Apa Itu GERD & Langkah Pencegahan

Apa Itu GERD & Langkah Pencegahan

Apa Itu GERD? | GERD ialah singkatan bagi gastro-esophageal reflux disease.

Gastro‘ bermaksud perut, ‘esophagus‘ ialah salur pencernaan yang menyambungkan mulut kepada perut, dan ‘reflux‘ pula bermaksud ‘patah balik’.

Lihat gambar ini.

apa itu gerd

Gambar sebelah kanan menunjukkan keadaan normal di mana apabila makanan masuk ke dalam perut, injap (sphincter) yang menghubungkan hujung esophagus dengan perut akan mengecut dan menutup laluan masuk ke perut.

Di sebelah kiri pula menunjukkan keadaan GERD, di mana injap tadi masih terbuka, menyebabkan kandungan berasid perut boleh masuk semula (‘patah balik’) ke dalam esophagus.

.

Kenapa Ini Boleh Berlaku?

.

Punca utamanya ialah injap yang berfungsi secara abnormal. Ini boleh terjadi disebabkan faktor-faktor seperti obesiti, mengalami hiatal hernia, ibu hamil (faktor hormon dan perut yang semakin membesar) atau ada masalah tisu penghubung (connective tissue disease, contohnya scleroderma).

Keadaan boleh menjadi lebih buruk sekiranya anda:

  • seorang perokok
  • mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak
  • makan lewat malam
  • mengambil makanan tertentu terutamanya yang berlemak dan bergoreng
  • mengambil minuman tertentu seperti alkohol dan kopi (kafein)
  • mengambil ubat tertentu seperti aspirin

apa itu gerd

Ibu hamil cenderung mengalami GERD kerana pelbagai faktor – hormon progesteron merehatkan injap, pencernaan lebih lambat, perut yang semakin membesar.

.

Anda yang mengalami GERD mempunyai gejala-gejala ini…

.

Apabila kandungan perut yang berasid tadi masuk semula ke dalam esophagus, anda boleh mengalami masalah berikut – rasa seperti terbakar di bahagian tengah dada (burning sensation), sakit dada (perlu ke klinik untuk pastikan anda bukan mengalami serangan jantung), kesukaran untuk menelan (rasa seperti ada ketulan di tekak) dan mengalami rasa pahit masam yang memedihkan di tekak.

Ada juga yang diserang GERD pada waktu malam ketika sedang tidur. Mereka biasanya mengalami batuk yang kronik tak ketahuan punca dan tidur terganggu.

Dan terdapat juga pesakit yang tiba-tiba kerap pula mengalami kesukaran bernafas lalu didiagnos asthma. Manakala yang sudah sedia ada asthma pula, tidak mustahil boleh mengalami penat yang lebih teruk dan serangan yang lebih kerap.

Baca juga entri Buang Angin Dalam Badan Dengan 7 Tips Mudah.

apa itu gerd

.

Apa Akan Jadi Jika Keadaan Ini Berterusan?

.

Lapisan esophagus yang terganggu secara berterusan oleh kandungan perut yang berasid, lama kelamaan boleh menyebabkan laluan esophagus menjadi sempit. Bila laluan ke perut semakin sempit, susahlah anda nak telan makanan. Anda boleh rasa seperti makanan tersekat di dada.

Selain itu, kerana asid sifatnya menghakis, ulser boleh terbentuk menyebabkan pedih perut yang menyakitkan.

Dan lagi satu, masalah GERD yang kronik boleh menjurus kepada pembentukan Barrett’s esophagus. Keadaan ini bahaya sebab meningkatkan risiko kanser esophagus!

.

“Jadi, apa perlu saya buat kalau ada masalah di atas?”

.

Segeralah berjumpa doktor. Pertamanya untuk pastikan anda bukan sedang alami masalah yang leih serius seperti serangan jantung. Keduanya, untuk diagnos GERD dan dapatkan rawatan yang betul.

