Promosi Vivix dan Set Detox

Promosi Vivix dan Set Detox

promosi vivix

Promosi Vivix dan Set Detox kembali lagi sepanjang bulan Oktober 2019 ini!

Kali ini didatangkan dengan cabaran baru yang dinamakan Prove It! Live It! Share It!, yang mana anda boleh menyertai program detox untuk ‘reset’ sistem tubuh ke arah kesihatan yang lebih baik dalam masa 7 hari sahaja.

Untuk menyertai, anda mempunyai 2 pilihan set seperti berikut:

.

1. Jom Detox Set

Terdiri daripada:

  • Cinch Shake (Vanila atau Chocolate)
    • Memberikan tenaga segera dan berpanjangan
    • Membantu meningkatkan jisim otot dan pembinaan otot baru
    • Membantu membakar lemak visceral (lemak di sekeliling organ-organ dalaman)
    • Info lanjut Cinch Shake
  • Herblax
    • Membantu masalah sebelit
    • Mengempiskan perut
    • Melancarkan proses penghadaman
    • Info lanjut Herblax
  • DTX Complex
    • Melindungi dan meningkatkan fungsi hati daripada toksin
    • Membantu membina semula sel-sel hati
    • Info lanjut DTX Complex
  • Peppermint GingerPlus
    • Membuang angin dan mengurangkan masalah kembung perut
    • Melegakan perut yang tidak selesa
    • Info lanjut Peppermint GingerPlus
  • Alfalfa Complex

*Harga promosi RM 465 (JIMAT RM 35)
*PERCUMA beg Shaklee Pack-and-Go

.

2. Jom Vivix Set

Terdiri daripada:

  • Vivix
    • Membantu meningkatkan metabolisme badan
    • Meningkatkan sistem imun
    • Menyokong kesihatan tubuh yang menyeluruh
    • Mengandungi asid elagik yang berfungsi membantutkan sel lemak
    • Info lanjut Vivix
  • Cinch Shake (Vanila atau Chocolate)

*Harga promosi RM 590 (JIMAT RM66)
*PERCUMA beg Shaklee Pack-and-Go

vivix shaklee

Asid ellagik dan ellagitannin di dalam anggur Muscadine (bahan dalam Vivix), apabila bergabung dengan polifenol lain, membentuk kuasa antioksidan yang hebat!

.

Selain itu, kita ada juga promosi Ostematrix dan YOUTH Masks

Ostematrix Buy 3 Off 5%

Sebotol Ostematrix RM61.25
2 Botol Ostematrix RM122.50
3 Botol Ostematrix RM174.56

Baca Kelebihan Ostematrix Shaklee berbanding suplemen kalsium jenama lain.

kaki cramp ketika mengandung

Salah satu kelebihan Ostematrix :Kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan (Sumber: Laman Web Rasmi Shaklee).

.

YOUTH Masks

Anda tercari-cari masker untuk kulit lebih halus mulus dan berseri? Inilah masa untuk anda mencuba YOUTH Mask.

  • YOUTH Hydrating Gel Mask untuk kulit kering
  • YOUTH Purifying Clay Mask untuk kulit berminyak

Dengan mana-mana 2 masker, anda akan menerima PERCUMA beg organza, berus wajah dan booklet YOUTH Masks. Info lanjut YOUTH Mask.

.

Pertanyaan dan order,

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Testimoni Shaklee YOUTH Moisture Lock Day Cream

Testimoni Shaklee YOUTH Moisture Lock Day Cream

Anda yang mempunyai masalah kulit kering, selalu rasa terlalu tegang, mahukan efek terbaik, gunakanlah Shaklee YOUTH Moisture Lock Day Cream bersama-sama YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50.

YOUTH Moisture Lock Day Cream berfungsi ‘mengunci’ kelembapan manakala YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50 pula melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet yang membahayakan.

Mari kita baca feedback pengguna “The Perfect Pair” ini.

.

