Bahaya Ibu Hamil Naik Berat Berlebihan

Bahaya Ibu Hamil Naik Berat Berlebihan

berat badan ketika hamil

Berdasarkan kajian, hanya 32% ibu hamil sahaja yang mempunyai kenaikan berat badan yang disarankan.

Sementara 48% ibu hamil naik berat badan berlebihan dan 21% kurang naik berat badan.

Mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat semasa hamil sememangnya baik untuk anda dan bayi di dalam kandungan. Tetapi anda harus sentiasa beringat, yang kalori berlebihan boleh menyebabkan pertambahan berat badan berlebihan semasa hamil.

Ibu-ibu yang mengandung sebenarnya cuma memerlukan lebih 300 kalori sahaja sehari berbanding wanita yang tidak hamil.

Namun, ada juga ibu hamil yang mengalami masalah yang sebaliknya – penurunan berat badan ketika hamil.

Kedua-dua situasi ini sudah tentulah bukan sesuatu yang sepatutnya berlaku.

Ibu hamil yang kurang naik berat badan dikhuatiri melahirkan bayi yang bersaiz lebih kecil.

Bayi dengan kurang berat badan ini lebih bermasalah untuk memulakan penyusuan, lebih berisiko kepada jangkitan dan bantut tumbesaran.

Manakala ibu hamil yang mengalami kenaikan berat badan berlebihan pula dikhuatiri melahirkan bayi yang besar.

Yang mana bayi yang besar berisiko mengalami komplikasi semasa bersalin dan seterusnya terpaksa dilahirkan melalui pembedahan. Bayi besar juga berisiko mengalami masalah obesiti apabila semakin besar nanti.

.

Jadi, berapakah kenaikan berat badan ketika mengandung yang dikatakan ‘sihat’?

.

Untuk menjawab persoalan ini, dapatkan dahulu apakah BMI (Body Mass Index) anda sebelum hamil.

Kiraan BMI adalah seperti berikut : Berat (dalam kilogram) / (Tinggi dalam meter x Tinggi dalam meter)

Contohnya jika berat anda ialah 60kg, dan tinggi anda ialah 1.6m, BMI anda ialah 60 / (1.6 x 1.6) = 23.4 (normal BMI).

berat badan ketika mengandung

Saranan kenaikan berat badan SEPANJANG KEHAMILAN adalah berdasarkan BMI anda sebelum hamil atau ketika buka buku antenatal:

  • Underweight (BMI < 18.5) : 12.5 – 18kg
  • Normal weight (BMI 18.5 – 24.9) : 11.5 – 16kg
  • Overweight (BMI 25 – 29.9) : 7 – 11.5kg
  • Obese (BMI 30 dan ke atas) : 5 – 9kg

.

Bagi pertambahan berat SETIAP MINGGU SEMASA TRIMESTER KEDUA & KETIGA pula ialah seperti berikut:

  • Underweight (BMI < 18.5) : 0.55kg (0.44 – 0.58kg) / minggu
  • Normal weight (BMI 18.5 – 24.9) : 0.42kg (0.35 – 0.5kg) / minggu
  • Overweight (BMI 25 – 29.9) : 0.28kg (0.23 – 0.33kg) / minggu
  • Obese (BMI 30 dan ke atas) : 0.22kg (0.17 – 0.27kg) / minggu

.

Pertambahan berat badan yang disarankan ini berbeza pula sekiranya anda mengandungkan ANAK KEMBAR:

  • Normal weight (BMI 18.5 – 24.9) : 17 – 25kg
  • Overweight (BMI 25 – 29.9) : 14 – 23kg
  • Obese (BMI 30 dan ke atas) : 11 – 19kg

.

Ke manakah berat badan ketika mengandung ‘pergi’ selain berat bayi anda?

.

Lihat gambar di bawah.

berat badan ketika mengandung

Bagi ibu hamil dengan BMI normal sebelum hamil, kira-kira :

  • 0.5kg ialah pertambahan berat payudara
  • 0.7kg ialah berat plasenta
  • 1.6kg ialah pertambahan berat uterus (rahim)
  • 3.5kg ialah berat bayi
  • 1 – 1.5kg pula ialah berat air ketuban
  • dan kira-kira 4kg ialah pertambahan berat darah dan cecair

.

6 Tips Naik Berat Badan Ketika Mengandung Seperti Yang Disarankan

.

So ada yang dah risau berat badan terlebih atau kurang dari yang sepatutnya?

Jom cuba 6 tips kat bawah ni.

Mana tahu berat yang lebih tu boleh control.

Dan yang kurang berat tu akan naik berat cantik next checkup nanti.

  1. Amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua nutrisi – karbohidrat, protein, dan serat
  2. Monitor kenaikan berat badan anda, aim berapa kg patut naik next checkup
  3. Hadkan pengambilan gula ringkas dan lemak tepu (seperti kek, coklat dan sebagainya)
  4. Kawal pengambilan kalori seharian (kalau dapat kira lagi bagus)
  5. Senaman 150 minit seminggu (Rujuk entri Senaman Yang Selamat Ketika Hamil)
  6. Paling penting, berbincanglah dengan doktor sakit puan anda

.

berat badan ketika hamil

.

Sumber:

  1. Centers for Disease Control and Prevention
  2. WebMD

Set Hamil Shaklee melengkapkan nutrisi ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Diabetes Semasa Hamil, Anda Salah Seorang?

Diabetes Semasa Hamil, Anda Salah Seorang?

diabetes semasa hamil

Ibu hamil bukan sahaja membawa berita gembira kepada seluruh keluarga terutamanya si suami.

Namun kehadiran nyawa baru di dalam rahim itu juga membawa risiko kesihatan tertentu kepada ibu.

Salah satunya ialah diabetes semasa hamil yang tidak asing lagi dalam dunia kehamilan.

.

Apa Itu ‘Diabetes Semasa Hamil’?

.

Diabetes semasa hamil, juga dikenali sebagai gestational diabetes mellitus (GDM), ialah satu masalah metabolik di mana ibu hamil mengalami kerintangan insulin berlebihan yang dikenalpasti selepas 24 minggu kehamilan.

Insulin ialah hormon yang bertanggungjawab memindahkan glukosa dalam darah kepada sel-sel untuk digunakan sebagai tenaga.

Kerintangan insulin ialah keadaan di mana fungsi tadi tidak dapat dijalankan dengan baik.

Jadinya, lebih banyak glukosa akan berada di dalam darah ibu.

Seorang ibu hamil yang mempunyai GDM TIDAK mempunyai kencing manis sebelum kehamilan.

Dan GDM juga akan ‘hilang’ sendiri selepas bayi dilahirkan.

Tetapi GDM akan meningkatkan risiko ibu tersebut untuk mempunyai kencing manis jenis 2 pada masa akan datang.

diabetes semasa hamil

.

Punca Diabetes Semasa Hamil

.

