Cabaran-cabaran Hamil & Tips Menangani

Cabaran-cabaran Hamil & Tips Menangani

Untuk bergelar seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah kerana pelbagai dugaan hamil perlu ditempuhi. Seawal dari ujian air kencing kehamilan (UPT, urine pregnancy test) anda naik dua garisan (positif) lagi, anda boleh menghadapi pelbagai cabaran kesihatan.

Sebenarnya, kebanyakan dugaan yang melanda ibu hamil adalah disebabkan perubahan fisiologi yang berlaku di dalam tubuh seorang yang sedang mengandung.

Faktor nutrisi juga menyumbang kepada cabaran-cabaran ini, terutamanya jika sebelum hamil ibu sememangnya tidak mengamalkan pemakanan seimbang.

Mari kita pergi kepada setiap dugaan yang kerap terjadi kepada ibu hamil.

Ain akan kongsi juga tips-tips untuk mengurang atau menangani masalah-masalah ini.

.

1# Alahan Mengandung

Antara cabaran awal kehamilan ialah alahan mengandung yang mana ibu hamil mengalami loya dan muntah.

Alahan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan ibu mengandung.

Kajian mendapati, sebanyak 50-90% ibu hamil mengalami alahan mengandung yang boleh bermula kira-kira pada 8 minggu kehamilan.

Berita baiknya, kebanyakan alahan mengandung akan hilang selepas trimester pertama kehamilan. Hanya sekitar 1-10% kes sahaja akan berlanjutan sehingga trimester kedua atau ketiga.

Alahan mengandung, yang juga dikenali sebagai morning sickness adalah berbeza dengan hyperemesis gravidarum (HG).

HG ialah morning sickness yang lebih teruk, di mana ibu hamil mengalami muntah berterusan dan boleh mengganggu kehidupan seharian.

Lebih buruk lagi, HG boleh mengakibatkan dehidrasi dan kenaikan berat badan yang tidak cukup semasa kehamilan.

dugaan hamil

Tips Mengurangkan Alahan Mengandung:

  • Makan sedikit tetapi kerap
  • Jika muntah, pastikan anda minum air yang mencukupi (sama juga, sedikit tetapi kerap)
  • Cuba teh pudina halia untuk mengurangkan rasa loya di tekak
  • Ambil vitamin B6 dan magnesium

Bagi penggemar Performance Drink, anda boleh cuba bancuh PD itu kemudian jadikannya kiub ais. Rasa masam oren PD boleh membantu mengurangkan rasa loya di samping menghidrat anda yang kekurangan air.

.

2# Kejang Kaki

Mengalami kejang kaki yang menyakitkan terutamanya semasa sedang lena tidur di tengah malam adalah sesuatu yang sangat mengganggu.

Ibu hamil bukan sahaja mengalami tidur terganggu dan kesakitan dek kejang itu, tetapi mereka juga akan lebih lesu keesokannya kerana tidak mendapat tidur yang berkualiti.

Kejang kaki semasa hamil adalah disebabkan beberapa faktor:

  • berat badan yang semakin bertambah
  • perubahan pada kitaran darah dalam badan
  • bayi yang semakin membesar memberi tekanan kepada saraf dan salur darah ke kaki
  • ibu hamil terlalu aktif atau kurang aktif
  • kurang nutrisi seperti kalsium dan magnesium

dugaan hamil

Tips Untuk Mengurangkan Kejang Kaki:

  • Lakukan senaman kaki dengan memusing kaki pada sendi buku lali dalam satu arah sebanyak 8 kali. Kemudiannya tukar arah berlawanan juga sebanyak 8 kali. Ulang dengan kaki yang satu lagi.
  • Tinggikan kaki dengan bantal semasa tidur
  • Pastikan anda mendapat air yang cukup
  • Pengambilan kalsium dan magnesium haruslah cukup supaya otot-otot dapat ‘berehat’ dengan baik semasa tidur

Baca juga Cara Mudah Atasi Cramp Kaki Ketika Mengandung.

.

