Ubat Kurus Paling Berkesan

Ubat Kurus Paling Berkesan

ubat kurus paling berkesan

Turun 10kg dalam sebulan“…”Sis ini berjaya hilang berat badan 8kg dalam 2 minggu”…”Kurus tanpa berlapar dan bersenam…”

Bermacam-macam lagi tagline iklan ubat kurus ‘paling berkesan’ di media sosial sekarang. Persoalannya, benar-benar berkesankah ubat-ubat ini? Dan apakah yang terkandung dalam ubat kurus tersebut yang menjadikannya ‘berkesan’ itu?

Dari laman Facebook Public Health Malaysia ini, disenaraikan “ubat kurus” yang mengandungi bahan terlarang. Ya, bahan-bahan terlarang ini BOLEH menurunkan berat badan anda, tetapi pakej sekali dengan kesan sampingan yang serius dan tidak diingini (sebab itulah namanya pun “bahan terlarang”).

.

.

Bagaimana Bahan Terlarang Dalam “Ubat Kurus Paling Berkesan” Bertindak & Apakah Kesan Sampingannya?

.

SIBUTRAMINE

.

Pada awalnya sibutramine didapati berkesan menurunkan berat badan pesakit obes sebagai salah satu usaha mengurangkan risiko mereka. Dengan menurunkan berat badan, kerintangan insulin dan metabolisma gula akan menjadi lebih baik.

Namun, dalam masa yang sama, sibutramine juga didapati meningkatkan denyutan jantung dan mengganggu kestabilan tekanan darah.

Sejak tahun 2002, beberapa kesan sampingan melibatkan jantung telah dilaporkan disebabkan penggunaan sibutramine.

SCOUT (Sibutramine Cardiovascular Outcome Trial) pula mengesahkan meningkatnya risiko masalah kardiovaskular di kalangan pesakit yang mengambil sibutramine melebihi 5 tahun – risiko serangan jantung dan strok lebih tinggi.

Oleh kerana kesan sampingan sibutramine lebih buruk berbanding kebaikannya terhadap pesakit obes, ianya mula disenaraikan sebagai bahan terlarang.

.

ubat kurus paling berkesan

SCOUT (Sibutramine Cardiovascular Outcome Trial) mengesahkan meningkatnya risiko strok dan serangan jantung di kalangan pengguna sibutramine melebihi 5 tahun.

.

BISACODYL

.

Merupakan julap yang menggalakkan pergerakan usus untuk membuang air besar, penggunaan Bisacodyl semestinya membantu menurunkan berat badan.

Tetapi sebenarnya, berat yang turun itu adalah kerana kehilangan air yang banyak dari badan.

Antara kesan sampingan Bisacodyl ialah seperti berikut:

  • sakit perut
  • loya
  • cirit-birit
  • pendarahan rektum
  • kehausan yang berlebihan

Penggunaan julap kuat yang berpanjangan pula akan menyebabkan usus hilang keupayaan semulajadinya untuk bergerak. Dengan itu, akan terjadilah masalah sembelit yang menyebabkan pesakit terpaksa bergantung kepada julap untuk membuang.

Takkan masih muda lagi tapi sudah ada masalah sembelit yang kena bergantung kepada ubat untuk membuang, kan?

.

ubat kurus paling berkesan

Pengambilan julap yang kerap dan berterusan boleh menyebabkan tona usus berkurang dan terjadinya kebergantungan terhadap julap ini. Jalan terbaik untuk detox usus ialah melalui pemakanan seimbang dan sihat serta kaya dengan fiber.

.

SPIRONOLACTONE

.

Sebenarnya, ubat Spironolactone ialah ubat yang diberi kepada pesakit bermasalah jantung (congestive heart failure), hati (cirrhosis) atau buah pinggang (kidney failure).

Pesakit-pesakit ini dipreskripsi ubat spironolactone untuk membantu mengeluarkan air berlebihan kerana meraka mempunyai had jumlah air yang dibenarkan setiap hari.

Sama seperti Bisacodyl, berat badan yang turun itu adalah disebabkan kehilangan air.