Punca sebenar terjadinya GDM tidak dapat dikenalpasti dengan tepat.

Namun, berkemungkinan besar adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan ibu semasa hamil.

Kerana secara fisiolognya, SEMUA ibu hamil akan menghasikan LEBIH banyak hormon yang akan meningkatkan kerintangan terhadap insulin.

Apabila kerintangan terhadap insulin lebih tinggi, gula dalam darah akan kurang dihantar kepada sel-sel badan untuk digunakan sebagai tenaga.

Paras gula darah yang lebih tinggi ini akan dihantar kepada bayi melalui plasenta untuk kegunaan bayi dalam kandungan.

Ini cerita fisiologi semasa hamil ya.

Yang mana SEMUA ibu hamil mengalami perubahan ini untuk menyokong keperluan dan pertumbuhan bayi.

So, diabetes semasa hamil terjadi apabila paras gula darah menjadi LEBIH TINGGI daripada yang sepatutnya.

diabetes semasa hamil

.

Simptom-simptom GDM

.

Kebanyakan ibu hamil TIDAK mengalami apa-apa simptom pun.

Amat jarang sekali ibu hamil mengalami simptom-simptom kencing manis seperti terlalu dahaga, banyak kencing, keletihan dan lain-lain lagi.

Oleh kerana itu, ibu-ibu hamil yang berisiko disarankan menjalani maternal glucose tolerance test (MGTT) sebagai ujian saringan.

.

Siapakah Ibu Hamil Yang Berisiko Tinggi Mengalami GDM?

.

Faktor-faktor risiko GDM adalah seperti berikut:

  • BMI melebihi 27 (overweight dan obese)
  • Mempunyai sejarah GDM semasa kehamilan sebelumnya
  • Terdapat keluarga first-degree yang menghidap kencing manis (contoh: mak/ayah/adik-beradik ada kencing manis)
  • Sejarah bayi besar melebihi 4kg
  • Sejarah obstetrik yang tidak ‘cantik’ (contohnya ada sejarah 3 kali keguguran sebelum itu)
  • Glukosa dikesan dalam ujian air kencing
  • Masalah obstetrik semasa kehamilan sekarang (contoh : ibu hamil ada darah tinggi, air ketuban banyak, jangkitan yang kerap)

diabetes semasa hamil

Sekiranya ibu hamil mempunyai mana-mana fakor risiko di aras, mereka akan disarankan menjalani ujian MGTT.

MGTT dijalankan dengan mengambil darah ibu semasa berpuasa dan 2 jam selepas meminum air gula yang mengandungi 75 gram glukosa.

Keputusan ujian MGTT normal ialah dengan bacaan kurang daripada 5.1 (bagi darah berpuasa) dan kurang daripada 7.8 (bagi darah yang diambil 2 jam selepas meminum air gula).

.

Pelan Pemakanan Yang Baik Sangat Membantu Ibu GDM

.

Apabila ibu hamil disyaki mempunyai GDM, mereka akan dirujuk kepada pakar diet untuk kaunseling pemakanan.

Sebenarnya, pelan pemakanan untuk pesakit GDM adalah individualized.

Tetapi sebagai guideline, secara amnya, ibu hamil dengan GDM disarankan mengamalkan pemakanan seperti berikut :

  • diet seimbang dengan semua kumpulan makanan untuk memenuhi keperluan ibu hamil dan perkembangan bayi
  • yang terbaiknya amalkan pinggan suku suku separuh (Dalam entri Cara Turun Berat Badan Dengan Cepat dan Selamat ada diceritakan tentang pinggan suku suku separuh ini)
  • “makan untuk dua orang” bukan alasan ibu hamil makan dalam kuantiti yang banyak kerana hakikatnya, keperluan kalori ibu hamil cuma lebih 300 kalori sahaja berbanding ibu yang tidak hamil
  • amalkan pengambilan karbohidrat kompleks seperti bijirin, kekacang dan sayur-sayuran
  • dalam masa yang sama, elakkan karbohidrat ringkas seperti kek dan gula-gula
  • pilih makanan dengan indeks glisemik rendah supaya paras gula darah tidak naik mendadak sebaliknya lebih stabil untuk suatu jangka masa (Baca lebih lanjut tentang indeks glisemik di dalam entri Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus)
  • pilihlah makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  • makanan rendah lemak adalah lebih baik
  • elakkan makanan bergoreng

tanda-tanda kencing manis

Makanan dengan indeks glisemik tinggi (graf biru) menyebabkan paras gula darah meningkat secara mendadak, kemudiannya menurun secara mendadak juga (dua-dua pun tidak baik untuk ibu GDM). Sebaliknya makanan indeks glisemik rendah (graf hijau) pula menstabilkan paras gula darah untuk jangka masa yang lebih lama.

Berdasarkan kajian, pelan pemakanan yang diikuti dengan baik oleh ibu hamil berupaya membantu mengawal paras gula darah dengan baik.

Jadi, ibu hamil yang GDM jangan ambil ringan tentang pemakanan ya.

Demi anda dan bayi anda.

.

Ibu Hamil GDM Juga Digalakkan Untuk Bersenam!

.

Selain menjaga pemakanan dengan baik, ibu yang GDM juga digalakkan untuk bersenam secara berkala.

Dengan senaman, dapat membantu mengurangkan kerintangan terhadap insulin tadi. Jadi kalau kerintangan insulin berkurang, akan kurang juga gula dalam darah.

Ibu-ibu GDM boleh mula bersenam selama 15 minit, sebanyak 3 kali seminggu.

Seterusnya jika berkemampuan, anda bolehlah tingkatkan tempoh dan kekerapan bersenam.

Senaman bagaimana yang sesuai?

Boleh rujuk entri 5 Senaman Yang Selamat Untuk Ibu Hamil untuk info lanjut.

Pastikan anda meminum air kosong yang cukup sebelum, semasa dan selepas bersenam.

Bagi ibu hamil yang mengalami masalah berikut semasa bersenam pula, dinasihatkan berhenti bersenam dan dapatkan nasihat doktor dengan segera :

  • sakit di mana-mana bahagian terutamanya perut, belakang dan/atau pelvis
  • pening dan sakit kepala yang melampau
  • sesak nafas
  • rasa seperti akan pitam
  • jantung berdebar-debar
  • pendarahan faraj

diabetes semasa hamil

.

Bagaimana Dengan Komplikasi Jika Paras Gula Darah Tidak Dikawal Dengan Baik?

.

Paras gula darah yang tidak dikawal dengan baik membawa risiko besar bukan sahaja terhadap diri anda, tetapi juga terhadap bayi di dalam kandungan.

