50 Jawapan Nutritionist Tentang ESP Shaklee

50 Jawapan Nutritionist Tentang ESP Shaklee

Berikut ialah 50 soal jawab tentang ESP Shaklee bersama pakar nutrisi Shaklee (nutritionist).

tentang esp shaklee

ESP Shaklee merupakan minuman dengan protein berkualiti lengkap dengan kesemua asid amino ‘perlu’ yang tidak boleh dihasilkan badan. Antara manfaat ESP ialah seperti di dalam gambar ini.

.

1) Apakah maksud soya non-GMO

Non-GMO ialah singkatan bagi non-genetically modified organism, bermaksud yang tidak diubah genetiknya. Maknanya, kacang soya ESP adalah bahan organik dan tiada hormon tambahan. Jadi dapat diserap oleh badan dengan sempurna.

.

2) Bagaimana isoflavon kacang soya menyerupai hormon wanita?

Kerana molekulnya. Tetapi, tindakbalas tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan berbanding fitoestrogen isoflavon.

.

3) Bagaimana ESP membantu wanita mengandung?

ESP menyediakan protein berkualiti tinggi dan serat. Ini membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

.

4) Bagaimana pula ESP membantu wanita yang ingin hamil?

Protein diperlukan untuk memperbaharui sel-sel, termasuk hormon-hormon kesuburan dan sel-sel dalam sistem pembiakan. ESP menyediakan protein berkualiti tinggi yang diperlukan badan.

.

5) Soya tidak baik untuk lelaki – fakta atau auta?

Setakat ini tiada kajian sahih yang membuktikan, yang soya tidak boleh diambil oleh lelaki.

.

6) Bagaimana untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai alahan terhadap kekacang, kerana ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik kepada soya sehingga selepas pembelian ESP.

Sebaiknya pemeriksaan darah dibuat di klink atau hospital untuk mengesan alahan terhadap sesuatu makanan.

.

7) Dari segi perbidanan Melayu, dikatakan soya menyebabkan urat sejuk dan kembang kerana ia dikategorikan di dalam kumpulan kekacang. Sejauh mana kebenarannya?

Tiada kajian sahih yang membuktikan soya penyebab ‘urat sejuk’ dan ‘kembang’.

.

8) Berapa sudu ‘dos’ harian ESP? Ada yang kata 3 sudu besar, ada yang kata 6 sudu besar. Adakah memudaratkan jika melebihi kuantiti?

Sukatan yang disarankan ialah 3 sudu besar setiap hari. Ini bersamaan dengan 14gram protein. Secara puratanya, kebanyakan individu memerlukan 50-60gram protein setiap hari. Jadi, mereka yang mengamalkan pemakanan sihat dan ditambah dengan satu hidangan ESP sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan protein harian.

.

9) Kenapa ambil ESP boleh menaikkan berat badan dan kenapa ada yang ambil untuk kurus?

Pengawalan berat badan perlukan diseimbangkan dengan pemakanan, senaman dan suplemen berkesan.

Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan suplemen tanpa kawalan makanan dan senaman, ini akan membantutkan program kurusnya dan boleh menyebabkan berat badan naik. Juga perlu minum banyak air kosong agar proses penyerapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik.

.

10) Untuk yang nak berdiet, macam mana dengan pengambilan ESP dan bila waktunya untuk minum ESP?

Boleh diambil sebagai ‘meal replacement‘ pada waktu pagi, 3 jam selepas sarapan atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan sarapan dan makan malam dikawal).

.

Salah satu yang istimewa tentang ESP Shaklee ialah nilai GI nya yang rendah!

tentang esp shaklee

Salah satu yang istimewa tentang ESP Shaklee ialah indeks glisemiknya di dalam kategori rendah, iaitu 39 sahaja. Makanan dengan nilai GI yang rendah membekalkan tenaga berpanjangan dan memberi rasa kenyang lebih lama kerana glukosa dilepaskan perlahan-lahan. Sesuai sangat buat minuman ‘wajib’ untuk mereka yang sedang berdiet!

.

11) ESP tidak boleh diambil bersama suplemen Shaklee yang lain?

Boleh, tiada masalah.

.

12) Ada mitos mengatakan soya tidak bagus untuk kesihatan lelaki dan wanita. Ada juga yang mengatakan soya penyebab kulit bayi sensitif.

Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan. Malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.

.

13) Soya tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (“makanan” sel kanser). Betul ke?

Soya dari sumber non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak membahayakan. Soya ini juga telah dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam.

.

14) Bolehkah ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang manjalani dialisis?

Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor dahulu.

.

15) ESP penyebab ruam bayi?

Tidak.

.

16) Adakah ESP boleh menyebabkan tulang lemah? Jika ibu hamil mengambil ESP, adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?

Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan ibu mengambil Ostematrix juga untuk menampung keperluan kalsium semasa mengandung.

.

17) Bolehkah wanita yang bermasalah fibroid dan cyst mengamalkan produk berasaskan soya seperti ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik sumber protein untuk mereka?

Digalakkan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen. Walau bagaimanapun, soya bukan penyebab masalah cyst.

.

18) Ibu yang menyusukan bayi yang ada masalah G6PD, bolehkah dia mengambil ESP selama tempoh menyusu itu? Ada kesan sampingan pada bayi?

Tidak digalakkan, kecual dengan kebenaran doktor.

.

19) Orang yang bermasalah gout boleh ambil ESP?

Boleh.

.

20) Ibu menyusu yang mengambil ESP, adakah akan memberi kesan ke atas berat badan bayi? Boleh bertambah atau sebaliknya?

Bergantung kepada pemakanan ibu dan anak.

tentang esp shaklee

Teruja baca feedback Puan Aeinna ni. Ibu hamil DAN menyusu dalam masa yang sama, pun boleh berpuasa penuh Alhamdulillah. Patutlah ramai ibu suka bertanya tentang ESP Shaklee dan nak cuba. Baca juga Koleksi Testimoni ESP untuk feedback lebih ramai penggemar ESP Shaklee.

.

21) Cara pengambilan ESP untuk membantu menaikkan berat badan?

ESP menyediakan kandungan asid amino lengkap kepada tubuh badan Dan ia dapat membantu penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempeungaruhi berat badan.

.

22) Cara makan ESP untuk mengelak kenaikan berat badan?

Rujuk jawapan untuk soalan 10).

.

23) Benarkah di awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran?

Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatkan hormon.

.

24) Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukan apabila sudah tidak diambil lagi?

Tidak. Rujuk jawapan kepada soalan 9).

.

25) Apa kaitan ESP boleh putihkan kulit?

ESP ialah protein, asas untuk pembinaan sel. Apabila sel sihat, organ akan sihat, sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, akan memberi kesan positif kepada kulit.

.

26) Kanak-kanak boleh consume ESP tak? Kalau boleh, berapa sukatannya?

Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Meal Shakes.

.

27) Sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabetes?

Seperti biasa. 1 hingga 2 kali sehari.

.

28) Apa bukti soya ESP adalah non-GMO?

ESP dihasilkan di bawah Identity Preservation Program (IPP). di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga proses pemprosesan. Ia adalah pihak ketiga yang memastikan produk ESP adalah nOn-GMO.

.