Antara rawatan yang dicadangkan bertujuan mengurangkan faktor risiko yang ada seperti:

  1. Kawal pemakanan dengan mengambil makanan seimbang (Baca tentang Pemakanan Suku Suku Separuh)
  2. Elakkan makanan tinggi lemak, bergoreng dan pedas.
  3. Makan malam lebih awal sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum masuk tidur.
  4. Kunyah sehingga lumat dan makan perlahan-lahan (molekul makanan yang lebih kecil lebih mudah dicerna).
  5. Elakkan pengambilan alkohol dan minuman berkafein.
  6. Mendapatkan berat badan ideal.
  7. Berhenti merokok.
  8. Tinggikan katil sedikit kira-kira 2-5 inci supaya kepala anda lebih tinggi ketika tidur.

.

Selain mengubah corak pemakanan yang lebih sihat dan gaya hidup yang sihat, rawatan perubatan ialah:

  1. Mengambil ubat yang dipreskripsi seperti yang disarankan.
  2. Pembedahan dilakukan untuk kes-kes tertentu sahaja.

.

apa itu gerd

Sekian entri “Apa Itu GERD?”. Semoga bermanfaat untuk anda yang ingin hidup sihat.

Promosi Bulan Ramadhan Buat Seisi Keluarga

Promosi Bulan Ramadhan Buat Seisi Keluarga

Promosi bulan Ramadhan kali ni, Shaklee tawarkan produk-produk yang sangat sesuai untuk diambil seisi keluarga.

Bagi kami sekeluarga, dah beberapa tahun kami jadikan Performance Drink & Cinch Shake santapan ‘wajib’ bersahur dan/atau berbuka. Berbeza sangat kalau ambil dan kalau tak ambil dua ni masa berpuasa.

promosi bulan ramadhan

.

Promosi Bulan Ramadhan: Beli 2 Diskaun 10%

.

PERFORMANCE DRINK (Produk Popular Dalam Promosi Bulan Ramadhan Shaklee)

  • Membekalkan tenaga segera dan berterusan
  • Menggantikan air yang hilang semasa melakukan aktiviti fizikal
  • Mencegah dehidrasi
  • Menghilangkan rasa haus selepas seharian berpuasa
  • Mengelakkan cramp
  • Melembapkan kulit
  • Mengelakkan keletihan walaupun bekerja di bawah terik matahari
  • Menggantikan minuman isotonik bergula

.

Sehingga 31 Mei 2020, pembelian mana-mana 2 tong Performance Drink akan dapat diskaun 10%.

  1. Lemon Lime x 2
  2. Orange x 2
  3. Lemon Lime + Orange

.

Pastikan anda mencuba koleksi Resepi Performance Drink ini kalau dah beli ya.

Secara peribadinya, saya dapat rasakan tenaga luar biasa bila bersahur dengan PD. Dan sangat refreshing dan lega sangat buat minuman pertama semasa berbuka puasa! 🙂

promosi bulan ramadhan

Harga promosi : RM267.75 (2 x Lemon-lime), RM155.25 (2 x Orange), RM211.50 (Orange + Lemon-lime)

.

CINCH SHAKE

  • Sumber protein berkualiti tinggi
  • Membekalkan tenaga lebih lama
  • Mengurangkan rasa lapar dan kenyang lebih lama (GI rendah)
  • Membantu mengurangkan berat badan (sebagai “meal replacement“)
  • Didatangkan dengan 3 perisa – vanila, choc, latte

.

Pembelian mana-mana set di bawah sehingga 30 Mei 2020, akan dapat diskaun 10%:

  1. Perisa Vanila x 2
  2. Perisa Choc x 2
  3. Perisa Latte x 2
  4. Perisa Vanila + Perisa Choc
  5. Perisa Vanila + Perisa Latte
  6. Perisa Choc + Perisa Latte

Harga promosi : RM326.25 bagi mana-mana kombinasi 2 perisa Cinch Shake.

.

