Pendarahan Implantasi – Normal Atau Tidak?

Pendarahan Implantasi – Normal Atau Tidak?

“Doktor, saya punya haid lewat beberapa hari bulan ini. Saya buat urine pregnancy test (UPT) keputusannya naik dua line (positif). Tetapi esoknya ada pendarahan pula. Apa maksudnya ini ya doktor?”

pendarahan implantasi

Pendarahan implantasi (implantation bleeding) merupakan tanda kehamilan terawal yang berlaku pada kira-kira 25% wanita hamil.

Apabila sperma (benih lelaki) dan ovum (telur wanita) disenyawakan di dalam tiub Fallopion, zygot yang terbentuk akan bergerak ke arah rahim untuk ‘menanamkan’ dirinya ke dalam dinding rahim yang dipanggil endometrium untuk terus membesar.

Dinding rahim pada ketika ini menebal dan kaya dengan salur darah.

Oleh itu, pada sesetengah wanita yang disahkan hamil boleh mengalami pendarahan yang dipanggil pendarahan implantasi (implantation bleeding).

Pendarahan implantasi adalah suatu proses yang normal dan TIDAK memerlukan rawatan perubatan.

Yang boleh mengelirukan ialah untuk membezakan sama ada ianya adalah pendarahan implantasi atau haid.

Mari kita teruskan membaca bagaimana untuk membezakan pendarahan ini.

.

Perbezaan Pendarahan Implantasi & Haid

.

Secara semulajadinya, implantasi zygot berlaku sekitar hari ke-6 hingga ke-12 selepas persenyawaan.

Manakala pendarahan haid berlaku bergantung kepada kitaran haid masing-masing.

Jadi, pendarahan implantasi biasanya berlaku lebih awal atau jatuh pada tarikh haid yang dijangka.

Warna darah yang turun juga berbeza, iaitu lebih pink atau coklat bagi pendarahan implantasi, berbanding darah haid yang berwarna merah terang.

Darah yang disebabkan implantation bleeding juga adalah sedikit sahaja dan makin berkurang dari hari ke hari (kebiasaannya 1-3 hari).

Dan darah haid pula di peringkat awalnya adalah sedikit, kemudiannya menjadi banyak dan berketul-ketul, berlanjutan sehingga 4 hingga 7 hari.

Seorang wanita hamil yang mengalami pendarahan implantasi boleh mengalami sakit perut ‘sikit2’ di bahagian rahim juga.

Tetapi kesakitan (senggugut) itu tidaklah sekuat ketika mengalami haid.

Tanda yang paling penting ialah, wanita yang mengalami implantation bleeding mempunyai UPT yang positif.

Wanita yang hamil TIDAK mungkin mengalami haid.

pendarahan implantasi

.

“Apa Masalah Lain Yang Perlu Saya Risau Jika Mengalami Pendarahan Di Awal Kehamilan, Selain Pendarahan Implantasi?”

.

Sekiranya anda mengalami pendarahan di awal kehamilan, segeralah ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Kerana selain pendarahan implantasi, wanita hamil yang mengalami pendarahan di awal kehamilan juga dikhuatiri mengalami keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy) atau mengandung luar rahim yang boleh mengancam nyawa ibu!

Selain itu, pendarahan di awal kehamilan juga boleh berlaku disebabkan :

  • iritasi terhadap pangkal rahim (cervix)
  • luka selepas bersama suami
  • senaman berlebihan
  • angkat berat melampau
  • jangkitan vagina

pendarahan implantasi

Kandungan luar rahim terjadi apabila zygot menempel SELAIN di dinding rahim. Gambar menunjukkan contoh-contoh kandungan luar rahim.

.

“Bolehkah saya solat dan puasa jika mengalami pendarahan implantasi?”

.

Kerana darah implantasi BUKAN darah haid atau nifas, wanita hamil yang mengalaminya bolehlah bersolat dan berpuasa seperti biasa.

Wallahu’alam.

.

Sumber:

  1. American Pregnancy Association
  2. Healthline
  3. WebMD

Berminat untuk mencuba Set Hamil yang memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil?