29) Pengambilan ESP dikatakan membantu kenyang lebih lama. Tetapi mengapa ada yang selepas sajam dua dah mula lapar? Adakah terdapat kesilapan di dalam cara pengambilan?

Pengambilan ESP adalah sebanyak 3 sudu besar bersamaan dengan 14gram protein (105kcal).

Proses penyerapan protein setiap individu adalah berbeza, sekitar 509g setiap jam. Jadi, dalam masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu tersebut hanya mengambil ESP sahaja.

Dinasihatkan makan juga pada kalori rendah dengan ditambah ESP.

.

30) ESP dikatakan baik untuk pesakit gastrik. Kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mengandungi kalsium?

Ya betul. ESP mempunyai kalsium 500g bagi setiap hidangan (50% daripada saranan keperluan harian).

tentang esp shaklee

Selain asid amino ‘perlu’, ESP Shaklee juga mengandungi banyak nutrisi lain seperti kalsium, zat besi, lemak ‘baik’ dan sebagainya.

.

31) Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita menopaus?

Wanita menopaus adalah disebabkan paras hormon estrogen turun mendadak. Soya mengandungi isoflavon, dapat membantu mengawal penurunan hormon ini.

,

32) ESP yang sudah expired kerana jarang diambil, adakah masih boleh diminum?

Disarankan tidak minum ESP selepas expired date.

.

33) Betulkah kesesuaian ESP adalah mengikut jenis darah? Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?

Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh yang membuktikan ini.

.

34) Benarkah ESP tidak boleh diambil oleh pesakit cyst kerana kandungan soya dalam ESP?

Soya bukan penyebab cyst. Tetapi pesakit cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa suplemen.

.

35) Ibu menyusu yang tiada eczema, akan menyebabkan bayi yang disusukan itu mempunyai eczema sekiranya ibu tadi mengambil ESP. Benarkah?

Tidak. Kecuali bayi tersebut mempunyai alahan kepada soya. Kebarangkalian adaah rendah.

.

36) Adakah ESP mengandungi soy isoflavone yang menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?

Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi ia tidak akan mengganggu paras hormon dalam badan.

.

37) Betul ke ambil ESP berlebihan boleh merosakkan buah pinggang?

Kerosakan buah pinggang bukan disebabkan faktor pengambilan soya. Tetapi dari pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan dalam badan.

.

38) Siapa yang memang tidak boleh mengambil soya?

Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu. Bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit kronik.

.

39) Sukatan pengambilan ESP sehari untuk ibu hamil dan menyusu?

Disarankan ambil 3 sudu besar minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu besar mengikut keperluan.

.

40) Adakah kegatalan badan selepas mengambil ESP adalah “healing crisis” atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasanya jika healing crisis?

Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air kosong. Dan sebaiknya buat pemeriksaan untuk mengenalpasti tahap alahan terhadap makanan.

Rujuk entri Koleksi Cara Bancuh ESP Shaklee Sedap Untuk Dicuba, untuk pelbagai resepi bancuhan selain minum ia begitu sahaja.

.

41) Betul ke ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan untuk dapatkan kulit cerah?

ESP bukan ubat. Ia bertindak dengan membina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem tubuh badan akan sihat. Selain itu, boleh ambil vitamin C, E dan Collagen Powder untuk kesihatan kulit.

.

42) Kenapa ESP ada berasa pahit?

ESP tidak pahit. Sila laporkan kepada pihak Shaklee jika ada sebarang keraguan. (Email ke customerinquiry@shaklee.com)

.

43) Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, demam panas?

Bergantung kepada individu. Tiada masalah setakat ini sejak ESP diperkenalkan pada tahun 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk mendapatkan rawatan dari doktor.

.

44) Adakah ESP boleh diambil oleh pesakit yang disyaki mengalami denggi?

Boleh, tiada masalah. Dalam masa yang sama, pesakit disarankan minum air secukupnya juga.

.

45) Pesakit psoriasis perlukah mengambil ESP dan apakah kebaikannya untuk pesakit?

Untuk masalah autoimun, sila dapatkan nasihat doktor.

.

46) Kenapa selepas minum ESP, ada orang yang rasa bloated dan ‘berangin’?

Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul dan cukupkan pengambilan air kosong.

.

47) Jika ibu hamil yang memang mengambil ESP dari sebelum hamil lagi, tetapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu mengambil ESP lagi, ada cara minum yang lebih sesuai tak?

Boleh cuba mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.

.

48) Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser mengambil ESP?

Boleh, atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan apa-apa suplemen.

.

49) Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?

Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisis-nya. Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun, penerimaan setiap individu kesannya berbeza mengikut tahap kesihatan masing-masing.

.

50) Abang saya ada asthma. Ambil ESP terus trigger asthma.

Kemungkinan abang anda ada masalah alahan pada makanan tertentu juga. Sila buat pemeriksaan dokor terlebih dahulu.

Nak tahu lebih lanjut tentang ESP Shaklee kegemaran ramai ini?

Tempoh Hayat EBM Mengikut Jenis & Tempat

Tempoh Hayat EBM Mengikut Jenis & Tempat

tempoh hayat ebm

Tempoh hayat EBM bergantung kepada jenis EBM dan tempat simpanannya.

.

Kadang-kadang kalau sempat Ain akan pam susu dulu & simpan kat suhu bilik sebelum masuk kerja petang.

Bila Walidnya ‘take over shif’ jaga baby lepas pukul 5, bila-bila masa baby ‘menjerit’ kelaparan nak susu sesangat dah, boleh terus bagi ebm ni. Dengan syarat within 4 jam dari time pam la ya.

Jadi mak menyusu yang juga pam ebm ni, salah satu ilmu yang kita kena tau ialah ‘expiry’ ebm.

Kalau tak, penat-penat korang dah pam ‘titisan emas’ ni, pastu korang tak tahu berapa lama suatu ebm tu boleh tahan, then korang buang ebm tu (padahal belum sampai time susu tu dah rosak), tak ke rugi?

Huaaaaa!!! Sedihnya kalau buang ebm!

Jadi, back to point yang nak disampaikan. Sebelum tahu bila ebm ‘expired’, kita kena tahu dulu jenis ebm tu.

.

Jenis-jenis EBM

.

FRESH EBM ialah EBM yang baru dipam, macam kes Ain cerita awal tadi ni.

CHILLED EBM pula ialah EBM yang disejukkan dalam peti ais (bukan sejukbeku) pada suhu lebih kurang 0-4 Celcius.

FROZEN EBM pula ialah EBM yang disejuk-bekukan dalam freezer. Suhu dalam freezer mestilah lebih rendah dari 0 Celcius.

THAWED EBM ialah EBM yang telah dicairkan tetapi masih belum dipanaskan

.

Untuk menentukan jangka hayat EBM, ada pelbagai pendapat dan sumber. Bagi Ain, bab ni mestilah nak cari rujukan dari sumber yang boleh dipercayai. Salah satunya ialah rujukan dari American Academy of Pediatrics seperti dalam gambar di bawah.

tempoh hayat ebm

Atau boleh juga “menghafal” tempoh hayat EBM mengikut kronologi bermula dari EBM dipam.