3# Berat Badan Berlebihan

Adakah anda tahu, berapakan pertambahan berat badan semasa hamil yang sihat?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlukan BMI anda sebelum hamil.

BMI = berat dalam kilogram / (tinggi dalam meter x tnggi dalam meter)

Rujuk carta di bawah untuk mengetahui berapa pertambahan berat badan yang sihat semasa hamil

dugaan hamil

Jika anda underweight, jumlah penambahan berat badan yang disarankan adalah lebih banyak. Sebaliknya, jika anda overweight atau obes, jumlahnya lebih sedikit. Ini adalah jumlah kenaikan berat badan sepanjang kehamilan ya.

.

Tips Pertambahan Berat Badan Sihat Semasa Hamil:

  • Ambillah hidangan yang kecil tetapi kerap
  • Pilihlah makanan ringan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Ambil lebih kalori sebanyak 300kcal sahaja setiap hari

Contoh 300kcal ialah 3 sudu besar ESP (protein) + sebiji epal + sekeping roti + semangkuk sup sayur.

.

5# Keguguran Rambut

Masalah ini dihadapi ibu hamil kerana faktor perubahan hormon dan nutrisi yang tidak seimbang.

Tahukah anda, nutrisi sihat semasa prenatal mampu melindungi folikel rambut anda dan menggalakkan pertumbuhan rambut?

Tips Atasi Keguguran Rambut:

  • Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut
  • Selalu urutkan kepala untuk merangsang peredaran darah
  • Amalkan pemakanan sihat yang mengandungi semua kelas makanan
  • Ambillah vitamin prenatal seperti protein, zat besi, biotin, vitamin B dan vitamin C

dugaan hamil

6# Perubahan Emosi

Ada kalanya, tiba-tiba sahaja ibu hamil boleh bersedih dan menangis.

Kesalahan yang kecil sahaja pun ada yang mampu membuatkan mereka berasa kecil hati.

Kerana perubahan hormon ibu hamil, keletihan dan tekanan harian, mereka amat mudah sekali mengalami perubahan emosi ini. Orang putih kata mood swing.

Jadi sebagai suami, ahli keluarga atau rakan ibu hamil ini, cubalah memahami mereka ya.

Tips Untuk Menangani Perubahan Emosi:

  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Luangkan masa dengan pasangan anda
  • Cubalah senaman yoga untuk ibu hamil (yoga kan menenangkan)
  • Ambillah makanan berkhasiat dengan GI rendah (makanan GI tinggi meningkatkan paras gula darah dengan cepat, kemudiannya menurun dengan mendadak pula)
  • Amalkan vitamin prenatal seperti asid lemak omega-3, vitamin B dan zat besi

Baca juga entri tentang Postpartum Depression (Meroyan) akibat kekurangan asid lemak omega-3 semasa hamil.

dugaan hamil

Selain menyokong mood ibu hamil, omega-3 juga mempunya pelbagai manfaat lain untuk ibu hamil dan bayi.

.

7# Jisim Tulang Berkurangan

Pernahkah anda tahu kenapa apabila anda hamil, doktor akan menyarankan pengambilan susu atau kalsium?

Telah dijadikan dengan begitu sempurna sekali kejadian Tuhan, bayi dalam kandungan akan mendapat kalsium yang cukup dari ibu.

Susu atau kalsium yang diambil itu sebenarnya adalah untuk anda sendiri.

Sekiranya anda tidak topup kalsium yang telah diambil bayi dengan cukup. anda berisiko mengalami osteoporosis lebih awal!

Tips Mencegah Osteoporosis:

  • Amalkan gaya hidup sihat – elak merokok & alkohol
  • Senaman ringan
  • Dapatkan kalsium & pembina tulang dari pemakanan dan/atau suplemen

.

Anda mengalami cabaran-cabaran lain lagi semasa hamil?

Jom kongsikan di ruangan komen dan cara anda selesaikannya. =)

Tercari-cari Set Prenatal untuk melengkapkan nutrisi anda dan (bakal) bayi anda?