Komplikasi Terhadap IBU

  • meningkatkan risiko jangkitan seperti jangkitan salur kencing dan jangkitan kulat
  • risiko preeklampsia lebih tinggi (risiko sawan)
  • berdasarkan National Health Institute (NIH), sebanyak 20-50% ibu GDM berisiko menghidap kencing manis jenis 2 dalam 5 hingga 10 tahun (banyak tu 20-50%!)
  • polyhydramnion (air ketuban lebih banyak dari normal)
  • kelahiran pramatang

Komplikasi Terhadap BAYI

  • bayi besar (macrosomia = berat lahir 4kg dan ke atas) kerana ‘lambakan’ gula yang masuk melalui plasenta menghasilkan lebih banyak tenaga dan gula ini akan disimpan sebagai lemak
  • macrosomic baby pula seterusnya lebih berisiko mengalami kesukaran untuk dilahirkan kerana saiznya (shoulder dystocia) lalu meningkatkan risiko kelahiran secara pembedahan (Cesarean section)
  • lebih berrisiko mengalami masalah kurang gula (hypoglycemia) selepas dilahirkan kerana pankreas bayi menghasilkan lebih banyak insulin (kerana paras gula darahnya juga tinggi)
  • berisiko menjadi obese dan menghidap kencing manis jenis 2 apabila besar nanti
  • kecacatan kongenital
  • masalah paru-paru
  • darah pekat (polycythemia)
  • kematian sebelum dilahirkan

diabetes semasa hamil

.

Saranan Untuk Ibu Yang Ada Diabetes Semasa Hamil

.

  1. Ikuti lawatan susulan ke klinik seperti yang telah ditetapkan
  2. Amalkan pemakanan seimbang
  3. Rajin bersenam jika tiada kontraindikasi
  4. Kira gerakan bayi anda seperti yang diarahkan
  5. Ambil ubat kencing manis atau/dan insulin seperti yang dinasihatkan
  6. Monitor paras gula darah
  7. MGTT 6 hingga 12 minggu selepas bersalin untuk memastikan anda tidak menghidap kencing manis jenis 2
  8. Sekiranya didapati anda menghidap kencing manis jenis 2, dapatkan kaunseling sebelum merancang untuk anak seterusnya

.

Sumber:

  1. MyHealth KKM
  2. Healthline

Tercari-cari vitamin mengandung untuk menyokong nutrisi anda dan bayi anda?

5 Senaman Ibu Hamil Supaya Mudah Bersalin

5 Senaman Ibu Hamil Supaya Mudah Bersalin

senaman ibu hamil

Siapa kata ibu hamil tidak boleh bersenam?

Selagi tiada kontraindikasi daripada doktor (contoh ; masalah jantung, kedudukan uri di bawah yang membimbangkan), seorang ibu yang mengandung boleh bersenam secara berpada-pada.

Berikut ialah antara manfaat bersenam bagi ibu hamil :

  • mengurangkan sakit belakang
  • melegakan sakit otot
  • mengurangkan kekejangan kaki
  • menenangkan minda
  • mengurang tekanan
  • menambah stamina
  • mempercepatkan pemulihan selepas bersalin
  • mengurangkan risiko berat badan bertambah dengan banyak selepas bersalin
  • memudahkan proses melahirkan nanti kerana ibu hamil yang kerap bersenam mempunyai jantung, otot dan sendi yang lebih kuat

Walaupun senaman baik untuk ibu hamil, jangan dan-dan terus berlari 3 pusingan padang pula ya.

Tidak perlu membeli peralatan canggih dan mahal-mahal untuk bersenam.

Cukuplah sekadar mengikuti 5 senaman ibu hamil di bawah – mudah, percuma dan boleh dilakukan di rumah sahaja.

Mari teruskan membaca apa jenis senaman yang sesuai untuk ibu hamil ini.

.

Plie

Disebut sebagai ‘pli-ei’, bermaksud kedudukan kaki seperti penari balet sebagaimana ditunjukkan dalam gambar di bawah.

senaman ibu hamil

Buka kaki dengan lutut dan tapan kaki berada pada sudut 45 darjah ke luar, Bengkokkan lutut sedikit seperti penari balet.

Kemudian, dengan sebelah tangan memegang kerusi di tepi sebagai sokongan, turunkan badan anda perlahan-lahan. Pastikan tulang belakang anda lurus.

Seterusnya, naik semula dan ulang beberapa kali.

Senaman ini bertujuan menguatkan otot quadriceps, hamstrings dan punggung, serta memperbaiki keseimbangan badan.

.

Senaman Peha

Untuk melakukan senaman ini, baring mengiring di sebelah kanan sementara tangan kanak diletakkan di bawah kepala sebagai sokongan.

Lipat lutut kanan anda sehingga 45 darjah, kaki kiri yang berada di atas pula dalam keadaan lurus.

Tangan kiri pula letakkan di lantai untuk menstabilkan badan anda.

Angkat kaki kiri perlahan-lahan sehingga mencapai kira-kira ketinggian pinggang anda, kemudian turunkan.

Ulang beberapa kali dan anda akan rasakan regangan di bahagian peha anda.

senaman ibu hamil

Plank

Jangan terkejut yang ibu hamil pun boleh buat senaman plank ya.

Letakkan kami dan tangan anda dalam keadaan seperti merangkan, dan luruskan kaki anda ke belakang.

Pastikan kedua-dua pergelangan tangan anda berada selari dengan kedua-dua bahu anda.

Perlahan-lahan, angkat lutut anda ke atas sehingga badan anda berada dalam satu garisan lurus.

Tahan posisi ini selama 1-2 nafas, dan ulang 5 kali.

Ibu hamil yang rajin buat plank akan menguatkan badan, lengan dan kaki.

senaman ibu hamil

Senaman Untuk Menguatkan Lengan dan Bahu

Duduk di hujung kerusi dengan belakang yang lurus, kedua kaki memijak lantai dan kedua lengan di sisi badan.

Pegang dumbell seberat 1-2 kg dengan siku berada pada sudut 90 darjah seperti dalam gambar.

Bahagian tapak tangan pula mengadap satu sama lain.

Dengan melipat siku, angkat dumbell ke atas sehingga ke paras bahu. Kemudian turunkan semula dan ulang beberapa kali untuk menguatkan lengan dan bahu.

senaman ibu hamil

.

One-Arm Row

Posisikan diri anda seperti di dalam gambar:

  • Lutut kanan di hujung kerusi
  • Belakang berada dalam sati garisan lurus selari dengan lantai
  • Tangan kanan memegang kerusi untuk menyokong badan
  • Tangan kiri memegang dumbell

senaman ibu hamil

Mulakan dengan tangan kiri lurus ke bawah (bahu dan tangan dalam satu garis lurus).

Seterusnya, lipat siku (seperti dalam gambar), tahan beberapa saat dan kembali ke posisi asal.

Ulang beberapa kali dan tukar sebelah lagi satu pula.

Senaman ini dapat menguatkan otot tangan dan belakang badan.

Itu sahaja.

Mudah-mudah sahaja kan 5 senaman untuk ibu mengandung ini?

Ibu mengandung yang memiliki otot-otot dan sendi-sendi yang kuat, barulah dikatakan bersedia untuk melahirkan bayi dengan mudah InsyaaAllah.