  • EBM yang baru dipam (FRESH EBM), jika diletakkan di tempat dengan suhu bilik, selamat diberi kepada bayi dalam masa 4 jam.
  • Sebelum 4 jam berakhir, jika anda memasukkan ke dalam peti sejuk (bukan beku), CHILLED EBM ini boleh diberi kepada bayi dalam masa 4 hari hingga seminggu.
  • Sekiranya dari peti sejuk, anda memindahkan EBM ke dalam peti sejukbeku (freezer), FROZEN EBM ini boleh disimpan selama 3-6 bulan bergantung kepada peti sejuk.
  • Jangka hayat EBM yang disimpan di dalam deep freezer adalah lebih lama, 6 bulan hingga setahun.
  • Bila anda ingin memberi EBM kepada bayi, frozen EBM yang telah dicairkan (THAWED EBM) boleh disimpan di dalam peti sejuk dan harus diberi kepada bayi dalam masa 24 jam.
  • Jika thawed EBM tadi sudah pun dipanaskan untuk diberi kepada bayi, cuba habiskan EBM tersebut dalam masa sejam.

.

Peringatan penting:

  1. Jangan terus masukkan fresh EBM ke dalam freezer. Pemindahan EBM sebaiknya dilakukan step by step, iaitu biarkan seketika pada suhu bilik, kemudian sejukkan dalam peti sejuk seketika, dan seterusnya barulah disimpan dalam peti sejukbeku. Ini adalah untuk mengekalkan semaksima yang boleh nutrisi dan kualiti susu ibu.
  2. Sama juga sekiranya anda ingin memberi bayi anda minum susu EBM. Frozen EBM hendaklah dicairkan dengan melalukan botol atau plastik di bawah air pair atau merendan di dalam mangkuk berisi air sejuk. Jangan terus panaskan frozen EBM.
  3. Kemudian barulah panaskan EBM yang telah dicairkan dengan merendam di dalam air panas atau gunakan alat pemanas susu khas.
  4. EBM yang telah dicairkan TIDAK boleh disejukbekukan semulah. Dan EBM yang telah dipanaskan juga TIDAK boleh disejukkan semula.

.

tempoh hayat ebm

.

Klik Tips Menyusu untuk pelbagai info penting lain bagi ibu menyusu.

.

Ainniah Zulkefli
Ibu yang pernah menyusukan 4 orang anak
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Cara Simpan EBM – Antara Botol Dan Plastik

Cara Simpan EBM – Antara Botol Dan Plastik

“Cara simpan ebm yang mana lebih baik, dalam botol atau dalam plastik?”

Sama ja mana-mana pun asalkan bersih.

Bezanya ialah cara pengendalian botol dan plastik semasa proses nak menyimpan dan semasa nak menggunakan ebm itu nanti.

Kalau botol, proses nak handle botol tu panjang berjela ceritanya – kena cuci bersih-bersih (guna sabun cuci botol sebaiknya). Lepas tu sterilize (so kena ada sterilizer jgak or guna cara tradisional je). Then keringkan baru boleh guna.

Tapi botol boleh guna berulang kali. Cuma kena rajin je la buat benda-benda tadi tu.

Masa cuci kena pastikan cuci bersih-bersih. Lemak ebm boleh tahan payah nak hilangkan juga. Nampak bersih tapi bila rasa dengan jari dok licin-licin lagi tu, haa silalah berus dengan sabun lagi ya haha. Ain pun kadang basuh 2-3 kali jgak.

Bila nak guna ebm dari botol plak, ambil masa skit untuk cairkan susu sebab botol kan tebal.

Dan kebanyakan botol sesuai untuk simpanan 4-5oz susu (ada brand Avent boleh sampai 7oz) saja tak banyak.

.

cara simpan ebm

“Alhamdulillah berkat try makan vitamin Set B & ESP, start pada 11/12/11 haritu. Dapatlah juga buat stok untuk si busuk Emeer Darqisy. EBM yang penuh khasiat, pekat. Thanks to Zura Betty for your guidance.”

 

Cara simpan ebm dengan menggunakan plastik adalah lebih mudah. Cuma unseal saja plastik tu, dah boleh terus guna tak payah cuci bagai tu. Sepantas kilat boleh simpan ebm dah.

Nak cairkan susu pun lebih cepat sebab plastik nipis je. Dan kebanyakannya sesuai untuk simpan ebm lebih 5oz (ikut brand) sampai belas-belas oz.

Tapi plastik ialah disposable jadi bila habis kena beli lagi. Tak boleh guna semula ya.

cara simpan ebm

“Penangan ESP. Kisahnya ESP habis Sabtu haritu. Tunggu closing baru beli. Isnin memang perasan susu dropped skit. Semalam beli ESP, malam tadi start minum balik, pagi tadi baju lencun dengan susu. Pam kat ofis dapat 15oz sekali pam. Hah amik ko hehe. Alhamdulillah”

.

Nota kaki : Ain lagi suka guna plastik sebab jimat masa & kebersihan lebih terjamin (pakai-buang)

Anda mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Set Menyusu Shaklee dan Koleksi Testimoni Set Menyusu Shaklee.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Adakah Suplemen Shaklee Untuk Wanita Membantu?

Adakah Suplemen Shaklee Untuk Wanita Membantu?

shaklee untuk wanita

Setuju sangat dengan pernyataan, “Kita sebenarnya tak perlukan suplemen sebab boleh dapatkan nutrisi secukupnya hanya dari pemakanan seimbang sahaja”.

Tapi gaya hidup dan sumber makanan kita sekarang tidak seperti zaman nenek moyang kita. Boleh dikatakan dari muda sampai ke tua, semuanya perlukan suplemen. Baca entri Suplemen – Keperluan Atau Kehendak? untuk info lebih lanjut.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang banyak cabaran hidup dan berlaku perubahan fizikal dan mental sepanjang hidup mengikut peringkat usia.

.

Sekitar 20-an

shaklee untuk wanita

Shaklee untuk wanita

Ingat lagi, masa Ain berusia 20-an, masa ni ialah masa struggle sebagai student universiti. Rutin sebagai student, sudah tentulah bukan seorang yang mementingkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Hehe. Kebanyakannya memang macam tu kan?

Tak terfikir langsung masa tu Ain sebenarnya perlukan suplemen juga. Masa tu kita rasa macam, biasalah ‘student’.

Setiap hari tidur tak menentu. Most of the time tidur lewat especially bila dah nak dekat nak exam selalu stay up sampai pagi buta atau tak tidur langsung. Almaklumlah, masa tu kudrat masih kuat, tenaga masih banyak, otak pun tak fikir benda lain selain study, study, study.

Pemakanan juga tak terjaga. Hidup berdikari di negara orang, apa yang ada, apa yang mudah, itulah lebih menjadi pilihan. Fast foods boleh dikatakan sajian wajib setiap minggu entah berapa kali. Mi segera dan segala makanan segera pun bukan lagi asing dalam hidup student. Wajib ada stok yang berterusan. Huhu.

Masa itu jugaklah Ain kerap diserang gastrik, lewat makan sikit dah pedih perut. Kalau balik rumah, kalutlah mak ayah bawak ke klinik untuk ambil ubat gastrik dan sakit perut.

Sakit kepala pun ‘best friend’ juga. Stress nak exam pun ya, sebab tak cukup tidur pun ya. Masa tu rasa macam, usia masih muda, tapi kenapa badan macam orang tua suka sakit-sakit. Haha.