Testimoni Ostematrix Shaklee Part 2

Testimoni Ostematrix Shaklee Part 2

  1. Masalah sakit pinggang selepas bersalin dapat diatasi
  2. Tiada lagi masalah sembelit
  3. Bayi pun dapat ‘side effect’ – tulang menjadi kuat
  1. Merawat masalah insomnia saya
  2. Tulang krup krap krup krap dan lama tak bunyi
  3. Saya tak minum susu
  1. Segar badan
  2. Hilang sakit tumit kaki bila bangun tidur
  3. Senggugut pun ok
  4. Tidur lebih lena
  5. Sistem penghadaman ok
  1. Tak payah susah2 bancuh susu dapatkan keperluan kalsium
  2. Kaki dah lama tak cramp walaupun dah pregnant banyak kali
  3. Mudah dan praktikal
  4. Tiada kejang kaki, sakit gigi, sakit bahu
  5. Lawas
  6. Sebab tak minum susu
  1. Hilang sakit-sakit dan bisa-bisa badan bila bangun pagi
  2. Tidur lebih berkualiti
  3. Pembuangan sisa pepejal lebih lancar
  4. Tiada lagi cramp
  1. Bangun pagi rasa fresh
  2. Pagi-mudah membuang
  3. Tak pernah rasa lenguh or sakit pinggang jika amalkan ostematrix
  4. Masa hamil kaki cramp tu takkan menyinggah
  5. Anak lahir, tulang kuat dan cepat tumbuh gigi
  1. Tidur lebih lena, bangun pagi segar
  2.  Kejang kaki, sakit pinggang takde (3 kali cesar)
  3. Dah lama tak sakit gigi dan migrain
  1. Tidur lena, bangun pagi bersemangat
  2. Lancar buang air besar
  3. Tulang kuat (pinggang tak sakit bila angkat si manja 10kg)
  1. Sakit gigi dan bengkak gusi berkurangan
  2. Kejang betis waktu hamil takde
  3. Malam tidur lena, bangun pagi dengan bertenaga
  1. My milkbooster
  2. Pelawas untuk elak sembelit
  3. Ubat migrain saya
  1. Melegakan lenguh badan saya
  2. Melancarkan pembuangan air besar keesokan harinya selepas bangun dari tudir
  3. Saya tak suka minum susu, jadi Ostematrix pengganti susu saya
  1. Kurangkan sembelit
  2. Senang tidur takde insomnia
  3. Bantu lengkapkan kalsium harian saya
  4. Hilang sakit badan bila bangun pagi
Bersambung ke PART 3.

Anda terlepas koleksi testimoni PART 1?

Hilangkan Sakit Kaki Dengan 7 Senaman Mudah Ini

Hilangkan Sakit Kaki Dengan 7 Senaman Mudah Ini

hilangkan sakit kaki

Kalau korang nak tahu, dalam seminggu satu-satunya hari cuti Ain ialah hari Sabtu.

Bila sebut ‘cuti’ mesti korang terbayang hari berehat boleh duduk goyang kaki kat rumah. Tak pun pergi berjalan window shopping ke, bawak family bersiar-siar ke or apa-apa saja aktiviti yang melambangkan, “arghh, bestnya cuti!”

Bagi Ain pulak, hari Sabtu yang ‘cuti’ tu ialah hari Ain sebagai surirumah sepenuhnya – nak ke pasar restock barang-barang basah, sayur-sayuran dan barang dapur yang lain. Lepas tu balik siang segala benda, pack amaun ikut kegunaan ‘sekali masak’ macam yang pernah Ain cerita dalam entri 7 Tips Masak Setiap Hari Walaupun Sibuk ini.

Tak cukup dengan kerja di dapur termasuk nak masak lunch dan dinner, hari Sabtu ni lah hari yang terpilih untuk sapu dan mengemop satu rumah! Malam plak biasanya waktu untuk iron baju kerja untuk seminggu.

Kalau bernasib baik Ain dah basuh baju hari Jumaat, maka kuranglah satu kerja nak buat haha.