CINCH TEA MIX

  • Penggalak tenaga semulajadi (energy booster)
  • Membantu mengurangkan berat badan (5 kcal sahaja setiap hidangan)
  • Penggalak fokus, membantu bekerja dengan lebih fokus
  • Meningkatkan metabolisma
  • Membantu mengawal selera makan
  • Meningkatkan pembakaran lemak 3 kali ganda bagi yang bersenam

.

Wah. Melihatkan kebanyakan point di atas, Cinch Tea Mix ni sesuai sangat buat anda yang dah lama berusaha nak turunkan berat badan.

Kan semasa berpuasa kita dilarang makan minum di siang hari, dah kurang pengambilan kalori harian tu. Apa lagi? Tingkatkan metabolisma pada masa yang sama supaya lebih banyak lemak dapat dibakar. Hasilnya, berat senang turun dan tak mudah rebound (sebab metabolisma dah tinggi).

Alang-alang tu, tengah promosi bulan Ramadhan ni grab terus 2 kotak, dapat juga diskaun 10%. Sekotak mengandungi 28 sticks dan promosi ini sah sehingga 30 Mei 2020 sahaja.

Info lanjut Cinch Tea Mix

.

MEAL SHAKES

  • Meningkatkan imuniti kanak-kanak
  • Multivitamin pelengkap nutrisi kanak-kanak ‘picky eater’
  • Ditambah serat untuk membantu kanak-kanak yang sembelit
  • Membantu mengurangkan masalah berat badan
  • Meningkatkan fokus dalam pembelajaran

.

Kalau Anda Pertama Kali Ajar Anak Berpuasa?, bolehlah beri cuba Meal Shakes untuk bantu anak berpuasa penuh insyaaAllah.

Pembelian 2 tong Meal Shakes sehingga 30 Mei 2020, akan dapat diskaun 10%.

promosi bulan ramadhan

Harga promosi : RM236.25 (Twin pack Cinch Tea), RM216 (Twin pack Meal Shakes)

.

Untuk mana-mana promosi bulan Ramadhan di atas, pembelian mana-mana 2 Twin Set di atas pula, akan dapat PERCUMA Beg “Shaklee Pack and Go (seperti dalam gambar poster pertama).

Contoh : 1 Twin Pack Meal Shakes + 1 Twin Pack Performance Drink (total 4 tong). Kalau beli 8 tong dapat 2 beg.

Bagi anda yang kerap mengalami masalah kesihatan semasa berpuasa, boleh rujuk entri Set Puasa Lengkapkan Nutrisi Semasa Ramadhan untuk panduan produk untuk menyokong kesihatan anda semasa berpuasa.

.

Promosi Bulan Ramadhan Ni Juga Ada Vivix Twin Pack Diskaun 5%

.

Sepanjang bulan April 2020 juga ada promosi Vivix. Beli 2 botol diskaun 5% untuk anda.

Automatik keahlian PERCUMA, pos PERCUMA, beg kertas “Live Vibrantly” percuma dan layak dapat cashback juga.

Info lanjut Vivix

Koleksi Testimoni Vivix

promosi vivix shaklee

.

Pomosi Welcome Sets Untuk Ahli BARU Sahaja

.

Kini, ada 3 cara untuk ahli BARU mendaftar:

  1. Yuran pendaftaran RM35
  2. PERCUMA keahlian dengan belian minima 100uv dalam satu resit
  3. PERCUMA keahlian dengan pembelian mana-mana Welcome Sets di bawah.
    • Prenatal Welcome Set
    • Postnatal Welcome Set
    • Daily Essential Welcome Set
    • YOUTH Welcome Set

.

Kelebihan Grab Welcome Set Selain Keahlian PERCUMA:

  • Penjimatan 10% dari harga AHLI (ahli sedia ada pun tak dapat harga semurah ini)
  • PERCUMA pos
  • Boleh redeem Welcome Sets lain dalam masa 60 hari
  • Cashback sehingga 11% (RMXXX)

.