Rupanya, nutrisi paling asas yang diperlukan masa peringkat usia 20-an ni ialah multivitamin (sebagai asas kesihatan), vitamin C (antioksidan), GLA (menyeimbangkan hormon dan kitar haid), protein (untuk tenaga berpanjangan).

Menyesal pula rasanya tak kenal Shaklee masa student ni. Sebab lepas amalkan suplemen Shaklee lepas bersalin (20-30an), Ain baru perasan yang gastrik dah lama sangat tak menyerang, sakit kepala pun jarang sangat padahal komitmen dan tanggungjawab jauh lebih banyak lepas dah kerja, berkahwin dan beranak-pinak.

.

20-30an

shaklee untuk wanita

Shaklee untuk wanita

Di peringkat usia ni, kehidupan seorang wanita lebih stabil – dah habis belajar, dah mula bekerja dan mula merancang untuk berkahwin atau sudahpun berumantangga.

Dari stress belajar, bertukar kepada stress bekerja dan stress dalam kehidupan berumahtangga (biasalah, rumahtangga mana yang tidak pernah ada gaduh-gaduh manja ni).

Kalau masa belajar, kelas-kelas kebiasaannya selesai sebelum malam, bila dah bekerja ada yang sehingga lewat malam. Kena travel pergi balik tempat kerja lagi, hantar ambil anak ke taska atau tadika atau sekolah. Badan juga mula menanggung keletihan setiap hari.

Yang belum berkahwin atau merancang untuk berkahwin pula, mestilah ada kemahuan menimang cahaya mata selepas kahwin nanti. Jadi, akan mula risau kalau-kalau ada masalah haid yang boleh mengganggu kesuburan dan mula tercari-cari penyelesaian.

Bagi yang telah mengandung pula, keperluan nutrisi adalah lebih dari wanita yang tidak mengandung. Baca Keperluan Nutrisi Ibu Hamil dalam entri yang pernah Ain share sebelum ini.

Jadi, di peringkat usia ini, selain multivitamin, vitamin C dan protein, wanita juga memerlukan:

  • vitamin-vitamin B, terutamanya asid folik bagi yang sedang merancang untuk kehamilan – info lanjut dalam entri Asid folik),
  • kalsium, untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi bayi dalam kandungan,
  • omega-3, menggalakkan kesihatan otak dan mata bayi,
  • zat besi, menyokong pembentukan sel darah merah
  • alfalfa, selalunya bertindak sebagai milk booster bagi ibu menyusu

.

40-an

shaklee untuk wanita

Shaklee untuk wanita

Selepas usia 40-an, secara puratanya kehidupan wanita lebih stabil – pekerjaan stabil, kewangan lebih terjamin, ada simpanan. Tetapi pada usia inilah, kebanyakan wanita akan mula diuji dengan masalah kesihatan.

Sebab itu wanita 40-an akan lebih mementingkan kesihatan – mula mengamalkan pemakanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kalau bukan untuk mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi, wanita ketika ini lebih ada kesedaran tentang pentingnya kesihatan dan mahu mencegah penyakit-penyakit kronik.

Jadi, antara suplemen pilihan bagi menyokong kesihatan wanita ketika ini ialah multivitamin, omega-6, protein, kalsium, omega-3 dan polifenol. Polifenol bertindak melawan kerosakan oleh radikal bebas dan meambatkan proses penuaan. Proses penuaan bukan sahaja penuaan kulit yang menyebabkan mula muncul kedutan dan garisan halus. Tetapi juga penuaan organ-organ dalaman yang boleh membawa kepada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

.

Jadi, adakah suplemen Shaklee untuk wanita membantu sebenarnya?

.

Secara peribadinya, Ain boleh jawab, SANGAT MEMBANTU!

  • Asal ambil Shaklee untuk banyakkan susu. Ya, susu semakin meriah dan berjaya susukan anak pertama sampai 8 bulan, anak kedua sampai setahun 10 bulan, anak ketiga sampai 3 tahun lebih
  • Tak sedar badan makin bertenaga walaupun masa sarat mengandung masih boleh oncall, tak ambil cuti awal sebelum bersalin
  • Lepas beberapa tahun consume baru perasan dah bertahun-tahun juga tak kena serangan gastrik
  • Jarang sangat demam atau senang berjangkit walaupun satu family tak sihat
  • Dapat bonus rupa maintain muda remaja. Tengok sendiri beza rupa Ain dalam 14 tahun dalam entri Nak Kurus Dengan Cepat Inlah Rahsianya.

.

shaklee untuk wanita

Klik Vitalea, Ostematrix, GLA Complex untuk info lanjut. Promosi Wonder Women sepanjang Mac 2019 sahaja.

Walaupun keperluan nutrisi untuk wanita berbeza-beza sedikit mengikut peringkat usia, jangan anda bimbang lagi. Shaklee ada menyediakan suplemen-suplemen untuk keperluan wanita sesuai dengan setiap peringkat usia.

Beberapa feedback dari pengguna setia Shaklee, “adakah Shaklee dapat membantu wanita?”:

Akhir kata, terima kasih sudi baca sampai habis. Walaupun kita lemah lembut di luar, tetapi sebenarnya kita keras di dalam. Buktikan yang anda wanita hebat untuk diri dan keluarga masing-masing.

Jaga kesihatan diri sendiri supaya anda dapat menunaikan tanggungjawab anda. Sebagai remaja, sebagai pekerja, sebagai pasangan hidup, ibu kepada anak-anak, dan anak yang mahu terus berbakti kepada orang tua anda.

Health is the real wealth. =)

shaklee untuk wanita

Selamat Hari Wanita Sedunia untuk semua wanita hebat.

Masalah Penyusuan Susu Ibu Yang Common

Masalah Penyusuan Susu Ibu Yang Common

masalah penyusuan susu ibu

Menjadi wanita ini sebenarnya sentiasa diuji dengan dugaan. Semasa menginjak usia sekolah rendah atau menengah, kanak-kanak perempuan ‘dikejutkan’ dengan kehadiran darah haid. Ada yang mengalami senggugut ada yang tidak.

Selepas berkahwin pula, dikurniakan rezeki hamil akan mengalami cabaran yang pelbagai sepanjang 9 bulan kehamilan pula

Baca juga entri Cabaran-cabaran Hamil & Tips Menangani.

Setelah bayi selamat dibersalinkan ke dunia, ibu menyusu akan menempuh masalah penyusuan susu ibu pula.

Hendak menyusukan bayi anda secara eksklusif bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tidaklah pula mustahil untuk berjaya ya.

Jika di zaman persekolahan dahulu, salah satu pepatah yang kita pelajari, “Tangan yang menggoncang buaian mampu menggoncang dunia“, menjelaskan betapa seorang wanita yang tampak lembut di luaran sebenarnya sangat kuat dalaman mereka. =)

Jadi hari ini topik yang Ain nak kongsi bersama ibu-ibu menyusu ialah beberapa masalah penyusuan susu ibu yang common dialami.

Ada masalah, pastilah Ain akan kongsi cara penyelesaiannya juga. InsyaaAllah…

.

