Pengalaman Bersalin Czer Secara Emergency

Pengalaman Bersalin Czer Secara Emergency

Kali keempat bersalin, Allah berikan pengalaman bersalin czer untuk saya. Pengalaman baru dan berharga kerana ketiga-tiga anak sebelum ini semuanya dilahirkan secara normal.

Saya ditakdirkan bersalin secara pembedahan Cesarean dengan bayi pramatang pada 34 minggu kehamilan. Ya, pengalaman pertama dibedah juga kerana saya tidak pernah menjalani pembedahan sebelum itu.

pengalaman bersalin czer

Pengalaman bersalin czer saya

.

23 Jun 2019

Bermula dengan contraction yang tak regular dan tak menyakitkan, saya sangkakan itu hanyalah false alarm. Kandungan pun baru saja 34 minggu. Kalau ini terjadi pada usia kehamilan 37 minggu dan ke atas, lainlah ceritanya kan.

Jadi, saya tak layan sangat la contraction tu. Saya terus ke klinik, masuk kerja seperti biasa, tengok pesakit seperti biasa, makan dan minum semuanya seperti biasa.

Saya ingat lagi. Kebetulan hari itu, datang 2 orang kenalan saya. Dua-dua pun ex-staf saya. Seorang bekerja di hospital dan seorang lagi baru meninggalkan PutraCara atas sebab tertentu. Kami siap bergelak ketawa lagi. Saya siap bagitahu yang saya tengah ada contraction lagi haha.

Pukul 2 hingga 5 petang pula, klinik saya tutup sebentar untuk rehat. Saya pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan berehat. Dalam pukul 4 petang macam tu, saya rasakan contraction makin kuat sehingga menyakitkan. Saya pegang perut, tarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan rasa sakit. Hati dah mula rasa tak sedap. Kenapa pula contraction jadi makin kerap dan sakit ni?

Saya cuba dapatkan doktor locum untuk masuk klinik sesi petang dan malam. Malangnya, tiada doktor yang free. Lagipun, memang sukar nak dapatkan ganti dalam tempoh masa sejam saja. Jadi saya terpaksa masuk juga klinik untuk sesi petang dan malam.

.

pengalaman bersalin czer

.

Contraction makin kuat

Selepas solat Maghrib, contraction jadi semakin kuat, semakin kerap dan semakin menyakitkan sehingga saya tertunduk memegang perut yang mengeras lebih lama.

Isy, baby dah nak keluar ke ni?” detik saya dalam hati.

Saya menghantar mesej kepada suami. Saya masih tengok pesakit yang datang ke klinik sehinggalah pukul 9 malam, saya rasakan sudah tak tertahan lagi kesakitan contraction.

Segera saya mesej suami lagi dan beritahu nak balik ke rumah. Saya juga minta tolong suami kemaskan beg anak-anak, sebab perlulah menghantar mereka tidur di rumah mak saya sebelum ke hospital. Mujur rumah mak tak jauh dari rumah kami, dalam 10 minit perjalanan dengan kereta sahaja.

Saya terpaksa memandu balik ke rumah sendiri. Satunya, anak-anak di rumah hanya ada suami saja untuk tengok-tengokkan mereka. Keduanya, akan ambil lebih masa lagi kalau suami datang menjemput. Jadi, dalam kesakitan contraction yang semakin kuat dan kerap itu, saya memandu pulang.

.

Di Labor Room

Selesai menghantar anak-anak ke rumah mak, kami terus ke Hospital Seberang Jaya, ke bahagian kecemasan. Kerusi roda diambil dan suami terus menghantar saya ke Labor Room.

Nasib saya baik kerana tiada pesakit (ibu mengandung) di Labor Room ketika itu. Ada lah beberapa orang staf yang masih mengenali saya menegur haha (hospital inilah tempat saya sebagai doktor pelatih dan medical officer sebelum resign pada tahun 2014).

Kenapa ya Puan?

Contraction. Baby prem lagi baru 34 minggu lebih.”

Bila doktor check bukaan dah 4cm, satu Labor Room pun jadi kelam kabut. Lebih membimbangkan lagi, kedudukan bayi saya melintang! Maka teruslah Dr. Norul Akhma (pakar) decided untuk pembedahan Czer seperti yang dari awal lagi sudah saya jangkakan. Dr. Norul merupakan bekas boss saya semasa saya houseman di jabatan itu (masa tu beliau medical officer, sekarang dah pakar).

pengalaman melahirkan bayi pramatang

.

