Senaman Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu

Senaman Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu

senaman kempiskan perut buncit dalam seminggu

Senaman Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu | Tahukah anda, sebahagian besar perut kita dilapisi otot besar yang dipanggil rectus abdominis?

Otot ini berhubungan dengan bahagian tulang punggung kita.

Dan tahukah anda, kira-kira 40% berat badan kita adalah dari berat kedua kaki kita?

So, senaman terbaik ialah mengangkat dan menurunkan bahagian kaki anda.

Dengan senaman-senaman seperti di dalam gambar, gerakan kaki akan mempengaruhi bahagian perut anda. Sekaligus akan mengempis dan memberikan tona yang lebih baik kepada perut yang geleber.

.

Bagaimana Senaman Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu Ini Dilakukan?

.

Dalam senaman ini, terdapat enam gerakan kaki.

Untuk setiap senaman, anda perlu lakukan gerakan sehingga anda dapat merasakan regangan di bahagian perut.

Setelah itu, lakukan lagi sebanyak 5 kali untuk setiap gerakan.

Bagi melengkapkan senaman ini, selesaikan sahaja semua senaman mengikut step yang tertulis.

Bersenam secara konsisten pasti akan menghasilkan perut flat seperti yang anda impikan.

.

senaman kempiskan perut buncit dalam seminggu

.

Walau bagaimanapun, senaman-senaman ini fokus kepada bahagian perut sahaja.

Jadi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. senaman ini sahaja semestinya tidak mencukupi.

Anda perlu konsisten menjaga pemakanan, mengamakan senaman kardio dan seluruh badan untuk efek yang berkesan.

Jangan lupa untuk detox kerana inilah ‘kunci masuk’ untuk kurus dengan efektif.

Boleh rujuk entri Manfaat Detox yang pernah Ain share-kan.

Entri asal dan tips-tips kurus lain, anda boleh juga terjah https://www.christinacarlyle.com/

.

10 Tips Lain Untuk Kempiskan Perut Buncit

.

Antara lain, anda boleh juga mencuba 10 tips berikut untuk menyokong usaha anda mengempiskan perut yang buncit:

  1. Makan 6 kali sehari dengan konsep “sedikit-tapi-kerap”
  2. Kunyah 40 kali seperti yang disarankan Rasulullah SAW
  3. Minum segelas air sebelum makan
  4. Mengambil sayur-sayuran dan/atau buah-buahan sahaja sebagai snek
  5. Mengamalkan pemakanan seperti dalam entri Cara Turun Berat Badan Dengan Cepat Dan Selamat
  6. Jangan skip menu utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam
  7. Makan malam selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur, sebaik-baiknya sebelum 8 malam
  8. Elakkan makanan segera, makanan yang diproses, minuman manis dan air berkarbonat
  9. Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, setengah jam setiap sesi
  10. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari

Semoga bermanfaat dan selamat berjaya. 🙂

Detoksifikasi, ialah proses membersihkan tubuh dari toksin yang memudaratkan, dan menggantikan ia dengan nutrisi seimbang yang bermanfaat untuk kesihatan menyeluruh.

8 manfaat detoksifikasi ialah seperti berikut:

  1. Membantu menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
  2. Melegakan perut kembung dan masalah sembelit.
  3.  Meningkatkan tenaga.
  4. Mengurangkan ketagihan terhadap kafein, manis dan lain-lain.
  5. Memperbaiki kesihatan kulit.
  6. Membantu mengurangkan tekanan.
  7. Menguatkan sistem imun badan.
  8. Memperbaiki kualiti tidur.

Hubungi saya untuk dibantu cara detoksifikasi yang betul dan berkesan.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Cara Turun Berat Badan Dengan Cepat dan Selamat

Cara Turun Berat Badan Dengan Cepat dan Selamat

Cara Turun Berat Badan Dengan Cepat | Sebenarnya, rahsia ini terletak pada cara pemakanan kita setiap hari.

Tahukah anda, cara turun berat badan dengan cepat tapi SALAH ialah dengan kurang makan?

Rujuk entri tentang Diet Yoyo untuk info lanjut.

