6 Tips Untuk Jantung Sihat Cara Semulajadi

6 Tips Untuk Jantung Sihat Cara Semulajadi

tips untuk jantung sihat

Jantung boleh dikatakan organ yang kuat bekerja dalam badan kita.

Berdenyut tanpa henti setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat, semasa kita sedar mahupun tidur.

Dan jantung akan terus bekerja untuk anda seumur hidup anda!

Jadi, memastikan jantung sentiasa sihat ialah keutamaan baik bagi lelaki atau wanita.

Berikut ialah 6 tips semulajadi untuk menjaga kesihatan jantung kita.

.

6 Tips Untuk Jantung Sihat

.

BERSENAM

Bersenamlah setiap hari kerana apabila anda bersenam, jantung akan mengepam dengan tekanan yang lebih tinggi.

Tekanan yang lebih tinggi ini akan menyebabkan lapisan dalam salur darah menghasilkan nitric oxide.

Nitric oxide ini kemudiannya akan menyebabkan salur darah ‘berehat’. Menjadikan salur darah lebih ‘besar’ supaya pengaliran darah ke kawasan itu lebih lancar.

Cuma 20-30 minit senaman sehari sudah mencukupi untuk memastikan jantung anda sihat.

.

PILIHLAH LEMAK ‘BAIK’

Makanan segera dan diproses tinggi kandungan lemak trans yang tidak baik untuk kesihatan.

Kebanyakan kita kurang mendapat asid lemak omega 3 yang cukup.

Asid lemak omega 3 ialah sejenis lemak baik yang banyak terdapat di dalam ikan.

Amalkan pemakanan ikan sebanyak 2 kali seminggu untuk manfaat omega 3 ini.

Anda boleh consider pengambilan suplemen omega 3 sekiranya dikhuatiri kekurangan nutrisi yang baik ini untuk kesihatan jantung.

.

MENGAWAL STRESS

Setiap hari pun kita tidak boleh lari dari stress kan?

Belajarlah mengawal stress dengan baik.

Mungkin anda boleh cuba legakan tekanan dengan bersenam, menjalankan hobi, membeli-belah dan apa saja perkara yang anda suka.

.

MENGEKALKAN BERAT BADAN SEIMBANG

Kajian membuktikan ukur lilit pinggang seseorang berkait rapat dengan kesihatan jantung.

Tak perlu bimbang jika anda overweight. Berusahalah untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Penurunan berat badan walaupun sedikit sahaja, memberi impak yang besar terhadap banyak aspek kesihatan.

tips untuk jantung sihat

.

PEMAKANAN UNTUK JANTUNG SIHAT

Makanan yang ‘disukai’ jantung ialah makanan rendah karbohidrat.

Bukan itu sahaja. Titik beratkan lebih pengambilan ikan, protein, banyak serat dari sayur-sayuran, dan buah-buahan yang rendah kandungan gula,

Kurangkan pengambilan lemak trans (makanan segera, makanan diproses), daging merah dan lemak tepu. Jangan lupa kurangkan pengambilan gula juga.

.

EXTRA!

Ada juga kajian menunjukkan kesihatan jantung dapat ditingkatkan dengan perkara-perkara berikut:

  • mempunyai haiwan peliharaan
  • senyum dan mudah ketawa (mood gembira)
  • kerja-kerja kebajikan

Kesimpulannya, untuk kesihatan jantung amatlah penting mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Perubahan-perubahan kecil dalam rutin sehari-hari anda mampu memberi impak yang besar terhadap kesihatan jantung.

Berakhirnya kerja jantung, maka berakhirlah hidup anda.

 

Sumber

Turunkan Kolesterol Dalam Darah Dalam 2 Bulan

Turunkan Kolesterol Dalam Darah Dalam 2 Bulan

Turunkan Kolesterol Dalam Darah Dalam 2 Bulan | Mak Ain ada kolesterol tinggi yang DEGIL SANGAT. Yang hairannya mak jenis jaga makan dan rajin bersenam.