Dalam Dewan Bedah

Sampai di air lock dewan bedah, seperti yang dijangkakan, lebih ramai lagi staf yang mengenali saya kerana jabatan terakhir sebelum saya resign ialah Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi (dewan bedah termasuk dalam jabatan ini). Haha jadilah Jejak Kasih sebentar!

Sebelum resign, antara kerja saya ialah memberikan bius kepada pesakit di dalam dewan bedah sebelum pembedahan. Sekarang, saya pula jadi pesakitnya haha.

Saya diberi bius separuh (spinal anaesthesia) jadi hanya dari pusat dan ke bawah sahaja saya takkan rasa sakit. Ke atas, saya masih sedar dan dapat mendengar segala yang dibualkan doktor-doktor dan bunyi mesin-mesin.

Yang masih saya ingat sampai sekarang, kata doktor yang sedang membuat pembedahan (saya tak kenal siapa nama), sukar untuk mengeluarkan bayi saya. Jadi mereka terpaksa extend luka di perut. Ouch!

Bila berjaya keluarkan bayi pula, bayi saya tak menangis. Saya tak dapat melihat bayi saya kerana dilindungi kain hijau. Tapi saya dapat menjangkakan apa yang terjadi. Bayi saya diberi bantuan pernafasan dan segera dihantar ke NICU/SCN.

.

Pengalaman Bersalin Czer : Apa Yang Saya Rasa?

  1. Sakit di bahagian luka pembedahan, kalau tak telan pain killers ikut masa, sakitnya ya ampun, bukan main sakit lagi sampai berkerut-kerut dahi ni menahan sakit! Fuh!
  2. Saya juga ada perasaan risau bila nak bangun duduk dan bergerak ke toilet dan mandi. Pengalaman pertama pembedahan la katakan.
  3. Saya risau boleh terkena kesan sampingan bius separuh. Tapi as long as saya baring flat 6 jam dari masa dicucuk, should be ok insyaaAllah. Alhamdulillah saya ok je.
  4. Dari hari pertama lagi saya makan je semua makanan hospital. Siap ada masak sambal, ada ayam, ada sayur. Angin tak angin saya tolak tepi. Lapar kot! Haha.
  5. Hari-hari di hospital, bila waktu melawat je, saya mesti ajak suami bawa saya ke NICU/SCN nak tengok baby. Syukur sangat baby saya kuat. Suami cerita, masa keluar dari dewan bedah, bayi kami diberi bantuan pernafasan CPAP. Esoknya datang melawat Alhamdulillah dah turunkan oksigen kepada nasal prong sahaja (tiub pakai kat hidung), Petang pula dah off oksigen. That’s my strong boy!

.

pengalaman bersalin czer

Zachary Zulqarnain bin Khairil Azrul, dengan berat lahir 2.18kg. Baju-baju mostly ‘recycle’ dari The Zaras. Ini baju paling kecik yang ada. Comel je kan saya? Hihihi.

.

Bersalinkan bayi pramatang ada cabarannya. Teruskan baca entri  Pengalaman Berpantang Dengan Vivix… Pengalaman tak disangka-sangka juga.

Promosi ESP Shaklee, YOUTH, Zinc Complex

Promosi ESP Shaklee, YOUTH, Zinc Complex

Promosi ESP Shaklee kini kembali!

ESP ialah salah satu produk top 10 dalam carta jualan Shaklee. Kerana protein merupakan komposisi kedua terbesar badan selepas air, manfaat ESP sangat meluas.

promosi esp shaklee

.

Promosi ESP Shaklee

Nak tahu apa fungsi-fungsi utama protein, rujuk entri 6 Fungsi Protein Dalam Badan Kita.

Nak tahu sama ada anda kekurangan protein, ketahui Tanda Kurang Protein Pada Manusia.

Bagaimana pula protein membantu menyihatkan kulit dari dalaman, rujuk entri Kebaikan Protein Untuk Kulit Cantik. Klik sini untuk baca Testimoni ESP Untuk Kulit Cantik.

Benarkah ESP juga bermanfaat untuk mereka yang kerap diserang gastrik? Terjah entri Berpuasa Penuh Walaupun Ada Gastrik.

Selain itu, siapa lagi perlukan ESP? Rujuk entri Koleksi Testimoni ESP Untuk….

