Wujudkah Sakit Kepala Sebelah Bahagian?

Wujudkah Sakit Kepala Sebelah Bahagian?

penyebab sakit kepala sebelah

Antara penyebab sakit kepala sebelah bahagian sahaja ialah migrain dan cluster.

.

Pernah mengalami sakit kepala sebelah bahagian sahaja tetapi ianya sangat menyakitkan?

Anda mungkin sedang mengalami sejenis sakit kepala yang dinamakan “cluster headache“.

.

Apa Itu Cluster Headache?

.

Cluster headache ialah sejenis sakit kepala yang paling jarang berlaku (1 dalam 1,000 kes sakit kepala) tetapi amat menyakitkan.

Sakit kepala yang dialami mempunyai ciri-ciri berikut:

  • sakit sebelah bahagian kepala sahaja (kanak atau kiri)
  • berlaku secara tiba-tiba
  • sakitnya dikenalpasti seperti membakar, sakit menyucuk atau berdenyut-denyut yang amat menyakitkan
  • tempoh sakit kepala adalah singkat, boleh berlaku antara kira-kira 15 minit sehingga 3 jam
  • pesakit mengalami sakit kepala setiap hari untuk berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya
  • sakit boleh hilang begitu sahaja atau berulang pada ketika yang sama setiap tahun (Contoh: bulan April setiap tahun)

.

Berbanding migrain yang juga menyerang sebelah bahagian kepala sahaja, pesakit yang mengalami cluster headache juga mengalami simptom-simptom di bawah:

  • mata bengkak dan kelihatan ‘jatuh’ (drooping eye) *
  • anak mata lebih kecil *
  • selesema atau hidung tersumbat *
  • muka kemerahan *
  • sensitif terhadap cahaya

(* terjadi di sebelah bahagian di mana sakit kepala terjadi. Contoh, sakit kepala sebelah kanan, semua * juga terjadi di sebelah kanan wajah)

Punca terjadinya sakit kepala jenis ini sebenarnya tidak diketahui. Namun dipercayai ianya melibatkan saraf di bahagian muka yang menyebabkan terjadinya sakit yang amat sangat di sekeliling atau belakang mata.

penyebab sakit kepala sebelah

Simptom-simptom spesifik yang turut berlaku ke atas mereka yang mengalami “cluster headache”.

.

Cara Rawatan

.

Oleh kerana puncanya tidak diketahui, rawatan untuk pesakit adalah simptomatik sahaja.

Bermaksud, pemberian ubat tahan sakit (seperti triptans, dihydroergotamine), ubat antihistamine dan ada kalanya pesakit berasa lebih baik selepas menyembur hidung dengan nasal spray yang mengandungi lidocaine.

Kadang-kala, pesakit juga diberi oksigen untuk mengurangkan kesakitan.

Bagi kes yang lebih membimbangkan, pesakit akan dipertimbangkan untuk pembedahan yang melibatkan saraf.

.

Bolehkah Ianya Dicegah?

.

Oleh kerana pesakit boleh mengagak bila sakit kepala akan berlaku, langkah pencegahan sebelum berlakunya sakit kepala ialah seperti pengambilan ubat-ubatan seperti corticosteroid, cafergot, gabapentin, topiramat dan verapamil.

Dapatkan diagnosis yang betul dan nasihat daripada doktor di klinik atau hospital sebelum mengambil ubat.

Antara lain, pemakanan seimbang dan pengamalan gaya hidup sihat secara konsisten semestinya jalan terbaik untuk lebih sihat dari dalam.

.

penyebab sakit kepala sebelah

Walaupun sangat jarang terjadi, sakit kepala ini menyebabkan kesakitan yang teramat sangat!

.

Ketahui Set Cadangan Harian yang terdiri daripada suplemen keperluan asas kita untuk kesihatan optimum.

