Krim Malam Shaklee Youth Review

Krim Malam Shaklee Youth Review

krim malam shaklee youth

Krim malam Shaklee YOUTH membantu ‘mengecas’ kulit sewaktu tidur agar anda bangun pagi dengan perasaan kulit yang lebih sihat.

Anda boleh memilih antara YOUTH Advanced Renewal Night Cream Shaklee Light atau Rich.

.

Apakah Perbezaan Krim Malam Shaklee YOUTH Light dan Rich?

youth shaklee price

LIGHT

Mengandungi ekstrak Alga Marin, anggur Muscadine dan Lotus Japonicus serta antioksida yang menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa anda sedang tidur.

Campuran botanikal khas membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin untuk kulit lebih awet muda, licin dan cerah.

Tekstur krim malam Shaklee jenis Light ini adalah lebih ringan, lebih berminyak dan mempunyai bau yang lebih baik.

Jadi, lebih sesuai untuk mereka dengan kulit berminyak.

.

krim malam shaklee youth night creamRICH

Sementara krim malam Shaklee YOUTH jenis Rich pula diformulasi dengan shea butter dan minyak jojoba untuk menghidrat kulit dengan mendalam serta melembutkan.

Alga Marin yang ditambah dengan antioksida yang kaya dengan vitamin membantu mengecas kulit semasa tidur, untuk membuatkannya kelihatan lebih muda, dan lembut.

Sesuai dengan namanya ‘rich’ teksturnya lebih tebal, namun cepat meresap ke dalam kulit sebaik disapu.

Jadi, yang berkulit sangat kering atau kering, bolehlah memilih jenis Rich ya.

.

Cara Penggunaan YOUTH Advanced Renewal Night Cream

Cuma letakkan krim malam Shaklee ini di hujung jari, titikkan pada seluruh muka dan leher.

Kemudian, ratakan dari bawah ke atas, dari tengah ke luar.

Pastikah arah melawan graviti ya.

YOUTH Advanced Renewal Night Cream digunakan sebagai langkah terakhir bagi setiap set pilihan YOUTH:

  • ketiga dalam YOUTH Starter Set (cleanser – toner – night cream)
  • keempat dalam YOUTH Renew & Maintain Set (cleanser – toner – serum – night cream)
  • kelima dalam YOUTH Intensive Treatment Set (cleanser – toner – serum – radiance – night cream)

.

Jadi, Light atau Rich?

Walaupun jenis Rich sesuai untuk yang berkulit kering, rata-rata pengguna yang berpengalaman menggunakan kedua-dua jenis Night Cream YOUTH ini lebih menyukai jenis Rich berbanding Light.

Tidak kira jenis kulit mereka sama ada berminyak atau kering atau normal.

Personally, Ain sendiri masih belum pernah mencuba Night Cream Rich.

Tapi sebab ramai yang lebih sukakan Rich, Ain rasa lepas krim malam yang ada sekarang habis, Ain nak cuba Rich pula. =)

krim malam shaklee youth night cream

.

11 KEISTIMEWAAN PRODUK YOUTH SHAKLEE

.

  1. Dirumus secara semulajadi menggunakan kuasa botanikal 100% (100% vegan).
  2. Bahan-bahan terpilih menangani pelbagai faktor penuaan kulit, menjadikan kulit lebih awet muda.
  3. Keputusan klinikal tanpa kompromi di mana YOUTH telah terbukti melalui Ujian Indeks Usia Kulit, 100 wanita yang menggunakan YOUTH mendapat kulit lebih awet muda (100% keputusan positif). Dan 2/3 daripada mereka berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda!
  4. Bebas daripada 1,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan.
  5. Bebas kekejaman (Tidak melakukan ujian ke atas haiwan).
  6. Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori).
  7. Dermatologist-tested.
  8. Ophthalmologist-tested.
  9. Gluten-free.
  10. Mempunyai 8 paten dan paten-diproses.
  11. Sesuai untuk semua peringkat usia dari remaja, jantina dan jenis kulit (termasuk kulit sensitif).

.

Review produk YOUTH yang lain – cleanser, toner, moisturizer SPF50, serum, radiance C+E.

Ayuh kelihatan lebih muda lebih lama secara semulajadi sekarang juga!

Skincare Untuk Kulit Sensitif Suami Sendiri

Skincare Untuk Kulit Sensitif Suami Sendiri

skincare untuk kulit sensitif

Skincare Untuk Kulit Sensitif | Alkisah…Husband Ain ni semenjak 2-3 tahun ni tak tau pasai pa. Kulit muka yang dah sedia sensitif, jadi makin sensitif!

Silap makan sikit, dah naik bijik2 merah yang besar. Pastu jadi kering mengelupas merah2 sampai beberapa hari.

Pernah satu ketika kulit jadi tompok2 putih macam sopak tapi dia macam chipsmore, pi mai pi mai suka hati dia plak.

(more…)