Tulang Patah Tak Jadi Operate Asbab Ini
Asbab amalkan suplemen untuk tulang patah yang diberi, dah warded untuk operate tapi tak jadi sebab pakar kata tulang dan ok. Alhamdulillah. Terima kasih Nadiah Suhaidi (Ummi Shakleeku) kongsi cerita ini. Ini kisah benar makcik beliau.
“Nurul! Nurul kena cerita ni kat kawan-kawan tau! Busu dah warded dah ready nak kena operate dah tangan ni. Sekali datang result x-ray, doktor kata awak tak perlu operate! Awak boleh balik. Nanti kami bayar balik RM 3K yang awak dah bayar tu!”
Busu tanya, “Betul ke ni doktor? Saya tak percaya”.
Haritu doktor kata confirm kena operate masuk besi! Sebab Busu dah umur 49 tahun mesti tak cantum semula dah tulang tu! Kalau budak kecik bolehlah baik sendiri dia kata!
Busu tak puas hati, busu mintak jumpa pakar! Doktor kata, “Iya, betul awak tak perlu operate! Tulang awak dah cantum cantik elok dah!”
“Betul ni saya tak perlu operate, doc?”
“lya”.
Doktor kata, “Kalau operate, lagi banyak risiko infection semua. Tangan awak dah baik dah ni!”
Ya Allah terima kasih sangat Nurul bagi ‘ubat’ (vitamin Shaklee Ostematrix dan Zinc) tu kat Busu! Busu makan sebulan, anak Busu monitor Busu makan setiap hari tak miss. Di samping Busu banyak doa, sedekah juga niat nak cepat sembuh.
Nurul bagitahu kawan-kawan ye! Bagus sangat ‘ubat’ tu!”
Bergenang air mata Nad bila dapat call dari makcik Amir ni. Dahlah tengah makan. Nad dengar je makcik kami ni cerita dengan penuh teruja!
Beliau patah pergelangan tangan. Masa family members hantar video, sedih sangat tengok mukanya. Kesakitan! Tangan kena simen. Balik rumah, stress tak boleh buat kerja.
Makcik kami ni baik sangat orangnya. Syukur Alhamdulillah!! Tak perlu operate! Segalanya atas izin Allah.
Jimat kos operate RM 3K. Ostematrix (kalsium, magnesium, vitamin D) dan Zinc tu kosnya around RM 100 saja.
Terima kasih Allah!
.
Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium Sahaja
.
Ya. Kalsium merupakan bahan binaan utama untuk pembinaan tulang. Tetapi untuk pembinaan tulang yang cukup padat dan kuat, kita memerlukan lebih dari kalsium semata-mata.
Magnesium diperlukan sebagai ‘lori’ untuk mengangkut kalsium ke dalam tulang.
Vitamin D pula bertugas merangsang penyerapan kalsium di dalam usus.
Boron penting untuk metabolisma tulang.
Manakala zink, mangan dan kuprum bekerjasama mengaktifkan enzim-enzim yang terlibat dalam pembinaan tulang.
Semua ini diperlukan dalam masa yang sama untuk memastikan penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.
Sesuai sangat makcik Nad ni ambil Ostematrix kerana Ostematrix mengandungi semua ini untuk menyokong perbinaan tulang patah.
.
Zink Sebagai Suplemen Untuk Tulang Patah
.
Amnya, untuk kesihatan tulang zink berfungsi seperti berikut:
- merangsang enzim yang terlibat dalam pembinaan tulang
- menghalang kemerosotan tulang
- meningkatkan protein synthetase yang membantu melindungi tulang
- membantu menghasilkan sel-sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka
.
Dalam satu kajian, didapati kumpulan pesakit thalassemia yang diberi suplemen zink mempunyai kenaikan jisim tulang yang jauh lebih banyak berbanding kumpulan placebo. Pesakit thalassemia kebanyakannya mempunyai paras zink yang rendah, yang dikaitkan dengan jisim tulang yang rendah.
Antara sumber makanan yang kaya dengan zink ialah seperti tiram, ayam, asparagus, biji tembikai, daging merah, kacang almond, bayam, ikan salmon, biji labu dan dark chocolate.
.
Kelebihan Zinc Plus:
- Satu tablet (15mg zink) membekalkan 100% nilai harian yang diperlukan untuk zink
- Dirumuskan dengan zinc gluconate yang berasaskan tumbuhan, iaitu diekstrak dari fermentasi glukosa dari jagung,
- menjadikannya kurang rasa logam, pahit dan rasa pedar
- Kadar penyerapan yang tinggi (zinc gluconate ialah salah satu bentuk zink chelated terbaik. Ia lebih mudah diserap oleh badan)
- Cara ambil : sebiji setiap hari, 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan
.
Harga runcit sebotol Ostematrix dan sebotol Zinc Compex ialah RM117 tidak termasuk pos. Harga ahli pula tak sampai RM100 untuk kedua-duanya.
.
Suplemen Atau Susu Untuk Tulang Patah?
.
Ada juga yang bertanya, bagaimana pula jika ambil susu untuk tulang patah?
Adakah boleh membantu membina tulang yang sihat?
Jawapannya juga berdasarkan apa yang telah ditulis di atas. Semak kandungan susu yang ingin diambil sama ada cukup dengan kesemua nutrisi tadi.
Semak juga kandungan kalsium yang dibekalkan, adakah cukup untuk memenuhi keperluan harian anda. Jika ada masalah tulang patah, semestinya keperluan harian anda adalah lebih lagi.
.
Take Home Message
.
Ada banyak yang kita boleh dapat dari kisah ini:
- Apabila kita diuji dengn masalah kesihatan, carilah yang ahli – doktor – untuk mendapatkan diagnosis. Diagnosis akan menentukan rawatan yang sesuai (individualized untuk setiap pesakit)
- Nak ikhtiar dengan sesuatu yang lain, pada pendapat saya boleh saja asalkan tak memudaratkan. Beritahu doktor yang merawat sebagai menghormati ilmu yang dia ada dan boleh dapatkan pandangannya juga. Mana tahu, apa yang kita nak cuba itu boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Kita tak mahu ituterjadi!
- Penting juga untuk kita tahu dan faham betul-betul, bagaimana ‘rawatan’ lain yang kita nak cuba itu boleh bantu masalah yang kita ada.
- Jangan abaikan rawatan hospital atau klinik kerana kita sendiri tak suka atau tak mahu. Itu degil dan bodoh sombong namanya. Kelak boleh memudaratkan diri sendiri juga. Kalau tak puas hati dengan konsultasi dan rawatan yang dicadangkan, no harm if nak dapatkan second opinion (or opinions ke berapa pun). Our health, our responsibility.
Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.
Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!
Bertindak segera untuk Ain bantu.