Promosi Welcome Sets adalah sepanjang bulan April 2020 dan selagi stok masih ada sahaja.

welcome sets april 2020

Untuk pertanyaan dan order, whatsapp saya Ain 016-4214704 😉

Promosi ESP Shaklee, YOUTH, Zinc Complex

Promosi ESP Shaklee, YOUTH, Zinc Complex

Promosi ESP Shaklee kini kembali!

ESP ialah salah satu produk top 10 dalam carta jualan Shaklee. Kerana protein merupakan komposisi kedua terbesar badan selepas air, manfaat ESP sangat meluas.

promosi esp shaklee

.

Promosi ESP Shaklee

Nak tahu apa fungsi-fungsi utama protein, rujuk entri 6 Fungsi Protein Dalam Badan Kita.

Nak tahu sama ada anda kekurangan protein, ketahui Tanda Kurang Protein Pada Manusia.

Bagaimana pula protein membantu menyihatkan kulit dari dalaman, rujuk entri Kebaikan Protein Untuk Kulit Cantik. Klik sini untuk baca Testimoni ESP Untuk Kulit Cantik.

Benarkah ESP juga bermanfaat untuk mereka yang kerap diserang gastrik? Terjah entri Berpuasa Penuh Walaupun Ada Gastrik.

Selain itu, siapa lagi perlukan ESP? Rujuk entri Koleksi Testimoni ESP Untuk….

Anda dah lama nak cuba ESP, tetapi tak jadi sebab dengar khabar angin yang soya tak bagus untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kanser. Ketahui kebenaran dari entri Soya Menyebabkan Kanser : Mitos Atau Fakta?

Selain bersumberkan soya nonGMO, ketahui juga 10 Kebaikan ESP Sebagai Suplemen Protein dan Waktu Terbaik Minum ESP.

promosi esp shaklee

Untuk promosi kali ini,

  • Beli 6 percuma 1 ESP @ RM965.70
    • PERCUMA keahlian
    • PERCUMA postage
    • Cashback RM35+
    • Layak PWP maksima 3 shaker biru seperti dalam poster di atas dengan harga diskaun RM27.50 (NP : RM35)
    • Pejimatan keseluruhan kira-kira RM250
  • Beli 2 diskaun 5% @ RM306.38
    • Layak PWP 1 shakre biru di atas dengan harga diskaun RM27.50 (NP : RM35)

.

.Kita Juga Ada Promosi Zinc Complex Bulan Ini!

promosi zinc shaklee

Beli 4 botol pada harga 3 botol dengan harga RM168.75 sahaja (JIMAT RM56.25)

Murah kan?

7 manfaat utama mineral zink ialah seperti berikut:

  1. Menguatkan sistem imun badan
  2. Menyokong kesihatan rambut
  3. Menyokong fungsi kognitif (minda)
  4. Menggalakkan penyembuhan luka
  5. Membantu sistem pembiakan yang sihat (kesuburan
  6. Meningkatkan tenaga dan stamina
  7. Kecantikan kulit

Info lanjut di entri Zinc Complex Shaklee Is Back!

.

YOUTH Travel Pack @ Trial Set Available This Month Only!

promosi youth shaklee

Untuk anda yang dah lama teringin nak cuba skincare YOUTH tapi mempunyai kekangan wang kerana harga YOUTH, kini anda boleh mendapatkannya dengan harga yang jauh lebih menjimatkan!

.Anda boleh mendapatkan YOUTH Travel Set & Travel Set (Trial Set) di atas dengan 2 cara:

  1. Dengan harga RM85 sahaja apabila anda membuat belian mana-mana produk YOUTH dengan minima 200uv dalam satu resit
  2. Atau anda boleh grab terus set ini sahaja dengan harga RM297.50 (tanpa perlu membuat belian produk YOUTH lain)

.

Travel Set & Travel Case ini terdiri daripada:

  • 1 x Luminous Ge Oil Cleanser 20ml
  • 1 x Perfecting Skin Toner 30ml
  • 1 x YOUTH Activating Serum 7ml
  • 1 x Advanced Renewal Night Cream – RICH 10g
  • Travel Case : (L) 17.5cm x (H) 10.5cm x (W) 6.0cm

.

