama suplemen Shaklee yang lain?

Boleh, tiada masalah.

.

12) Ada mitos mengatakan soya tidak bagus untuk kesihatan lelaki dan wanita. Ada juga yang mengatakan soya penyebab kulit bayi sensitif.

Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan. Malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.

.

13) Soya tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (“makanan” sel kanser). Betul ke?

Soya dari sumber non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak membahayakan. Soya ini juga telah dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam.

.

14) Bolehkah ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang manjalani dialisis?

Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor dahulu.

.

15) ESP penyebab ruam bayi?

Tidak.

.

16) Adakah ESP boleh menyebabkan tulang lemah? Jika ibu hamil mengambil ESP, adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?

Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan ibu mengambil Ostematrix juga untuk menampung keperluan kalsium semasa mengandung.

.

17) Bolehkah wanita yang bermasalah fibroid dan cyst mengamalkan produk berasaskan soya seperti ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik sumber protein untuk mereka?

Digalakkan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen. Walau bagaimanapun, soya bukan penyebab masalah cyst.

.

18) Ibu yang menyusukan bayi yang ada masalah G6PD, bolehkah dia mengambil ESP selama tempoh menyusu itu? Ada kesan sampingan pada bayi?

Tidak digalakkan, kecual dengan kebenaran doktor.

.

19) Orang yang bermasalah gout boleh ambil ESP?

Boleh.

.

20) Ibu menyusu yang mengambil ESP, adakah akan memberi kesan ke atas berat badan bayi? Boleh bertambah atau sebaliknya?

Bergantung kepada pemakanan ibu dan anak.

tentang esp shaklee

Teruja baca feedback Puan Aeinna ni. Ibu hamil DAN menyusu dalam masa yang sama, pun boleh berpuasa penuh Alhamdulillah. Patutlah ramai ibu suka bertanya tentang ESP Shaklee dan nak cuba. Baca juga Koleksi Testimoni ESP untuk feedback lebih ramai penggemar ESP Shaklee.

.

21) Cara pengambilan ESP untuk membantu menaikkan berat badan?

ESP menyediakan kandungan asid amino lengkap kepada tubuh badan Dan ia dapat membantu penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempeungaruhi berat badan.

.

22) Cara makan ESP untuk mengelak kenaikan berat badan?

Rujuk jawapan untuk soalan 10).

.

23) Benarkah di awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran?

Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatkan hormon.

.

24) Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukan apabila sudah tidak diambil lagi?

Tidak. Rujuk jawapan kepada soalan 9).

.

25) Apa kaitan ESP boleh putihkan kulit?

ESP ialah protein, asas untuk pembinaan sel. Apabila sel sihat, organ akan sihat, sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, akan memberi kesan positif kepada kulit.

.

26) Kanak-kanak boleh consume ESP tak? Kalau boleh, berapa sukatannya?

Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Meal Shakes.

.

27) Sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabetes?

Seperti biasa. 1 hingga 2 kali sehari.

.

28) Apa bukti soya ESP adalah non-GMO?

ESP dihasilkan di bawah Identity Preservation Program (IPP). di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga proses pemprosesan. Ia adalah pihak ketiga yang memastikan produk ESP adalah nOn-GMO.

.

29) Pengambilan ESP dikatakan membantu kenyang lebih lama. Tetapi mengapa ada yang selepas sajam dua dah mula lapar? Adakah terdapat kesilapan di dalam cara pengambilan?

Pengambilan ESP adalah sebanyak 3 sudu besar bersamaan dengan 14gram protein (105kcal).

Proses penyerapan protein setiap individu adalah berbeza, sekitar 509g setiap jam. Jadi, dalam masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu tersebut hanya mengambil ESP sahaja.

Dinasihatkan makan juga pada kalori rendah dengan ditambah ESP.

.

30) ESP dikatakan baik untuk pesakit gastrik. Kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mengandungi kalsium?

Ya betul. ESP mempunyai kalsium 500g bagi setiap hidangan (50% daripada saranan keperluan harian).

tentang esp shaklee

Selain asid amino ‘perlu’, ESP Shaklee juga mengandungi banyak nutrisi lain seperti kalsium, zat besi, lemak ‘baik’ dan sebagainya.