Jangan lupa amalkan pemakanan seimbang dengan nutrisi untuk menyokong keperluan anda dan bayi anda juga.

Rujuk entri Set Mengandung Lengkapkan Nutrisi Ibu untuk maklumat lanjut.

Bagi ibu hamil yang semakin hampir tarikh melahirkan pula, anda bolehlah belajar cara Pernafasan J yang akan sangat membantu semasa proses melahirkan nanti.

Good luck mommies!

Sumber asal

Jadikan kehamilan anda suatu pengalaman manis.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

perkembangan bayi dalam kandungan

Perkembangan bayi dalam kandungan adalah sesuatu yang mengujakan pasangan suami isteri. Terutamanya bagi pasangan yang baru pertama kali bakal menimang cahaya mata.

Setiap kali scan pula, biasanya ibu hamil akan tertanya-tanya, “doktor, dah boleh nampak jantina ke?“, “wah dah bergerak-gerak ya baby saya!“, “Alhamdulillah itu kaki dan tangan dia ya?“, “Alhamdulillah dah nampak jantung baby.“…dan banyak lagi.

Hari ini, Ain nak share tentang apa yang berlaku semasa bayi dalam kandungan berkembang dari bulan ke bulan.

Ibu mengandung yang sedang baca entri ni, haruslah baca setiap perkataan dengan teliti. Excited kan nak tahu apa perkembangan bayi anda. =)

Secara amnya, tempoh kehamilan boleh dibahagikan kepada tiga trimester:

  • pertama : bulan 1 hingga 3
  • kedua : bulan 4 hingga 6
  • ketiga : bulan 7 hingga 10

.

PERKEMBANGAN BAYI SEMASA TRIMESTER PERTAMA

.

Bulan 1

Sebaik sahaja ovum (telur wanita) disenyawakan, akan terbentuk kantung berisi air di dalamnya yang bertindak sebagai ‘kusyen’ kepada janin yang akan terbentuk.

Jantung ialah organ pertama yang akan terbentuk untuk pengaliran darah.

Selain jantung, bayi anda juga akan mula membentuk tiub neural. Jadi, adalah penting untuk anda mendapatkan sumber asid folik yang cukup sebagai langkah mencegah kecacatan tiub neural.

Cadangan terbaik ialah mengamalkan asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang lagi untuk menyediakan tubuh ibu dengan asid folik yang cukup.

perkembangan bayi dalam kandungan

Perkembangan bayi dalam kandungan

.

Bulan 2

Apabila masuk bulan kedua kehamilan, ratusan sel otak sedang dibentuk setiap minit oleh bayi anda!

Tulang rangka juga akan mula terbentuk.

Raut wajah bayi akan perlahan-lahan membentuk. Contohnya telinga mula terbentuk dengan lipatan kecil di bahagian tepi. Jemari tangan dan kaki juga akan mula membentuk.

Di bulan kedua kehamilan ini, kepala bayi adalah jauh lebih besar dari badannya. Saiznya pula ialah kira-kira 1 inci di penghujung bulan 2.

Kebanyakannya dapat melihat denyutan jantung di dalam ultrasound sekitar usia bayi 6 minggu.

Jadi, nutrisi penting bagi ibu hamil apabila masuk bulan kedua kehamilan ialah :

  • Protein untuk menyokong perkembangan bayi yang sedang pesat
  • Lemak sihat yang merupakan asas kepada tisu baru
  • Kalsium yang menyokong pertumbuhan tulang rangka

.

perkembangan bayi dalam kandungan

.

Bulan 3

Seterusnya, masuk bulan ketiga akan terbentuk pula sebahagian besar organ-organ dan sistem, termasuk mata bayi.

Tangan, kaki, jemari dan telinga janin sudah lengkap bertumbuh.

Yang mula berkembang pula ialah kuku tangan dan kaki, sistem pembiakan (namun agak sukar untuk mengesan melalui ultrasound ketika ini), sistem pencernaan, dan urinari.

Di penghujung bulan ketiga, janin anda telah lengkap bertumbuh organ-organ dan sistem-sistemnya. Semua ini akan terus berkembang sehingga matang di bulan-bulan seterusnya, supaya dapat berfungsi selepas dilahirkan.

Oleh kerana pembentukan kritikal janin telah lengkap, kebarangkalian untuk keguguran menjadi lebih rendah selepas minggu ke-12 ini (bulan 3).

Ibu hamil yang menghadapi alahan mengandung kebanyakannya berlanjutan sehingga penghujung trimester pertama. Ada juga ibu yang lebih awal atau lambat selesai alahan ini. Dan ada juga yang tiada alahan langsung sepanjang kehamilan.

Tips nutrisi ibu hamil ketika ini ialah:

  • Vitamin B6 untuk melegakan mabuk hamil
  • Asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan mata dan otak bayi
  • Kalsium untuk melegakan sembelit

perkembangan bayi dalam kandungan

.

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN SEPANJANG TRIMESTER KEDUA

.

Bulan 4

Ini adalah peringkat pertumbuhan pesat bayi dalam kandungan. Di mana sistem otot dan tulang rangka akan terus berkembang.

Ketika ini juga, anda sudah boleh mengesan denyutan jantung bayi menggunakan alat yang dipanggil Doppler (yang diletakkan di atas perut ibu sahaja).

Jemari tangan dan kaki pula, lebih jelas kelihatan. Bayi anda sudah boleh menghisap jari, dan membuat pelbagai mimik muka.

Lebih excited lagi, inilah masanya anda boleh bertanyakan doktor yang buat scan sama ada sudah dapat melihat jantina bayi.

Saiz bayi anda ketika ini ialah kira-kira 4 inci panjang. Wah, sudah besar!

Orang sekeliling pasti sudah boleh mengagak yang anda sedang mengandung kerana ‘baby bump’ comel yang kelihatan jelas pada anda.

Adalah penting bagi ibu hamil menyokong pertumbuhan bayi dengan protein untuk membekalkan kalori tambahan yang anda perlukan.

Zat besi juga penting kerana isipadu darah anda akan bertambah menjadi dua kali ganda dari yang asal. Kekurangan zat besi merisikokan anda kepada masalah anemia (dilutional anemia).

Baca juga entri Anemia Ketika Hamil : Punca, Kesan dan Rawatan.

perkembangan bayi dalam kandungan

Perkembangan bayi dalam kandungan

.

Bulan 5

Masuk bulan kelima, tulang rawan perlahan-lahan membentuk tulang.

Bayi akan lebih banyak bergerak kerana perkembangan otot dan tulang yang lebih kuat. Seolah-olah bayi sedang bersenam untuk menguatkan otot dan tulang.

Ada ibu yang pertama kali merasa gerakan bayi (dipanggil ‘quickening’) sekitar bulan 5 hingga 6. Makin teruja kan?