Saksikan sendiri kecomelan YOUTH Travel Set di dalam video ini.

.

Untuk yang belum tahu, berbaloikah anda mencuba produk YOUTH, baca Keistimewaan YOUTH Skincare. Lihat juga Koleksi Testimoni YOUTH Shaklee untuk jeragat, jerawat teruk dan breakout.

YOUTH juga sesuai untuk kaum lelaki dan anda yang berkulit sensitif.

Semua promosi di atas berlangsung sepanjang November 2019 sahaja dan selagi stok masih ada. Grab cepat kalau nak jimat!

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Detox Cara Shaklee, Permulaan Untuk Sihat

Detox Cara Shaklee, Permulaan Untuk Sihat

set detox shaklee

Dalam sedar atau tidak, setiap hari kita terdedah dengan pencemaran udara, pemakanan tidak seimbang, stress berlebihan dan bahan kimia yang tidak boleh dielakkan.

Proses detoksifikasi ialah suatu proses yang penting untuk badan menyingkirkan bahan berbahaya yang sudah tentulah tidak diperlukan badan.

Pendedahan setiap hari terhadap perkara-perkara tadi menyebabkan sistem detoksifikasi badan tidak mampu menjalankan tugas dengan baik.

Semakin hari, lambakan toksin berlebihan yang tidak mampu disingkirkan badan menyebabkan munculnya simptom-simptom “tak sihat” yang tidak spesifik. Contohnya, sakit kepala, lenguh badan, keletihan melampau, masalah sembelit, badan berangin dan berat badan yang semakin bertambah.

Jadi, Set Detox Shaklee bertindak sebagai penyokong proses detoksifikasi badan secara menyeluruh dan semulajadi. Pastinya ia permulaan yang baik untuk perubahan ke arah kesihatan yang lebih baik.

Baca juga 7 Manfaat Detox Untuk Tubuh.

.

Apa Anda Dapat Dengan Detox Cara Shaklee?

.

detox cara shaklee

Set Detox Shaklee terdiri dari gabungan sinergistik herba dan nutrien semulajadi untuk memastikan sistem detoksifikasi badan dapat disokong dengan baik.

Alfalfa Complex. Akar tumbuhan alfalfa yang tunjang sejauh 6 meter ke dalam tanah mampu menyerap nutrisi dalam tanah yang tidak tercapai oleh tubuhan lain. Menjadikan ianya tumbuhan yang kaya dengan nutrisi. Daun alfalfaf juga mengandungi klorofil kira-kira empat kali ganda lebih banyak berbanding tumbuhan lain.

Alfalfa Complex ialah pilihan yang baik untuk menyokong proses detoksifikasi darah dan usus secara lembut.

Peppermint Ginger Plus pula menyediakan herba semulajadi daun pudina, halia, fennel dan anise. Gabungan ini amat menenangkan kerana memberi kesan yang baik terhadap sistem pencernaan terutamanya jika anda jenis yang “banyak angin”.

DTX Complex pula diformulasi khas daripada ekstrak biji milk thistle, cendawan Reishi, Schisandra chinensis, dandelion, kunyit dan artichoke. Ianya merupakan tonik kompleks yang menyokong nutrisi untuk fungsi hati yang sihat, iaitu dengan cara melindungi dan merangsang keupayaan semulajadi badan untuk mengekalkan kesihatan hati.

Herblax pula terdiri daripada campuran herba semulajadi termasuk daun senna yang telah digunakan secara tradisional sebagai julap semulajadi. Herblax merangsang pergerakan usus seterusnya membantu kelancaran sistem pembuangan najis.