Bukan berbulan-bulan cek kolesterol tak turun-turun. Tapi tahun demi tahun cek pun tak turun-turun juga, malah makin menaik plak!

Kita sebagai anak ni risau lah. Walaupun mak tak ada penyakit apa-apa, tapi kolesterol tinggi membawa seribu satu risiko kesihatan. Paling membimbangkan risiko masalah kardiovaskular seperti serangan jantung, strok dan darah tinggi.

Anda boleh refer entri The Dangers of High Cholesterol untuk info tentang risiko-risiko kolesterol tinggi.

Suatu hari, sebab risaukan mak, Ain cek balik cara pemakanan mak macam mana. Ya Allah, salah rupanya! Selama ni mak cuma makan biskut cicah Tamar Koko most of the time. “Sayur dan protein mana mak?” “Ooo, kena makan sayur dan protein jgak ya? Jarang sangat tu. Hehe” Tersengih-sengih mak.

So Ain pun rangka plan pemakanan untuk mak untuk seminggu. Bagi mak follow Meal Plan Relax je pun. Sesuai dengan usia mak yang dah 50-an. Selamat dan santai-santai je. Untuk cadangan menu yang lain boleh rujuk entri Detox Untuk Kurus Dalam Seminggu. Ada Ain share dalam entri tu.

Bila mak go through meal plan yang Ain buatkan, mak kata “Banyaknya mak kena makan. Nanti mak gemuk macam mana?” “Dont worry la mak. Pemakanan seimbang macam ni takkan buat mak lagi gemuk. Trust me.” Cewah. Ain percaya inilah cara untuk menurunkan kolesterol tinggi mak yang paling berkesan.

So, mak follow la plan pemakanan tu. Mak pun start consume satu suplemen yang mengandungi polifenol masa tu. Berdasarkan kajian klinikal, polifenol mempunyai kesan yang baik terhadap paras kolesterol dalam darah. Anda boleh rujuk beberapa kajian klinikal berikut:

Kajian Klinikal Kesan Polifenol ke Atas Kolesterol

Kajian Klinikal Kesan Polifenol Ke Atas Kolesterol

 

Lepas tu, bila dah sebulan…dua bulan…baru teringat nak cek kolesterol dalam darah balik. Result mak pun balik.

 

Berjayakah Mak Ain Turunkan Kolesterol Dalam Darah Dalam 2 Bulan?

 

turunkan kolesterol dalam darah

MasyaAllah, kami satu family terkejut dengan result mak. Cara pemakanan yang Ain cadangkan untuk mak berjaya turunkan kolesterol dalam darah dalam 2 bulan! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

For the first time EVER! Turun jgak kolesterol mak yang degil tu. Bukan turun sikit-sikit plak tu.

Total kolesterol dari 6.89 jadi 5.88

Kolesterol jahat dari 4.1 jadi 3.4

Paling best, bukan kolesterol je turun. Berat badan mak yang selama ni statik pun dah turun 3kg! Syukur Alhamdulillah.  Walaupun mak dah memang kurus, tapi rupanya ada 3kg toksin berlebihan yang dah dibuang dari badan mak. 🙂

Untuk mak ayah anda yang sedang on ubat turunkan kolesterol, mungkin anda berminat untuk baca Ubat Kolesterol Tinggi : Apa Anda Perlu Tahu.

Kalau anda ada mak ayah yang NAK sangat turunkan kolesterol dan improvekan kesihatan, boleh hubungi Ain untuk exclusive consultation. Kegemaran setiap orang lain-lain. Jadi menu pemakanan seharian is more to personalised. Paling penting kita cuba dan boleh konsisten untuk sihat.

Cegah sebelum terkena. Dan cegahlah sebelum lebih parah. Siapa lah yang tak mahu mak ayah sihat kan? 🙂

 

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk konsultasi eksklusif menu pemakanan untuk turunkan kolesterol dalam darah dalam 2 bulan.