Selain itu, akan terhasil juga satu lapisan ‘cheesy’ berwarna keputihan yang menyelaputi kulit bayi. Ianya dipanggin vernix yang dipercayai melindungi kulit bayi kerana terlalu lama terdedah kepada air ketuban.

Sebab itulah semasa bersalin bayi diselaputi lapisan putih ini. Nampak comot tapi comel!

Untuk menyokong perkembangan bulan 5, pengambilan kalsium dan vitamin C adalah penting.

Kalsium untuk menyokong perkembangan tulang.

Manakala vitamin C untuk menyokong penyerapan zat besi, menguatkan sistem imun dan tisu penghubung.

perkembangan bayi dalam kandungan

.

Bulan 6

Kemudiannya, pabila masuk bulan keenam, otak dan paru-paru bayi pula akan berkembang pesat.

Bayi anda sudah boleh membuka mata dan bertindak balas terhadap bunyi dengan bergerak. Lebih comel lagi, anda boleh tiba-tiba terkejut sebab bayi bergerak kerana sedu!

Jadi,pastikan anda mendapat cukup omega-3 untuk meyokong perkembangan otak bayi) dan protein (untuk pertumbuhan dan perkembangan).

perkembangan bayi dalam kandungan

.

PPERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN SEMASA TRIMESTER KETIGA

.

Bulan 7

Berat otak berkembang sebanyak 400-500% sehingga lahir.

Lemak semakin bertambah dan kuit menjadi kurang berkedut.

Pendengaran bayi telah sempurna. Jadi, bayi anda sudah boleh respond terhadap rangsangan seperti bunyi dan kesakitan.

Anda juga akan perasan yang bayi anda lebih aktif bergerak (bertukar-tukar posisi) ketika ini.

Amat penting mengambil lemak sihat untuk menyokong perkembangan otak dan kesihatan kulit. Jangan lupakan vitamin C yang popular untuk kesihatan kulit juga.

Masuk bulan ketujuh dah boleh buat scan 3D/4D kerana lemak yang ada mencukupi untuk membentuk pipi bayi.

.

Bulan 8

Otak semakin berkedut untuk sambungan saraf. Teruskan sahaja mengamalkan pemakanan kaya lemak sihat untuk perkembangan otak.

Hampir kesemua sistem bayi sudah lengkap kecuali paru-paru.

Sementara itu, bayi juga ‘menarik’ kalsium dari ibu untuk menguatkan dan mengeraskan tulang temulangnya. Jadi, ibu pastikan ambil kalsium setiap hari kalau tidak mahu osteoporosis lebih awal dari sepatutnya ya.

.

Bulan 9

Semakin bayi membesar, tulang rangka juga akan semakin mengeras. Dan perkembangan otak akan terus berjalan.

Anda akan perasan yang bayi sudah kurang bergerak kerana ruang dalam rahim yang semakin sempit.

Bayi anda juga akan berpusing ke posisi yang telah bersedia untuk bersalin. Kepala bayi akan memasuki ruang pelvis anda.

Ketika ini, protein penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan sistem imun.

Omega-3 dan vitamin B pula menyokong perkembangan otak.

Kepala bayi akan memasuki ruang pelvis ibu, bersedia untuk kelahiran.

.

Bulan 10

Di saat-saat sebelum kelahiran, bayi anda masih terus membesar, otak membina beribu-ribu sambungan saraf.

Sambung sahaja pengambilan protein, omega-3 dan vitamin B yang cukup bagi menyokong perkembangan ini.

.

Kesimpulannya, nutrisi ibu amat penting bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi semasa di dalam kandungan.

Sekiranya ada tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi dari pemakanan seharian, di sinilah fungsi suplemen.

Bagi ibu hamil, seperti yang telah diceritakan, memerlukan zat besi, multivitamin, protein, vitamin C, omega-3, vitamin B dan kalsium. Sesuai sangat dengan saranan Suplemen Untuk Ibu Hamil oleh Shaklee.

Rujuk entri tentang Set Mengandung Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ibu Hamil untuk info lanjut.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut.

Testimoni Set Hamil Shaklee

Testimoni Set Hamil Shaklee

Teruja betul masa dapat testimoni Set Hamil Shaklee ni dari geng Shaklee kami di group Telegram. Mari kita tengok dua testimoni ni.

testimoni set hamil shaklee

Testimoni Set Hamil Shaklee yang pertama ni dari Puan Ruby. Asalnya muka Puan Ruby ni jarang sangat nak naik jerawat walaupun semasa period.

Tetapi mengandungkan anak kali keempat ini, kemungkinan disebabkan hormon kehamilan, jerawat naik bukan main subur lagi macam dalam gambar di sebelah kiri (Ogos 2016).

Bukan sahaja subur jerawat-jerawat tu, malah penuh di pipi kiri dan kanan dengan jerawat bernanah dan berdarah!

Akibatnya, nak COD vitamin Shaklee pun malu jadi terpaksa minta tolong suami. Nak tengok cermin lagi takde mood.

Ditambah pula dengan tangan yang suka sangat picit dan pegang-pegang jerawat tu, maka tinggallah parut hitam yang banyak di muka.

Paling tak tertahan kata Puan Ruby, bila anak tanya, “Mak sakit ke? Kenapa muka mak jadi macam tu? Nanti abang bawa mak pergi klinik ya.” Arrgghh stres yang amat katanya!

Apa yang terjadi dengan gambar di sebelah kanan (Januari 2017) pula ?

Puan Ruby ambil Set Hamil Shaklee (trimester kedua tambah Omega Guard). Syukur Alhamdulillah jerawat makin berkurang, kulit makin licin dan parut menghilang. =)testimoni set hamil shaklee

Untuk testimoni Set Hamil Shaklee yang kedua ini pula, kata puan ni Set Hamil Shaklee memang berbaloi – Mengandung tanpa kencing manis, Hb maintain 12 ke atas dan tiada masalah kencing kotor.

.

Kenapa Ibu Hamil Perlu Pilih Set Hamil Shaklee?

.

Shaklee ialah sebuah syarikat nutrisi peringkat dunia yang sangat OBSES tentang kualiti setiap satu produknya. Ini kerana,

  • hanya untuk 1 bahan sahaja, Shaklee sanggup melakukan lebih 350 ujian untuk menyaring bahan tercemar, logam berat yang membahayakan, racun serangga, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob
  • setiap tahun Shaklee akan menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti produk untuk memastikan produknya selamat digunakan
  • TIDAK sekali-kali Shaklee akan menggunakan bahan-bahan berbahaya di dalam produknya

.

Oleh kerana itu, semestinyalah suplemen Shaklee ini selamat untuk kedua-dua ibu hamil dan bayi di dalam kandungan.

Selain itu, Shaklee juga amat mementingkan keberkesanan produk-produknya. Terbukti di dalam Kajian Landmark, bahawa pengguna produk Shaklee mempunyai kesihatan yang jauh lebih baik berbanding kumpulan lain. Rujuk entri Landmark Study, Kajian Klinikal Shaklee Yang Unggul untuk bacaan lanjut.