Vivix ialah minuman botani daripada campuran buah-buahan semulajadi yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia dari sumber tumbuhan yang menyokong kesihatan sel (paling asas dalam badan). Bahan-bahan dalam Vivix – anggur Muscadine, lobak ungu, Polygonum cuspidatum dan European elderberry – diekstrak melalui proses yang telah dipatenkan. Jadi, anda hanya boleh dapatkan Vivix dari Shaklee sahaja.

Jom detox cara Shaklee sekarang juga!

Rujuk entri Set Detox Shaklee : Fungsi, Pilihan dan Harga untuk info lanjut.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Butterworth, Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas
Poslaju ke Seluruh Malaysia Termasuk Sabah dan Sarawak

Petua Mujarab Hilangkan Gastrik Secara Sihat

Petua Mujarab Hilangkan Gastrik Secara Sihat

.

Pernah terfikir kenapa anda mengalami gastrik yang tak pulih-pulih walaupun telah makan pelbagai ubat untuk hilangkan gastrik itu?

Mari kita kenali dengan mendalam apa itu gastrik.

.

Apa Itu Gastrik?

.

Gastrik, dalam terma perubatan dikenali sebagai gastritis, merupakan keradangan, iritasi dan kehakisan lapisan dalam perut yang boleh berlaku secara tiba-tiba (akut) atau perlahan-lahan (kronik).

Bagaimana ini boleh terjadi?

Terdapat beberapa faktor penyebab yang boleh mengakibatkan keradangan ini berlaku :

  • pengambilan alkohol berlebihan
  • muntah berterusan dan kronik
  • terlalu stress
  • penggunaan ubat tahan sakit jenis NSAID (non-steroidal antiinflammatory drugs) yang kerap
  • jangkitan kuman Helicobacter pylori
  • refluks hempedu
  • ibu mengandung
  • pemakanan tidak sihat seperti fast food, makanan berminyak, terlalu pedas, kurang air kosong, minuman berkafein berlebihan
  • makan lewat atau skip makan (contoh kerana terlalu sibuk)

.

Kesemua faktor ini mengakibatkan peningkatan paras asid dalam perut, lalu menghakis lapisan perut menyebabkan timbulnya simptom-simptom seperti di bawah.

.

.

Simptom-simptom Gastrik

.

Sebagai seorang penghidap gastrik, sudah tentu anda mempunyai beberapa tanda di bawah, yang membawa anda berjumpa doktor dan didiagnos mengalami gastrik :

  • loya tekak
  • muntah
  • kembung perut
  • sakit perut di bahagian ulu hati (tengah-tengah di bawah tulang rusuk)
  • ketidakhadaman
  • rasa seperti terbakar di bahagian dada terutamanya pada waktu malam
  • najis berwarna kehitaman (untuk kes yang lebih serius)

.

Pesakit yang mengalami tanda-tanda di atas pada awalnya akan disyaki mempunyai gastrik. Diagnosis gastrik yang tepat hanya boleh dipastikan melalui prosedur OGDS (OesophagoGastroDuodenoScopy) sahaja.

Melalui prosedur ini, satu tiub berkamera yang kecil lebih kurang sebesar jari, akan dimasukkan melalui mulut untuk melihat keadaan dalam perut dalam keadaan pesakit diberi ‘ubat tidur’ (sedation).

Dan melalui OGDS juga, pesakit dapat dipastikan sama ada cuma mengalami gastrik sahaja atau sudah mempunyai komplikasi-komplikasi gastrik yang lain seperti ulser, stricture (laluan sempit kerana parut akibat gastrik yang kerap), pendarahan atau kanser.

Ya. Se-simple mengalami pedih perut yang jarang-jarang berlaku, masalah gastrik yang tidak diatasi dengan baik membawa risiko kanser perut!

Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk hilangkan gastrik anda?

.

.

Petua Hilangkan Gastrik Dengan Berkesan Secara Sihat

.

Untuk menghilangkan gastrik dengan berkesan secara sihat, jalan terbaik ialah :

  1. berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang betul
  2. menangani kesemua faktor penyebab
  3. mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat
  4. pengambilan suplemen untuk menyokong nutrisi dan kesihatan.

.