1# Puting Tenggelam atau Mendatar (Flat & INVERTED Nipple)

Masalah ini kebiasaaannya dialami oleh ibu-ibu yang pertama kali menyusu.

Jangankan kerana masalah ini, anda give up terus untuk memberi titisan emas ini kepada kesayangan anda.

Apa yang boleh anda lakukan ialah mula mengepam payudara anda seawal minggu ke-37 kehamilan lagi.

Dengan mengepam akan merangsang puting anda supaya lebih ‘keluar’ dan bersedia untuk menyusukan bayi nanti.

Mana tahu dengan mengepam awal ini juga anda akan dapat kolostrum juga.

Kolostrum secara amnya mula dihasilkan badan ibu hamil di penghujung kehamilan.

Untung sangat kalau ‘makanan’ pertama bayi anda sebak menjengah ke dunia ialah kolostrum yang penuh berkhasiat dan kaya dengan antibodi ini.

Konsistensi kolostrum ini sangat pekat, berwarna kekuningan dan amaunnya sedikit sahaja.

masalah penyusuan susu ibu

Flat & inverted nipple adalah masalah penyusuan susu ibu yang common, tetapi boleh diselesaikan.

.

2# Nipple Cracked

Nipple cracked ialah keadaan di mana puting payudara anda terluka dan pedih.

Antara punca-punca puting anda boleh terluka ialah seperti berikut:

  • teknik lekapan yang salah (Baca juga entri tentang Teknik Lekapan Menyusu Yang Betul)
  • penggunaan pam susu yang tidak sesuai (sedutan terlalu kuat, saiz corong salah, dan lain-lain)
  • jangkitan kulit pada puting yang dipindahkan dari bayi semasa menyusu (periksa dalam mulut bayi)
  • kulit anda terlalu kering contohnya anda mengalami eczema
  • bayi anda mengalami tongue-tie yang mempengaruhi teknik lekapan

Sekiranya anda mengalami masalah ini, apa yang anda boleh lakukan ialah:

  1. Pastikan bayi melekap dengan baik semasa menyusu
  2. Cuba menyusu dengan posisi lain
  3. Menyusu di sebelah payudara yang tidak luka
  4. Letakkan cold pack pada puting yang terluka untuk mengurangkan kesakitan
  5. Bersihkan puting dengan kain bersih selepas menyusu
  6. Sapukan krim yang sesuai (boleh didapati di pasaran ‘Cream for Cracked Nipple’) untuk membantu penyembuhan
  7. Jika terlalu sakit, anda boleh dapatkan ubat tahan sakit (sebaiknya dapatkan nasihat doktor kerana anda menyusu)

.

2# Bengkak Susu

Untuk point ini, telah Ain ceritakan dengan detail dalam entri Tips Atasi Bengkak Susu Dengan Berkesan.

Klik gambar ini untuk bacaan lanjut

.

4# Saluran Susu Tersumbat (Clogged Duct)

Ini juga Ain telah buat satu entri tentang ini, bertajuk Salur Susu Tersumbat, Bagaimana Mengatasinya?

.

5# Ibu Tidak Sihat

Dari segi negatifnya, apabila ibu menyusu tidak sihat, badan mengalami stres dan boleh merudumkan penghasilan susu ibu.

Manakala dari segi positifnya, jika ibu menyusu mengalami jangkitan, antibodi yang dihasilkan dapat disalurkan kepada bayi anda.

Untuk mencegah daripada ibu menyusu mudah sakit, amalkanlah pemakanan yang kaya dengan vitamin C (seperti buah-buahan sitrus) dan omega-3 (seperti ikan) untuk boost sistem imun anda.

Bila dah jatuh sakit, kenalah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul.

Sebaiknya elakkan membeli sendiri ubat-ubatan kerana ada sesetengah ubat yang tidak sesuai untuk ibu menyusu.

.

6# Susu Merudum

Ada banyak punca kenapa ini boleh berlaku.

Pertamanya, jika anda katakan susu anda sedikit sebaik bayi dilahirkan, sebenarnya anda salah.

Susu ibu ialah ‘makanan’ terbaik yang dijadikan Tuhan. Ciptaan Tuhan juga semestinya adalah yang terbaik untuk bayi anda.

Anda kena sentiasa ingat yang susu ibu sentiasa CUKUP untuk bayi anda sejak dari hari pertama bayi menjengah ke dunia lagi. Perkataan ‘CUKUP’ ini penting sangat kerana susu ibu dihasilkan berdasarkan konsep ‘Demand and Supply‘.

Sebaik bayi dilahirkan pula, perut bayi hanya sekecil sebiji buah ceri yang memerlukan hanya kira-kira sesudu kecil susu sahaja sekali menyusu.

Kalau anda pam minggu pertama selepas bersalin dan dapat 0.5 hingga 1oz sekali pam, itu sudah banyak untuk usia bayi anda ketika itu.

Teruskan sahaja menyusu dan mengepam untuk merangsang demand yang lebih.

Lama-kelamaan, semakin besar bayi anda (semakin besar juga perutnya), bayi akan menyusu lebih banyak. Dan badan anda juga akan menghasilkan lebih banyak susu.

Demand dan supply‘ yang ditepati pasti menjadikan susu ibu anda CUKUP untuk bayi anda.

Elakkan membandngkan hasil ebm anda dengan orang lain. Yang penting “CUKUP”, ok? =)

Baca juga entri Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat.

cara simpan susu

Ibu menyusu juga memerlukan makanan tambahan (suplemen) kerana demand nutrisi adalah lebih daripada wanita yang tidak menyusu.

.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Carilah ilmu yang betul, praktikkan dan anda pasti berjaya menyusukan bayi anda.

Selamat berjaya ibu-ibu menyusu semua.

.

Sumber : babycenter.com 

Anda tercari-cari suplemen menyusu untuk mengisi lompong nutrisi anda dan bayi anda?

Cara Pengendalian EBM : 10 DOs & DON’Ts

Cara Pengendalian EBM : 10 DOs & DON’Ts

cara pengendalian susu

Ibu menyusu yang nak berikan yang terbaik untuk si manja, kenalah ambil tahu info tentang cara pengendalian ebm ini. Dah bersusah payah mengepam atau memerah susu ibu, kualiti susu ibu yang penuh khasiat mestilah dijaga dengan sebaiknya.

Susu ibu ini ‘fragile’ sifatnya. Silap langkah sikit sahaja pun sudah boleh mengganggu komposisinya.

Untuk yang masih belum tahu apa perbezaan kandungan susu ibu dan susu formula, anda lihatlah sendiri gambar di bawah ini.

cara pengendalian susu

Enzim-enzim ‘hidup’, faktor untuk pertumbuhan, hormon-hormon dan sifat susu ibu yang anti-alahan, anti-radang, antibodi, anti-virus dan anti-parasit – anda TIDAK AKAN jumpa semua ini di dalam mana-mana susu formula!

Jadi, untuk memastikan kandungan susu ibu kekal pada tahap optimum, teruskan membaca beberapa DOs dan DON’Ts di bawah ini ya.

.

1# Cara Pengendalian Susu Ibu : DOs

.

Berikut ialah apa yang ibu menyusu BOLEH lakukan :

1) Untuk ibu bekerjaya yang mengepam di tempat kerja, kebersihan tangan dan alatan mengepam mestilah dijaga dengan baik. Kita tak mahu mencemarkan susu ibu walaupun setitik dengan sesuatu yang tidak baik kan.

