Vitamin Budak Kegemaran Anak-anak

Vitamin Budak Kegemaran Anak-anak

Sedang mencari vitamin budak yang sesuai untuk anak yang makan tak menentu? Tak tahulah apa yang masuk dalam perut mereka hari-hari sampai naik risau dibuatnya?

Kanak-kanak ialah fasa tumbesaran dan perkembangan otak yang memerlukan nutrisi harian secukupnya. Kekurangan nutrisi boleh memberi impak negatif terhadap anak-anak.

Antaranya:

  • masalah makan memilih (picky eater)
  • berat badan susah naik atau terlalu gemuk dan obes
  • kerap sakit sehingga terganggu pertumbuhan
  • bila tak sihat pula, ambil masa yang lama untuk kembali sihat
  • sangat mudah berjangkit dengan orang lain yang tidak sihat
  • ada masalah pencernaan dan sembelit
  • dan ain-lain lagi.

.

Kenapa Meal Shakes Vitamin Budak Yang Baik Untuk Anak-anak?

.

  1. Mengandungi 19 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan anak-anak.
  2. Diperkaya dengan protein dan 9 asid amino ‘perlu’ (tidak boleh dihasilkan badan dan diperlukan dari diet) untuk menyokong pertumbuhan anak-anak.
  3. Juga diperkaya dengan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat, serta kaya dengan serat yang membantu pencernaan yang baik.
  4. Setiap hidangan Meal Shakes yang dibancuh dengan susu rendah lemak membekalkan 240kcal tenaga.
  5. Mempunyai kandungan lemak dan indeks glisemik yang rendah, jadi sangat sesuai untuk membantu membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang yang lebih berpanjangan untuk anak-anak terutamanya yang bermasalah berat badan berlebihan dan obes.

.

Apa Kata Ibu Bapa Yang Dah Beri Meal Shakes Kepada Anak Mereka?

.

“Salam semua. Rasanya belum terlambat untuk saya kongsi bersama anda semua. Hari ni saya nak kongsi tentang Meal Shakes. Alhamdulillah setelah sebulan menggunakan Meal Shakes, anak saya jarang dijangkiti selesema, batuk dan demam. Boleh dikatakan setiap bulan mesti anak saya akan sakit. Setiap kali pergi check-up mesti nurse akan kata anak saya antibodi tak kuat.

Sebenarnya, Meal Shakes adalah produk yang keempat saya guna untuk anak saya. Sebelum ni macam-macam yang saya guna tapi tak jalan. Tapi setelah diperkenalkan oleh Mommy Farah Shaklee, saya nekad untuk mencuba. Dan sekarang hasilnya memang amat memuaskan hati. Meal Shakes memang terbaik. Cubalah Meal Shakes bagi yang belum cuba. Tak rugi anda mencuba untuk kesihatan anak anda.”

.

“Nak kasi testimoni anak. Adam almost dah consume Meal Shakes around 2 minggu lebih. Minggu first tak ada apa progress. Masuk minggu kedua saya dah mula perasan, selesema Adam makin lama makin tak ada. Sekarang memang dah tak ada langsung. Batuk pun dah baik, cuma kadang-kadang je dia batuk sikit-sikit.

Then, yang paling saya suka time makan. Selera dia makin bertambah. Dulu nak habiskan 90ml susu pun susah. Dah setahun tapi masih minum 90ml jer sedangkan budak-budak lain seusia dia minum around 180ml and more lagi. Once, dah pernah susu 120ml habis, bubur semangkuk habis, then puding 4 ketul. Semalam dah makan bubur habis semangkuk. Then, continue telur goreng mata sebiji. Ditambah lagi susu 120ml 2 kali sebelum tidur.

My parents and parents in-law ada cakap, my son badan nampak berisi sikit berbanding dulu. Alhamdulillah. Saya akan teruskan lagi sampai dia besar.”

.

Meal Shakes Juga Membantu Masalah Sembelit Kanak-kanak Kerana Diperkaya Dengan Serat

.

“So far, dia minum Meal Shakes, saya campurkan dalam susu. Tapi lama sikitlah dia minum sebab lain rasa agaknya. Alhamdulillah dah tak sembelit lagi. Dah lawas dah. Tapi cair sikit kadang-kadang.”

.

“Salam Aimi. Saya nak bagitau sembelit anak saya dah ok dah. Alhamdulillah sekarang ni pagi-pagi dia dah membuang. Dah tak sekeras macam selalu, tak sedikit macam dulu. Sekarang ni boleh dikatakan penuh jugalah pampers dia. Thank you banyak-banyak.”

.