Namun, berbeza dengan pesakit-pesakit ini yang sememangnya memerlukan ubat Spironolactone, mereka yang sekadar hendak menurunkan berat badan sahaja boleh mengalami simptom-simptom dehidrasi:

  • kehausan yang berlebihan
  • kurang kencing
  • air kencing berwarna gelap
  • kekeliruan disebabkan dehidrasi

.

Dehidrasi yang berpanjangan sudah semestinya tidak baik untuk organ-organ dalaman terutamanya buah pinggang (kegagalan buah pinggan boleh terjadi).

Jadi, tidak hairanlah mereka yang masih muda, tiada penyakit kronik, ambil “ubat kurus” boleh didiagnos kidney failure secara tiba-tiba.

.

PHENOLPHTALINE

.

Ini juga adalah salah satu julap yang boleh didapati secara over the counter (OTC) di farmasi.

Pengambilan Phenolphtaline dikaitkan dengan risiko kanser dan kerosakan/mutasi DNA. Oleh itu, telah diklasifikasikan oleh FDA sebagai “tidak selamat dan tidak berkesan secara amnya” sejak tahun 1999.

.

SILDENAFIL

.

Nama glamer Sildenafil ialah Viagra, dikenali sebagai ubat yang amat berkesan untuk merawat masalah mati pucuk (erectile dysfunction) di kalangan kaum lelaki.

Sildenafil membantu menurunkan bert badan kerana telah terbukti secara klinikal, ia menukarkan lemak ‘jahat’ kepada lemak yang lebih mudah untuk dibakar. Namun, ujian ini hanya dijalankan ke atas tikus makmal. Kesan ke atas manusia tidak dapat disimpulkan.

Selain kesan Viagra yang terbukti sangat berkesan untuk masalah mati pucuk, ia juga boleh menyebabkan kesan yang lebih serius seperti:

  • masalah jantung : Viagra boleh menurunkan tekanan darah mengakibatkan serangan jantung dan kematian mengejut!
  • kerosakan mata seperti rabun dan buta secara tiba-tiba : Viagra dikatakan menyebabkan pengaliran darah ke mata terganggu
  • hilang pendengaran secara tiba-tiba
  • 84% lelai yang pernah mengambil Sildenafil berisiko menghidap melanoma (sejenis kanser) selepas 10 tahun

.

ubat kurus paling berkesan

.

PHENYLBUTAZONE

.

Merupakan sejenis ubat tahan sakit nonsteroidal antinflammatory drugs (NSAID), Phenylbutazone digunakan untuk merawat keradangan sistem otot dan sendi. Sebagai contoh untuk masalah ankylosing spondylitis, rheumatoid arthritis dan reactive arthritis.

Antara kesan sampingannya ialah:

  • membantutkan penghasilan sel darah putih (penting untuk sistem pertahanan badan)
  • aplastic anemia (sel darah merah penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan)
  • anorexia
  • cirit birit
  • berak berdarah

.

FENFLURAMINE

.

Bahan ini ‘membantu’ kurus dengan membantutkan selera makan dan memberi rasa kekenyangan.

Malangnya, ia juga boleh mengakibatkan :

  • masalah injap jantung (seperti valvular regurgitation)
  • meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dalam paru-paru (pulmonary hypertension)
  • kesan ke atas sistem penghadaman dan sistem perkumuhan
  • kesan ke atas otak seperti sakit kepala, agitation dan kemurungan

.

Organ-organ ini sangat penting untuk kehidupan. Sanggupkah anda merisikokan organ-organ ini hanya semata-mata untuk kurus dengan bahan terlarang?

.

TOPIRAMATE

.

Ubat ini sebenarnya ialah ubat untuk masalah sawan (antiseizure) dan mencegah migraine.

Sebenarnya ubat ini TIDAK membantu anda kurus, tetapi salah satu kesan sampingannya ialah menurunkan berat badan.