2) Sterilkan botol untuk menyimpan EBM dan semua alatan untuk mengepam. Ada banyak kaedah untuk steril seperti menggunakan tablet yang dilarutkan dalam air suam, mesin sterilizer dan sebagainya.

3) Ibu-ibu yang mengepam beberapa kali di tempat kerja pula, alatan mengepam yang telah digunakan BOLEH disimpan di dalam peti ais sehingga 24 jam. Jadi anda tidak perlulah nak mencuci semuanya setiap kali selepas pam. Cuma pastikan diletakkan di tempat yang bersih, khas untuk alatan mengepam sahaja.

4) Tak kira bagaimana anda menyimpan EBM anda (plastik atau botol), pastikan anda melabel dengan jelas – nama bayi, tarikh & masa susu dipam, kuantiti (berapa oz).

cara pengendalian susu

Antara Do and Dont dalam cara pengendalian susu ibu yang betul.

.

5) Anda boleh campurkan EBM yang sama suhu yang dipam dalam masa 24 jam. Contohnya seperti di bawah:

8 pagi – 3 oz disimpan dalam chiller

11 tengah hari – 4 oz disimpan dalam chiler

2 petang – 2 oz disimpan dalam chiller

5 petang – 5 oz disimpan dalam chiller

Sebelum tidur, kesemua EBM ini telah pun mencapai suhu yang sama, jadi anda bolehlah campurkan kesemua 14oz EBM ini di dalam plastik EBM untuk menjimatkan ruang. Botol-botol tadi boleh dicuci dan disteril untuk penggunaan seterusnya.

Asalkan 2 syarat ini ada – suhu sama & dalam 24 jam – anda BOLEH mencampurkan susu-susu ini.

6) Untuk mencairkan FROZEN EBM, anda boleh memilih antara 2 cara ini:

  • merendam di dalam mangkuk berisi air sejuk sehingga EBM cair
  • melalukan di bawah air paip sehingga keseluruhan EBM cair

7) Untuk memanaskan EBM yang telah dicairkan pula, pastikan EBM itu berada di dalam BOTOL. Anda boleh rendam di dalam air suam sehingga mencapai suhu 37 Celcius, atau menggunakan pemanas susu khas.

8) Beri EBM kepada bayi berdasarkan tempoh masa yang betul. Rujuk entri Jangka Hayat & Cara Simpan Susu Ibu untuk info lanjut.

9) Pastikan anda menyimpan EBM secara berperingkat – biarkan sejuk seketika di dalam suhu bilik, kemudian masukkan ke dalam chiller, dan kemudian barulah membekukannya.

10) SENTIASA merasa dahulu EBM di bahagian tangan sebelum diberikan kepada bayi. Ini adalah untuk memastikan susu tidak terlalu panas.

.

cara pengendalian susu

Cara pengendalian susu ibu termasuklah mengetahui cara membersihkan setiap unit dalam pam susu.

.

2# Cara Pengendalian EBM : DON’Ts

.

Apa pula yang TIDAK sepatutnya ibu menyusu lakukan?

1) JANGAN goncang botol susu yang mengandungi EBM dengan kuat. Cara mencampurkan lapisan-lapisan EBM yang baru dicairkan ialah dengan memusing botol perlahan-lahan.

2) JANGAN gunakan EBM yang anda rasa was-was sebagai contoh tiada label yang jelas.

3) JANGAN berikan bayi anda EBM yang telah ‘expired‘. Sayang memanglah sayang susu tu, tapi lebih sayang lagi bayi anda kan?

4) JANGAN gunakan air panas atau mikrowave untuk mencair atau memanaskan susu anda.

5) JANGAN panaskan EBM di dalam plastik (gunakan botol sahaja).

6) JANGAN sejukbekukan semula EBM yang telah dicair atau dipanaskan.

7) JANGAN simpan EBM anda di bahagian pintu peti sejuk.

8) ELAKKAN berkongsi pam susu dengan ibu lain.

9) JANGAN ubah suhu EBM secara mendadak. Baik dari anda mengepam dan menyimpan, atau hendak mencairkan dan memanaskan sebelum diberi kepada bayi. Paling banyak dilakukan, selepas pam terus masukkan dalam freezer – salah ni ya!

10) JANGAN ambil ringan kebersihan setiap unit dalam pam anda kerana jangkitan yang berpunca dari pam yang kotor memang wujud!

.

cara pengendalian susu

‘Titisan emas’ ini sangt berharga. Patuhilah Dos dan Donts dalam dunia penyusuan agar yang terbaik sahaja diberikan kepada bayi anda. =)

.

Ok. Setakat ini saja sharing tentang cara pengendalian susu untuk ibu menyusu kali ini.

Lepas ni ibu-ibu dah tahu apa yang patut dan boleh buat, apa yang tak boleh ya.

Semoga bermanfaat untuk anda yang menyusukan. =)

Jangka Hayat & Cara Simpan Susu Badan

Jangka Hayat & Cara Simpan Susu Badan

cara simpan susu

Salah satu ilmu penting bagi ibu menyusu yang NAK menyusukan bayi secara eksklusif ialah cara simpan susu badan EBM (expressed breast milk).

Bayangkan, setelah berpenat lelah mengepam siang malam, kalau tak ada ilmu yang betul, boleh mempengaruhi kualiti EBM yang telah dipam. Kita nak berikan bayi yang terbaik, perlulah pastikan yang terbaik dari A sampai Z. Kan?

Jadi, kali ini Ain nak kongsi tentang cara simpan susu badan untuk ibu menyusu.

.

Cara Simpan Susu Ibu

.

Pertama-tamanya, ibu-ibu kena faham dahulu yang susu ibu yang diperah atau dipam (expressed breast milk, EBM) ini ada 5 jenis:

1) Fresh EBM

2) Chilled EBM

3) Frozen EBM

4) Thawed EBM

5) EBM yang telah di’panas’kan untuk diberi kepada bayi

.

Susu ibu yang telah diperah atau dipam boleh disimpan dalam plastik khas untuk EBM (lebih menjimatkan ruang) ataupun botol susu khas untuk EBM.

.

cara simpan susu

Untuk ebm yang disimpan dalam plastik khas, pastikan sebelum seal, squeeze out semaksima udara untuk meminimakan kehadiran udara (kehadiran bakteria) yang boleh merosakkan susu.

.

Seterusnya, untuk memudahkan pemahaman, Ain akan ceritakan mengikut step ya.

Katakan, anda selesai mengepam susu anda. Inilah yang dipanggil FRESH EBM, susu badan yang masih ‘segar dari ladang’.

Fresh EBM ini, jika dibiarkan dalam suhu bilik (25 – 37 Celcius) boleh bertahan sehingga 4jam. Maksudnya, kalau anda nak beri bayi anda fresh EBM ni boleh sangat, dengan syarat dalam masa 4jam.

Katalah bilik anda mempunyai penghawa dingin bersuhu antara 15-25 Celcius, fresh EBM ini boleh bertahan sehingga 8jam.

