Promosi Vivix dan Set Detox

Promosi Vivix dan Set Detox

promosi vivix

Promosi Vivix dan Set Detox kembali lagi sepanjang bulan Oktober 2019 ini!

Kali ini didatangkan dengan cabaran baru yang dinamakan Prove It! Live It! Share It!, yang mana anda boleh menyertai program detox untuk ‘reset’ sistem tubuh ke arah kesihatan yang lebih baik dalam masa 7 hari sahaja.

Untuk menyertai, anda mempunyai 2 pilihan set seperti berikut:

.

1. Jom Detox Set

Terdiri daripada:

  • Cinch Shake (Vanila atau Chocolate)
    • Memberikan tenaga segera dan berpanjangan
    • Membantu meningkatkan jisim otot dan pembinaan otot baru
    • Membantu membakar lemak visceral (lemak di sekeliling organ-organ dalaman)
    • Info lanjut Cinch Shake
  • Herblax
    • Membantu masalah sebelit
    • Mengempiskan perut
    • Melancarkan proses penghadaman
    • Info lanjut Herblax
  • DTX Complex
    • Melindungi dan meningkatkan fungsi hati daripada toksin
    • Membantu membina semula sel-sel hati
    • Info lanjut DTX Complex
  • Peppermint GingerPlus
    • Membuang angin dan mengurangkan masalah kembung perut
    • Melegakan perut yang tidak selesa
    • Info lanjut Peppermint GingerPlus
  • Alfalfa Complex

*Harga promosi RM 465 (JIMAT RM 35)
*PERCUMA beg Shaklee Pack-and-Go

.

2. Jom Vivix Set

Terdiri daripada:

  • Vivix
    • Membantu meningkatkan metabolisme badan
    • Meningkatkan sistem imun
    • Menyokong kesihatan tubuh yang menyeluruh
    • Mengandungi asid elagik yang berfungsi membantutkan sel lemak
    • Info lanjut Vivix
  • Cinch Shake (Vanila atau Chocolate)

*Harga promosi RM 590 (JIMAT RM66)
*PERCUMA beg Shaklee Pack-and-Go

vivix shaklee

Asid ellagik dan ellagitannin di dalam anggur Muscadine (bahan dalam Vivix), apabila bergabung dengan polifenol lain, membentuk kuasa antioksidan yang hebat!

.

Selain itu, kita ada juga promosi Ostematrix dan YOUTH Masks

Ostematrix Buy 3 Off 5%

Sebotol Ostematrix RM61.25
2 Botol Ostematrix RM122.50
3 Botol Ostematrix RM174.56

Baca Kelebihan Ostematrix Shaklee berbanding suplemen kalsium jenama lain.

kaki cramp ketika mengandung

Salah satu kelebihan Ostematrix :Kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan (Sumber: Laman Web Rasmi Shaklee).

.

YOUTH Masks

Anda tercari-cari masker untuk kulit lebih halus mulus dan berseri? Inilah masa untuk anda mencuba YOUTH Mask.

  • YOUTH Hydrating Gel Mask untuk kulit kering
  • YOUTH Purifying Clay Mask untuk kulit berminyak

Dengan mana-mana 2 masker, anda akan menerima PERCUMA beg organza, berus wajah dan booklet YOUTH Masks. Info lanjut YOUTH Mask.

.

Pertanyaan dan order,

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Tips Pilih Produk Kolagen Terbaik

Tips Pilih Produk Kolagen Terbaik

Berbesar hati rasanya bila Ain terima salah satu perkongsian dari geng Shaklee yang baru-baru ini ada menyertai kursus “Start Your Own Business (SYOB)“. Perkongsian ini ialah tentang tips memilih produk kolagen terbaik dan berbaloi.

Kebanyakan suplemen kolagen yang dipasarkan bukan calang-calang murah harganya. Untuk kecantikan dan awet muda lah katakan.

Jadi, macam mana nak pastikan anda telah memilih produk kolagen terbaik yang berbaloi dengan apa yang telah anda laburkan?

Ambil tahu tentang berat molekul kolagen yang digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut.

.

Kaitan Berat Molekul Kolagen Dengan Kadar Penyerapannya

.

Berdasarkan teori, semakin berat sesuatu molekul kolagen itu, akan semakin sukar untuk ia diserap selepas di consume.

Dan sebaliknya, semakin ringan sesuatu molekul kolagen itu, semakin mudah dan cepatlah ia diserap.

Di dalam video di atas, dibuat perbandingan untuk menguji kadar keterlarutan produk kolagen dari tiga jenama berbeza. Salah satunya ialah Shaklee Collagen Powder.

Ujian dibuat dengan melapik corong yang digunakan dengan kertas filter sebagai penapis. Serbuk kolagen dituang diikuti dengan air kosong.

Serbuk kolagen yang paling cepat dilarutkan ke dalam bekas di bawah corong dan tidak meninggalkan sedimen di dalam kertas filter ialah produk kolagen terbaik.

