Ini Cara Hilangkan Bengkak Susu

Ini Cara Hilangkan Bengkak Susu

cara hilangkan bengkak susu

Cara Hilangkan Bengkak Susu

Bengkak susu memang menyakitkan. Bukan sahaja anda mengalami kesakitan yang tak tertanggung. Tetapi juga susu badan keluar dengan amaun yang sangat sedikit menyebabkan bayi tidak mendapat susu secukupnya. Silap haribulan boleh membawa kepada radang payudara (mastitis) yang lebih serius!

.

Punca Terjadinya Bengkak Susu

.

Salur susu tersumbat boleh disebabkan beberapa faktor:

  • Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya (samada selepas menyusu atau mengepam).
  • Bayi gagal menghisap dengan baik atau bayi tidak sihat.
  • Jarak penyusuan yang panjang daripada biasa (contohnya melebihi 4 jam).
  • Badan anda menghasilkan susu berlebihan.
  • Masalah pam susu.
  • Berhenti menyusu secara tiba-tiba.
  • Apa-apa yang memberi tekanan ke atas payudara. Contohnya ibu tidur meniarap, memakai bra yang ketat dan sebagainya.

.

Anda mengalami bengkak susu sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut:

  • payudara ‘engorged‘ tapi tak surut-surut walaupun selepas bayi menyusu
  • hasil mengepam sedikit walaupun payudara berat
  • terdapat ketulan di payudara
  • bayi seperti tidak puas menyusu
  • kesakitan payudara tidak selesai dengan menyusu atau mengepam

.

Mastitis Ialah Radang Payudara Yang Lebih Serius!

.

Sekiranya dibiarkan, boleh melarat menjadi mastitis (radang payudara) yang lebih serius! Antara tanda-tanda mastitis:

  • ibu demam
  • payudara lebih sakit, kemerahan dan panas apabila disentuh (boleh bandingkan dengan bahagian kulit yang lain)
  • memerlukan khidmat doktor untuk ubat tahan sakit dan antibiotik. Ada juga kes teruk yang memerlukan admission ke wad!

.

cara hilangkan bengkak susu

Mastitis ialah radang payudara iaitu terdapat ketulan menyakitkan, kulit kemerahan dan panas. Pesakit mungkin demam dan memerlukan antibiotik.

.

Jadi sebelum melarat kepada mastitis, sebaiknya anda lakukan sesuatu untuk melegakan masalah bengkak susu anda.

.

6 Cara Hilangkan Bengkak Susu

.

1# Teruskan Menyusu dan Mengepam Susu

Bukanlah menjadi kontraindikasi bagi anda untuk tidak menyusu atau mengepam jika mengalami masalah ini.

Teruskan menyusu dan mengepam.

Ini penting untuk mengekalkan signal keperluan susu yang akan diterima oleh otak anda.

.

2# Dapatkan Nasihat Pakar Laktasi Atau Mak Bidan Yang Berpengalaman

Bila mana anda menghadapi apa jua masalah, bertanyalah kepada yang berilmu dan lebih pakar.

Untuk kes bengkak susu ini, anda boleh bertanya doktor untuk dapatkan ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan.

Sementara itu juga, carilah mak bidan yang pandai mengurut untuk melegakan salur susu tersumbat, penyebab utama kepada masalah bengkak susu.

.

3# Mengurut

Seperti yang baru diceritakan. Boleh urut sendiri jika anda berpengalaman.

Ataupun boleh dapatkan khidmat yang lebih pakar.

.

4# Apply Hot Pack Atau Bertungku Terutamanya Pada Ketulan di Payudara

Ini bagi melegakan kesakitan dan membantu ‘memecahkan’ ketulan susu yang menyebabkan salur susu tersumbat.

cara hilangkan bengkak susu

.

5# Menggunakan Kobis

Petua ini ialah petua tradisional yang agak popular dan berkesan.

Tetapi awas, jika berlebihan boleh mengeringkan susu ibu!

.

6# Pengambilan Suplemen Lecithin

Lecithin ialah pengemulsi lemak yang mengurangkan keboleh-lekatan (stickiness) susu ibu.

Berdasarkan kajian, suplemen yang mengandungi lecithin dengan dos saranan antara 3000-4800mg sehari mampu melegakan bengkak susu.

Menurut Canadian Breastfeeding Foundation pula, dos yang disarankan untuk anda yang mengalami masalah salur susu tersumbat ialah sebanyak 1200mg empat kali sehari (jumlah 4800 mg sehari).

 

.

Kenapa Lecithin Shaklee?

.

Diformulasi dari soya non-GMO semulajadi, semestinya Lecithin Shaklee merupakan pilihan terbaik bagi ibu menyusu.

Bagi Lecithin Shaklee, satu kapsul menyediakan 530 mg soya lecithin.

Dan dos yang dicadangkan ialah sebanyak 2 kapsul (530 mg x 2 = 1060 mg) diambil tiga kali sehari (jumlah sehari 1060 mg x 3 = 3180 mg).

.

Apa Kata Consumer Lecithin Shaklee?

.

cara hilangkan bengkak susu

“Ok. Lecithin tu membantu banyak. Sekarang wife saya senang menyusu. Saya nak order Leithin dan Ostematrix untuk kalsium. Sebab sekarang saya patah kaki. Membantu tak?”

 

cara hilangkan bengkak susu

“Wassalam Nadiah. Sihat Alhamdulillah. Lecithin kita consume tiap-tiap hari. Memang berkesan. Kita makan kadang-kadang main taram je beberapa biji. Kadang 2 3 biji lepas makan. Tapi memang lepas pam tu rasa ringan je.”

 

cara hilangkan bengkak susu

“Wassalam. Kak! Mujarab habis la haha. Malam tu terus lega boleh tidur. Walaupun masih bengkak. Esok Dee telan lagi 6 biji. Memang makin kurang bengkak tu. Sekarang dah ok dah. Ada lagi sikit-sikit je bengkak tu tapi dah tak sakit dah. Syok btol makan ubat tu. Hari-hari memang Dee tak skip makan.”

.

Perlukan petua penyusuan lebih lagi? Klik Info Hamil, Pantang dan Menyusu.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak