Suplemen Harian Untuk Kesihatan Optimum

Suplemen Harian Untuk Kesihatan Optimum

Suplemen Harian (Set Keperluan Harian) Shaklee terdiri daripada kombinasi vitamin-vitamin yang menyediakan keperluan nutrisi asas setiap orang.

.

  • Energizing Soy Protein (protein)
  • Vitalea (multivitamin)
  • Vitamin C (antioksidan)
  • B Complex (kumpulan vitamin-vitamin B)
  • Omega Guard (lemak baik omega-3)

Energizing Soy Protein

  • Sumber protein lengkap yang kaya dengan kalsium (50% keperluan harian)
  • Berdasarkan kajian, 25g protein soya mampu memberi kesan menurunkan kolesterol dalam darah
  • Indeks glisemik serendah 39 sahaja
  • Lengkap dengan kesemua 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan badan
  • Sangat rendah lemak dan kolesterol

Vitalea

  • Menyediakan 28 vitamin & mineral bagi melengkapkan lompong nutrisi harian
  • Antara multivitamin pertama di dunia sejak tahun 1915
  • Sejarah lebih 100 tahun!

SR Vita C Plus

  • Antioksidan yang melindungi dari kerosakan oleh radikal bebas
  • Vitamin larut air yang penting untuk kesihatan gigi dan gusi, kulit, dan tulang
  • Sistem sustained release memastikan badan mendapat vitamin C selama 5 jam berterusan setiap hari
  • Sesuai untuk penghidap gastrik kerana berasaskan ekstrak jagung yang tidak berasid.

B Complex

  • Kumpulan vitamin-vitamin B penting untuk fungsi badan optimum.
  • Menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Dengan Sistem Penyerapan Bioaktif Yang Dipatenkan untuk memastikan penyerapan nutrien yang baik.

Omega Guard

  • Sumber asid lemak omega-3 ultra tulen dan bergred farmaseutikal
  • Peratusan DHA & EPA tertinggi berbanding jenama lain
  • Diiktiraf Friends of Sea

Harga retail Set Keperluan Harian ini ialah RM547.40 (tak termasuk GST dan postage). Semestinya lebih penjimatan sebagai ahli berdaftar di bawah Ain. Klik Saya Nak Set Keperluan Harian dan Daftar Ahli sekarang!

Atau anda boleh klik gambar ini untuk belian Set Keperluan Harian secara ekspress.

Ibu Hamil, Bayi dan Omega 3

Ibu Hamil, Bayi dan Omega 3

Tahukah anda, omega 3 ialah sejenis lemak ‘baik’ yang diperlukan tubuh untuk pelbagai fungsi penting? Malangnya ia tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diperoleh daripada pemakanan atau suplemen harian.

Jadi, boleh dikatakan setiap dari kita memerlukan omega 3 setiap hari, termasuk ibu hamil.

.

FUNGSI-FUNGSI OMEGA 3

.

Kajian mendapati, asid lemak omega 3 jenis EPA (eicosapentanoic acid) dan DHA (docoxahexanoic acid) secara semulajadinya dijumpai bersama walaupun secara uniknya keduanya memiliki fungsi yang berbeza.

EPA menyokong sistem imun badan, kesihatan jantung dan mengawal keradangan. Manakala DHA berfungsi menyokong kesihatan otak, kesihatan mata dan sistem saraf, yang mana ianya sangat penting untuk ibu hamil dan menyusu.

Secara amnya, pengambilan omega 3 yang cukup sangat penting untuk mengekalkan penghasilan seimbang prostaglandin. Prostaglandin ialah bahan dalam badan yang menyerupai hormon yang banyak memainkan peranan penting dalam fungsi fisiologi seperti:

  • tekanan darah
  • sistem pembekuan darah
  • transmisi saraf
  • respon keradangan dan alahan
  • untuk fungsi buah pinggang dan sistem pencernaan
  • penghasilan hormon-hormon lain

.

omega untuk ibu hamil

Bagaimana pula manfaat omega untuk ibu hamil?

.

KEBAIKAN OMEGA 3 UNTUK IBU HAMIL DAN BAYI

.