Testimoni Shaklee YOUTH Moisture Lock Day Cream & YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50

shaklee youth moisture lock day cream

“Penggunaan yang pertama YOUTH Moisture Lock Day Cream telah membuatkan saya jatuh cinta. Teksturnya yang amat ringan membuatkan ia mudah diserap ke dalam kulit saya. Perkara yang terbaik adalah kulit saya menjadi lebih lembap dan lebih lembut dalam hanya beberapa hari! Tiada lagi hari-hari di mana saya mengalami kulit yang kering dan sangat tegang apabila berada di dalam bilik berhawa dingin.

Sebagai jurutera lapangan, saya selalu terdedah kepada matahari. Dengan YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50, ia memberikan saya perlindungan SPF maksimum di mana saya tidak mengalami kulit meradang dan gatal dengan kerap kerana ia melindungi kulit saya dari dehihdrasi melampau serta kerosakan matahari.

Kombinasi perlindungan kulit di dalam dan luar rumah telah memudahkan saya kerana saya tahu penjagaan kulit YOUTH dapat menangani masalah kulit yang saya hadapi dengan bersumberkan tumbuhan botani semulajadi yang sesuai untuk kulit. Malah, kawan-kawan saya telah menegur perubahan pada kulit saya.” (Nurul Amelza Kamel)

.

shaklee youth moisture lock day cream

“Pada usia 60 tahun, tahap kelembapan dan minyak saya telah menurun dengan ketara, menjadikan kulit saya kusam dan kering, Dengan YOUTH Moisture Lock Day Cream yang baru, kulit saya kelihatan lebih sihat dan lebih lembut dalam hanya 5 hari! Saya tidak lagi merasakan kulit kering dan sangat tegang. Krimnya yang ringan serta mudah diratakan dan mudah diserap, menjadikan kulit saya lebih segar.

Saya kerap keluar rumah, untuk berjumpa dan memberi khidmat pada pelanggan dan juga prospek dan keadaan ini mendedahkan saya pada cahaya matahari dan pencemaran alam sekitar yang lain. Oleh itu, saya tidak pernah meninggalkan rumah tanpa YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50 kerana ia memberi saya perlindungan yang cukup untuk di luar rumah.

Dengan kedua-dua Moisture Lock Day Cream dan Age Defense Moisturizer SPF50 sebagai sahabat baik kulit saya, menjadikan kulit saya lebih lembap di dalam rumah dan dilindungi di luar rumah. Sekarang, saya boleh menghadapi hari dengan penuh yakin, melakukan apa yang saya sukai setiap hari.” (Parimala Devi M.Muniandy)

.

11 Sebab Anda Patut Pilih YOUTH Moisture Lock Day Cream

.

  1. Dirumus secara semulajadi menggunakan kuasa botanikal 100% (100% vegan).
  2. Bahan-bahan terpilih menangani pelbagai faktor penuaan kulit, menjadikan kulit lebih awet muda.
  3. Keputusan klinikal tanpa kompromi di mana YOUTH telah terbukti melalui Ujian Indeks Usia Kulit, 100 wanita yang menggunakan YOUTH mendapat kulit lebih awet muda (100% keputusan positif). Dan 2/3 daripada mereka berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda!
  4. Bebas daripada 1,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan.
  5. Bebas kekejaman (Tidak melakukan ujian ke atas haiwan).
  6. Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori).
  7. Dermatologist-tested.
  8. Ophthalmologist-tested.
  9. Gluten-free.
  10. Mempunyai 8 paten dan paten-diproses.
  11. Sesuai untuk semua peringkat usia dari remaja, jantina dan jenis kulit (termasuk kulit sensitif).

.

Keputusan klinikal YOUTH sangat menakjubkan dan tiada kompromi. 100% wanita yang diuji mendapat kulit yang lebih baik. 2/3 pula berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda!

YOUTH Moisture Lock Day Cream

YOUTH Moisture Lock Day Cream

pelembap muka youth shaklee moisture lock day dream

Memperkenalkan YOUTH Moisture Lock Day Cream, pelembap muka YOUTH Shaklee yang berupaya  menghidrat kulit wajah secara mendalam dengan segera!

Salah satu kunci kepada kulit berseri dan kelihatan awet muda ialah kulit yang dihidrat dengan baik.

YOUTH Moisture Lock Day Cream diformulasi dengan menggunakan Teknologi Penghidratan Selular Aktif (Active Cellular Hydration Technology). Teknologi canggih ini melangkaui lebih dari menangani masalah kulit di permukaan. Sebaliknya mensasarkan ke tahap lebih mendalam iaitu sel kulit anda (paling asas).

Dengan memanfaatkan kuasa tumbuh-tumbuhan semulajadi, teknologi eksklusif ini bertindak sebagai “magnet” kelembapan yang menarik air ke lapisan luar kulit dan mengubahnya menjadi “takungan”untuk mengunci penghidratan.

.

4 Mekanisma Tindakan YOUTH Moisture Lock Day Cream

.

  1. MENARIK untuk hidrasi segera : Ekstrak kaktus menarik kelembapan pada lapisan luar kulit, menenang dan melembutkan kulit, serta memberi penghidratan yang tahan lama.
  2. MENGUNCI untuk mengekalkan kelembapan : Gabungan unik empat jenis asid hialuronik yang mengekalkan sehingga 1,000 kali beratnya dalam air untuk melembapkan kulit, “mengunci” kelembapan dan membentuk takungan jauh di dalam kulit.
  3. MEINDUNGI untuk kelembapan yang lebih berpanjangan : 100% Squalane berasaskan tumbuhan yang mampan membina halangan pelindung untuk mengurangkan kehilangan air. Juga menyeimbangkan air dan minyak kulit supaya kulit anda kelihatan segar sepanjang hari.
  4. FAEDAH ANTI-PENUAAN : Kerana terdapatnya bahan botanikal dari Youth Complex seperti anggur Muscadine, Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis

.

pelembap muka youth shaklee

4 mekanisma penghidratan oleh YOUTH Moisture Lock Day Cream.

.

Sebab lain kenapa anda harus memilih YOUTH Moisture Lock Day Cream adalah seperti berikut:

  • Diformulasi 100% daripada bahan-bahan botani semulajadi (lebih 23 ekstrak tumbuh-tumbuhan)
  • Tidak berminyak
  • Sangat mudah diserap
  • Tekstur yang ringan
  • Bebas pewarna dan bau tiruan
  • Tiada paraben
  • Bebas dari 1,500 bahan kimia berbahaya yang boleh dipersoalkan
  • Telah diuji oleh pakar dermatologi dan oftalmologi
  • Hipoalergenik (sesuai untuk kulit sensitif)

.

“Saya sudah ada YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50. Adakah saya masih memerlukan YOUTH Moisture Lock Day Cream juga?”

Sudah tentu kerana fungsi keduanya berbeza!

YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50 memberi perlindungan dari kotoran dan sinar ultraviolet yang membahayakan ketika anda berada di luar.

YOUTH Moisture Lock Day Cream pula membantu kulit wajah anda menghidrat dan mengekalkan kelembapan untuk kulit berseri sepanjang hari.

Lihat testimoni.

.

pelembap muka youth shaklee

Promosi September 2019 sahaja : Dapatkan penjimatan RMXX dengan pembelian “The Perfect Partner” untuk menghidrat dan melindungi kulit wajah anda.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Bertam, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

YOUTH Mask Shaklee | ainniahzulkefli.com

YOUTH Mask Shaklee | ainniahzulkefli.com

youth mask shaklee

YOUTH Mask Shaklee didatangkan dalam 2 jenis untuk kulit kering, berminyak dan kombinasi.

.

YOUTH Purifying Clay Mask

  • Untuk kulit berminyak
  • Membantu anda menyahtoksin dan membersihkan kulit dengan campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik
  • Rumusan ini menyerap dan menyingkirkan kotoran, bahan pencemar dan sebum berlebihan untuk membantu meminimumkan ketampakan liang pori, menjadikan kulit lebih licin tanpa menghakis atau mengeringkan kulit

.

YOUTH Hydrating Gel Mask

  • Untuk kulit kering
  • Membantu mengembalikan keserian wajah dengan kelembapan yang mendalam, melega, menyegar dan menghidrat
  • Gel emas ini padat dengan asid hialuronik, jus daun aloe dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile yang menyegar dan melembapkan kulit secara berpanjangan

.

.

Cara Penggunaan YOUTH Mask

  1. Gunakan YOUTH mask Shaklee ini selepas mencuci wajah dengan YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser.
  2. Untuk kulit kering, sapukan YOUTH Hydrating Gel Mask di keseluruhan wajah.
  3. Manakala untuk kulit berminyak, sapukan YOUTH Purifying Clay Mask di seluruh wajah.
  4. Untuk kulit kombinasi, sapukan YOUTH Hydrating Gel Mask di bahagian pipi dan YOUTH Purifying Clay Mask di bahagian zon T.
  5. Elakkan kawasan mata dan mulut
  6. Biarkan selama 10 minit
  7. Bilas dengan air atau lap dengan kain basan perlahan-lahan.

.

11 KEISTIMEWAAN SKINCARE YOUTH SHAKLEE

  1. Dirumus secara semulajadi menggunakan kuasa botanikal 100% (100% vegan).
  2. Bahan-bahan terpilih menangani pelbagai faktor penuaan kulit, menjadikan kulit lebih awet muda.
  3. Keputusan klinikal tanpa kompromi di mana YOUTH telah terbukti melalui Ujian Indeks Usia Kulit, 100 wanita yang menggunakan YOUTH mendapat kulit lebih awet muda (100% keputusan positif). Dan 2/3 daripada mereka berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda!
  4. Bebas daripada 1,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan.
  5. Bebas kekejaman (Tidak melakukan ujian ke atas haiwan).
  6. Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori).
  7. Dermatologist-tested.
  8. Ophthalmologist-tested.
  9. Gluten-free.
  10. Mempunyai 8 paten dan paten-diproses.
  11. Sesuai untuk semua peringkat usia dari remaja, jantina dan jenis kulit (termasuk kulit sensitif).

.

Beli mana-mana dua mask, dan dapatkan beg organza dan berus wajah ini secara PERCUMA. Promosi sehingga 30 September 2019 sahaja.

.

Lihat sendiri Koleksi Testimoni YOUTH Shaklee.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Bertam, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Selesai Juga Masalah Jerawat Breakout

Selesai Juga Masalah Jerawat Breakout

jerawat breakout

“Masalah saya yang paling utama ialah skincare, bahagian muka. Memang saya dulu ada masalah macam, hormonal. Kejap-kejap jerawat breakout, breakout, breakout.

Bila dah baik, dia slow sekejap, pastu dia naik balik. Itu memang masalah utama saya lah. Makan suplemen pun kadang berkesan tapi lepas tu dia naik balik.

Lepas tu sebab tu saya selalu tukar skincare. Bila tak jumpa skincare yang betul, setiap bulan saya tukar skincare.

Bila YOUTH keluar, saya pilih nak pakai yang RM1000 lebih tu, yang full set YOUTH. Lepas 3 bulan jugak la, saya dapat effect yang terbaiklah. Saya puas hati. So, saya terus continue YOUTH sampai sekarang, tak nak bertukar skincare lagi dah. 

So, skin saya makin better. Jerawat kalau naik pun satu dua satu dua je. Parut pun makin kurang. Kalau nak tengok, dulu skin saya macam ni (tunjuk handphone dengan kulit muka jerawat besar-besar “masak ranum”). Sangat teruk.

Dah beribu ringgit saya habiskan untuk buat treatment. Tapi dengan YOUTH Alhamdulillah. Saya pakai YOUTH dan consume Vivix juga.”

.

.

Anda Bermasalah Jerawat Breakout Juga? Pilihlah YOUTH Sekarang Juga! 

.

  1. 100% berasaskan tumbuhan semulajadi
  2. Bebas 1,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan
  3. Diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan kulit
  4. Keputusan klinikal tanpa kompromi (Ujian Indeks Usia Kulit)*
  5. Youth adalah sebuah revolusi dengan 8 paten dan paten-diproses
  6. Bebas kekejaman – tiada ujian dilakukan ke atas haiwan
  7. Diiktiraf oleh pakar dematologi – sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  8. Diiktiraf oleh pakar oftalmologi – tidak membahayakan kesihatan mata

.

