Review Buku Kisah Haiwan Dalam Al-Quran

Review Buku Kisah Haiwan Dalam Al-Quran

kisah haiwan dalam al-quran

Kisah haiwan dalam Al-Quran

.

Ralit sungguh Achik dengan cerita-cerita dalam buku “24 Kisah Haiwan Berpandukan Al-Quran” ni.

Habis satu cerita, disuruhnya kita sambung next cerita and so on and so on. Sampai serakla suara Umi ni punya semangat bercerita dari mukasurat pertama sampai Umi surrender sebab tak dak suara dah haha.

Buku ni Ain jumpa kat Hasani Bookstore AEON Seberang Jaya baru ni. Masa tu nak beli buku latihan untuk Along. Dah tiba-tiba ternampak buku ni, tinggal sebuah ja plak tu, apa lagi, terus lah ambik!

Budak-budak, kalau cerita pasal haiwan memang depa suka. Mana-mana budak pun macam tu. Cerita-cerita dalam ni plak kisah benar. Banyak teladan & boleh mengajar budak-budak berfikir akan kekuasaan Allah. Bahasanya pun mudah faham. Setiap perkataan ditulis dengan warna yang berbeza untuk membezakan setiap sukukata. Sesuai sangat untuk anak-anak yang baru belajar mengeja dan membaca.

Setiap mukasurat juga berwarna-warni dengan gambar haiwan-haiwan yang berkaitan. Pandai orang yang hasilkan buku ni. Tak la budak membaca atau dengar cerita tapi tertidur kebosanan. Haha.

kisah haiwan dalam al-quran

Inilah bukunya. “24 Kisah Haiwan Berpandukan Al-Quran”. Disertakan sekali rujukan Surah dan ayat mana dalam Al-Quran. Ada yang direct ada yang indirect.

.

Kalau nak ikut panduan Islam dalam mendidik anak kecil, yang pertama bukan kena ajar ABC, 123, atau alif ba ta, atau solat atau puasa. Tapi ialah ajar anak-anak tentang aqidah. Tentang kekuasaan Tuhan Yang Satu. Salah satunya dengan cerita-cerita haiwan ni.

Contoh cerita pasal burung-burung yang seawal pagi dah keluar mencari rezeki, pasti akan bawa balik ulat untuk ‘baby’ burung kat sarang dia. Macam mana burung-burung ni tahu kat mana nak cari ulat? Semuanya dengan izin dan kekuasaan Allah.

Dan ada banyak lagi kisah haiwan lain, yang bila kita baca, kita pun “ooo betul betul”, “wah hebatnya Tuhan kita”…(Ain la tu hehe). Kiranya, bukan anak-anak ja yang belajar, kita pun tumpang belajar sama. Hehe.

Anak-anak ibarat kain putih. Kita yang pegang berus berwarna lah yang mencorakkannya. ❤️

Kisah haiwan dalam Al-Quran

Setiap kisah haiwan akan diakhiri dengan pengajaran. Ada beberapa pengajaran tu, kita yang dewasa ni baca pun rasa sentap.

Nak Anak Cepat Bercakap, Ikuti 10 Tips Ini

Nak Anak Cepat Bercakap, Ikuti 10 Tips Ini

anak cepat bercakap

Salah satu milestone penting bagi anak kecil ialah kebolehan mereka untuk bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain. Untuk merangsang anak kecil supaya cepat bercakap, ibu bapa dan penjaga haruslah bertindak sejak mereka kecil lagi.

Ibu bapa dan penjaga merupakan role model pertama bagi anak kecil. Kajian mendapati, ibu bapa yang kerap berkomunikasi dengan anak-anak kecil, apabila mereka lebih besar mempunyai kosa kata yang lebih luas dan grammer yang lebih baik.

Jadi, mari ikuti tips SIMPLE untuk berkomunikasi dengan anak kecil supaya mereka lebih cepat bercakap dan menguasai kosa kata yang lebih banyak.

.

10 Tips SIMPLE Untuk Merangsang Anak Cepat Bercakap

.

1# SENTIASA Bercakap Dengan Anak

.

Tips pertama ialah ibu bapa perlu SENTIASA bercakap dengan anak-anak. Seawal dari anak bangun pagi lagi, ibu bapa boleh terus bercakap dengan anak-anak.

Assalamualaikum sayang. Dah bangun tidur ya anak umi busuk ni? Jokita mandi.”

Pasti anak-anak bangun pagi dengan gembira disapa sebegini. Teruskan bercakap semasa dan selesai mandi contohnya:

Ok, kita mandi air suam ya. Air ni sejuk ke panas ke ok untuk adik? Wah, banyaknya sabun dia! Dah wangila anak umi ni. Meh kita pakai baju. Adik nak pakai baju yang mana hari ni?