Harga runcit untuk satu tong Meal Shakes 544gram ialah RM120. Dan sudah pasti harga ahli lebih menjimatkan.

Selain Meal Shakes, kita juga mempunyai Vitalea for Children (multivitamin) dan Chewable C Plus (vitamin C) yang diformulasi khas untuk kanak-kanak.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee

Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee

Antara semua suplemen kesihatan Shaklee, kita ada suplemen dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh iaitu Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee. Mesti anda tertanya-tanya, apakah perbezaan ketiga-tiga “susu” ini.

Mari kita pergi kepada satu per satu kriteria perbezaan antara ketiga-tiganya.

cinch dan esp shaklee

.

PERBEZAAN ANTARA MEAL SHAKES, CINCH DAN ESP SHAKLEE

.

1# Apakah Ia?

.

Meal Shakes ialah suplemen multivitamin yang dihasilkan untuk kanak-kanak yang memberi hidangan enak dan berkhasiat. Ianya mengandungi protein dan serat untuk membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Walaupun direka untuk kanak-kanak, orang dewasa pun sesuai mengambilnya, kerana rasa vanila Perancisnya sungguh sedap.

Cinch Shake pula merupakan pengganti makanan berkhasiat yang mengandungi leusin untuk mengekalkan otot ketika lemak dipecahkan. Baik sangat diambil oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa perlu berlapar dan tanpa ‘rebound’. Ia juga memastikan anda mendapat nutrisi sihat yang diperlukan.

Terdapat tiga pilihan perasa Cinch Shake iaitu coklat,vanila dan caffe latte.

ESP, nama penuhnya ialah Energizing Soy Protein. Diformulasi untuk memberi anda tenaga berkekalan dengan protein soya untuk stamina yang lebih tinggi supaya anda boleh melakukan lebih banyak lagi dalam sehari!

Peminat soya asli pasti sukakan rasa vanilanya yang sungguh sedap.

cinch dan esp shaklee

.

2# Siapa Yang Memerlukan?

.

Meal Shakes diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja yang aktif. Ia juga merupakan makanan tambahan yang hebat semasa berpuasa.

Cinch Shake pula semestinya pilihan anda yang ingin menurunkan berat badan berlebihan dan menguruskan berat badan secara efektif.

ESP pula untuk sesiapa yang mahukan lebih tenaga, mengekalkan berat badan yang sihat, kulit dan rambut yang lebih baik, otot yang kuat, ibu mengandung dan menyusu dan serta banyak lagi!

.

3# Kandungan Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee?

.

Setiap hidangan Meal Shakes (1 scoop Shaklee) membekalkan nutrisi berikut:

  • 125kcal tenaga
  • 23 gram karbohidrat
  • 7 gram protein
  • 0.5 gram lemak

Meal Shakes juga mengandungi serat makanan dan 19 jenis vitamin dan mineral seperti vitamin A, B1, B2, B3, B6, B9, B12, C, D3, E, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, zink, selenium, natrium dan kalium.

Bagi Cinch Shake pula, setiap hidangan (2 scoop Shaklee) menyediakan:

  • 180kcal tenaga
  • 23 gam karbohidrat
  • 16 gram protein
  • 3 gram lemak

Selain itu, terdapat juga vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C, D3, E, kalsium, zat besi, fosforus, magnesium, zink, selenium, tembaga, mangan, natrium dan kalium.

Dan di dalam ESP pula, setiap hidangan (1 scoop Shaklee) membekalkan:

  • 110kcal tenaga
  • 10 gram karbohidrat
  • 14 gram protein
  • 1 gram lemak

Nutrisi lain dalam ESP ialah vitamin B1, B2, B3, B5, B6, fosforus, kalsium, natrium dan zat besi.

meal shakes, cinch dan esp shaklee

.

4# Waktu Makan Yang Sesuai

.

Meal Shakes sesuai diambil sebagai sarapan lazat untuk anak-anak anda. Dan sebagai alternatif hebat untuk makanan ringan yang tidak sihat.

Cinch Shake pula, boleh diambil sebagai pengganti makanan (meal replacement) untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. “Pengganti makanan” bermaksud, anda tidak perlu lagi memakan makanan berat lagi kerana nutrisi dalam Cinch cukup untuk membekalkan nutrisi yang anda perlukan.

Kalau anda juga suka mengunyap makanan ringan yang tidak berkhasiat, boleh juga mengambil Cinch Shake yang memberi rasa kenyang lebih lama. Kata nak kurus kan?

Berbeza dengan Cinch Shake, ESP boleh diambil pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan dan keadaan masing-masing. Ada dihuraikan dalam entri Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Mengambil ESP?

.

5# Petua Lain

.

Selain perbezaan di atas, anda boleh mencuba ESP jika mengalami ketidakselesaan kerana perut berasid.

Anda juga boleh cuba tambahkan sayur-sayuran untuk meningkatkan nutrien tambahan di dalam Cinch Shake.

Atau boleh juga anda campurkan Meal Shakes dengan buah-buahan yang berbeza untuk menambah kepelbagaian mengikut selera anak-anak anda.

cinch dan esp shaklee

Macam mana, sekarang sudah jelas kan perbandingan antara ketiga-tiga suplemen “susu” ini?

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Ain segera!

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke Seluruh Malaysia Termasuk Sabah & Sarawak

Anak Picky Eater – Apa Tindakan Anda?

Anak Picky Eater – Apa Tindakan Anda?

anak picky eater

“Anak saya ni apa pun tak mau makan. Nak minum susu botol je. Sehari sampai 4-5 botol minum. Nasi pun 2-3 suap je pastu tak nak dah.”

“Saya dah cuba bagi anak macam-macam tapi semua diluahkan semula. Dia tak nak makan lah doktor. Apa perlu saya buat ya?”

Demikianlah dilema ibu-ibu atau bapa-bapa dengan kerenah anak-anak yang picky eater. Bukan main memilih makanan – yang merapu macam biskut, coklat, jajan dan aiskrim bukan main laju lagi. Tapi kalau nasi berlauk pandang pun tak mahu.

Jangan cepat mengeluh ibu bapa sekalian. Pertama kita cari dulu apa punca anak picky eater.

Berdasarkan kajian, kebanyakan punca anak-anak makan memilih ialah ibu bapa sendiri!

Wah, macam mana pulak tu kan?

Sejak kecil lagi, ibu bapa lah yang pertama-tamanya memperkenalkan makanan dan minuman kepada anak-anak. Membesarkan anak ini, memerlukan ilmu sepanjang hayat. Ada kalanya kita rasa buntu tak tahu apa nak buat untuk kebaikan anak-anak. Macam tu juga dengan pemakanan anak-anak.

Anak-anak TIDAK PERNAH terus tahu jenis-jenis makanan dan minuman yang ada, sehinggalah anda memperkenalkannya.

Mari kita tengok satu-persatu apa ‘kesalahan‘ kita sebagai ibu bapa yang menyebabkan anak jadi seorang picky eater.

.

1# Kita Sendiri Adalah Contoh Tak Baik Untuk Anak-anak

Anak-anak ibarat kain putih yang bersih tanpa kekotoran dan apa-apa warna. Kitalah yang mencorakkan kain putih ini.

Kalau di mulut suruh anak makan itu ini, tapi di ‘belakang tabir’ kita sendiri makan fast food, minum air bergas dan sebagainya, dah macam mana tu?

Pulak tu, buatnya anak-anak ternampak plastik atau kotak fast food, ditanya pula mana untuk mereka?

Jadi, untuk mengubah tabiat pemakanan anak-anak, kita kenalah ubah dulu diri kita

sendiri. Jadilah contoh yang baik untuk anak-anak.

Sebab itu dikatakan, punca penyakit ‘keturunan’ (contoh kencing manis, darah tinggi) ialah apa yang diperturunkan kepada anak-anak (cara pemakanan dan gaya hidup tak sihat). Mak ayah suka makan manis, anak-anak pun turut sama makan minum manis berlebihan. Macam mana la tak ‘mewarisi’ penyakit kencing manis tu.

So, nak anak anda tak makan memilih, anda sendiri perlu mengubah diri untuk makan semua benda berkhasiat. Tak nak anak-anak anda suka makan fast food yang boleh memudaratkan, elakkan diri sendiri suka makan fast food juga. Gitewww…

Fikirkan semua. Perubahan yang bakal anda lakukan adalah demi anak-anak yang utamanya. Anda pula automatik akan sihat juga secara tidak langsung. 🙂

.

anak picky eater

.

2# Anak-anak Lebih Gemarkan Snek

Dah siapa yang bagi anak-anak snek tu? Mereka sendirikah yang membeli atau meminta dari kedai?

Mestilah anda yang beri sebab kasihankan anak tak nak makan nasi!

Memberi anak-anak snek yang tinggi kandungan garam dan MSG boleh mengganggu perut anak-anak, menyebabkan ketagihan terhadap snek ini, dan menolak makanan berkhasiat dan lebih mengenyangkan, menjadikan mereka picky eater.

Anda yang beri, kemudian anda yang katakan anak anda makan memiih?