*Ujian Indeks Usia Kulit mendapati, sebanyak 100 wanita yang diuji (100% sampel) berjaya mendapat kulit yang lebih baik dengan YOUTH. Dan 2/3 daripada wanita-wanita ini pula berjaya mengubah usia kulit kepada sedekad lebih muda!

.

promosi youth skincare

Promosi PERCUMA YOUTH Travel Set & Travel Case sepanjang April hingga Jun 2019 sahaja. Dan selagi stok masih ada sahaja! Saya Nak!

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

3 Tips Memilih Serum Di Pasaran

3 Tips Memilih Serum Di Pasaran

tips memilih serum

Dengan kepelbagaian jenis serum dari pelbagai jenama baik luar mahupun dalam negara, bagaimanakah anda memilih serum yang terbaik?

Adakah harga yang menjadi ukuran ataupun kualiti yang anda pilih?

Mari kita kenali lebih dekat tentang serum dan ikuti 3 tips memilih serum yang penting untuk anda ketahui sebelum melaburkan wang anda.

.

Apa Itu Serum?

.

Serum ialah sejenis cecair ringan dan cepat menyerap yang mengandungi bahan aktif dalam peratusan tertinggi.

Ianya berfungsi sebagai sistem penghantaran yang direka untuk menembus jauh ke dalam kulit bagi membekalkan nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Disebabkan fungsinya ini, sudah tentulah pengeluar-pengeluar produk kecantikan berlumba-lumba menghasilkan serum yang terus-menerus mendapat permintaan ramai.

.

Dah Ada Pelembap, Adakah Masih Perlukan Serum?

.

Berbeza dengan pelembap, serum mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi.

Serum juga mengandungi lebih banyak bahan aktif yang membekalkan nutrien yang bermanfaat kepada kulit. Ini adalah untuk memperbaiki dan memperbaharui sel kulit.

Pelembap pula, seperti namanya, berfungsi mengekalkan kelembapan kulit dengan lebih berkesan kerana ia mewujudkan lapisan halangan pada kulit.

tips memilih serum

.

3 Tips Memilih Serum Yang Berkualiti

.

Tips pertama, pilihlah serum yang perlu digunakan sebelum pelembap.

Kerana serum adalah ringan, waktu terbaik untuk disapu pada wajah ialah selepas mencuci wajah. Ini kerana ia membolehkan bahan-bahan aktif di dalam serum menembusi kulit ke tahap yang lebih dalam untuk bertindak.

Sebaik sahaja menyapu serum, anda bolehlah teruskan menyapu pelembap dan apa sahaja produk penjagaan kulit yang seterusnya.

Yang kedua, tips memilih serum yang berkualiti ialah ambil tahu bagaimana cara untuk menyimpan serum tersebut.

Serum ialah produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan aktif yang sensitif. Simpanlah ia di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari sinaran matahari untuk mengekalkan kesegaran bahan aktif supaya kekal berkesan penggunaannya.

Dan tips yang terakhir ialah dengan memilih jenama bereputasi yang diyakini. Jenama dengan reputasi yang diyakini mementingkan keselamatan dan keberkesanan, iaitu menyasarkan keadaan kulit yang lebih baik.

Contohnya, mempunyai target yang memuaskan hati pengguna seperti melambatkan penuaan, mencerahkan tompok penuaan dan melembapkan kulit kering supaya kelihatan lebih berseri dan awet muda.

.

youth activating serum shaklee

YOUTH Activating Serum Shaklee mempercepatkan pembaharuan sel kulit di tahap selular 10 kali ganda lebih cepat!

.

Kenapa YOUTH Activating Serum, Produk Serum yang Berkualiti Tinggi?

.

