50 Jawapan Nutritionist Tentang ESP Shaklee

50 Jawapan Nutritionist Tentang ESP Shaklee

Berikut ialah 50 soal jawab tentang ESP Shaklee bersama pakar nutrisi Shaklee (nutritionist).

tentang esp shaklee

ESP Shaklee merupakan minuman dengan protein berkualiti lengkap dengan kesemua asid amino ‘perlu’ yang tidak boleh dihasilkan badan. Antara manfaat ESP ialah seperti di dalam gambar ini.

.

1) Apakah maksud soya non-GMO

Non-GMO ialah singkatan bagi non-genetically modified organism, bermaksud yang tidak diubah genetiknya. Maknanya, kacang soya ESP adalah bahan organik dan tiada hormon tambahan. Jadi dapat diserap oleh badan dengan sempurna.

.

2) Bagaimana isoflavon kacang soya menyerupai hormon wanita?

Kerana molekulnya. Tetapi, tindakbalas tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan berbanding fitoestrogen isoflavon.

.

3) Bagaimana ESP membantu wanita mengandung?

ESP menyediakan protein berkualiti tinggi dan serat. Ini membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

.

4) Bagaimana pula ESP membantu wanita yang ingin hamil?

Protein diperlukan untuk memperbaharui sel-sel, termasuk hormon-hormon kesuburan dan sel-sel dalam sistem pembiakan. ESP menyediakan protein berkualiti tinggi yang diperlukan badan.

.

5) Soya tidak baik untuk lelaki – fakta atau auta?

Setakat ini tiada kajian sahih yang membuktikan, yang soya tidak boleh diambil oleh lelaki.

.

6) Bagaimana untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai alahan terhadap kekacang, kerana ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik kepada soya sehingga selepas pembelian ESP.

Sebaiknya pemeriksaan darah dibuat di klink atau hospital untuk mengesan alahan terhadap sesuatu makanan.

.

7) Dari segi perbidanan Melayu, dikatakan soya menyebabkan urat sejuk dan kembang kerana ia dikategorikan di dalam kumpulan kekacang. Sejauh mana kebenarannya?

Tiada kajian sahih yang membuktikan soya penyebab ‘urat sejuk’ dan ‘kembang’.

.

8) Berapa sudu ‘dos’ harian ESP? Ada yang kata 3 sudu besar, ada yang kata 6 sudu besar. Adakah memudaratkan jika melebihi kuantiti?

Sukatan yang disarankan ialah 3 sudu besar setiap hari. Ini bersamaan dengan 14gram protein. Secara puratanya, kebanyakan individu memerlukan 50-60gram protein setiap hari. Jadi, mereka yang mengamalkan pemakanan sihat dan ditambah dengan satu hidangan ESP sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan protein harian.

.

9) Kenapa ambil ESP boleh menaikkan berat badan dan kenapa ada yang ambil untuk kurus?

Pengawalan berat badan perlukan diseimbangkan dengan pemakanan, senaman dan suplemen berkesan.

Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan suplemen tanpa kawalan makanan dan senaman, ini akan membantutkan program kurusnya dan boleh menyebabkan berat badan naik. Juga perlu minum banyak air kosong agar proses penyerapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik.

.

10) Untuk yang nak berdiet, macam mana dengan pengambilan ESP dan bila waktunya untuk minum ESP?

Boleh diambil sebagai ‘meal replacement‘ pada waktu pagi, 3 jam selepas sarapan atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan sarapan dan makan malam dikawal).

.

Salah satu yang istimewa tentang ESP Shaklee ialah nilai GI nya yang rendah!

tentang esp shaklee

Salah satu yang istimewa tentang ESP Shaklee ialah indeks glisemiknya di dalam kategori rendah, iaitu 39 sahaja. Makanan dengan nilai GI yang rendah membekalkan tenaga berpanjangan dan memberi rasa kenyang lebih lama kerana glukosa dilepaskan perlahan-lahan. Sesuai sangat buat minuman ‘wajib’ untuk mereka yang sedang berdiet!

.

11) ESP tidak boleh diambil bersama suplemen Shaklee yang lain?

Boleh, tiada masalah.

.