Bukannya apa, hari-hari lain Ain kerja 7 pagi sampai 11 malam. 7-8 pagi siapkan anak-anak dan hantar dorang ke tadika. 8-10 pagi masak, sidai kain baju, mandikan anak sorang lagi. 10 pagi – 2 petang kat klinik. Rehat 2 – 5 petang. Last skali rutin harian 5 petang sampai 11 malam masuk klinik balik.

Walaupun most of the time busy, Ain rasa bersyukur sangat ada encik suami yang supportive dan suka membantu dalam kerja-kerja rumah jgak. Hehe…

So, hari Sabtu ‘cuti’ Ain ni lah hari yang Ain tak pernah tak sakit kaki sebab berdiri terlalu lama, berjalan sana-sini, atas bawah, depan belakang. Huhu.

Jadi hari ini Ain nak share beberapa senaman mudah untuk hilangkan sakit kaki, yang Ain dapat dari group whatsapp. Thanks so much kepada yang share (maaf Ain pun dah lupa siapa yang share).

Senaman-senaman ni sesuai sangat untuk masalah sakit kaki disebabkan ‘overuse‘ macam kes Ain ni. Tak termasuk sakit kaki disebabkan penyakit tertentu ya hehe. Yang ni kena jumpa doktor atau pakar untuk sahkan diagnosis. =)

.

7 Senaman Mudah Untuk Hilangkan Sakit Kaki

.

1# Berjalan Di Atas Bola

.

Dengan posisi duduk, pijak bola tenis (atau bola yang berdiameter lebih kurang bola tenis) dan gerakkan bola itu ke hadapan dan ke belakang beberapa kali.

.

2# Angkat Tumit

.

Dalam keadaan berdiri, pegang kerusi dengan kedua tangan sebagai penyokong.

Angkat kaki kanan ke belakang sementara jengket dengan kaki kiri. Perlahan-lahan letakkan semula tumit kaki kiri atas lantai dan ulang beberapa kali.

Selepas itu tukar dengan menjengket dengan kaki kanan pula.

Ulang 10 hingga 15 kali bagi setiap kaki.

.

3# Jalan Berjengket

.

Jalan jengket-jengket cepat-cepat selama 5 hingga 10 minit atau sehingga anda penat berjalan.

.

kebaikan ostematrix shaklee

Ostematrix lengkap dengan kalsium, magnesium, vitamin D dan lain-lain yang membantu otot kaki ‘berehat’ dengan baik semasa tidur. Roger Ain untuk tanya ya.

.

4# Latihan Rintangan

.

Letakkan betis kaki kanan di atas kaki kiri dengan lutut kiri dibengkokkan sedikit. Tarik getah peregang menggunakan kaki kanan dengan gerakan ke atas dan bawah.

Ulang latihan ini 10 hingga 15 kali bagi setiap kaki.

.

5# Senaman Jemari Kaki

.

‘Gulungkan’ jemari kaki anda ke bawah. Letakkan tuala di atas lantai dan cuba ambil menggunakan cara tadi.

Seterusnya, tukar tuala tadi dengan beberapa biji batuk. Dan dengan cara yang sama, masukkan batu-batu kecil tadi ke dalam sebuah bekas. Tak aci guna tangan ya.

.

6# Senaman Buku Lali

.

Secara berdiri atau duduk, angkat sebelah kaki anda dan gerakkan buku lali anda dalam gerakan bulatan. Ala macam masa PJ kita sekolah-sekolah dulu ada senaman macam ni.

Lepas tu pusing arah bertentangan pula. Kalau tadi ikut arah jam, sekaran lawan jam pula.

Buat 10 set untuk setiap kaki.

.

7# Urutan Untuk Kaki Letih

.

Untuk lebih jelas lagi, korang boleh tengok video kat bawah ni ya.

.

 

 

.

Ok, selamat mencuba korang.