Ini kerana, produk dengan molekul kolagen paling ringan dapat menembusi kertas penapis tersebut dan sangat cepat dilarutkan sebaik sahaja air dituangkan.

Anda perasan tak ada satu jenama yang sampai ke sudah tak berjaya menapiskan serbuk kolagen yang telah dituang?

Rasa seperti buang duit sahaja membelanjakan untuk produk kolagen yang tidak berkesan kan?

shaklee collagen powder

.

4 Keistimewaan Shaklee Collagen Powder

.

  1. Bersumberkan kolagen berkualiti tinggi premium : sisik ikan merah berkeupayaan untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya sumber kolagen yang tahan lasak.
  2. Penyerapan yang hebat : molekul kolagen dalam SCP cuma seberat 1,000 Dalton sahaja (berbanding jenama lain yang kebanyakannya melebihi 300,000 Dalton). Ini memastikan penyerapan cepat dan mudah untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada lapisan dermis dengan cekap.
  3. Diperkaya dengan bahan-bahan lain : Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan melawan kerosakan oleh radikal bebas. Juga diperkaya vitamin B2 & B6 untuk menyokong metabolisma tenaga yang penting untuk menghasilkan kolagen dalam sel.
  4. Dipek dalam sachet yang ringan, mudah dibawa dan dibancuh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

.

produk kolagen terbaik

Klik Koleksi Testimoni untuk lihat sendiri perubahan positif pengguna-pengguna Shaklee Collagen Powder.

Kolagen juga baik untuk kesihatan sendi. Baca testimoni sebenar dalam entri Cedera Ligamen Pada Lutut : Lutut Dah Tak Gegau.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

5 Langkah Tanggalkan Mekap Pada Mata

5 Langkah Tanggalkan Mekap Pada Mata

Tidak dinafikan, mekap di bahagian mata berupaya menambah seri dan kecantikan seseorang. Kebanyakan dari kita juga menjadikan mekap mata itu sesuatu yang wajib dan rutin apabila keluar dari rumah terutamanya ketika bekerja dan ke event tertentu.

Kecantikan mata bukan sahaja terletak pada cara mekap yang betul.

Cara menanggalkan mekap juga seharusnya dititikberatkan kerana kulit di sekitar mata adalah nipis sahaja.

Kalau main hentam kromo saja, silap haribulan mata bukan jadi lebih menarik tetapi sebaliknya.

Bila dah muncul kedutan dan garis halus bagai tu, mekap tebal mana pun takkan dapat menyembunyikan rupa ‘tua’ mata kita itu. Haa sekarang siapa yang rugi?

Untuk itu, jom kita go through satu persatu langkah tanggalkan mekap pada mata di bawah.

tanggalkan mekap

.

5 LANGKAH MUDAH TANGGALKAN MEKAP PADA MATA

.

1# Pembersih Wajah

Seperti bahagian kulit wajah yang lain, untuk menanggalkan mekap di bahagian mata juga perlukan pembersih juga.

Pembersih yang paling sesuai sudah tentulah pembersih yang gentle terhadap kulit mata yang lebih nipis dan lebih sensitif ini.

Pastikan pembersih wajah anda berupaya membersih dengan mendalam secara lembut ya.

Jadi, kuranglah keperluan menenyeh dengan kuat kulit sekitar mata.

Ingat ya, kulit sekitar mata sangat nipis dan menggosok kulit di situ dengan kuat akan menyebabkan kedutan dan garisan halus akan mula memunculkan diri.

Penggunaan pembersih amat penting sebagai langkah pertama.

Tetapi jika anda rasa tidak mencukupi, anda perlukan langkah kedua.

.

2# Gunakan Penanggal Mekap Mata (Eye Makeup Remover)

tanggalkan mekap

Adalah penting untuk menggunakan penanggal mekap mata tanpa menyebabkan kulit sekitar mata dan bulu mata ‘ter-tarik’.

Kita tidak mahu kulit semakin kusam dan kedutan cepat muncul kan?

Jadi, letakkan penanggal mekap mata anda itu di atas kapas.

Kemudian, tekan kapas tersebut secara lembut di atas mata untuk membenarkan mekap mata anda lebih mudah ‘cair’. Tak perlulah anda tonyoh kuat-kuat untuk menanggalkan mekap mata anda lagi.

Setelah mekap anda ‘cair’, urutkan ke bawah dengan lembut untuk menanggalkan mekap dari mata anda.

Jangan kalut-kalut ya.

.

3# Cara Menanggalkan Maskara Kalis Air

Maskara kalis air lebih sukar untuk ditanggalkan berbanding maskara biasa.

Anda boleh cuba letakkan minyak bayi pada bulu mata anda untuk ‘memecahkan’ molekul maskara supaya lebih mudah ditanggalkan.

.

4# Cara Tanggalkan Mekap Dengan Bulu Mata Palsu

Jika anda menggunakan bulu mata palsu, elakkan menggunakan minyak kelapa atau minyak bayi.

Ini kerana minyak ini boleh merosakkan ‘gam’ pada bulu mata palsu tersebut.