Seterusnya, ibu hamil yang mengamalkan Set Hamil Shaklee boleh meneruskan set ini untuk berpantang dan menyusukan. Bukankah ini mudah dan menjimatkan?

Untuk lebih penjimatan lagi, daftarlah sebagai ahli. Bukan sahaja harga ahli yang jauh lebih murah anda akan peroleh, cashback juga akan dimasukkan terus ke akaun anda yang layak.

Klik gambar di bawah untuk menghubungi Ain untuk pertanyaan, order dan konsultasi lanjut.

.

Kes Ibu Kelar Anak : Suami Tak Sangka…

Kes Ibu Kelar Anak : Suami Tak Sangka…

ibu kelar anak

Gambar dari berita ibu kelar anak 19 bulan di Kuantan.

4 hari lalu, kita dikejutkan dengan berita ibu kelar anak di Kuantan. Berdasarkan berita yang disiarkan di dalam Berita Harian ini, dipercayai suspek mengalami halusinasi sebelum mengelar anak lelakinya yang baru berusia 19 bulan itu. Yang menghairankan, suspek tiada sejarah atau rekod gangguan mental. (more…)

Cadangan Untuk HB Rendah Ibu Hamil

Cadangan Untuk HB Rendah Ibu Hamil

Anda salah seorang ibu hamil yang bermasalah Hb rendah?

Dah makan macam-macam jenis vitamin untuk cuba naikkan Hb tapi bukan sahaja gagal, sebaliknya juga dapat plak kesan sampingan seperti sembelit apabila mengambil pil zat besi.

Kini, anda boleh menarik nafas lega. Cadangan suplemen untuk naikkan Hb  semasa mengandung ini, bukan sahaja sangat mengandungi nutrisi lengkap untuk menyokong pembentukan sel darah merah yang sihat. Tetapi juga tidak menyebabkan sembelit seperti kebanyakan tablet zat besi yang lain.

anemia ketika hamil

Cadangan suplemen untuk HB rendah ibu hamil ialah Vitalea, B Complex dan Vitamin C.

.

Vitalea Iron Formula, merupakan antara multivitamin tertua dunia (dicipta pada tahun 1915), dengan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan ibu hamil termasuk zat besi untuk penghasilan sel darah merah.

B Complex pula lengkap dengan kesemua 8 vitamin B termasuk asid folik dan vitamin B12 yang juga memainkan peranan penting untuk membentuk sel darah merah yang sihat untuk menangani masalah Hb rendah ibu hamil.

Ia juga didatangkan dengan sistem penyaluran bioaktif berpaten (patented bioactivated delivery system) untuk meningkatkan penyerapan asid folik yang sukar diserap.

SR Vita C Plus menyediakan vitamin C untuk 5 jam secara berterusan kerana adanya sistem sustained release yang unik.

Tahukah anda, vitamin C digalakkan diambil bersama zat besi untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi?

Jadi, bagi ibu hamil dengan Hb rendah, Vitalea dan SR Vita C Plus ini merupakan ‘best friends’ yang tidak sepatutnya dipisahkan!

.

Sejauh Mana Vitamin-vitamin Ini Membantu Hb Rendah Ibu Hamil?

hb rendah ibu hamil

“Keputusan HB semalam. Walaupun HB tak turun ke paras bahaya, tapi nurse puji sebab keputusan HB semalam cantik. Siap tanya makan apa? Saya terus terang kata ambil multivitamin Shaklee. Yang best lepas tu boleh plak nurse tu advise suruh breastfeed baby sepenuhnya dan suruh ambil set breastfee Shaklee, sebab dia pun tengah consume set yang sama.”

.

“Terasa sangat bahagia bila officemate yang pregnant, sekian lama mengalami masalah low HB. Dari bulan ke bulan HB asyik 9+ gitu. Akhirnya saya cadangkan makan Vitalea Iron Formula menggantikan pil yang klinik bagi. Syukur Alhamdulillah dalam tempoh seminggu lebih je HB dah naik 11+. Pagi tadi dia punyalah risau nak gi check up. Tak sangka HB dia naik akhirnya!”.

.

hb rendah ibu hamil

.

“Saya pregnant dan sejak consume Vitalea baru lalu nak makan. Sekadar nak share ye. Selain dah ada selera makan, Alhamdulillah HB pun naik dari 9.6 ke 12.4. Memang awesome Vitalea. So sekarang tak skip dah Vitalea. Siap tambah stock lagi. Sebab saya tak leh telan iron yang KK bagi. So bertukar kepada Vitalea.”

.

hb rendah ibu hamil

TESTIMONI PEMBAWA THALASSEMIA : “Aah now memang full ambik Shaklee. Now Hb 9 ke 9.5 around. Memang badan ok. Banding yang KK iron 200mg kena ambik 4 biji. Terus pening kepala dan nak muntah. Ok la, sebab masa ambik iron KK 8. Tak pernah naik. Meal Shakes boleh minum kan? Sebab usaha juga jaga pemakanan. Tapi susah jugak nak naik ke 10”

.

Macam Mana Pula Dengan Harga Vitamin-Vitamin Ni?

.

Harga retail kombo ketiga-tiga vitamin ini ialah RM250 (tidak termasuk postage).

Tempoh penggunaan setiap vitamin ialah seperti berikut:

  1. Vitalea 120 biji – tahan 2 hingga 4 bulan (ambil 1 – 2 biji sehari)
  2. Vitamin C 180 biji – tahan 3 hingga 6 bulan (ambil 1 – 2 biji sehari)
  3. B Complex 120 biji – tahan 2 hingga 4 bulan (ambil 1 -2 biji sehari)

.

Walau bagaimanapun, ibu hamil yang bermasalah kesihatan termasuk anemia disarankan mendapat nasihat doktor sakit puan yang merawat terlebih dahulu. Keadaan kesihatan sorang ibu hamil sama sekali tidak sama dengan ibu hamil yang lain.

Contohnya: paras HB yang boleh diterima bagi ibu hamil pembawa thalassemia mungkin melebihi 8g/dL pun sudah mencukupi. Tak boleh lah nak expect HB yang bermasalah kesihatan normal seperti ibu hamil yang tiada masalah kesihatan kan?

Apa pun, bertanya dan berbincanglah dengan doktor pakar anda. =)

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut dan order suplemen Shaklee.

Anemia Ketika Hamil : Punca, Kesan dan Rawatan

Anemia Ketika Hamil : Punca, Kesan dan Rawatan

“Ala, Hb rendah lagi ke? Kenapa dah makan vitamin, ikut diet yang disarankan pun Hb dok tang 8 tu jgak ya? Apa nak buat lagi ni? Huhuhu…”

anemia ketika hamil

Anemia ketika hamil ialah apabila bacaan hemoglobin kurang dari 11 semasa kehamilan (definisi oleh World Health Organization, WHO).