Lebih memudaratkan lagi, jika diambil untuk jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius :

  • masalah mata yang serius yang sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan buta yang berkekalan
  • mengurangkan berpeluh – ini menyebabkan suhu badan naik lebih tinggi menjurus kepada demam tinggi
  • meningkatkan paras asid dalam badan menyebabkan metabolic acidosis yang boleh membawa maut
  • dari segi psikologi boleh menyebabkan pemikiran suicidal (bunuh diri), kemurungan, panik dan insomnia

ubat kurus paling berkesan

.

Kesimpulannya, jika ada yang claim ada ubat yang boleh menguruskan badan dengan cepat secara shortcuts, WAJIBlah anda ragu-ragu akan kandungan bahan-bahannya sehingga terbukti tidak mengandungi bahan terlarang.

Sesungguhnya, “ubat kurus paling berkesan” ialah kombinasi KONSISTEN:

  1. Pemakanan sihat dan seimbang yang mengandungi kesemua kumpulan makanan pada nisbah yang betul
  2. Bersenam secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20-30 minit setiap sesi
  3. Pengambilan suplemen secara bijak (suplemen pun “macam2” kan sekarang?) sebagai penyokong nutrisi harian

.

Menurunkan berat badan dengan cara yang sihat ini TIDAK menjadikan anda lebih sakit dan lebih memudaratkan.

Nak melabur untuk suplemen pun, pastikan ianya berbaloi. Berbaloi untuk kesihatan dan berbaloi dari segi jumlah wang yang dibelanjakan. Walau anda kaya mana sekalipun, organ-organ dan nyawa anda PRICELESS harganya. =)

Baca entri Suplemen – Keperluan Atau Kehendak? untuk tips pemilihan suplemen yang baik dan selamat.

Bahana Ubat Tahan Sakit Yang Tak Terkawal

Bahana Ubat Tahan Sakit Yang Tak Terkawal

ubat tahan sakit

Bukan tak boleh langsung mengambil ubat tahan sakit tetapi haruslah berpada-pada dan sebaiknya mendapat nasihat doktor atau pegawai farmasi.

Bagi anda yang kerap kali mengambil ubat tahan sakit untuk apa jua kesakitan samada sakit sedikit atau kuat, anda perlu ambil tahu apa bahana yang bakal anda peroleh sekiranya menggunakan ia tanpa kawalan.

Ubat tahan sakit, dalam bahasa sains dikenali sebagai analgesics, boleh dibahagikan kepada jenis narkotik dan bukan narkotik. Ubat tahan sakit juga ada yang mudah didapati secara over-the-counter (OTC) ataupun memerlukan preskripsi doktor.

Jenis-jenis ubat tahan sakit termasuk dalam bentuk cecair (syrup), tablet, sapu atau tampalan.

Mari kita tengok satu per satu apa yang boleh diakibatkan oleh ubat tahan sakit ini.

.

ubat tahan sakit

Paracetamol ialah antara ubat tahan sakit yang popular.

1# Paracetamol, PCM

.

Popular dengan panggilan PCM, paracetamol bertindak bukan sahaj sebagai analgesic, tetapi juga ubat untuk mengubat demam. Paracetamol ialah ubat tahan sakit paling popular dan mudah didapati dari mana-mana farmasi atau klinik. Namun, penggunaan secara berterusan dan tanpa kawalan doktor boleh mengakibatkan kerosakan hati.

Antara tanda-tanda kerosakan hati ialah seperti berikut:

  • jaundice (kekuningan kuit dan bebola mata putih)
  • kerap loya dan muntah
  • sakit perut
  • air kencing berwarna gelap
  • kepenatan melampau

Untuk makluman, kebanyakan brand PCM sebiji tablet mengandungi 500mg paracematol (ada juga sebiji tablet bersamaan dengan 650 gram). Dos yang dicadangkan ialah sebanyak 2 biji (1 gram) setiap 6 jam, dengan dos maksima sebanyak 4 gram sehari.

Pengambilan PCM berlebihan dan melebihi merisikokan kepada masalah hati. Tambahan buat mereka yang mengambil ubat ini bersama-sama alkohol, akan lebih berisiko lagi.

.

ubat tahan sakit

2# NSAID (non-steroidal anti inflammatory drugs)

.