Testimoni Ostematrix Shaklee Part 2

Testimoni Ostematrix Shaklee Part 2

  1. Masalah sakit pinggang selepas bersalin dapat diatasi
  2. Tiada lagi masalah sembelit
  3. Bayi pun dapat ‘side effect’ – tulang menjadi kuat
  1. Merawat masalah insomnia saya
  2. Tulang krup krap krup krap dan lama tak bunyi
  3. Saya tak minum susu
  1. Segar badan
  2. Hilang sakit tumit kaki bila bangun tidur
  3. Senggugut pun ok
  4. Tidur lebih lena
  5. Sistem penghadaman ok
  1. Tak payah susah2 bancuh susu dapatkan keperluan kalsium
  2. Kaki dah lama tak cramp walaupun dah pregnant banyak kali
  3. Mudah dan praktikal
  4. Tiada kejang kaki, sakit gigi, sakit bahu
  5. Lawas
  6. Sebab tak minum susu
  1. Hilang sakit-sakit dan bisa-bisa badan bila bangun pagi
  2. Tidur lebih berkualiti
  3. Pembuangan sisa pepejal lebih lancar
  4. Tiada lagi cramp
  1. Bangun pagi rasa fresh
  2. Pagi-mudah membuang
  3. Tak pernah rasa lenguh or sakit pinggang jika amalkan ostematrix
  4. Masa hamil kaki cramp tu takkan menyinggah
  5. Anak lahir, tulang kuat dan cepat tumbuh gigi
  1. Tidur lebih lena, bangun pagi segar
  2.  Kejang kaki, sakit pinggang takde (3 kali cesar)
  3. Dah lama tak sakit gigi dan migrain
  1. Tidur lena, bangun pagi bersemangat
  2. Lancar buang air besar
  3. Tulang kuat (pinggang tak sakit bila angkat si manja 10kg)
  1. Sakit gigi dan bengkak gusi berkurangan
  2. Kejang betis waktu hamil takde
  3. Malam tidur lena, bangun pagi dengan bertenaga
  1. My milkbooster
  2. Pelawas untuk elak sembelit
  3. Ubat migrain saya
  1. Melegakan lenguh badan saya
  2. Melancarkan pembuangan air besar keesokan harinya selepas bangun dari tudir
  3. Saya tak suka minum susu, jadi Ostematrix pengganti susu saya
  1. Kurangkan sembelit
  2. Senang tidur takde insomnia
  3. Bantu lengkapkan kalsium harian saya
  4. Hilang sakit badan bila bangun pagi
Bersambung ke PART 3.

Anda terlepas koleksi testimoni PART 1?

Kebaikan B Complex Shaklee

Kebaikan B Complex Shaklee

kebaikan b complex shaklee

B Complex, secara umumnya terdiri daripada gabungan vitamin-vitamin B – thiamine (B1), riboflavin (B2), niacin (B3), panththenic acid (B5), pyridoxine (B6), biotin (B7), folate (B9) dan cobalamine (B12).

Vitamin-vitamin B ialah sejenis vitamin larut air. Maknanya, kita kehilangan vitamin B setiap hari melalui air kencing. Dan disebabkan badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin B sendiri, kita memerlukannya dari pemakanan atau suplemen.

Antara kebaikan B Complex untuk kesihatan ialah:

  • mengatasi kelesuan / meningkatkan tenaga (vitamin B menukarkan makanan kepada tenaga)
  • kesihatan mental dan sistem saraf
  • membantu menangani stress
  • membantu memori
  • memperbaiki selera makan
  • mencegah masalah anemia (B12 diperlukan untuk pembinaan sel darah merah)
  • asid folik penting untuk mencegah kecacatan tiub neural bayi (disarankan ambil di awal kehamilan, sebaik-baiknya 3 bulan sebelum merancang kehamilan)
  • meningkatkan sistem imun badan
  • kesihatan kulit, rambut dan kuku

b complex shaklee

.

Kenapa Patut Pilih B Complex Shaklee?

.

Dilengkapi dengan kesemua 8 vitamin B yang diperlukan badan, semestinya B Complex Shaklee menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan.

Mengandungi 100% biotin. Walaupun biotin mahal, ia tidak dikecualikan dari B Complex ini.

Fungsi-fungsi biotin adalah:

  • untuk metabolisma karbohidrat, protein dan lemak
  • membentuk hormon
  • menjaga kesihatan rambut
  • mencegah dermatitis
  • menjaga paras gula dalam darah

.

perbandingan b complex

Perbandngan kandungan dalam B Complex Shaklee dengan jenama lain.

.

Asid folik, sejenis vitamin B yang kritikal adalah tidak mudah diserap. Jadi Shaklee telah menghasilkan sistem penyaluran bioactivated berpaten (patented bioactivated delivery system) untuk meningkatkan penyerapan asid folik. Eksklusif dari Shaklee sahaja ya sistem ni.

Juga dilengkapi asid folik yang membantu pembinaan sel darah merah (menangani masalah anemia semasa mengandung).

sebab pilih b complex

.

Siapa Perlukan B Complex?

.

Kita semua perlukan B Complex!

Contohnya:

  • pelajar memerlukan B Complex untuk tenaga
  • perempuan yang sedang berusaha untuk zuriat perlukan B Complex
  • ibu hamil memerlukan asid folik di dalam B Complex untuk mencegah kecacatan tiub neural bayi
  • ibu menyusu perlukan B Complex sebagai suplemen mengurangkan stress
  • lelaki perlukan B Complex untuk menjana tenaga seharian bekerja
  • yang bermasalah rambut gugur yang teruk memerlukan biotin di dalam B Complex
  • dan sebagainya.

B Complex termasuk dalam banyak set-set cadangan untuk kesihatan dan kecantikan.

.

TAHUKAH ANDA? B Complex termasuk dalam National Essential Medicine List (NEML).

Harga runcit sebotol B Complex yang mengandungi 120 tablet ialah RM58.75 untuk kegunaan 2-4 bulan.

