Bezanya Berpantang Dengan Shaklee Vivix!

Bezanya Berpantang Dengan Shaklee Vivix!

Sememangnya sudah sedia ada Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, ESP, Vita C, B Complex, Ostematrix, Alfalfa Complex dan Omega Guard. Namun, berpantang dengan Shaklee Vivix lebih menambahkan senyuman di wajah ibu-ibu berpantang ini. =)

.

Badan Bertenaga Lepas Bersalin Cesar. Muka Dah Tak Pucat. Luka Cepat Kering

berpantang dengan shaklee vivix

Testimoni Berpantang Dengan Shaklee Vivix

Shieda masa first Cesar, pada usia hujung 20-an, tak ambil Vivix. Hanya ambil Set Berpantang dan add on Zinc. Luka pun cepat sembuh dan kering.

Untuk second Cesar, usia 30-an, Shieda ambil Vivix. Masa tu, rasa sakit Cesar kedua lebih teruk dari yang pertama. Tapi Alhamdulillah asbab ambil Vivix rasa sakit tu kurang. Luka pun cepat kering. Badan pun rasa bertenaga sampai terlupa tengah pantang.

Untuk third Cesar, Shieda baru lepas habis pantang ni. Ambil Vivix juga sebab dah tahu sakit Cesar macam mana.

Pengalaman tak boleh lupa, Cesar ketiga ni muntah-muntah lepas Cesar. Sebelum tu tiada. Masuk makanan je muntah. Sampai menggigil tak bertenaga sebab makanan semua keluar. Doc dan nurse risau sebab nampak muka pucat sangat malam tu lepas 6 jam puasa.

Dan Shieda memang ada thalassemia. Hb memang low. Malam tu jugak ambil Vivix dan esok pagi nurse cakap muka dan tak sepucat semalam. Luka pun cepat kering dan baik.” (Shieda Balqis)

.

Husband Terkejut Bila Luka Dah Tutup Kering

testimoni berpantang dengan shaklee vivix

Ain sempat perhabis Vivix masa pantang sebab tinggal sikit saja. Ini first time Cesar. Luka kat kulit ceat kering. Hari kedua husband tegur dengan terkejutnya, “Dah cantum elok kulit dan kering!”.

Masa tu juga first time pantang ambil Zinc juga. Siapa-siapa nak bersalin terus suggest berpantang dengan Vivix dan Zinc juga. Risau juga sebab seminggu tu keluar masuk hospital (baby prem) dan banyak sungguh bergerak sana sini.” (Ainniah Zulkefli)

.

Luka Cepat Baik. Tiada Kesan Luka, Nampak Garis Halus Je

testimoni berpantang dengan shaklee vivix

Berpantang Dengan Shaklee Vivix

Saya bersalin baru ni pun emergency Cesar. Serius takut nak menghadapinya sebab tiada pengalaman Cesar. Tekad beli Vivix sebab baca pengalaman orang yang berpantang dengan Vivix ni best. 

Alhamdulillah luka cepat baik, tiada kesan pun luka tu, nampak garis halus je sekarang. Pantang pun tak rasa macam bersain Cesar, rasa macam bersalin normal je. Lepas 3 minggu siap boleh mandikan dan menjaga kakak-kakak si baby (3 dan 2 tahun).

Doc pesan jangan angkat benda berat, haaa itu memang jaga sampai sekarang.” (Idayu Rosli)

.

Luka Baik Dalam 2 Minggu, Badan Cergas Sangat

Saya anak first Cesar tak kenal Shaklee lagi. Nombor 2 pun Cesar, minum Vivix, luka baik dalam 2 minggu, rasa cergas sangat-sangat. Orang tegur nampak macam tak pantang. Masa yang first, luka bersalin ambil masa sebulan, baru nak baik.” (Indira Ananth)

.

Muka Tak Pucat, Luka Dah Baik Dalam 2 Minggu

Syida pun berpantang dengan Set Pantang Shaklee full set masa anak pertama dan kedua. Cumanya anak kedua Syida add on Vivix. Orang memang tegur cergas dalam pantang.

Ena datang lawat Syida masa anak kedua cakap muka tak pucat langsung macam bukan tengah pantang. Luka dalam 2 minggu dah baik dan tak sakit dah. Syida bersalin normal kedua-dua anak.

Masa bersalinkan anak kedua ni, luka kena jahit banyak sikit banding anak pertama sebab doktor terpaksa gunting sebab baby dah lemas time tu.” (Syahida Ali)

.

Teruja Bila Luka Cepat Baik, Badan Pun Bertenaga

Ena nak kongsi pengalaman Ena sendiri. Ada beza berpantang dengan Set Berpantang Shaklee bersama Vivix dengan tak. Dua-dua, Ena dah rasa.

Masa berpantang anak first tak ambil apa-apa suplemen, luka bersalin lambat baik. Even sebulan dan lepas berpantang pun kadang-kadang datang lagi rasa ngilu tu.

Bila amal Set Berpantang Shaklee termasuk Vivix, dalam masa seminggu dah tak rasa apa-apa kat tempat jahit. Tapi Ena still jalan slow juga. Kena jaga juga.

Sendiri rasa pelik dan teruja bila luka cepat baik. Badan pun cepat recover, bertenaga dan kulit pun makin berseri.

Ramai yang tegur, Ena tak macam baru lepas bersalin jer.” (Aeinna Musa)

.

Ingin berpantang dengan gembira dengan Set Berpantang Shaklee dan Vivix juga? Whatsapp Ain 016-4214704 untuk info lanjut dan order.

9 Tips Penjagaan Luka Episiotomi

9 Tips Penjagaan Luka Episiotomi

luka episiotomi

Salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi ibu selepas bersalin ialah bagaimana untuk menjaga luka episiotomi supaya cepat sembuh.