.

31) Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita menopaus?

Wanita menopaus adalah disebabkan paras hormon estrogen turun mendadak. Soya mengandungi isoflavon, dapat membantu mengawal penurunan hormon ini.

,

32) ESP yang sudah expired kerana jarang diambil, adakah masih boleh diminum?

Disarankan tidak minum ESP selepas expired date.

.

33) Betulkah kesesuaian ESP adalah mengikut jenis darah? Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?

Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh yang membuktikan ini.

.

34) Benarkah ESP tidak boleh diambil oleh pesakit cyst kerana kandungan soya dalam ESP?

Soya bukan penyebab cyst. Tetapi pesakit cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa suplemen.

.

35) Ibu menyusu yang tiada eczema, akan menyebabkan bayi yang disusukan itu mempunyai eczema sekiranya ibu tadi mengambil ESP. Benarkah?

Tidak. Kecuali bayi tersebut mempunyai alahan kepada soya. Kebarangkalian adaah rendah.

.

36) Adakah ESP mengandungi soy isoflavone yang menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?

Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi ia tidak akan mengganggu paras hormon dalam badan.

.

37) Betul ke ambil ESP berlebihan boleh merosakkan buah pinggang?

Kerosakan buah pinggang bukan disebabkan faktor pengambilan soya. Tetapi dari pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan dalam badan.

.

38) Siapa yang memang tidak boleh mengambil soya?

Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu. Bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit kronik.

.

39) Sukatan pengambilan ESP sehari untuk ibu hamil dan menyusu?

Disarankan ambil 3 sudu besar minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu besar mengikut keperluan.

.

40) Adakah kegatalan badan selepas mengambil ESP adalah “healing crisis” atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasanya jika healing crisis?

Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air kosong. Dan sebaiknya buat pemeriksaan untuk mengenalpasti tahap alahan terhadap makanan.

Rujuk entri Koleksi Cara Bancuh ESP Shaklee Sedap Untuk Dicuba, untuk pelbagai resepi bancuhan selain minum ia begitu sahaja.

.

41) Betul ke ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan untuk dapatkan kulit cerah?

ESP bukan ubat. Ia bertindak dengan membina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem tubuh badan akan sihat. Selain itu, boleh ambil vitamin C, E dan Collagen Powder untuk kesihatan kulit.

.

42) Kenapa ESP ada berasa pahit?

ESP tidak pahit. Sila laporkan kepada pihak Shaklee jika ada sebarang keraguan. (Email ke customerinquiry@shaklee.com)

.

43) Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, demam panas?

Bergantung kepada individu. Tiada masalah setakat ini sejak ESP diperkenalkan pada tahun 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk mendapatkan rawatan dari doktor.

.

44) Adakah ESP boleh diambil oleh pesakit yang disyaki mengalami denggi?

Boleh, tiada masalah. Dalam masa yang sama, pesakit disarankan minum air secukupnya juga.

.

45) Pesakit psoriasis perlukah mengambil ESP dan apakah kebaikannya untuk pesakit?

Untuk masalah autoimun, sila dapatkan nasihat doktor.

.

46) Kenapa selepas minum ESP, ada orang yang rasa bloated dan ‘berangin’?

Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul dan cukupkan pengambilan air kosong.

.

47) Jika ibu hamil yang memang mengambil ESP dari sebelum hamil lagi, tetapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu mengambil ESP lagi, ada cara minum yang lebih sesuai tak?

Boleh cuba mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.

.

48) Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser mengambil ESP?

Boleh, atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan apa-apa suplemen.

.

49) Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?

Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisis-nya. Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun, penerimaan setiap individu kesannya berbeza mengikut tahap kesihatan masing-masing.

.

50) Abang saya ada asthma. Ambil ESP terus trigger asthma.

Kemungkinan abang anda ada masalah alahan pada makanan tertentu juga. Sila buat pemeriksaan dokor terlebih dahulu.

Nak tahu lebih lanjut tentang ESP Shaklee kegemaran ramai ini?