Gunakanlah penanggal mekap yang mengandungi pembersih yang lembut untuk memisahkan bulu mata palsu dari yang asli.

tanggalkan mekap

.

5# Sapukan Krim Mata Yang Refreshing!

So bila mata anda telah bebas dari mekap, inilah masa untuk anda sapukan krim mata yang refreshing!

YOUTH Restoring Eye Treatment, bertindak melalui 3 cara:

  1. Mengembalikan
    • Peptide blend unik mengembalikan sistem isyarat kulit dan menyokong penghasilan kolagen
    • Melembapkan dengan mengekalkan air pada kulit
    • Menyerap sehingga 1,000 kali beratnya di dalam air untuk melembapkan
  2. Mengurangkan
    • garis halus
    • kedutan
    • sembap
    • lingkaran hitam
    • kedutan di sisi luar dan lipatan mata (“crow’s feet eyes“)
  3. Menyegarkan
    • Cooling tip merangsang peredaran mikro untuk
      • mengekalkan mata yang segar
      • mengurangkan kemerahan di bawah mata
      • mengurangkan mata yang sembap

Baca entri Apa Kata Pengguna Krim Mata Shaklee untuk koleksi testimoni.

Cooling tip yang special, hanya ada pada krim mata Shaklee ini. Klik gambar untuk info dan order.

YOUTH Restoring Eye Treatment

YOUTH Restoring Eye Treatment

cara hilangkan mata panda

Bingung memikirkan cara untuk menghilangkan mata panda anda yang dah sekian lama membuatkan anda stress???

.

YOUTH Restoring Eye Treatment diformulasi daripada campuran peptida unik yang telah ditunjukkan dalam kajian klinikal berupaya mengurangkan penampilan garis halus, kedutan dan garisan pada bahagian mata seawal 7 hari penggunaan!

Ini diukur daripada ujian klinikal selama 28 hari yang mengkaji 38 subjek yang menggunakan krim mata ini sebanyak dua kali setiap hari.

YOUTH Restoring Eye Treatment bukan sahaja cara yang anda cari-cari untuk menghilangkan mata panda, tetapi juga untuk mngurangkan mata sembab dan lingkaran hitam.

Juga terbukti daripada kajian klinikal yang sama, yang mana majoriti daripada subjek yang dikaji merasakan kesan ini.

Selain itu, YOUTH Restoring Eye Treatment ini juga membantu menghaluskan kontur mata, menganjal dan menghidratkan.

.

3 TINDAKAN OLEH YOUTH RESTORING EYE TREATMENT

.

Memulihkan

Campuran peptida unik untuk memulihkan sistem isyarat dan membantu menyokong penghasilan kolagen.

Melembapkan dengan ‘memegang’ molekul air pada kulit sekitar mata (menyerap sehingga 1000 kali beratnya dalam air untuk melembapkan).

.

Mengurangkan

Krim ini juga membantu mengurangkan penampilan :

  • garisan halus (garisan halus yang muncul dengan ekspresi muka contohnya semasa senyum)
  • kedutan (dipanggil “crows’ feet eyes” seperti gambar di bawah)
  • garisan pada bahagian mata
  • mata sembab
  • lingkaran hitam (dark circle)

.

cara hilangkan mata panda

Kedutan di tepi mata berupa seperti kaki burung gagak, hence dikenali sebagai “crows’ feet eyes“. YOUTH Restoring Eye Treatment bukan sahaja cara hilangkan mata panda tetapi juga tanda-tanda penuaan pada mata yang lain.

.

Menyegarkan

Berbeza sekali dengan krim mata jenama lain, YOUTH Restoring Eye Treatment mempunyai tip penyejuk unik yang menyegarkan dan memberi tenaga kepada kawasan sekitar mata.

Cuma urutkan sahaja sekeliling mata menggunakan tip penyejuk ini setiap kali aplikasi.

.

KEISTIMEWAAN YOUTH RESTORING EYE TREATMENT

.

Di mana lagi anda boleh jumpa krim mata dengan keistimewaan-keistimewaan di bawah? :

  • 100% vegan berasaskan semulajadi
  • Bebas gluten
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Tidak menjalankan ujian ke atas haiwan (bebas kekejaman)
  • Tidak menyumbatkan liang pori
  • Formulasi tanpa 1,500 bahan berbahaya yang boleh dipersoalkan
  • Diiuji oleh ahli oftalmologi
  • Kajian klinikal mendapati ia mengurangkan penampilan garis halus, kedutan dan garisan pada bahagian mata seawal 7 hari!

.

Produk skincare YOUTH telah terbukti secara klinikal di dalam Ujian Indeks Usia Kulit, iaitu 100% wanita yang diuji mendapat kesan positif. 2/3 daripada mereka pula berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda!

Baca juga entri tentang Youth Skincare jika anda tercari-cari skincare 100% vegan dan bebas bahan kimia berbahaya yang boleh dipersoalkan.

.

cara hilangkan mata panda

Akan mula dijual bermula 1 Oktober 2018 dengan harga runcit RM243.75. Klik gambar ini untuk konsultasi dan order.