Anda dah lama nak cuba ESP, tetapi tak jadi sebab dengar khabar angin yang soya tak bagus untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kanser. Ketahui kebenaran dari entri Soya Menyebabkan Kanser : Mitos Atau Fakta?

Selain bersumberkan soya nonGMO, ketahui juga 10 Kebaikan ESP Sebagai Suplemen Protein dan Waktu Terbaik Minum ESP.

promosi esp shaklee

Untuk promosi kali ini,

  • Beli 6 percuma 1 ESP @ RM965.70
    • PERCUMA keahlian
    • PERCUMA postage
    • Cashback RM35+
    • Layak PWP maksima 3 shaker biru seperti dalam poster di atas dengan harga diskaun RM27.50 (NP : RM35)
    • Pejimatan keseluruhan kira-kira RM250
  • Beli 2 diskaun 5% @ RM306.38
    • Layak PWP 1 shakre biru di atas dengan harga diskaun RM27.50 (NP : RM35)

.

.Kita Juga Ada Promosi Zinc Complex Bulan Ini!

promosi zinc shaklee

Beli 4 botol pada harga 3 botol dengan harga RM168.75 sahaja (JIMAT RM56.25)

Murah kan?

7 manfaat utama mineral zink ialah seperti berikut:

  1. Menguatkan sistem imun badan
  2. Menyokong kesihatan rambut
  3. Menyokong fungsi kognitif (minda)
  4. Menggalakkan penyembuhan luka
  5. Membantu sistem pembiakan yang sihat (kesuburan
  6. Meningkatkan tenaga dan stamina
  7. Kecantikan kulit

Info lanjut di entri Zinc Complex Shaklee Is Back!

.

YOUTH Travel Pack @ Trial Set Available This Month Only!

promosi youth shaklee

Untuk anda yang dah lama teringin nak cuba skincare YOUTH tapi mempunyai kekangan wang kerana harga YOUTH, kini anda boleh mendapatkannya dengan harga yang jauh lebih menjimatkan!

.Anda boleh mendapatkan YOUTH Travel Set & Travel Set (Trial Set) di atas dengan 2 cara:

  1. Dengan harga RM85 sahaja apabila anda membuat belian mana-mana produk YOUTH dengan minima 200uv dalam satu resit
  2. Atau anda boleh grab terus set ini sahaja dengan harga RM297.50 (tanpa perlu membuat belian produk YOUTH lain)

.

Travel Set & Travel Case ini terdiri daripada:

  • 1 x Luminous Ge Oil Cleanser 20ml
  • 1 x Perfecting Skin Toner 30ml
  • 1 x YOUTH Activating Serum 7ml
  • 1 x Advanced Renewal Night Cream – RICH 10g
  • Travel Case : (L) 17.5cm x (H) 10.5cm x (W) 6.0cm

.

Saksikan sendiri kecomelan YOUTH Travel Set di dalam video ini.

.

Untuk yang belum tahu, berbaloikah anda mencuba produk YOUTH, baca Keistimewaan YOUTH Skincare. Lihat juga Koleksi Testimoni YOUTH Shaklee untuk jeragat, jerawat teruk dan breakout.

YOUTH juga sesuai untuk kaum lelaki dan anda yang berkulit sensitif.

Semua promosi di atas berlangsung sepanjang November 2019 sahaja dan selagi stok masih ada. Grab cepat kalau nak jimat!

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Bezanya Berpantang Dengan Shaklee Vivix!

Bezanya Berpantang Dengan Shaklee Vivix!

Sememangnya sudah sedia ada Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, ESP, Vita C, B Complex, Ostematrix, Alfalfa Complex dan Omega Guard. Namun, berpantang dengan Shaklee Vivix lebih menambahkan senyuman di wajah ibu-ibu berpantang ini. =)

.

Badan Bertenaga Lepas Bersalin Cesar. Muka Dah Tak Pucat. Luka Cepat Kering

berpantang dengan shaklee vivix

Testimoni Berpantang Dengan Shaklee Vivix

Shieda masa first Cesar, pada usia hujung 20-an, tak ambil Vivix. Hanya ambil Set Berpantang dan add on Zinc. Luka pun cepat sembuh dan kering.

Untuk second Cesar, usia 30-an, Shieda ambil Vivix. Masa tu, rasa sakit Cesar kedua lebih teruk dari yang pertama. Tapi Alhamdulillah asbab ambil Vivix rasa sakit tu kurang. Luka pun cepat kering. Badan pun rasa bertenaga sampai terlupa tengah pantang.