Koleksi Testimoni B Complex

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Kebaikan Ostematrix Shaklee | ainniahzulkefli.com

Kebaikan Ostematrix Shaklee | ainniahzulkefli.com

kebaikan ostematrix shaklee

Nak tahu apa kebaikan Ostematrix Shaklee dan bagaimana ia menyokong kesihatan tulang?

Menurut World Health Organization (WHO), osteoporosis telah dikenalpasti sebagai masalah major di seluruh dunia!

Osteoporosis ialah keadaan di mana kita kehilangan kepadatan tulang menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah, walaupun tanpa tekanan yang kuat ke atasnya.

Kekurangan kalsium yang berterusan bertahun-tahun lamanya merisikokan anda kepada osteoporosis.

.

Simptom-simptom Kekurangan Kalsium

.

Seawal usia 30-an, paras kalsium mula merosot tanpa anda sedari.

Antara simptom kekurangan kalsium ialah seperti:

  • kejang otot (Ibu hamil boleh baca Cara Atasi Kaki Cramp Ketika Mengandung)
  • kebas hujung jari
  • mudah keliru
  • gangguan memori
  • kemurungan
  • halusinasi (untuk kes kekurangan kalsium yang teruk)
  • kuku rapuh
  • sembelit
  • sakit sendi
  • mudah letih
  • pertumbuhan terbantut (kanak-kanak)

Anda mungkin merasakan yang anda masih muda dan tidak mengalami simptom kekurangan kalsium ini ketika ini.

Tetapi awas! Osteoporosis terjadi perlahan-lahan secara ‘senyap’!

.

Keperluan Kalsium Harian

.

Untuk melambatkan terjadinya osteoporosis, seharusnya kita memastikan tubuh mendapat kalsium yang mencukupi setiap hari.

Jadual ini menunjukkan keperluan kalsium harian mengikut usia:

kebaikan ostematrix shaklee

Kebaikan Ostematrix Shaklee – Sumber jadual : National Institute of Health

.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Kalsium Yang Mencukupi Setiap Hari?

.

Seorang dewasa bersaiz sederhana secara puratanya memerlukan 1000mg kalsium sehari. Ini bersamaan dengan:

  • 4 gelas susu tinggi kalsium
  • 320 biji badam

Banyak?

Ya. Agak mustahil untuk kita mengambil sejumlah ini setiap hari, betul?

Di sinilah fungsi suplemen kalsium – untuk memenuhi lompong nutrisi kalsium yang tidak mencukupi.

kebaikan ostematrix shaklee

Apakah ciri-ciri istimewa Ostematrix Shaklee ini?

.

Kebaikan Ostematrix Shaklee

.

1) Ostematrix Membekalkan Lebih Dari Kalsium

Ostematrix Shaklee, diformulasi daripada mineral dan galian Laut Mati dengan tujuh nutrien kritikal untuk pembinaan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.

Setiap hidangan cadangan iaitu 3 kaplet Ostematrix sebelum tidur, membekalkan nutrisi berikut:

  • 750 mg kalsium sebagai bahan binaan untuk tulang dan gigi
  • 300 mg magnesium untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang
  • 300 IU vitamin D3 untuk merangsang penyerapan kalsium tadi
  • 2.25 mg boron untuk membantu metabolisma tulang
  • 1.14 mg zink, 0.15 mg mangan dan 0.15 mg kuprum untuk mengaktifkan enzim-enzim yang membantu pembinaan tulang

Semua ini diperlukan untuk penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.

.

2) Penyerapan Terbukti

Penyerapan kalsium dari Ostematrix terbukti melalui kajian klinikal yang mana hasilnya adalah seperti graf di bawah:

kebaikan ostematrix shaklee

Kebaikan Ostematrix Shaklee. Graf menunjukkan kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan. Info dari Laman Web Rasmi Shaklee.

.

3) Selamat Untuk Kebanyakan Kumpulan Yang Memerlukan

Ostematrix sangat sesuai dan selamat untuk golongan yang memerlukan kalsium berikut:

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Remaja 12 tahun dan ke atas
  • Warga emas
  • Bermasalah lactose intolerance (alahan kepada susu)
  • Bukan penggemar susu

.

4) Kaplet Comel

Ostematrix didatangkan dalam bentuk kaplet kecil comel yang mudah ditelan.

.

5) Harga Runcit

Harga runcit sebotol Ostematrix ialah RM61.25 dengan 120 tablet untuk kpengambilan selama 40 hari.

Saranan harian : 3 kaplet setiap hari.

Baca juga : Koleksi Testimoni Ostematrix.

DISCLAIMER: PRODUK INI ADALAH SUPLEMEN. BUKAN BERTUJUAN MENDIAGNOS, MERAWAT, MENGUBAT ATAU MENCEGAH SESUATU PENYAKIT. PESAKIT KRONIK DISARANKAN MENDAPAT NASIHAT DOKTOR YANG MERAWAT TERLEBIH DAHULU.