Daripada terlalu kerap ambil ubat tahan sakit untuk hilangkan sakit kaki, lebih baik lagi buat senaman-senaman ni. Bukan saja boleh bantu kurangkan lenguh-lenguh dan sakit kaki, tetapi juga bantu pengaliran darah yang baik di bahagian kaki.

Kaki kita ni hari-hari bawak badan kita ni tau. Kalau berat badan berlebihan tu laaagi kesian kat kaki!

Cara Mudah Atasi Kaki Cramp Ketika Mengandung

Cara Mudah Atasi Kaki Cramp Ketika Mengandung

kaki cramp ketika mengandung

Tiba-tiba teringat balik pasal kaki cramp ketika mengandung pertama kali dulu.

Aduh, hampir setiap malam masa tidur akan terkejut dan menjerit.

Sakitnya macam mana, hanya Tuhan saja yang tahu.

Kelam kabut encik suami pun terjaga, sapukan minyak panas dan urut-urutkan kaki.

Esok paginya bangun tidur rasa leeeeetih sangat!

Badan lesu yang amat, rasa macam tak cukup rehat.

Dan cycle ni akan berulang dan berulang dan berulang beberapa kali seminggu, almost every night tau.

Masalah kaki cramp ketika mengandung adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • pertambahan berat badan semasa mengandung
  • perubahan perjalanan darah ibu mengandung
  • tekanan dari bayi yang semakin membesar ke atas saraf dan salur darah
  • kekurangan kalsium kerana demand meningkat semasa mengandung (salah satu fungsi kalsium ialah untuk fungsi otot yang baik)

Kini, ibu hamil sudah boleh melambaikan tangan dan katakan ‘bai-bai’ kepada kaki cramp ketika mengandung.

Tidur berkualiti membantu ibu hamil rehat secukupnya. 🙂

“Alia pun sangat-sangat sukakan Ostematrix…Bezanya pregnant yang ketiga ni. Alia tak sembelit lagi. Alia takde berdarah gigi. Aia takde kejang kaki lagi. Kata orang utara ‘tarik mengkarung’ haha. Before ni masa pregnant first dan kedua, husband selalu jadi mangsa kena bangun tengah malam betulkan balik kaki. Haha.” -Puan Aliatun Husna-

 

Ostematrix Shaklee Bantu Legakan Kaki Cramp Ketika Mengandung

 

Dengan mendapat bekalan kalsium harian yang cukup, ibu hamil sudah boleh menikmati hari-hari dan tidur lena tanpa kaki cramp lagi.

Ostematrix Shaklee diperbuat daripada galian dari Laut Mati, jadi sesuai diambil oleh ibu mengandung yang alah dengan susu (lactose intolerance) atau tidak gemarkan rasa susu (Ain lah salah sorang tu hehe).

Jadi, Ostematrix ialah pilihan terbaik dan selamat untuk ibu hamil dapatkan kalsium setiap hari.

Setiap serving 4 kaplet Ostematrix sebelum tidur, lengkap dengan berikut:

  • 1000mg kalsium sebagai bahan binaan untuk tulang dan gigi
  • 400mg magnesium untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang
  • 400IU vitamin D3 untuk merangsang penyerapan kalsium tadi
  • 3mg boron untuk membantu metabolisma tulang
  • 1.6mg zink, 0.2mg mangan dan 0.2mg kuprum untuk mengaktifkan enzim-enzim yang membantu pembinaan tulang

SEMUA ini PERLU untuk penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.

Dan ini terbukti melalui kajian klinikal yang mana hasilnya adalah seperti graf di bawah:

kaki cramp ketika mengandung

Graf menunjukkan kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan. Info dari Laman Web Rasmi Shaklee.

 

Anda cuma perlu melabur RM61.25 sebulan (sebotol Ostematrix dengan 120 tablet) untuk atasi kaki cramp ketika mengandung.

Jadikan mengandung pengalaman manis untuk anda.

“Bai-bai” kaki cramp! 🙂

Sedang tercari-cari info tentang Keperluan Nutrisi Untuk Ibu Menyusu, bolehlah terjah link. 🙂

 

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut Set Mengandung Shaklee.