NSAID ialah ubat tahan sakit dari kategori bukan narkotik dan boleh dibahagikan kepada selektif dan bukan selektif.

Contoh NSAID selektif ialah celecoxib, parecoxib. Manakala dari jenis bukan selektif pula ialah seperti mefenemic acid (Ponstan), diclofenac (Voltaren), ibuprofen, dan aspirin.

Penyalahgunaan NSAID bukan selektif secara salah boleh mengkibatkan:

  • kerosakan buah pinggang (kerana ubat-ubat ini menyebabkan salur darah di buah pinggang mengecut lalu tidak mendapat darah yang secukupnya)
  • pendarahan (terutamanya jika pesakit juga mengambil ubat cair darah seperti Warfarin)
  • ulser perut (berpunca dari luka pada perut yang berlanjutan)

Sebaliknya, NSAID jenis selektif pula kurang merisikokan pesakit mengalami ulser perut. Antara lain, kesan sampingan yang boleh terjadi ialah alahan dan pening.

.

ubat tahan sakit

.

3# Narkotik (Opioid)

.

Pain killers” jenis narkotik pula ialah seperti morphine, codeine dan fentanyl. Kerana tindakan ubat jenis narkotik ini adalah pada paras otak dan saraf tunjang, kesan pengambilannya yang tidak terkawal boleh mengakibatkan:

  • ketagihan (pengambilan tanpa kawalan tanpa mengambil kira kesan sampingan)
  • ‘dependence’ (terlalu bergantung kepada ubat walaupun sakit sedikit sahaja)
  • tolerans (di mana terdapat peningkatan dos ubat untuk melegakan sakit)

.

Apa Langkah Lain Untuk Melegakan Kesakitan, Selain Mengambil Ubat Tahan Sakit?

.

  1. Amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua kumpulan makanan dan gayahidup sihat. Boleh rujuk entri Cara Pemakanan Sihat ini.
  2. Sebaiknya juga dapatkan berat badan ideal.
  3. Pengambilan suplemen yang baik juga sangat membantu hidup lebih sihat daripada bergantung kepada ubat sentiasa.
  4. Jika anda memerlukan ubat, boleh cuba dahulu ubat tahan sakit bukan jenis oral seperti kaedah tampalan atau sapu (krim).

Berusahalah untuk sihat kerana kesihatan itulah yang paling berharga dalam kehidupan.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut suplemen kesihatan/kecantikan yang selamat dan berkesan.

Berjaga-jaga Dengan Kesan Sampingan Antibiotik

Berjaga-jaga Dengan Kesan Sampingan Antibiotik

kesan sampingan antibiotik

Tak perlulah nak mencebik atau mengkritik jika doktor tak berikan anda antibiotik untuk masalah kesihatan anda. Itu bodoh-sombong namanya.

Antibiotik, sekiranya disalahgunakan (tidak diperlukan) lebih membawa keburukan daripada kebaikan!

.

Perbezaan Bakteria dan Virus

.

Bakteria (kuman) ialah organisma yang boleh dijumpai di seluruh badan (dalam dan luar) kita.

Kebanyakan bakteria tidak membahayakan.

Sebaliknya berharmoni dengan tubuh badan manusia.

Contohnya, bakteria yang hidup di dalam usus manusia berfungsi menyeimbangkan kesihatan usus kita.

Terdapat juga bakteria yang menyebabkan penyakiit seperti Streptokokus di tekak boleh mengakibatkan jangkitan tekak.

Berbeza dengan bakeria, virus ialah hidupan halus yang jauh lebih kecil dari bakteria, dan tidak boleh bertahan di luar sel badan.

Virus menyebabkan penyakit apabila memasuki sel badan yang sihat.

.

Bagaimana Pula Dengan Antibiotik?

.

Antibiotik, juga dikenali sebagai ubat antimikrob ialah kumpulan ubatan yang ‘berlawan’ dengan jangkitan kuman, samada dengan membunuh bakteria atau menyebabkan bakteria sukar untuk bertubuh dan membahagi.