.

Mengalami masalah anemia ketika hamil bukan sesuatu yang luar biasa tetapi agak common di kalangan ibu hamil. Semasa mengandung, secara fisiologinya badan akan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Sekiranya kadar penghasilan sel darah merah tidak selari dengan volume darah yang meningkat ini, akan terjadinya anemia ketika mengandung.

Seterusnya, kekurangan sel darah merah sihat yang cukup, akan menyebabkan kekurangan oksigen ke seluruh badan ibu dan bayi (salah satu fungsi sel darah merah ialah mengangkut oksigen).

Disebabkan ini, masalah anemia semasa mengandung dikaitkan dengan risiko kesan-kesan yang tidak diingini seperti berikut:

  • kelahiran bayi pramatang
  • bayi tidak cukup berat badan (low birth weight)
  • transfusi darah jika paras hemoglobin terlalu rendah
  • ‘meroyan’ selepas bersalin (pospartum depression)
  • risiko bayi yang dilahirkan dengan anemia
  • anak membesar dengan developmental delay
  • birth defects

.

Siapakah yang berisiko mengalami anemia ketika hamil?

  1. ibu mengandung lebih dari seorang (twin, triplet, dan seterusnya)
  2. jarak 2 kehamilan yang dekat
  3. muntah dengan banyak semasa alahan mengandung (hyperemesis gravidarum)
  4. remaja mengandung
  5. anemia sedia ada sebelum mengandung

.

anemia ketika hamil

Ibu hamil yang mengandungkan bayi kembar berisiko menghadapi anemia semasa mengandung.

.

Bagaimana Anemia Ketika Hamil Terjadi?

Terdapat beratus-ratus jenis anemia ketika hamil. Yang paling kerap didiagnos ialah 3 jenis berikut :

  1. iron deficiency anemia (anemia kerana kekurangan zat besi)
  2. folate deficiency anemia (anemia kerana kekurangan asid folik)
  3. vitamin B12 deficiency anemia (anemia kerana kekurangn vitamin B12)

.

Iron Deficiency Anemia, IDA

Untuk pengetahuan, anemia jenis ini yang paling kerap didiagnos bagi ibu mengandung.

Zat besi ialah mineral yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah. Jadi, kekurangannya mengakibatkan kurang sel darah merah yang sihat dihasilkan.

Sel darah merah pula mengangkut oksigen ke seluruh badan dan kepada bayi. Kurangnya sel darah merah bermakna akan kurang juga oksigen ke seluruh badan dan kepada bayi.

Sebab itulah ibu hamil yang bermasalah anemia berisiko mengalami kesan anemia yang telah disebutkan tadi.

.

Folate Dficiency Anemia

Selain zat besi, asid folik juga penting untuk pembentukan sel darah merah.

Jadi kekurangnnya juga mengakibatkan kekurangan oksigen yang akan dibawa ke seluruh badan.

Sumber makanan yang kaya dengan asid folik ialah sayuran hijau berdaun. Ibu hamil yang mementingkan kandungan seharusnya suka makan sayur hijau.

Kekurangan asid folik terutamanya di awal kehamilan merisikokan bayi menghadapi kecacatan semasa lahir (birth defects) seperti neural tube defect dan spina bifida. Mereka juga mungkin mempunyai berat yang lebih rendah dari yang sepatutnya (low birth weight).

.

Vitamin B12 Deficiency Anemia

Vit B12 boleh didapati dari daging merah, produk tenusu dan telur, yang biasanya tidak diambil oleh mereka yang vegetarian.

Seperti anemia jenis lain, kekurangan vitamin B12 juga boleh mengakibatkan birth defects dan kelahiran pramatang.

.

anemia ketika hamil

Saranan keperluan zat besi sepanjang kehamilan berbeza di setiap trimester dan semakin meningkat apabila bayi semakin membesar.

.

Terdapat juga sebilangan ibu hamil yang sememangnya sudah ada masalah anemia sejak sebelum mengandung lagi.

Contohnya pembawa thalassemia, ada masalah bentuk sel darah merah yang abnormal (jangka hayat sel darah merah abnormal ini kurang dari normal 120 hari) dan lain-lain.

Bagi ibu-ibu ini, harusah mendapatkan nasihat pakar yang merawat terlebih dahulu. Kerana ‘baseline’ hemoglobin yang diterima untuk mereka berada pada tahap yang lebih rendah.

Sebagai contoh, ibu hamil pembawa thalassemia yang selalu check Hb hanya 7+ sahaja. Jadi kemungkinan pada pendapat pakar sakit puan, Hb mereka lebih 8 sudah mencukupi untuk kehamilan tersebut.

Dapatkan nasihat dari pakar sakit puan ya. =)

.

Apakah tanda-tanda ibu hamil mengalami anemia?

Kebanyakan simptom anemia adalah tidak spesifik seperti pening kepala dan keletihan.

Anemia yang tidak dirawat boleh menjadi lebih severe, mengakibatkan munculnya simptom-simptom lain yang lebih serius:

  • jantung berdebar
  • penat / sesak nafas
  • masalah fokus
  • kulit pucat
  • bayi kecil daripada usia (anggaran ukuran dan berat badan melalui scan)

.

Anemia boleh dipastikan melalui ujian darah Full Blood Count. Sesetengah ibu hamil memerlukan ujian lanjutan untuk mengetahui punca anemia seperti pembawa/penghidap thalassemia, kekurangna zat besi dan sebagainya.

.

anemia ketika hamil

Paras hemoglobin dalam darah boleh diketahui melalui ujian darah Full Blood Count.

.

Rawatan Anemia Ketika Hamil

Sepanjang kehamilan, ibu hamil disarankan mengambil vitamin yang mengandungi zat besi, vitamin C dan B Complex setiap hari bagi menyokong penghasilan sel darah merah.

Vitamin-vitamin ini datang dalam pelbagai jenis – ‘tiga serangkai’ (gelaran popular oleh ibu hamil bagi vitamin dari klinik kesihatan), Iberet, Obimin dan lain-lain.

Bagi kes anemia yang lebih serius, ibu hamil akan diberi suntikan parenteral seperti Imferon dan Venofer.

Disamping itu, penjagaan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12 juga digalakkan.

Kerana vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi, buah-buahan sitrus seperti oren, epal, dan tembikai digalakkan diambil bersama makanan kaya zat besi.

.

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Ibu Hamil Bermasalah Anemia

.

Sebenarnya, suplemen-suplemen ini sememangnya termasuk dalam Set Hamil Shaklee. Tetapi untuk entri ini, lebih ditekankan fungsi setiap satu untuk masalah anemia.

anemia ketika hamil

.

Vitalea (klik untuk bacaan lanjut produk)

  • mengandungi zat besi untuk membantu penghasilan sel darah merah
  • multivitamin Shaklee ini antara yang tertua di dunia, diwujudkan sejak tahun 1915 lagi
  • disokong oleh 7 kajian klinikal

.