Manfaat Omega 3 Untuk Bayi Dalam Kandungan

.
Daripada kajian mendapati, penambahan diet kaya omega 3 semasa hamil mempunyai impak positif terhadap perkembangan mata dan pemikiran bayi di dalam kandungan.
Ada beberapa kajian juga menyimpulkan, pengambilan omega 3 pada dos yang tinggi mengurangkan risiko alahan terhadap bayi.
.

Apa Pula Manfaat Omega 3 Untuk Ibu Hamil?

.
Ibu hamil yang mendapat omega 3 yang cukup sepanjang kehamilan, berdasarkan kajian, dapat mencegah daripada kelahiran pramatang, mengalami preeklampsia (risiko sawan) dan bayi kekurangan berat badan (low birth weight).
Dan berdasarkan kajian juga, ibu hamil ini juga kurang berisiko mengalami postpartum depression (kemurungan/’meroyan’).
Sekiranya ibu hamil tidak mendapat omega 3 yang cukup semasa kehamilan, simpanan omega 3 dalam badan ibu akan semakin berkurangan kerana bayi menggunakan simpanan yang ada ini untuk perkembangannya.
Selepas bersalin pula, omega 3 juga akan digunakan untuk menghasilkan susu ibu, menyebabkan ibu hamil tadi terus kekurangan omega 3.
Oleh sebab inilah, semakin banyak kali seorang ibu hamil, semakin berisiko ibu itu mengalami masalah ‘meroyan’ tadi, sekiranya tidak mendapat omega 3 yang cukup.
.
.

SUMBER-SUMBER MAKANAN KAYA OMEGA 3

.

omega untuk ibu hamil

Antara sumber makanan yang kaya dengan omega 3.

.
Sumber terbaik omega 3 ialah daripada cold water fish, seperti ikan tuna, salmon, makerel, hering dan ikan bilis.
Tetapi, yang merisaukan bagi ibu hamil ialah, sumber-sumber ini juga boleh mengandungi bahan bertoksik yang berbahaya seperti merkuri dan logam berat.
Sebab itulah, wujudnya pelbagai jenama suplemen omega 3 yang menawarkan asid lemak omega 3 yang tulen untuk membantu ibu hamil mendapatkan omega 3 yang cukup sepanjang kehamilan.
.

TIPS PILIH SUPLEMEN OMEGA 3

.
American Pregnancy Association menyatakan, tiga tips utama untuk ibu hamil memilih suplemen omega 3 adalah seperti berikut:
.

1) Kaji Cara Omega 3 Itu Diproses

Nak ‘memisahkan’ omega 3 dari bahan-bahan berbahaya, penting sangat ikut langkah yang betul. Buat apa kita nak ambil bahan membahayakan. Jadi, ambil tahu juga bagaimana sesuatu sumber itu diproses.

.

Omega Guard Shaklee ialah suplemen minyak ikan omega 3 ultra-tulen bergred farmaseutikal yang diiktiraf oleh Friends of The Sea (FoS), satu badan NGO yang misinya adalah untuk mengekalkan habitat marin.

2) Ada Bau Ikan Tak?

Bau ikan yang kurang menyenangkan, sepatutnya hanya terjadi bila minyak dalam omega 3 itu telah musnah. Suplemen omega 3 yang berkualiti tinggi, tidak sepatutnya mempunyai bau ikan yang kurang menyenangkan.

.

3) Ada Rasa Ikan Tak?

Minyak ikan omega 3 yang paling berkuaiti tinggi tidak mempunyai rasa ikan yang kurang menyenangkan. Disebabkan ini, ada juga pengeluar suplemen omega 3 yang mencampurkan perasa tiruan yang kuat untuk menyembunyikan rasa ikan itu. Jadi, buatlah pilihan yang bijak.
.
.
Ibu hamil sihat, bayi dalam kandungan hebat.
.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut Set Hamil untuk kesihatan ibu dan bayi

4 Tips Memilih Minyak Ikan Yang Bagus

4 Tips Memilih Minyak Ikan Yang Bagus

tips memilih minyak ikan yang bagus

4 Tips Memilih Minyak Ikan Yang Bagus | Saranan pemakanan ikan sebanyak 2 hingga 3 hidangan seminggu adalah untuk memastikan kita mendapat DHA dan EPA yang cukup untuk fungsi badan yang normal.