  1. Memperbaharui sel kulit sebanyak 10 kali ganda lebih pantas (memiliki kepekatan bahan aktif sebanyak 10 kali ganda).
  2. Menyokong pengeluaran kolagen dan memperbaharui di peringkat sel (paling asas dalam kulit).
  3. Membantu kulit bertindak lebih muda untuk keserian dan keremajaan unggul.
  4. Mengandungi campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex.
  5. 100% berasaskan tumbuhan dan dirumus tanpa 1,500 bahan kimia berbahaya yang boleh dipersoalkan.
  6. Ujian dijalankan ke atas 100 wanita mendapati, 100% wanita mendapat kulit yang lebih baik.
  7. Diiktiraf oleh pakar kulit (dermatologist) dan pakar mata (ophthalmologist).
  8. Tidak menyumbatkan liang pori (non-comedogenic)
  9. Hypoalergenik, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
  10. Packaging eksklusif dengan teknologi “airless pump” yang tidak membenarkan kemasukan udara ke dalam botol serum yang boleh merosakkan bahan aktif di dalamnya. Hanya sekali pam untuk mengeluarkan kuantiti serum yang diperlukan.

.

Sebotol YOUTH Activating Serum boleh didapati dengan harga runcit RM412.50 untuk kegunaan 2 bulan (saranan Shaklee).

Info detail tentang produk penjagaan terbaru kami, YOUTH, boleh klik Youth Shaklee.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Macam Mana Nak Hilangkan Jerawat Teruk?

Macam Mana Nak Hilangkan Jerawat Teruk?

Jerawat teruk biasanya sekali dengan pakej kulit berminyak, parut jerawat yang kehitaman, kulit muka kemerahan menandakan keradangan yang teruk!

Anda sudah pasti telah berusaha macam-macam untuk atasi masalah di atas.

Daripada produk kecantikan yang murah-murah kepada yang mahal, daripada produk keluaran tempatan dan luar negara. Dan ada juga yang tidak berkira-kira melaburkan sejumlah wang yang besar di spa atau pusat kecantikan untuk pelbagai prosedur rawatan.

Kalau semua yang anda lakukan tidakd membuahkan hasil, anda patut cuba produk kecantikan terbaru dari Shaklee, iaitu Youth Skincare.

jerawat teruk

Sedang mencuba Youth.

.

Youth diformulasi berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang bertindak dari dalaman menangani pelbagai faktor penuaan.

Yang pastinya, Youth adalah pilihan terbaik untuk anda yang bermasalah di atas yang sudah pasti lebih sensitif terhadap produk yang bukan-bukan. Ini kerana Youth bebas dari 2500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan termasuk paraben.

Shaklee juga telah menjalankan kajian klinikal yang mengukur indeks usia kulit. Hasil kajian mendapati, 100% wanita yang diuji mendapat hasil kulit yang jauh lebih baik. 2/3 daripada wanita-wanita ini pula berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda! Wow!

“Kalau ditanya pada Wani, kenapa Wani sukaa sangat pada Youth Skincare ni, tak lain tak bukan sebab Wani sendiri dah rasa kesannya. Dari kulit kusam kepada glowing. Dari penuh parut kepada kurang banyak. Dari jerawat naik bagai nak rak, kepada dah segan nak naik. Dari nampak gelap sebab banyak parut, dah kurang. Dari kulit berminyak sangat, especially kat T-zone tu, sekarang tak lagi. Yeay!” (Credit : Shazwani Ghazali)

jerawat teruk

Selepas Youth.

.

Rangkaian Produk Youth Untuk Masalah Jerawat Teruk

.

Untuk masalah jerawat teruk yang anda alami, apa yang boleh dicadangkan kepada anda ialah produk-produk berikut:

  1. Luminous Gel Oil Cleanser merupakan pencuci wajah 3-dalam-1 dengan pH seimbang dengan lembutnya menanggalkan kotoran dan menyediakan wajah untuk langkah seterusnya. Formulasi gel oil nya tidak menanggalkan minyak semulajadi pada wajah, lalu tidak terlalu mengeringkan wajah selepas cucian.
  2. Perfecting Skin Toner menanggalkan kotoran dengan lebih mendalam (double cleanse), menghidrat dan membekalkan nutrisi kepada kulit untuk menjadikan kulit anda lebih berseri. Jangan skip langkah ini kerana penyegar ialah langkah penting bagi kulit dengan jerawat teruk.
  3. Age Defense Moisturizer – SPF50 membantu melembapkan kulit di samping melindungi dari kerosakan oleh sinar UV. Salah satu tips penting dalam pemilihan pelembap ialah carilah yang berspektrum luas kerana mampu melindungi daripada sinar UVA dan UVB yang membahayakan.
  4. Advanced Renewal Night Cream( Light/Rich) pula disapu pada sebelah malam untuk membantu memperbaharui sel kulit semasa tidur. Formulasi Night Cream kami mengandungi bahan-bahan yang mampu meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin untuk kulit kelihatan lebih berseri dan lebih lembut keesokan harinya.