(Untuk bayi pramatang, jangka hayat fresh EBM ialah 4 jam tak kira berapa pun suhu dalam bilik ketika itu)

Kalau fresh EBM ini disimpan dalam peti sejuk (chiller) pula, EBM ini akan bertukar nama kepada CHILLED EBM. Chilled EBM pula boleh bertahan dalam chiller bersuhu 2 -4 Celcius sehingga 3 – 5 hari. Means, kalau anda nak beri bayi anda minum chilled EBM ni boleh sangat dalam masa 3 hingga 5 hari itu.

(Bagi bayi pramatang, jangka hayat chilled EBM ialah 48 jam di dalam suhu 2 – 4 Celcius)

Dan jika dalam 5 hari anda agak-agak macam tak perlu beri bayi chilled EBM ni, anda nak masukkan dalam freezer, susu yang dibekukan dipanggil FROZEN EBM.

Jangka hayat frozen EBM bergantung kepada jenis peti ais tempat simpanan:

(i) freezer dalam peti sejuk 1 pintu : tahan 2 minggu (juga 2 minggu bagi bayi pramatang)

(ii) peti ais yang ada dua pintu (1 pintu freezer, 1 pintu chiller) : tahan 3 bulan (juga 3 bulan bagi bayi pramatang)

deep freezer (-20 Celcius) : tahan 3 hingga 6 bulan (3 bulan sahaja bagi bayi pramatang)

.

cara simpan susu

JANGAN buang EBM yang berupa seperti di dalam gambar ya! Baca info dalam gambar.

.

Susu frozen yang telah dicairkan pula (belum lagi dipanaskan)(THAWED EBM), jika disimpan dalam chiler boleh digunakan dalam masa 24 jam. Manakala jika telah dipanaskan, perlu diberi kepada bayi dalam masa 1 jam.

Topik tentang cara untuk mengendalikan frozen EBM sebelum diberikan kepada bayi akan Ain share kemudian pula ya.

Terima kasih dah baca sampai habis.

Semoga bermanfaat.

Jemput share dengan ibu-ibu menyusu yang sedang tercari-cari info tentang EBM .=)

.

Pengedar Shaklee Butterworth,

Whatsapp 0164214704

Persediaan Untuk Menyusukan Anak Angkat

Persediaan Untuk Menyusukan Anak Angkat

“Tahukah anda, seorang wanita mampu menghasilkan susu badan walaupun tanpa mengandung terlebih dahulu?”

Ya. Fisiologi tubuh badan seorang wanita sangat menakjubkan! Badan wanita BOLEH menghasilkan susu badan daripada rangsangan yang betul dan pengambilan ubat-ubatan, walaupun tidak hamil.

Proses ini dinamakan rangsangan laktasi (Lactation Induction), sebagai contoh, untuk menyusukan anak angkat yang bakal atau sedang dijaga.

Secara semulajadinya, dua hormon yang bertindak dalam penyusuan ialah prolaktin (menghasilkan susu ibu) dan oxytocin (merembeskan susu ibu). Kedua-dua hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari, bukannya ovari (kilang telur). Oleh itu, wanita yang telah ketiadaan rahim juga mampu untuk menyusukan anak angkat jika mahu.

Lactation induction ialah suatu proses yang memerlukan komitmen yang tinggi, semangat yang tidak putus-putus dan usaha yang konsisten dan berterusan. Anda mungkin mengalami kekecewaan beberapa kali di pertengahan jalan, namun pasti akan berjaya jika terus berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak angkat anda.

Terdapat 3 cara untuk merangsang laktasi bagi ibu yang mahu menyusukan anak angkat. Nanti kita pergi satu per satu ya.

.

menyusukan anak angkat

Hukum menyusukan anak angkat. Sumber dari Jabatan Mufti Negeri Pahang.

.

3 Cara Rangsang Laktasi

.

1# Rangsangan Secara Semulajadi

.

Caranya ialah dengan ‘mimicking‘ seperti bayi sedang menyusu untuk memberi signal kepada otak bahawa badan anda memerlukan susu ibu.

  1. Sekiranya anda sudah berkahwin, bersepakatlah dengan suami anda untuk menghisap payudara sebanyak kira-kira 8 kali sehari (setiap 3 jam), selama 20 minit setiap hisapan
  2. Bagi anda yang masih ‘single’, boleh menggunakan pam susu
  3. Sekiranya anak angkat anda sudah dilahirkan, anda boleh menggunakan ‘supplemental nursing system’ (SNS).

.

menyusukan anak angkat

Dalam sistem ‘supplemental nursing‘ ini, terdapat sati tiub untuk ditempatkan susu yang mengalir melalui tiub kecil yang hujungnya ditempatkan di puting payudara. Bayi akan mendapat susu dan dalam masa yang sama menghisap payudara untuk merangsang penghasilan susu ibu.

.

Tidak perlu expect susu badan akan dihasilkan dalam seminggu dua. Kerana wanita yang hamil pun memerlukan berbulan-bulan lamanya (tempoh kehamilan) untuk dihasilkan susu badan secara semulajadi.

Tapi ingat ya. Komitmen tinggi tapi tidak mustahil untuk anda berjaya.

Adalah lebih disarankan untuk anda combine dengan cara seterusnya.

.

2# Pengambilan Ubat & Hormon

ubat tambah susu

Cara ini sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai beberapa bulan sebelum bayi (bakal anak angkat) akan dilahirkan.

Melalui pengambilan pil perancang yang mengandungi hormon progesteron, badan akan menerima signal seolah-olah anda sedang mengandung.

Dalam masa yang sama, ambil juga tablet Domperidone (rujuk entri Ubat Tambah Susu Badan) untuk merangsang penghasilan hormon prolaktin. Dos Domperidone ialah 10mg 3-4 kali sehari untuk permulaan dan boleh up sehingga 20mg 4 kali sehari.

Pil perancang boleh didapati dari klinik (sebaiknya berjumpa kaunselor laktasi untuk konsultasi) contohnya Yasmin. Ambil pil ini setiap hari pada waktu yang sama selama 30-60 hari (atau lebih) secara berterusan. Anda tidak perlu mengambil pil ini seperti pil perancang (21 hari) kerana untuk merangsang laktasi, anda perlu merangsang payudara dan bukannya rahim.

Jika dikhuatiri anda sukar untuk compliant mengambil pil setiap hari, kaedah lain ialah dengan suntikan intramuscular Depoprovera untuk kesan yang sama, iaitu seolah-olah anda sedang hamil.

.

Berapa lama perlu ambil ubat-ubat ini?

.

Apabila anda mula rasakan terdapat perubahan pada payudara (contohnya seperti membesar, rasa penuh dan sakit), anda hanya perlu meneruskan tablet Domperidone sahaja.

Once pil perancang dihentikan, paras progesteron dalam badan akan menurun (seperti bayi sudah dilahirkan). Dan pada ketika ini tablet Domperidone akan terus merangsang penghasilan susu badan.

Pada masa inilah masa yang paling sesuai untuk anda merangsang payudara dengan cara pertama tadi.

.

3# Pengambilan Suplemen

.

Dalam dunia penyusuan, suplemen cuma bertindak sebagai penyokong usaha anda di samping lebih menyihatkan badan. Lagi banyak dan konsisten usaha anda, lagi akan disokong oleh suplemen.