Terdapat dua jenis ubat yang biasa diberikan di klinik atau farmasi. Ubat yang bersifat anti-asid adalah untuk mengalkalikan keasidan dalam perut, dan ubat yang boleh mengurangkan penghasilan asid di dalam perut.

Bagi kes gastrik yang disebabkan oleh jangkitan, antibiotik akan dipreskripsikan kepada anda untuk membunuh kuman tersebut. Suka untuk diingatkan di sini bahawa pengambilan antibiotik haruslah mengikut saranan doktor untuk mengelak komplikasi pengambilan antibiotik yang tidak terkawal.

Baca entri Berjaga-jaga Dengan Kesan Sampingan Antibiotik ini untuk info lanjut.

.

hilangkan gastrik

.

Berikut pula ialah Tips Pemakanan Sihat Untuk Pesakit Gastrik :

  • sebaiknya elakkan makanan terlalu panas dan pedas yang boleh menyebabkan iritasi salur pemakanan dan perut
  • banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • kurangkan makanan berminyak
  • minum air kosong yang cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  • mengelakkan makanan
  • mengamalkan pemakanan seimbang dengan kesemua 4 kumpulan makanan dalam portion suku-suku-separuh seperti yang pernah diceritakan dalam entri Cara Turun Berat Badan Dengan Cepat dan Selamat

.

Cadangan Suplemen Untuk Hilangkan Gastrik

.

Suplemen bukan ubat, tetapi hanyalah menyokong untuk melengkapkan nutrisi harian. Bukan juga untuk merawat, mengubat dan mencegah sesuatu penyakit.

Di bawah ada diterangkan tentang suplemen cadangan untuk gastrik beserta fungsi setiap satu:

Vivix bertindak memperbaiki sel (‘akar umbi’), Vivix merupakan satu-satunya suplemen dengan fungsi ini. Bakal dipatenkan dan ianya eksklusif dari Shaklee sahaja.

Energizing Soy Protein (ESP) pula ialah suplemen protein lengkap yang bermanfaat untuk pesakit gastrik kerana :

  • memberi rasa kenyang yang lebih lama kerana indeks glisemiknya yang rendah
  • membantu menghasilkan sel-sel baru untuk memperbaharui sel rosak dan ‘teredera’ (mengalami keradangan, dan iritasi)
  • protein diperlukan untuk penghasilan enzim pencernaan

.

Alfalfa Complex bersifat alkali, dan kaya dengan nutrisi dalam tanah. Dikenali sebagai “Bapa Segala Makanan” dan bermanfaat untuk pelbagai masalah kesihatan termasuk gastrik.

Ostematrix, suplemen kalsium lengkap membantu mengalkalikan keasidan dalam perut.

Peppermint GingerPlus, membantu melegakan perut kembung dan ‘angin’ disebabkan gastrik.

.

.

Jadi sekarang anda sudah ketahui jawapan kepada persoalan di atas, “kenapa dah makan bermacam-macam ubat tapi gastrik masih tak pulih-pulih?

Kebaikan Ostematrix Shaklee | ainniahzulkefli.com

Kebaikan Ostematrix Shaklee | ainniahzulkefli.com

kebaikan ostematrix shaklee

Nak tahu apa kebaikan Ostematrix Shaklee dan bagaimana ia menyokong kesihatan tulang?

Menurut World Health Organization (WHO), osteoporosis telah dikenalpasti sebagai masalah major di seluruh dunia!

Osteoporosis ialah keadaan di mana kita kehilangan kepadatan tulang menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah, walaupun tanpa tekanan yang kuat ke atasnya.

Kekurangan kalsium yang berterusan bertahun-tahun lamanya merisikokan anda kepada osteoporosis.

.

Simptom-simptom Kekurangan Kalsium

.

Seawal usia 30-an, paras kalsium mula merosot tanpa anda sedari.