Lepas tu anda pula merungut berat anak tak naik-naik, saiz badan pun kecil berbanding kanak-kanak lain, setiap bulan pula asyik demam dan mudah jatuh sakit.

Ingat ya. Ibu bapa lah yang sepatutnya menentukan apa makanan atau minuman yang diberi kepada anak-anak. Bukan mereka yang tentukan apa yang mereka mahu makan atau minum.

Bertegas untuk kebaikan tidak pernah salah!

anak picky eater

Anak picky eater bukan alasan untuk anda beri makanan yang bukan-bukan kepada mereka.

.

3# Anak Tertekan

Boleh jadi juga anak anda tertekan kerana anda terlalu memaksa anak-anak anda makan.

Bila tiba masa makan, tidak perlu letakkan amaun makanan yang banyak untuk perut anak yang kecil. Berilah peluang anak-anak berfikir positif.

“Nasi ni sikit je pun. Mesti boleh habis punyalah”

Kata-kata semasa anak-anak sedang makan juga penting. Cubalah memuji melambung-lambung jika anak anda berjaya habiskan sesuatu.

Contoh, anak hanya makan ikan sahaja, tetapi tidak menghabiskan nasi. Puji sahaja dengan mengatakan contohnya, “wah, bagusnya adik habiskan ikan. Patutlah adik kuat. Tapi kalau dihabiskan nasi juga mesti lagi kuat dan sihat.”

Usaha untuk menjayakan sesuatu tak semestinya akan berjaya dengan cubaan pertama, kedua atau ketiga.

Anda sebagai ibu bapa perlu teruskan usaha dan terus bersabar dengan berdoa yang akhirnya pasti akan membuahkan hasil. Yang penting, anda terus mencuba.

.

4# Anda Paksa Anak-anak Makan

Ya. Memang anda mengharapkan anak-anak suka makan sayur dan buah. Tetapi dalam masa yang sama anak anda tak macam tu!

Akhirnya, anda naik berang dan paksa anak-anak makan makanan yang anda mahukan.

Kalau begitu apa kata anda pula yang dipaksa makan semua itu? Mestilah anda pun tak suka dipaksa kan?

So, berilah peluang untuk anak memilih. Kalau pilihannya tidak baik, jelaskan kenapa tak baik. Cadangkan juga kenapa makanan itu ini pula yang bagus.

Kata-kata yang diulang berkali-kali akan lebih mengaktifkan minda separa sedar anak-anak. Sebagai ibu bapa juga, sentiasa ingat yang anda perlu terus berfikiran positif.

anak picky eater

Nak menangani anak picky eater bukan sesuatu yang mudah. Ibu bapa memainkan peranan terpenting dalam hal ini.

.

Jadi…Apa Yang Anda Boleh Buat?

Tips-tips ini adalah untuk yang baru hendak memperkenalkan makanan kepada bayi contohnya yang berusia 6 bulan ke atas.

Mula-mula, bertenang dan katakan pada diri anda yang memperkenalkan makanan kepada bayi adalah suatu perkara baru. Perkara baru memerlukan masa dan that’s ok.

Anda boleh cuba makanan dengan perasa yang sama sekurang-kurangnya 15 kali untuk merangsang deria rasa bayi. Sebagai contoh, berikan bayi anda puri kentang sebanyak paling kurang 15 kali supaya bayi lebih biasa dengan rasa kentang itu dan menerimanya.

Ni ramai saja ibu bapa yang bila ditanya berapa kali dah mencuba bagi anak-anak makan? Kata mereka baru cuba 3-4 kali…

Selain itu, cuba flashback semula, masa anda beri bayi anda makan. Adakah selepas menyusu (atau minum susu)? Kalau bayi anda menolak makanan, kemungkinan juga bayi anda tak berasa lapar lagi.

Boleh juga cuba mencampurkan dengan makanan atau minuman lain yang memang mereka suka. Contohnya ialah mencampurkan jus oren segar bersama susu yang mereka minum.

meal shakes shaklee

Meal Shakes suplemen multivitamin untuk kanak-kanak yang tinggi serat dan membantu melengkapkan nutrisi harian anak anda.

.

Akhir kata, teruskan berusaha, teruskan mencuba dan teruskan berdoa. Siapa lagi nak pastikan kebaikan untuk anak-anak kalau bukan kita sebagai ibu bapa?

Sebelum meletakkan noktah pada entri ini, Ain mohon maaf kalau ada terkasar bahasa terguris perasaan. Ain juga seorang ibu, seorang manusia biasa yang banyak membuat silap.

Tapi Ain pasti, kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan? 🙂