Semua produk ini termasuk dalam Set Permulaan Youth dengan harga runcit RM850 (postage percuma ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak).

jerawat teruk

Daftarlah sebagai ahli untuk penjimatan yang lebih berbaloi. Baca juga Kelebihan Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
FB : Kedai Vitamin Butterworth
Ig @ kedaivitaminbutterworth

Koleksi Resepi ESP Sedap Untuk Dicuba

Koleksi Resepi ESP Sedap Untuk Dicuba

Tak suka dengan rasa soya asli ESP (Energizing Soy Protein)? Rasa macam nak buang je ESP sebab tak tahu bila pula akan minumnya? Tunggu dulu, anda boleh cuba beberapa resepi ESP sedap di bawah.

resepi esp sedap

Resepi ESP Sedap yang pertama, rasanya paling popular dan paling mudah dibancuh. Cuma campurkan segelas susu segar perisa kegemaran korang dengan 3 sudu besar ESP. Kalau ada blender Ferrano, blend sampai berbuih-buih tu memang yummy creamy jadinya, lagi2 kalau minum sejuk-sejuk. Nyums.

.

resepi esp sedap

Penggemar avocado pula, boleh cuba resepi ESP sedap yang kedua ni. Cuma kisarkan 3 sudu besar ESP bersama secawan susu rendah lemak, secawan avocado dan secawan ais.

Avocado ialah antara buah tinggi antioksidan untuk melambatkan penuaan. Mengamalkan avocado juga mampu menguatkan sistem imunisasi badan .

.

resepi esp sedap

Kalau Ain, Ain lagi suka blend ESP dengan mangga kot. Barulah dapat rasa kesedapan buah mangga. Tapi terpulang kat korang ye.

Kalau anda merupakan ibu hamil yang sedang mengalami alahan mengandung, boleh cuba resepi ini untuk dapatkan ESP. Kerana buah mangga dikatakan mampu mengurangkan rasa mual dan loya, di samping kaya dengan vitamin C, asid folik dan zat besi yang baik untuk pertumbuhan janin,

.

resepi esp sedap

Wah smoothie kiwi dengan ESP mesti sedap minum sejuk-sejuk. Kisarkan 3 sudu besar ESP bersama secawan susu rendah lemak, secawan kiwi dan secawan ais.

Kalau korang pentingkan kecantikan kulit, pastikan rajin-rajin buat smoothie kiwi ni. Sebabnya, kiwi ialah buah yang kaya dengan antioksidan dan vitamin, yang baik untuk kesihatan kulit. Bila kulit sihat, pastilah akan jadi cantik secara automatik.

.

resepi esp sedap

Jika anda nak cuba campurkan ESP dengan strawberi, penambahan oat dapat memberi rasa lemak yang lebih lagi. Tak percaya cubalah.

.

resepi esp sedap

Haa, resepi ESP sedap ni sesuai sangat untuk ibu mengandung yang selalu kelaparan, ataupun mereka yang merancang untuk berpuasa. Sangat membantu memberi tenaga yang lebih berpanjangan jika diambil ketika sahur.

Satu lagi tips untuk resepi ini ialah rendamkan 3-5 biji kurma dalam air suam semalaman untuk melembutkan kurma. Keesokan paginya, lebih mudahlah kurma nak hancur apabila dikisar dengan ESP.

.

resepi esp sedap

Yang sukakan rasa manis-manis tu boleh cuba kisarkan ESP dengan biskut Oreo macam dalam resepi ESP sedap ni. Make sure jangan banyak-banyak sangat Oreo nya sebab biskut-biskut ini ada kandungan gulanya yang tersendiri. Ah sedapnya!