Memang banyak yang mempraktikkan cara ini, dan akibatnya berat badan boleh rebound!

Kenapa kurang makan BUKAN cara terbaik untuk turunkan berat badan?

Kita pergi kepada BMR.

.

Basal Metabolic Rate, BMR

.

BMR ialah kadar badan anda membakar untuk menghasilkan tenaga dalam sehari semasa anda rehat (‘resting‘).

Tidak termasuk berjalan, tak kira la berjalan perlahan atau laju.

Tak termasuk anda buat senaman dan bekerja juga.

Maksudnya, apa jua yang berlaku, badan anda memerlukan sejumlah kalori untuk fungsi badan berjalan lancar.

Setiap orang mempunyai BMR yang berbeza-beza. Tiada nilai ‘normal‘ BMR bagi seseorang.

BMR bergantung kepada umur, jantina, saiz badan seseorang.

Orang yang lebih muda, bersaiz lebih besar biasanya mempunyai BMR yang lebih tinggi.

Antara lelaki dan perempuan pula, lelaki mempunyai BMR yang lebih tinggi.

Dalam sehari, sekiranya anda makan melebihi kalori yang dibakar, makanan berlebihan akan disimpan sebagai lemak.

Manakala sekiranya anda makan ‘cukup-cukup’, tiada lemak akan disimpan.

Kalau anda makan kurang dari BMR pula, boleh menjejaskan fungsi badan.

Jadi, nak makan acara macam mana untuk turunkan berat badan dengan cepat?

.

Cara Turun Berat Badan Dengan Cepat Ialah Dengan Mengamalkan Pemakanan Mengikut Pinggan Sihat Suku-suku Separuh

.

Tengok gambar di bawah.

pinggan sihat

Bahagikan sahaja pinggan anda kepada empat bahagian.

Suku bahagian untuk karbohidrat, suku lagi untuk protein, dan separuh lagi untuk buah dan sayur-sayuran.

Dengan pinggan sihat ini, anda bukan sahaja mampu mengawal kalori seharian.

Tetapi juga merupakan cara terbaik untuk turun berat badan dengan cepat.

Kenapa?

Sebab pinggan sihat ini menyediakan kesemua keperluan nutrisi harian anda.

Ada karbohidrat, ada protein, ada serat dari sayur-sayuran dan buah-buahan.

Apabila badan anda mendapat nutrisi dan kalori yang diperlukan, fungsi-fungsi kimia di dalam badan berjalan lancar.

Termasuklah fungsi untuk membuang toksin (membuang air besar, air kencing, berpeluh dan lain-lain) dan memecahkan lemak.

Pemakanan yang sihat, seiring dengan senaman yang cukup, akan further membantu menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan.

Kalau tak nak makan nasi pula macam mana?

cara turun berat badan dengan cepat

Boleh. No problem.

Anda boleh gantikan nasi dengan karbohidrat lain.

Contohnya:

2 keping roti putih dibakar (1 hidangan karbohidrat)

Sebiji telur digoreng dengan minyak kurang (protein)

Salad beberapa helai (suku pinggan sayur)

Sebiji pisang (1 hidangan buah)

Ataupun:

3 keping biskut kering (tak berkrim atau bergula) (karbohidrat)

Segelas susu rendah lemak (protein)

Semangkuk salad + buah with dressing (sayur dan buah)

Boleh juga anda cuba buat wrap macam kebab:

Wrap sekeping

Ayam bakar potong kecil2 (sebanyak setengah tapak tangan)

Sayur-sayuran (suku pinggan) – contoh tomato, timun, salad

Sebiji epal

Be creative dan cipta menu-menu mengikut kegemaran anda. Barulah tak mudah bosan.

Syaratnya cuma satu – portion seperti dalam gambar di atas.

Senang kan?

Anda betul nak turunkan berat badan dengan cepat secara selamat dan berkesan?

Ubahlah cara pemakanan anda sekarang juga. Fast action, fast result. 🙂

Boleh terus baca Manfaat Detox Untuk Tubuh Anda. Detox ialah KEY untuk kurus dengan sihat.