Ngilu ooiii dah kena potong kat bahagian bawah tu, sampai nak buang air kecil pun rasa takut-takut, apatah lagi buang air besar!

Silap percaturan cara penjagaan, boleh menyebabkan luka lambat sembuh, jahitan terbuka, dan paling teruk boleh dijangkiti kuman.

Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan, pastinya ini menjadi suatu cabaran yang besar semasa berpantang.

Mengandungkan bayi selama 9 bulan, kemudian melalui proses kelahiran yang antara hidup dan mati, cabaran seorang yang bergelar ibu tidak berakhir di situ sahaja.

Amatlah penting andai ibu-ibu hamil mempersiapkan diri dengan ilmu supaya lebih bersedia dan tidak terkejut dengan cabaran yang bakal dihadapi selepas melahirkan bayi.

Salah satunya tentang luka episiotomi ini lah.

Untuk tips penjagaan luka episiotomi ini, mari kita kenali dahulu apa itu episiotomi.

.

Apa Itu Episiotomi?

.

Episiotomi ialah guntingan yang dibuat pada otot di bahagian antara vagina dan anus sebaik sebelum bayi dilahirkan.

Potongan ini dilakukan bukan saja-saja nak bagi luka ya.

Tetapi bertujuan membesarkan ‘jalan’ untuk memudahkan bayi dilahirkan.

Ada juga kes-kes di mana episiotomi dilakukan untuk mengelakkan dari koyakan yang lebih besar. Sebagai contoh saiz kepala bayi yang besar.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1742, prosedur episiotomi mula diterima-pakai.

Episiotomi dilaporkan mengekalkan integriti otot-otot di bahagian pelvis, mencegah uterine prolapse (rahim ‘jatuh’ dan terkeluar melalui vagina), serta mencegah trauma bahagian vagina yang lain.

Terdapat dua jenis guntingan episiotomi seperti dalam gambar di bawah:

.

luka episiotomi

  • Midline episiotomy : guntingan dibuat 180 darjah dar bukaan vagina, ke arah anus
  • Mediolateral episiotomy : guntingan menghala ke arah luar menjauhi anus. Jenis ini lebih kerap dilakukan untuk mengurangkan risiko tercederakan anus

.

Jadi, selepas guntingan dibuat, bayi dan uri pun sudah selamat dikeluarkan, lapisan otot dan kulit ini akan dijahit semula menggunakan benang yang boleh diserap oleh tisu kulit dan otot.

Amat penting sekali untuk menjaga luka episiotomi ini dengan baik untuk penyembuhan yang cepat.

Tambahan pula, bahagian ini sangat hampir dengan laluan air kencing dan najis buang air besar kita yang merisikokan kepada jangkitan sekiranya tidak dijaga dengan sebaiknya.

.

luka episiotomi

.

9 Tips Penjagaan Luka Episiotomi

.

Di bawah ialah 9 tips penjagaan luka episiotomi untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengelak dari jangkitan.

  1. Cuci bersih bahagian perineum setiap kali selepas membuang air kecil atau besar sebaiknya menggunakan air suam.
  2. Memastikan kawasan perineum dikeringkan selepas mandi, membuang air kecil dan besar.
  3. Kerap menukar tuala wanita bergantung kepada banyaknya darah nifas ibu. Boleh jadi sejam sekali, dua jam sekali hingga 4 jam sekali.
  4. Ibu digalakkan minum air kosong yang cukup, sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk memastikan kelancaran sistem pembuangan najis.
  5. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan supaya najis lembut dan mudah membuang air besar. Pendek kata, elakkan sembelit dikhuatiri boleh melukakan kawasan jahitan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga mengandungi vitamin C yang membantu penyembuhan luka.
  6. Mengamalkan makanan tinggi protein untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Protein penting untuk menghasilkan sel-sel baru untuk menyambungkan luka episiotomi.
  7. Memakai bengkung sehingga di bawah punggung tetapi tidak terlalu ketat.
  8. Lakukan Sitz bath jika mampu. Sitz bath ialah merendam bahagian perineum di dalam air suam selama kira-kira 20 minit, dilakukan beberapa kali sehari. Dengan Sitz bath, kesakitan dan bengkak dapat dikurangkan, dan juga dapat membantu penyembuhan luka episiotomi.
  9. JANGAN sekali-kali mencuci bahagian perineum dengan pencuci sembarangan walaupun sabun mandi biasa. Kebanyakan pencuci akan meneutralkan kawasan perineum dan mengganggu mikroflora ‘baik’ yang menjadi ‘penjaga’ daripada kuman jahat.

.

luka episiotomi

Kisah benar : puan ini hari ke-14 berpantang masih tidak sembuh luka episiotominya. Malah perlu dijahit semula sampai tiga kali! Kali ketiga jahit semula, diizinkan Allah kulit baru tumbuh dengan elok. Puan ini juga amalkan ESP sebagai suplemen protein lengkap untuk membantu penyembuhan luka episiotomi. Alhamdulillah.

.

Sekian 9 tips penjagaan luka episiotomi yang Ain harap bermanfaat untuk ibu-ibu dalam pantang.

Walaupun kebanyakan ibu yang mengalami luka episiotomi ini, akan sembuh dengan sendirinya. Namun, jangan diambil ringan akan hal ini.

Segeralah berjumpa doktor sekiranya luka masih tidak sembuh, jahitan menjadi regang dan luka terbuka, atau mendapati ada cecair kekuningan atau nanah dari luka episiotomi.

Berminat untuk berpantang dengan Set Berpantang Shaklee, hubungi Ain dengan klik Whatsapp Ain.