Untuk third Cesar, Shieda baru lepas habis pantang ni. Ambil Vivix juga sebab dah tahu sakit Cesar macam mana.

Pengalaman tak boleh lupa, Cesar ketiga ni muntah-muntah lepas Cesar. Sebelum tu tiada. Masuk makanan je muntah. Sampai menggigil tak bertenaga sebab makanan semua keluar. Doc dan nurse risau sebab nampak muka pucat sangat malam tu lepas 6 jam puasa.

Dan Shieda memang ada thalassemia. Hb memang low. Malam tu jugak ambil Vivix dan esok pagi nurse cakap muka dan tak sepucat semalam. Luka pun cepat kering dan baik.” (Shieda Balqis)

.

Husband Terkejut Bila Luka Dah Tutup Kering

testimoni berpantang dengan shaklee vivix

Ain sempat perhabis Vivix masa pantang sebab tinggal sikit saja. Ini first time Cesar. Luka kat kulit ceat kering. Hari kedua husband tegur dengan terkejutnya, “Dah cantum elok kulit dan kering!”.

Masa tu juga first time pantang ambil Zinc juga. Siapa-siapa nak bersalin terus suggest berpantang dengan Vivix dan Zinc juga. Risau juga sebab seminggu tu keluar masuk hospital (baby prem) dan banyak sungguh bergerak sana sini.” (Ainniah Zulkefli)

.

Luka Cepat Baik. Tiada Kesan Luka, Nampak Garis Halus Je

testimoni berpantang dengan shaklee vivix

Berpantang Dengan Shaklee Vivix

Saya bersalin baru ni pun emergency Cesar. Serius takut nak menghadapinya sebab tiada pengalaman Cesar. Tekad beli Vivix sebab baca pengalaman orang yang berpantang dengan Vivix ni best. 

Alhamdulillah luka cepat baik, tiada kesan pun luka tu, nampak garis halus je sekarang. Pantang pun tak rasa macam bersain Cesar, rasa macam bersalin normal je. Lepas 3 minggu siap boleh mandikan dan menjaga kakak-kakak si baby (3 dan 2 tahun).

Doc pesan jangan angkat benda berat, haaa itu memang jaga sampai sekarang.” (Idayu Rosli)

.

Luka Baik Dalam 2 Minggu, Badan Cergas Sangat

Saya anak first Cesar tak kenal Shaklee lagi. Nombor 2 pun Cesar, minum Vivix, luka baik dalam 2 minggu, rasa cergas sangat-sangat. Orang tegur nampak macam tak pantang. Masa yang first, luka bersalin ambil masa sebulan, baru nak baik.” (Indira Ananth)

.

Muka Tak Pucat, Luka Dah Baik Dalam 2 Minggu

Syida pun berpantang dengan Set Pantang Shaklee full set masa anak pertama dan kedua. Cumanya anak kedua Syida add on Vivix. Orang memang tegur cergas dalam pantang.

Ena datang lawat Syida masa anak kedua cakap muka tak pucat langsung macam bukan tengah pantang. Luka dalam 2 minggu dah baik dan tak sakit dah. Syida bersalin normal kedua-dua anak.

Masa bersalinkan anak kedua ni, luka kena jahit banyak sikit banding anak pertama sebab doktor terpaksa gunting sebab baby dah lemas time tu.” (Syahida Ali)

.

Teruja Bila Luka Cepat Baik, Badan Pun Bertenaga

Ena nak kongsi pengalaman Ena sendiri. Ada beza berpantang dengan Set Berpantang Shaklee bersama Vivix dengan tak. Dua-dua, Ena dah rasa.

Masa berpantang anak first tak ambil apa-apa suplemen, luka bersalin lambat baik. Even sebulan dan lepas berpantang pun kadang-kadang datang lagi rasa ngilu tu.

Bila amal Set Berpantang Shaklee termasuk Vivix, dalam masa seminggu dah tak rasa apa-apa kat tempat jahit. Tapi Ena still jalan slow juga. Kena jaga juga.

Sendiri rasa pelik dan teruja bila luka cepat baik. Badan pun cepat recover, bertenaga dan kulit pun makin berseri.

Ramai yang tegur, Ena tak macam baru lepas bersalin jer.” (Aeinna Musa)

.

Ingin berpantang dengan gembira dengan Set Berpantang Shaklee dan Vivix juga? Whatsapp Ain 016-4214704 untuk info lanjut dan order.