.

resepi esp sedap

Kombinasi campuran ESP dengan buah betik dan halia ni rasanya elok sangat untuk yang ada masalah sembelit dan perut berangin. Mesti lancar je ke toilet dan lepaskan angin kus kus lepas minum jus ni. Hehehe.

.

resepi esp sedap

Yang terakhir dalam koleksi resepi ESP sedap ni ialah campuran ESP dengan buah nenas. Erm, dapat bayangkan rasa smoothie masam-masam-manis bila tengok resepi ni. Alamak, dah teringin pula. Haha.

Macam mana, ada mana-mana resepi yang berkenan di hati? Atau anda ingin share resepi ESP kegemaran anda, boleh share sama-sama di ruangan komen.

Untuk Si Kulit Sensitif Jerawat

Untuk Si Kulit Sensitif Jerawat

kulit sensitif jerawat

Testimoni Kulit Sensitif Jerawat Teruk

Dah lama simpan satu kisah ni. Sekarang baru ready untuk share dengan public. Dulu ada masalah kulit yang super sensitif dan berjerawat.

Bertahun-tahun ikhtiar macam-macam cara untuk rawat kulit. Tapi takde satu pun yang jalan.

Pernah juga beli skincare daripada drugstores lain dan harga pun faham-fahamlah, pun tak jalan and it’s a bit harsh actually untuk kulit yang berjerawat dan sensitif.

Sampai pergi treatment di Medispa dan bayar package treatment 1k++ dan untuk seiringkan treatment dengan skincare, beli lah produk dari brand Medispa tu.

Gambar sebelah kiri tu lepas sesi rawatan ke-2.

Oh ya, bukan Hana nak bagitahu yang pergi Medispa tak bagus. Cuma kalau ada bajet yang besar dan buat konsisten dengan treatment, silakan. Hana sendiri pun bila buat rawatan kulit ada perubahan positif, cuma masa dalam tempoh rawatan tu je la ok.

kulit sensitif jerawatSeingatnya masa tu 1 pakej ada 10 rawatan harga 1k++ tu pun sebab promosi dan purchase semua skincare dia ada dalam 2k jugak la.

Ni cerita betul. Dah la study pinjam PTPTN, duit banyak guna ikut situ je.

Lepas habis treatment, J (nama mesra) datang balik siap bawak geng!

Sampai satu masa paranoid betul dengan keadaan sekeliling (panjang sangat kalau nak tulis sini). Hari-hari makan sup yang masak sendiri sebab tak nak minyak. Memang berpantang betul la. Memang dalam kepala banyak fikir apa kaitan benda lain dengan J. I didn’t enjoy my life pun masa tu. Rugi kan? Hanya sesiapa yang ada dalam situasi yang sama je faham.

Dipendekkan cerita, masa tu sangat-sangat down dan tak confident langsung nak jumpa orang.

kulit sensitif jerawatAda satu produk ni yang launch 1st March hari tu yang 100% vegan, sesuai untuk kulit sensitif dan telah dikaji selama 8 tahun oleh saintis sebelum dikeluarkan, bebas daripada 1.5k bahan kimia yang merbahaya dll.

Hari pertama launching, Hana antara yang terawal grab ful set yang Intensive Treatment. Intensive sebab kulit tu tahap kritikal sangat dah masa tu.

Alhamdulillah konsisten guna sampai sekarang, kulit dah recover. Lucky me sebab it works well with my skin. Gentle sangat! Harga 1k untuk full set sangat-sangat berbaloi sebenarnya sebab dari 1st March hingga ke hari ni, Hana baru tukar cleanser dan serum (Sebab pakai siang dan malam. Ada orang pakai malam je. Depends on kuit jgak).

Jadi, pada siapa yang tanya macam mana J tu hilang dan kulit makin elok, Hana konsisten dengan Youth dan dengan izin Allah, beban masalah yang bertahun ni hilang.

Sebenarnya ada banyak lagi yang nak dikongsikan tapi terlalu panjang pula untuk post FB. Jadi boleh direct contact Hana kalau ada apa-apa soalan.”

kulit sensitif jerawat

Info lanjut Youth

Koleksi Testimoni Youth Skincare

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
FB Page : Kedai Vitamin Butterworth
Ig@kedaivitaminbutterworth