Di sini, penting untuk kita ketahui yang ANTIBIOTIK TIDAK BERKESAN LANGSUNG KE ATAS VIRUS!

Maknanya, anda tidak perlukan antibiotik untuk masalah jangkitan virus. Antara kes yang TIDAK memerlukan antibiotik (kebanyakannya disebabkan virus) adalah:

  • demam selesema
  • sakit tekak
  • kebanyakan batuk
  • jangkitan sinus dan telinga

.

Kalau Anda Tahu Tentang Kesan Sampingan Antibiotik, Anda Takkan Nak Pun Antibiotik Kecuali Apabila Dipreskripsi

 

 

 

Antibiotic Resistance

.

Pernah dengar tentang ‘antibiotic resistance‘?

Dalam bahasa kita dipanggil kerintangan terhadap antibiotik.

Kerintangan antibiotik ialah kebolehan bakteria ‘menepis’ kesan antibiotik (antibiotik takkan berkesan untuk menghapuskan bakteria).

Ini boleh terjadi apabila antibiotik disalahgunakan, samada ‘overuse‘ (terlalu kerap mengambil antibiotik) atau mengambil antibiotik sedangkan anda hanya mengalami jangkitan virus.

Antibiotik bukan sahaja akan membunuh bakteria yang sensitif terhadapnya.

Malah pada masa yang sama aakan membunuh kebanyakan bakteria ‘baik‘ di dalam badan, meninggalkan bakteria-bakteria yang sudah mempunyai kerintangan terhadap antibiotik tersebut.

Pada mulanya, jumlah bakteria ‘resistant‘ ini adalah kecil sahaja.

Tetapi setelah semakin banyak bakteria ‘baik‘ sudah tiada (disebabkan penggunaan antibiotik yang kerap), ini memberi ruang kepada bakteria ‘resistant‘ ini untuk mencambah semakin banyak.

Kesan sampingan antibiotik

Kesan Sampingan Antibiotik : Gambar menunjukkan bagaimana antibiotic resistance berlaku.

.

Bahaya Ke Antibiotic Resistance Ni?

.

Masalah kerintangan antibiotik ini BOLEH BERJANGKIT!

Antibiotic resistance merupakan salah satu masalah public health yang membimbangkan.

Ia menyebabkan penyakit yang dahulunya boleh dirawat dengan antibiotik, menjadi suatu penyakit yang sangat sukar untuk dirawat dan memerlukan belanja yang lebih besar.

Pesakit, samada orang dewasa atau kanak-kanak yang mengalami kerintangan antibiotik akan sakit untuk jangka masa yang lebih panjang.

Bakteria yang ‘tahan lasak’ ini boleh menjangkiti ahli keluarga yang lain, rakan-rakan di sekolah, kawan sekerja, dan seterusnya mengancam keselamatan masyarakat.

Masalah ini sangat sukar dirawat dan kadangkala boleh mengakibatkan kecacatan dan tidak mustahil kematian.

kesan sampingan antibiotik

Kesan Sampingan Antibiotik : Rajah ini menunjukkan bagaimana kerintangan antibiotik boleh berjangkit dan mengancam masyarakat sekeliling dan masalah public health.

.

Langkah-langkah Pencegahan

.

  1. Ambil antibiotik jika dipreskripsi doctor bertauliah sahaja.
  2. Sentiasa mengambil antibiotik seperti yang diarahkan.
  3. Tidak sesekali menggunakan lebihan antibiotik yang lepas.
  4. Dilarang berkongsi antibiotik dengan orang lain.
  5. Cegah jangkitan dengan teknik cuci tangan yang betul, mengelak berada berhampiran dengan orang sakit, mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.

.

Kerintangan antibiotik ancaman kesihatan masyarakat. Jangan jadikan bodoh-sombong anda memudaratkan orang lain.

.

Sumber : Centers for Disease Control and Prevention

.

Tercari-cari suplemen kesihatan yang selamat dan berkesan untuk menguatkan sistem imun anda? Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut. Anda boleh juga rujuk entri Sistem Imun ini.