B Complex (klik untuk bacaan lanjut produk)

  • lengkap dengan semua vitamin B termasuk vitamin B12 dan asid folik untuk pembentukan sel darah merah
  • dihasilkan dengan sistem penyaluran bioaktif berpaten (patented bioactivated delivery system) untuk meningkatkan penyerapan asid folik

.

SR Vita C Plus (klik untuk bacaan lanjut produk)

  • disarankan pengambilan vitamin C bersama-sama Vitalea kerana ia meningkatkan penyerapan zat besi
  • keistimewaan vitamin C Shaklee ialah kerana adanya sistem pelepasan berperingkat (sustained release) yang membebaskan vitamin C secara berperingkat untuk suatu jangka masa. Jadi, badan mendapat vitamin C selama 5 jam berterusan setiap hari

.

KLIK SINI UNTUK KOLEKSI TESTIMONI HB RENDAH IBU HAMIL

KLIK UNTUK KONSULTSI LANJUT DAN ORDER

Selamatkah Ubat Ibu Mengandung Yang Dimakan?

Selamatkah Ubat Ibu Mengandung Yang Dimakan?

Kehamilan ialah suatu fasa unik di dalam kehidupan seorang wanita. Semasa mengandung, pelbagai perubahan fisiologi berlaku di dalam tubuh wanita yang bakal bergelar ibu ini.

Antara perubahan fisiologi ang boleh mempengaruhi kesan ubat ialah :

  • pH perut wanita mengandung meningkat dan pergerakan usus menjadi lambat, menyebabkan penyerapan ubat terganggu dari segi kadar dan sebanyak mana ubat itu akan diserap
  • kandungan plasma ibu meningkat menyebabkan berlakunya perubahan pengagihan darah di seluruh badan ibu
  • peningkatan hormon progesterone dan estradiol juga akan mempengaruhi metabolisma hati ke atas ubat tertentu
  • kadar penapisan buah pinggang ibu mengandung juga meningkat (kerana peningkatan kandungan plasma tadi). Jadi, akan mempengaruhi ubat yang disingkirkan melalui buah pinggang

Uri (placenta) merupakan organ untuk ibu menyampaikan nutrien, antibodi dan ubat kepada bayi. Ubat juga boleh melalui placenta untuk sampai kepada bayi.

Organ-organ dalaman bayi pula masih belum matang dan tidak berupaya untuk memetabolismakan ubat-ubat ini, Oleh sebab itu, tidak mustahil terdapat ubat tertentu yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Secara amnya, bayi dalam kandungan terdedah kepada kesan teratogenik (yang boleh membahayakan bayi) disebabkan ubat semasa trimester pertama.

Disebabkan perubahan fisiologi dan kesan ubat tertentu ke atas ibu dan bayi ini, pengambilan ubat oleh ibu mengandung haruslah dikenalpasti akan faedah dan risiko terlebih dahulu.

Berdasarkan teori, ubat yang kecil moleculnya (low molecular weight), rendah kebolehan mengubah ion (low ionization), dan tinggi kecenderungan terhadap lemak (high lipophilicity) adalah paling mudah melalui uri dan dipindahkan kepada bayi.

Bagi ibu mengandung, FDA telah mengklasifikasi ubat-ubat kepada 5 kategori berikut :

ubat ibu mengandung

Placenta (uri) ialah laluan utama nutrien dan antibodi dari ibu, dan bahan buangan dari bayi kepada ibu. Ubat ibu mengandung yang dimakan juga boleh melalui placenta untuk sampai kepada bayi.

.

1# Kategori A

Ubat-ubat di dalam kategori A ialah ubat yang paling selamat untuk diambil ibu mengandung.

Berdasarkan kajian ke atas wanita, ubat-ubat dalam kategori ini telah dikenalpasti TIDAK mendatangkan kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan semasa trimester pertama.

Jadi ubat-ubat ini juga adalah selamat untuk ibu hamil di trimester kedua dan ketiga.

Contoh ubat-ubat dalam kategori A ialah vitamin-vitamin dan levothyroxine.

.

2# Kategori B

Untuk ubat ibu mengandung yang dikategorikan dalam kategori B ini, sama ada :

  • tiada kesan mudorat ke atas bayi dalam kajian ke atas haiwan tetapi tiada ujian dilakukan ke atas manusia, atau
  • kajian ke atas haiwan membuktikan ada kesan ke atas bayi, tetapi tidak dapat dibuktikan dalam kajian ke atas wanita semasa hamil

Jadi, ubat-ubat dalam kategori B ini dikategorikan sebagai SELAMAT untuk ibu mengandung.

Antara ubat dalam kategori ini ialah acetaminophen (paracetamol) dan amoxicillin (sejenis antibiotik).

ubat ibu mengandung

Sekiranya terjadi sesuatu yang mengancam nyawa ibu, ubat ibu mengandung kategori C boleh diberikan. Kebaikan dan risiko ubat tersebut mestilah diambil kira terlebih dahulu.

.

3# Kategori C

Kajian ke atas haiwan menunjukkan ubat-ubat dalam kategori ini menyebabkan kesan ke atas bayi, tetapi tiada kajian ke atas wanita hamil dilakukan. Ataupun tiada kajian ke atas haiwan atau manusia dilakukan.

Sekiranya, kebaikan ubat dalam kategori ini diberikan kepada bayi melebihi risiko, jadi ubat ini boleh diberikan kepada ibu hamil.

Contoh ubat ialah diltiazem dan spironolactone.

.

4# Kategori D

Terdapat bukti kesan ubat ke atas bayi dalam kandungan. Tetapi sekiranya kebaikan ubat ini diambil adalah jauh lebih baik daripada risiko yang bakal ditanggung, ubat ini akan diberikan kepada ibu hamil.

Sebagai contoh terjadinya keadaaan yang boleh mengancam nyawa ibu, di mana tiada ubat lain boleh menyelamatkan. Contonya ibu hamil yang mengalami sawan diberikan ubat phenytoin.

.

5# Kategori X

Kedua-dua kajian ke atas haiwan dan manusia menunjukkan kesan teratogenik ke atas bayi. Dan risikonya jauh lebih besar dari kebaikan ubat terhadap ibu.

Jadinya, semua ubat dalam kategori ini adalah KONTRAINDIKASI kepada ibu hamil.

Ubatan dalam kategori ini ialah seperti thalidomide dan warfarin.

set mengandung shaklee

Set Mengandung Shaklee melengkapkan nutrisi ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

.

Kesimpulannya, ibu mengandung yang tidak sihat atau mempunyai masalah kesihatan tertentu disarankan mendapat nasihat doktor yang merawat terlebih dahulu.

Senarai ubat-ubat beserta kategori kehamilan boleh rujuk PDF bertajuk Drugs in Pregnancy ini.