Namun, kebanyakan kita TIDAK mendapat omega-3 yang cukup apabila kita tidak mengambil ikan sebanyak yang disarankan.

Berbangkit juga isu pencemaran kebanyakan ikan dengan logam berat dan bahan kimia lain yang membahayakan kesihatan.

Jadi, ramailah di antara kita yang memilih suplemen minyak ikan.

Suplemen minyak ikan yang diproses dengan baik, dapat menyingkirkan logam berat dan bahan kimia berbahaya tadi.

.

4 Tips Memilih Minyak Ikan Yang Bagus

.

1# Syarikat Yang Menjaga Kualiti Dan Boleh Dipercayai

.

Disebabkan permintaan ke atas suplemen minyak ikan, terdapat banyak syarikat pengeluar minyak ikan.

Carilah syarikat yang boleh dipercayai dengan sejarah penghasilan suplemen berkualiti yang telah bertahun-tahun lamanya.

.

2# Tulen Dan Selamat

.

Proses penapisan berperingkat (molecular distillation) ialah proses yang meletakkan minyak ikan di bawah tekanan vakum (tanpa udara). Ini membenarkan proses dijalankan pada suhu rendah untuk meminimakan kerosakan nutrisi.

Dalam proses ini, DHA dan EPA akan dipisahkan daripada logam berat, membenarkan bahan bertoksik disingkirkan.

Antara lain, proses ini juga mengurangkan bau dan rasa ikan yang hanyir.

.

3# Ikan Kecil Atau Besar?

.

Ikan kecil mempunyai paras toksin yang rendah sahaja.

Manakala ikan besar yang telah memakan beribu-ribu ikan kecil, mempunyai paras toksik yang tinggi, hasil pengumpulan dari ikan-ikan kecil tadi.

Jadi, semakin besar ikan itu, semakin tinggi paras toksik di dalamnya.

Oleh itu, carilah minyak ikan yang dihasilkan dari ikan-ikan kecil.

.

4# Kebolehan Membekalkan Suplemen Untuk Jangka Masa Panjang

.

Syarikat nutrisi yang baik, akan memastikan sumber untuk suplemen minyak ikan berpanjangan supaya dapat membekalkan suplemen minyak ikan yang baik untuk jangka masa panjang.

Dan syarikat yang bertanggungjawab tidak akan menangkap ikan secara besar-besaran untuk keuntungan semata-mata.

Adakah minyak ikan Shaklee menepati tips-tips memilih minyak ikan yang bagus seperti di atas?

Rujuk entri Omega Guard Shaklee untuk jawapannya.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut produk kesihatan Shaklee.

8 Khasiat Omega-3 Fish Oil Untuk Kesihatan Kita

8 Khasiat Omega-3 Fish Oil Untuk Kesihatan Kita

khasiat omega-e fish oil

Khasiat Omega-3 Fish Oil | Tahukah anda, lemak bukan semuanya ‘jahat‘? Ada jenis-jenis lemak ‘baik‘ yang sangat diperlukan tubuh untuk mengekalkan kesihatan kita.

Lemak juga boleh dibahagikan kepada asid lemak ‘perlu’ dan ‘tak perlu’. Asid lemak ‘perlu’ tidak boleh dihasilkan oleh badan. Maka, ia diperlukan dari diet seharian atau suplemen.

Salah satu asid lemak ‘perlu’ ialah asid lemak omega-3 yang juga dikenali sebagai minyak ikan (fish oil).

Jadi, apakah manfaat kesihatan oleh lemak-lemak ‘baik’ ini untuk kita?

.

8 Khasiat Omega-3 Fish Oil

.

Omega 3 telah dijalankan kajian saintifik, bahawa ianya sangat berkhasiat untuk:

.

1# Kesihatan Jantung

Salah satu ciri penting omega 3 ialah anti-radang (anti-inflamasi).

Ciri ini penting kerana keradangan boleh merosakkan salur darah dan seterusnya menyebabkan masalah jantung.

Berdasarkan kajian, EPA dan DHA telah terbukti menyediakan manfaat-manfaat berikut, yang mana kesemuanya menyumbang kepada penurunan risiko masalah jantung:

  • mengawal paras triglyceride (salah satu kolesterol ‘jahat’) dan tekanan darah
  • memperbaiki pengaliran darah
  • mengekalkan ritma jantung yang sihat

.