Oh ya. Jangan syok sendiri pula. Bercakaplah dengan bertanyakan soalan supaya ada interaksi di situ. Sebutan pun pastikan sebiji-sebiji dan jelas untuk ‘ditangkap’ oleh telinga anak-anak.

Bagi bayi kecil pula, walaupun mereka nampak seperti tidak memahami percakapan kita, teruskan kerap bercakap dengan mereka juga.

.

anak cepat bercakap

Apa ingat saya tak faham ke apa yang mommy cakap tu?

.

2# Membaca Bersama Anak-anak

.

Anak yang masih kecil, boleh saja gunakan buku tebal dengan gambar berwarna-warni yang besar dan jelas. Warna-warni ini bukan sahaja membantu merangsang penglihatan anak-anak. Tetapi jika ada guide dari ibu bapa, anak akan dapat lebih dari itu.

Dengan hanya sebuah gambar yang berwarna-warni ini, anda boleh membacakan bermacam-macam untuk anak anda.

Sebagai contoh, sebuah gambar kapal terbang. Anda boleh ceritakan yang kepala kapal terbang itu berbentuk bulat. Di badan kapal terbang ada banyak tingkap kecil, dan di belakangnya pula ada kipas yang boleh berpusing dan membawanya terbang tinggi.

Ajak anak anda ulang apa yang anda sebutkan juga.

.

3# Buku Cerita

.

Selain gambar benda-benda, boleh juga anda gunakan buku cerita simple untuk anak yang lebih besar. Kebiasaannya, buku cerita haiwan menarik minat anak-anak.

Misalannya cerita sang kancil dan buaya, kucing dan anjing dan sebagainya.

Selepas beberapa kali membacakan cerita kepada anak anda, pasti mereka pula yang teruja untuk menceritakan kepada anda pula.

.

anak cepat bercakap

.

4# Musik

.

Anak-anak kecil pastinya sukakan musik dan menyanyi. Macam Ain sendiri, masa anak-anak kecil selalu pasangkan CD Barney and Friends dan tonton bersama mereka.

Terangkan kepada anak-anak apa yang diceritakan. Menyanyi bersama anak-anak membantu mereka menyebut perkataan dengan betul. Aktiviti menyanyi dan menari kan menggembirakan. Sambil bersukaria sambil belajar, sambil menyelam minum air.

.

5# Ketahui dan Sokong Minat Anak Anda

.

Jika anak ada seorang yang sangat menggemari kucing, selalulah bercerita tentang kucing. Beli buku-buku yang ada kucing dan sebagainya.

Sudah tentulah banyak perkara yang anak anda ingin bertanya dan ceritakan juga. Ini secara automatik akan merangsang anak cepat bercakap.

.

6# Berpada-pada Dengan Gajet

.

Sama ada televisyen atau gajet lain seperti komputer, American Academy of Pediatrics menyarankan, kanak-kanak di bawah usia 2 tahun TIDAK perlu langsung didedahkan dengan gajet.

Manakala bagi anak-anak 2 tahun ke atas, disarankan pendedahan kepada gajet maksimum 2 jam sahaja. Itu pun terhad kepada rancangan atau program yang berkualiti.

Televisyen TIDAK boleh berinteraksi dengan anak-anak. Permainan komputer pula kebanyakannya memang jenis interaktif tetapi TIDAK pula responsif. Jalan terbaik semestinya interaksi dan respon dari manusia (ibu bapa dan penjaga) kan?

.

7# JANGAN Sekali-kali Kritik Pelat Atau Gaya Percakapan Anak

.

Anak kecil yang kerap dikritik sebutan pelat dan gaya percakapannya, lama-kelamaan akan berasa rendah diri dan malu untuk bercakap.

Normal sahaja anak kecil yang baru belajar bercakap menghadapi kesukaran menyebut huruf atau perkataan tertentu seperti cucu (susu), matan (makan) dan lain-lain.

JANGAN kritik atau mentertawakan mereka walau anda rasa begitu kelakar sekali perkataan yang disebut itu.

Sebaiknya, ulang perkataan itu dengan sebutan yang betul dan jelas.

Bagi anak kecil yang baru mula bercakap pula, JANGAN pula ibu bapa yang mula memperkenalkan perkataan pelat kepada anak-anak. Yang paling kerap, ibu bapa mengajar anak menyebut susu sebagai “cucu”.

.

8# Puji Melambung-lambung Untuk Usaha Kecil Anak

.

Siapa lah yang tidak sukakan pujian kan?

Sebagai anak kecil yang sedang meneroka dan belajar, sudah tentulah mereka merasa bangga jika berjaya melakukan sesuatu. Begitu juga dengan percakapan mereka.