Untuk wanita yang mahu mencuba suplemen, Alfalfa Complex dan ESP sangat sesuai dicuba.

ESP (Energizing Soy Protein) ialah suplemen protein lengkap dengan semua asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Berasaskan sumber soya nonGMO, protein merupakan salah satu komponen penting dalam susu badan.

Alfalfa Complex pula dihasilkan daripada herba semuajadi Medicago sativa yang berakar tunjang sehingga 3 meter ke dalam tanah. Oleh itu, kaya dengan nutrisi tanah yang tidak terjangkau oleh tumbuhan berakar tunjang lain termasuklah kalsium dan klorofil.

.

Testimoni Seorang Ibu Yang Menyusukan Anak Angkat

menyusukan anak angkat

“Alhamdulillah.. Bergenang air mata Lynd bila salah seorang customer send gambar ni. Rasa sangat tacing dengan semangat akak ni. Beliau dalam usaha dan persiapan untuk menyambut anak angkat dan berazam untuk menyusukan sendiri bayi tersebut.

2 bulan sebelum ini dia contact Lynd untuk beli Set Menyusu Shaklee dan Lynd cadangkan Alfalfa dan ESP dan beliau terus join ahli untuk dapatkan harga ahli. Ya Allah, mulia hati beliau yang sanggup berusaha dan ikhtiar untuk menyusukan bakal baby baru nanti. Lynd tahu bukan mudah, tapi Lynd yakin Allah ambil usaha akak sebagai saham di akhirat nanti. Bertuah bakal baby nanti dapat ibu yang cekal dan kental. Good luck dan tahniah kak.”

.

Kesimpulannya…

Walau apa juga cara yang anda gunakan untuk menyusukan anak angkat anda, yang paling utama ialah merangsang payudara secara semulajadi. Anda salah jika bergantung sepenuhnya kepada ubat dan suplemen sahaja, tanpa berusaha.

Sedangkan wanita yang hamil dan bersalin juga perlu mengikut konsep Demand & Supply untuk memperbanyakkan susu badan.

Ransangan laktasi sangat memerlukan komitmen yang tinggi. Tetapi percayalah, yang ianya tidak mustahil.

Bila susu badan sudah mula muncul, teruskan pula mempraktikkan Tips Banyakkan Susu Badan supaya supply susu berterusan dan cukup untuk anak anda.

Good luck mommies yang nak menyusukan anak angkat! =)

.

menyusukan anak angkat

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut.

Ubat Tambah Susu Badan, Berkesankah Ia?

Ubat Tambah Susu Badan, Berkesankah Ia?

UBAT TAMBAH SUSU | Naluri keibuaan untuk menyusukan bayi secara eksklusif pasti ada dalam diri setiap wanita. Sama ada wanita yang melahirkan anak sendiri, mahupun mereka yang mengambil bayi sebagai anak angkat.

.

ubat tambah susu

.

Memperbanyakkan susu ibu, bagi ibu-ibu yang melahirkan sudah tentulah boleh diusahakan. Bagi ibu yang ingin menyusukan anak angkat juga, tidak mustahil anda juga boleh berjaya menghasilkan susu badan yang diperlukan. (Baca : Persediaan Menyusukan Anak Angkat)

Kali ini, Ain ingin berkongsi senarai ubat tambah susu badan yang boleh didapati dari klinik untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan.

Berdasarkan penerangan saintifik, ubat-ubat yang digelar “galactogogues” ini berinteraksi dengan sistem dopamine, lalu menghasilkan hormon prolaktin, Hormon prolaktin dikenali sebagai ‘hormon susu’, yang mana kehadirannya akan merangsang penghasilan susu ibu.

.

ubat tambah susu

Metoclopramide Ubat Tambah Susu Paling Selamat

.

Sebenarnya, ubat metoclopromide ini ialah ubat untuk masalah loya dan muntah. Tetapi kerana tindakannya ke atas sistem dopamine tadi menjadikan ia salah satu ubat popular untuk menambah susu ibu.

Kajian menunjukkan metoclopramide terbukti meningkatkan penghasilan susu di kalangan ibu-ibu yang bermasalah supply susu yang rendah. Ia juga berkesan menghasilkan susu badan ibu-ibu yang menyusukan anak tanpa hamil (contohnya ibu angkat menyusukan anak angkat).

Metoclopramide dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu dalam jumlah yang sangat minima. Sebab itulah ia dikategorikan sebagai ubat tambah susu yang paling selamat untuk diambil oleh si ibu.

Namun, setiap ubat pasti ada kesan sampingannya walaupun ringan. Antara kesan sampingan yang boleh disebabkan metoclopramide ialah seperti berikut:

  • ketidakselesaan (restlessness)
  • keletihan
  • loya
  • cirit birit
  • kerisauan
  • kemurungan

.

Metoclopramide TIDAK sesuai diberikan sekiranya ibu mempunya sejarah tarik/sawan, ulser berdarah, Parkinson, tekanan darah tinggi, asthma, kegagalan buah pinggang atau hati.

.

ubat tambah susu

Domperidone Membantu Merangsang Laktasi Ibu Angkat

.

Sebagaiman metoclopramide, domperidone juga merupakan kategori ubat untuk masalah perut/usus dan melegakan loya.

Berdasarkan kajian, keberkesanan domperidone menghasilkan atau menambah susu badan adalah lebih kurang sama dengan oleh metoclopramide.

Kesan sampingan domperidone termasuklah loya, mulut kering, denyutan jantung abnormal, sakit kepala dan pening.

Domperidone TIDAK sesuai diberikan kepada ibu yang mempunyai masalah jantung, hati, tumor dan pendarahan perut.

.

ubat tambah susu

Rajin mengepam susu dan menyusukan bayi secara terus membantu merangsang penghasilan susu (konsep “Demand-Supply” harus ditepati).

.

Risperidone

.

Merupakan sejenis ubat antipsykotik untuk merawat masalah psykosis, risperidone memberikan kesan sampingan seperti berikut:

  • tangan terketar-ketar
  • pergerakan yang tidak dapat dikawal
  • kejang otot
  • keletihan
  • insomnia
  • sensitif kepada matahari
  • kerisauan
  • sakit kepala.

.

Kesimpulannya, pengambilan ubat tambah susu ibu tidak disarankan untuk jangka masa panjang. Selain bergantung sepenuhnya terhadap ubat-ubat ini, usaha-usaha oleh ibu sendiri amatlah penting untuk menambah susu badan:

  1. Amalkan pemakanan seimbang untuk mendapat nutrisi secukupnya
  2. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  3. Sentiasa berfikiran positif
  4. Hindari stress yang merupakan musuh utama ibu menyusu
  5. Rajin mengepam dan menyusu secara terus untuk merangsang penghasilan susu
  6. Lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan yang betul

.

Rujuk entri Tips Banyakkan Susu Badan yang pernah Ain share sebelum ini untuk lebih info.

Entri seterusnya, Ain akan kongsi info tentang cara merangsang laktasi bagi ibu yang tidak hamil dan bersalin seperti ibu yang mengambil bayi sebagai anak angkat.

Sekian. Good luck mommies! =)

.

Rujukan :

  1. Kajian NCBI
  2. Kellymom
  3. Australian Breastfeeding Association