Rujuk entri Omega-3 Menyokong Kesihatan Jantung untuk lebih lanjut.

.

2# Fungsi Otak

Rupa-rupanya otak kita adalah organ paling banyak mengandungi lemak, iaitu sebanyak 60%!

Cerebrum (kortex) yang bertanggungjawab untuk memori dan fokus, mengandungi kira-kira 20% DHA.

Untuk kesihatan otak, berdasarkan kajian DHA dan EPA sangat bermanfaat kerana:

  • terlibat dalam transmisi maklumat antara sel-sel saraf
  • memberi efek positif terhadap mood, pemikiran, memori, pembelajaran dan fokus seseorang
  • mempunyai kesan anti-penuaan yang sihat, yang melambatkan pembentukan masalah otak berkaitan usia seperti Alzheimer dan nyanyuk.

Klik 4 Manfaat Omega-3 Untuk Otak untuk bacaan lanjut.

khasiat omega-3 fish oil

.

3# Kesihatan Sendi

Kerana bersifat anti-radang, khasiat omega-3 fish oil juga terletak pada kesihatan sendi.

Secara kesimpulannya, kajian membuktikan, EPA dan DHA berkerjasama mengurangkan keradangan dengan membantutkan penghasilan enzim-enzim yang menghakis tulang rawan, dan menyebabkan sakit sendi.

Asid lemak omega-3 juga berfungsi (berdasarkan kajian klinikal seperti rujukan):

  • mengekalkan kepadatan tulang (bekerjasama dengan kalsium dan mineral untuk pembentukan tulang yang kuat yang lain)
  • menggalakkan pergerakan sihat sendi, fleksibiliti, mengurangkan sendi ‘keras’, bengkak dan kesakitan
  • sebagai pelincir yang membantu sendi sakit, bergerak dengan lancar kembali

Omega 3 ialah antara suplemen cadangan untuk masalah GOUT (klik untuk baca lebih lanjut).

.

4# Kehamilan dan Penyusuan

Bukan sahaja ibu hamil yang memerlukan khasiat omega-3 fish oil yang cukup, tetapi juga ibu menyusu dan bayi yang disusukan.

Selepas bayi dilahirkan, omega-3 menyokong perkara-perkara di bawah:

  • perkembangan otak dan sistem imun
  • mood ibu selepas bersalin (dalam pantang, iaitu mencegah ‘meroyan’ atau ‘post partum depression’)
  • menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi
  • DHA ialah komponen yang penting untuk pembentukan retina yang penting untuk penglihatan yang baik bagi bayi.
  • Dan DHA juga adalah kritikal untuk pembentukan otak sebelum kelahiran dan semasa sedang melalui zaman kanak-kanak.
  • omega-3 menurunkan risiko alahan berdasarkan kajian klinikal
  • juga menyokong kelahiran yang ‘cukup bulan’ dan berat lahir bayi yang sihat

Klik gambar ini untuk baca lebih lanjut

.

5# Lain-lain Khasiat Omega-3 Fish Oil

Selain 4 fungsi utama di atas, asid lemak omega-3 juga didapati baik untuk 4 perkara di bawah:

  1. kecantikan kulit
  2. membantu penurunan berat badan yang sihat
  3. menggalakkan sistem imun
  4. mengawal selia penghasilan dan fungsi normal hormon

Kerana omega-3 TIDAK boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita, kita perlukan ia daripada makanan atau suplemen. Dos saranan yang diperlukan secara purata bagi orang dewasa ialah sebanyak 1000 – 2000 mg minyak ikan setiap hari.

Bagaimana pula cara untuk memilih minyak ikan yang pelbagai di pasaran?

Teruskan membaca 4 Tips Memilih Minyak Ikan Yang Berkualiti.

.

Omega Guard Shaklee : Keistimewaan & Harga

Omega Guard Shaklee : Keistimewaan & Harga

Omega Guard Shaklee ialah suplemen minyak ikan asid lemak omega-3 ultra tulen bergred farmaseutikal.

Apakah manfaat omega-3 untuk kesihatan?