Anak yang pertama kali berjaya menyebut satu perkataan, contohnya, tepuk tangan kuat-kuat dengan penuh kegembiraan.

Dengan ini akan terus menggalakkan mereka terus berusaha untuk menyebut lebih banyak perkataan dan membuat ayat!

.

anak cepat bercakap

Amboi, sukanya dia dipuji! (Gambar Google)

.

9# Rawat Jangkitan Telinga

.

Jangkitan telinga ialah salah satu masalah yang kerap terjadi pada kanak-kanak.

Sekiranya anak anda diagnos jangkitan telinga, dapatkan rawatan segera dan ikut nasihat doktor (contohnya antibiotik perlu dihabiskan walaupun anak sudah rasa sihat). Pastikan juga jangkitan ini sembuh selepas selesai rawatan.

Telinga ialah satu-satunya organ yang berfungsi untuk mendengar. Gangguan kepada telinga merisikokan anak anda kepada gangguan pendengaran dan seterusnya melambatkan percakapan mereka.

.

10# Bawa Anak-anak Bercuti

.

Tempat-tempat percutian seperti zoo, akuarium, muzium kanak-kanak merupakan tempat ‘berehat’ anak-anak.

Memperkenalkan anak-anak kepada haiwan-haiwan di zoo, hidupan laut di akuarium dan lain-lain dapat memperkayakan kosa kata anak-anak. Ini juga menggalakkan anak berinteraksi secara aktif.

Bila pulang ke rumah pula, mestilah mereka akan teringat-ingat dan menceritakan semula kepada kawan-kawan atau atuk dan nenek.

Nah, kan mereka dah pandai berkomunikasi tu? =)

Mari kita lihat video sepasang twin sembang bukan main rancak lagi. Entah apa yang disembangkan pun tak paham. Hahaha.

. 

.

Kesimpulannya, rangsangan sejak dari kecil lagi sangat penting untuk menggalakkan anak kecil mula bercakap dan terus bercakap. Peranan paling penting of course dari ibu bapa atau penjaga yang merupakan orang paling rapat dengan anak-anak.

Anak-anak tanggungjawab kita kan? =)

Cara Daftar Anak Sekolah Rendah

Cara Daftar Anak Sekolah Rendah

cara daftar anak sekolah rendah

Tahun lepas kami dah daftarkan Humaira (anak pertama) ke sekolah rendah untuk tahun 2019.

Jadinya, tahun ni giliran untuk daftarkan si Khayla (anak kedua) pula untuk masuk sekolah rendah tahun 2020.

Kalau parents yang ada anak 4-5 tahun (lahir tahun 2012 dan 2013), dah kena get ready dan alert time bila dah boleh daftar anak sekolah rendah ni.

Nak daftar ni bukan lagi sebulan nak start sekolah rendah baru nak register tau.

Bukan macam masuk tadika. Hihihi…

Cara ini boleh digunakan untuk pendaftaran sekolah rendah seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan info yang Ain jumpa online).

Apa kriteria untuk daftar anak sekolah rendah tahun 2019/2020?

  1. anak lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013 (untuk persekolahan tahun 2019)
  2. lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 (untuk persekolahan tahun 2020)

.

Cara Daftar Anak Sekolah Rendah Secara Online

.

1# Layari laman web www.public.moe.gov.my untuk pendaftaran secara online.

Pengguna sedia ada (macam Ain pernah daftarkan Humaira tahun lepas), anda boleh terus ‘Daftar Masuk’ menggunakan nombor kad pengenalan anda.

Kalau tak ada akaun lagi, anda bolehlah klik pada ‘Pengguna Baru’ dan follow je step-step simple untuk sign up (rujuk gambar di bawah).

2# Klik ‘Sistem Pendaftaran Murid Tahun 1’.

3# Seterusnya klik ‘Permohonan Baru’

4# Semakan Semula

Selesai memasukkan butiran, anda akan di’log out‘ secara automatik.

Login semula.

Dan kali ini klik pada ‘Semakan Permohonan’ untuk memastikan nama anak anda berjaya didaftarkan.

Seterusnya, anda bolehlah berurusan dengan pihak pentadbiran sekolah yang ingin dipohon itu.

Macam tahun lepas masa nak daftarkan Humaira, pihak sekolah mintak beberapa salinan sijil lahir, kad pengenalan kami.

Lagi satu, boleh cuba Semakan Semula tadi lepas beberapa hari untuk print out 2 jenis borang (maklumat anak dan maklumat kesihatan).

Ini pun perlu diberi pada pihak sekolah yang ingin dipohon tu.

Itu sahaja.

Selamat mendaftar anak-anak ya parents semua. =)