Haid Berpanjangan : Testimoni GLA Complex

Haid Berpanjangan : Testimoni GLA Complex

haid berpanjangan

“Salam doc. Nak bagitahu, Alhamdulillah lepas makan vitamin yang dari doc tu period saya stop tanpa makan ubat stop period. Dah dekat sebulan dah Alhamdulillah…”

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Tumpang happy dan bersyukur bila customer bagi feedback macam ni.

Ceritanya macam ni…

Patient ni datang klinik beberapa kali, dengan complaint yang sama iaitu masalah PERIOD BERPANJANGAN.

Dah BEBERAPA TAHUN memang macam ni.

Bergantung kat ubat stop period untuk stopkan period.

Makan ubat tu stop la 3-4 hari.

Then, lepas beberapa hari, period datang balik. Makan balik ubat tu, stop balik.

And the cycle continues…

SAMPAI TAK TAHULAH BILA TARIKH SEBENAR PERIOD, BILA BOLEH SOLAT, BILA UZUR! ?

.

Boleh bayangkan betapa stressnya kalau ada masalah haid berpanjangan ni kan?

.

Lagi satu, bila ada masalah period >>> masalah hormon >>> masalah kesuburan >>> masih belum dikurniakan rezeki even dah beberapa tahun kahwin.

Dah pernah under gynea, workout semua normal katanya (check darah, xray, ambil sampel rahim, etc).

So, patient tanya,

“Sampai bila saya nak kena makan ubat stop period ni, doc? Dah kawen lama pun belum ada anak lagi.”

Sedih wei bila patient tanya macam tu ?.

Nak refer gynea (sakit puan) pun dia dah pi. Apa lagi choice yang ada?

Jadi, Ain cadangkan beliau cuba GLA Complex.

Kena settlekan masalah haid berpanjangan beliau dulu.

Ain bagitau, masalah puan ni dah bertahun2. GLA ni cuma suplemen, bukan ubat. Jadi akan ambil masa untuk puan rasa sihat.

Mula tu beliau tak macam berminat. Tapi lepas sebulan macam tu, akhirnya beliau setuju.

Dan tak sangka secepat ini (sebulan/botol pertama) puan ni bagi feedback macam ni.

haid berpanjangan

Syukur Alhamdulillah… ?

Ain faham. Period stop hampir sebulan tanpa ubat stop period pun dah besar rahmat dah bagi puan ni.

Nak ada rezeki anak tu bila, jangan tanya Ain. Ain tak boleh jawab.

Kita jangan buat kerja Tuhan.

Kita buat kerja kita saja – USAHA.

.

Sedikit info tentang haid berpanjangan

Dari segi sains, tempoh haid normal ialah antara 3 hingga 7 hari.

Seorang wanita yang datang haid melebihi 7 hari adalah mengalami masalah haid berpanjangan.

Kitaran haid normal seorang wanita ialah antara 21 sehingga 35 hari.

Antara punca haid berpanjangan ialah seperti berikut:

  • ketidakseimbangan hormon
  • ketumbuhan seperti fibroid, cyst dan polyp
  • masalah pembekuan darah
  • penyakit thyroid
  • jangkitan
  • kanser

Oleh kerana itu, wanita yang menghadapi masalah haid disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat dari pakar sakit puan.

Ini penting untuk mengenalpasti haid berpanjangan ini bukanlah kerana sebab yang serius.

Rujuk artikel dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang darah haid dan istihadah bagi wanita muslim.

haid berpanjangan

 

Kenapa GLA Complex Shaklee?

  • Mengandungi kepekatan gamma linoleic acid tertinggi, iaitu sebanyak 17-25%, berbanding suplemen gamma linoleic acid jenama lain
  • Digabungkan dengan minyak bunga matahari (sumber lain asid lemak omega-6) dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kecantikan kulit
  • Lebih 350 kajian dibuat ke atas setiap ramuan untuk menyaring bahan tercemar, racun serangga, logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob
  • Tiada bahan yang diharamkan
  • Bebas gluten
  • Terbukti (Landmark Study) selamat diamalkan untuk jangka masa panjang (berpuluh-puluh tahun)

.

Baca entri GLA Shaklee : Kebaikan & Harga untuk info lanjut.

 

Harga runcit sebotol GLA RM91.25 (60 sofgel)