Baca 8 Khasiat Omega-3 Fish Oil Untuk Kesihatan Kita untuk info lanjut.

.

omega guard shaklee

Testimoni : Amalkan Omega Untuk Kawal Kolsterol Jahat

.

“Setia makan hari-hari untuk ikhtiar kawal kolesterol jahat. Alhamdulillah dulu asyik border line. Semasa buat bood test baru ni dah turun 4 sahaja bacaannya. Harap sentiasa konsisten.” -NorAn-

.

6 Keistimewaan Omega Guard Shaklee

.

1# Proses Penyulingan Berperingkat (Triple Molecular Distillation)

.

Omega Guard Shaklee diproses melalui proses penyulingan berperingkat untuk memastikan ketulenannya.

Proses ini sangat penting untuk mendapatkan omega-3 yang tulen. Dalam masa yang sama menyingkirkan logam berat dan bahan kimia (seperti arsenik, merkuri, dioksin dan sebagainya) yang membahayakan kesihatan.

Ia juga meminimakan bau dan rasa hanyir ikan.

.

2# Kualiti Terjamin

.

Ini kerana Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan bergred farmaseutikal.

.

3# Tinggi Kandungan DHA dan EPA

.

Satu hidangan saranan Omega Guard Shaklee sebanyak 3 sofgel sehari menyediakan 990mg omega-3 (90%).

Ini termasuk 546mg EPA dan 360mg DHA.

Jumlah ini adalah jumlah tertinggi berbanding suplemen minyak ikan jenama lain yang dikaji.

.

omega guard shaklee

Pastikan yang anda pilih benar-benar “minyak ikan”. Bukannya “minyak” semata-mata. Belek kandungan DHA dan EPA pada botol.

.

4# Mengandungi Spektrum Lengkap Omega-3

.

Omega-3 terdiri daripada 7 asid lemak ‘perlu’ yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Termasuklah DHA, EPA dan lain-lain.

.

5# Mempunyai Rasa Dan Bau Ikan Yang Minima

.

6# Diperakui Oleh Friends of the Sea

.

Friends of the Sea (FoS) memastikan pembekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa memudaratkan persekitaran.

.

Testimoni Omega Guard Shaklee

.

omega guard shaklee

Kebas dan lebam kaki dan tangan dah tak ada. Result darah cantik.

.

“Pesakit dialisis saya dulu sering rasa kebas tangan dan kaki. Suka lebam di tangan dan kaki. Kolesterol tinggi, darah cepat beku tapi sejak amalkan Omega Guard semua tu dah tak ada lagi. Doktor sampai uji keputusan darah kali ni nampak cantik berbanding 3 bulan lepas. Pesakit pun kita ceria dan bersemangat. Setiap kali jumpa pasti cerita tentang kesihatannya.” -Nor Linda-

.

omega guard shaklee

Bantu Kuruskan Badan

.

“Untuk slimming program saya lepas berpantang tahun lepas, Omega Guard in superb! Sangat banyak membantu. Berat degil tak mau turun sendiri. Set Slimming termasuk Omega ni dah ghaibkan 9kg lemak saya. Alhamdulillah. Mak2 yang nak kurus balik lepas beranak pinak sila wajibkan diri cuba ambil Omega dengan konsisten.” -Aeinna-

.

omega guard shaklee

Kenaikan Berat Badan Ibu Hamil Stabil

.

“First time makan Omega Guard masa pregnant anak ketiga tahun 2015 dalam Set Hamil Shaklee. Apa yang buat saya rasa paling berbeza adalah dari segi kenaikan berat badan. Dua orang anak sebelum ni (tak consume Shaklee lagi) dalam tempoh mengandung mesti berat badan naik 2kg dalam tempoh 2 minggu. Maka bising la nurse kat klinik kesihatan tu setiap kali check up. Mengandung anak ke-3 tu Alhamdulillah berat badan naik normal je.” -Rahayu-

 

Sebotol Omega Guard berharga retail RM136.25 (90 sofgel untuk pengambilan selama 30 hari). Nak harga lebih menjimatkan, boleh daftar ahli dengan segera. Automatik harga ahli dan dapat benefit-benefit jadi ahli yang lain.

.

Info Lanjut Berkaitan Minyak Ikan

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut produk kesihatan Shaklee.