Antara simptom kekurangan kalsium ialah seperti:

  • kejang otot (Ibu hamil boleh baca Cara Atasi Kaki Cramp Ketika Mengandung)
  • kebas hujung jari
  • mudah keliru
  • gangguan memori
  • kemurungan
  • halusinasi (untuk kes kekurangan kalsium yang teruk)
  • kuku rapuh
  • sembelit
  • sakit sendi
  • mudah letih
  • pertumbuhan terbantut (kanak-kanak)

Anda mungkin merasakan yang anda masih muda dan tidak mengalami simptom kekurangan kalsium ini ketika ini.

Tetapi awas! Osteoporosis terjadi perlahan-lahan secara ‘senyap’!

.

Keperluan Kalsium Harian

.

Untuk melambatkan terjadinya osteoporosis, seharusnya kita memastikan tubuh mendapat kalsium yang mencukupi setiap hari.

Jadual ini menunjukkan keperluan kalsium harian mengikut usia:

kebaikan ostematrix shaklee

Kebaikan Ostematrix Shaklee – Sumber jadual : National Institute of Health

.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Kalsium Yang Mencukupi Setiap Hari?

.

Seorang dewasa bersaiz sederhana secara puratanya memerlukan 1000mg kalsium sehari. Ini bersamaan dengan:

  • 4 gelas susu tinggi kalsium
  • 320 biji badam

Banyak?

Ya. Agak mustahil untuk kita mengambil sejumlah ini setiap hari, betul?

Di sinilah fungsi suplemen kalsium – untuk memenuhi lompong nutrisi kalsium yang tidak mencukupi.

kebaikan ostematrix shaklee

Apakah ciri-ciri istimewa Ostematrix Shaklee ini?

.

Kebaikan Ostematrix Shaklee

.

1) Ostematrix Membekalkan Lebih Dari Kalsium

Ostematrix Shaklee, diformulasi daripada mineral dan galian Laut Mati dengan tujuh nutrien kritikal untuk pembinaan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.

Setiap hidangan cadangan iaitu 3 kaplet Ostematrix sebelum tidur, membekalkan nutrisi berikut:

  • 750 mg kalsium sebagai bahan binaan untuk tulang dan gigi
  • 300 mg magnesium untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang
  • 300 IU vitamin D3 untuk merangsang penyerapan kalsium tadi
  • 2.25 mg boron untuk membantu metabolisma tulang
  • 1.14 mg zink, 0.15 mg mangan dan 0.15 mg kuprum untuk mengaktifkan enzim-enzim yang membantu pembinaan tulang

Semua ini diperlukan untuk penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.

.

2) Penyerapan Terbukti

Penyerapan kalsium dari Ostematrix terbukti melalui kajian klinikal yang mana hasilnya adalah seperti graf di bawah:

kebaikan ostematrix shaklee

Kebaikan Ostematrix Shaklee. Graf menunjukkan kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan. Info dari Laman Web Rasmi Shaklee.

.

3) Selamat Untuk Kebanyakan Kumpulan Yang Memerlukan

Ostematrix sangat sesuai dan selamat untuk golongan yang memerlukan kalsium berikut:

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Remaja 12 tahun dan ke atas
  • Warga emas
  • Bermasalah lactose intolerance (alahan kepada susu)
  • Bukan penggemar susu

.

4) Kaplet Comel

Ostematrix didatangkan dalam bentuk kaplet kecil comel yang mudah ditelan.

.

5) Harga Runcit

Harga runcit sebotol Ostematrix ialah RM61.25 dengan 120 tablet untuk kpengambilan selama 40 hari.

Saranan harian : 3 kaplet setiap hari.

Baca juga : Koleksi Testimoni Ostematrix.

DISCLAIMER: PRODUK INI ADALAH SUPLEMEN. BUKAN BERTUJUAN MENDIAGNOS, MERAWAT, MENGUBAT ATAU MENCEGAH SESUATU PENYAKIT. PESAKIT KRONIK DISARANKAN MENDAPAT NASIHAT DOKTOR YANG MERAWAT TERLEBIH DAHULU.