12) Ada mitos mengatakan soya tidak bagus untuk kesihatan lelaki dan wanita. Ada juga yang mengatakan soya penyebab kulit bayi sensitif.

Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan. Malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.

.

13) Soya tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (“makanan” sel kanser). Betul ke?

Soya dari sumber non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak membahayakan. Soya ini juga telah dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam.

.

14) Bolehkah ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang manjalani dialisis?

Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor dahulu.

.

15) ESP penyebab ruam bayi?

Tidak.

.

16) Adakah ESP boleh menyebabkan tulang lemah? Jika ibu hamil mengambil ESP, adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?

Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan ibu mengambil Ostematrix juga untuk menampung keperluan kalsium semasa mengandung.

.

17) Bolehkah wanita yang bermasalah fibroid dan cyst mengamalkan produk berasaskan soya seperti ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik sumber protein untuk mereka?

Digalakkan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen. Walau bagaimanapun, soya bukan penyebab masalah cyst.

.

18) Ibu yang menyusukan bayi yang ada masalah G6PD, bolehkah dia mengambil ESP selama tempoh menyusu itu? Ada kesan sampingan pada bayi?

Tidak digalakkan, kecual dengan kebenaran doktor.

.

19) Orang yang bermasalah gout boleh ambil ESP?

Boleh.

.

20) Ibu menyusu yang mengambil ESP, adakah akan memberi kesan ke atas berat badan bayi? Boleh bertambah atau sebaliknya?

Bergantung kepada pemakanan ibu dan anak.

tentang esp shaklee

Teruja baca feedback Puan Aeinna ni. Ibu hamil DAN menyusu dalam masa yang sama, pun boleh berpuasa penuh Alhamdulillah. Patutlah ramai ibu suka bertanya tentang ESP Shaklee dan nak cuba. Baca juga Koleksi Testimoni ESP untuk feedback lebih ramai penggemar ESP Shaklee.

.

21) Cara pengambilan ESP untuk membantu menaikkan berat badan?

ESP menyediakan kandungan asid amino lengkap kepada tubuh badan Dan ia dapat membantu penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempeungaruhi berat badan.

.

22) Cara makan ESP untuk mengelak kenaikan berat badan?

Rujuk jawapan untuk soalan 10).

.

23) Benarkah di awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran?

Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatkan hormon.

.

24) Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukan apabila sudah tidak diambil lagi?

Tidak. Rujuk jawapan kepada soalan 9).

.

25) Apa kaitan ESP boleh putihkan kulit?

ESP ialah protein, asas untuk pembinaan sel. Apabila sel sihat, organ akan sihat, sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, akan memberi kesan positif kepada kulit.

.

26) Kanak-kanak boleh consume ESP tak? Kalau boleh, berapa sukatannya?

Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Meal Shakes.

.

27) Sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabetes?

Seperti biasa. 1 hingga 2 kali sehari.

.

28) Apa bukti soya ESP adalah non-GMO?

ESP dihasilkan di bawah Identity Preservation Program (IPP). di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga proses pemprosesan. Ia adalah pihak ketiga yang memastikan produk ESP adalah nOn-GMO.

.

29) Pengambilan ESP dikatakan membantu kenyang lebih lama. Tetapi mengapa ada yang selepas sajam dua dah mula lapar? Adakah terdapat kesilapan di dalam cara pengambilan?

Pengambilan ESP adalah sebanyak 3 sudu besar bersamaan dengan 14gram protein (105kcal).

Proses penyerapan protein setiap individu adalah berbeza, sekitar 509g setiap jam. Jadi, dalam masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu tersebut hanya mengambil ESP sahaja.

Dinasihatkan makan juga pada kalori rendah dengan ditambah ESP.

.

30) ESP dikatakan baik untuk pesakit gastrik. Kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mengandungi kalsium?

Ya betul. ESP mempunyai kalsium 500g bagi setiap hidangan (50% daripada saranan keperluan harian).

tentang esp shaklee

Selain asid amino ‘perlu’, ESP Shaklee juga mengandungi banyak nutrisi lain seperti kalsium, zat besi, lemak ‘baik’ dan sebagainya.

.

31) Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita menopaus?

Wanita menopaus adalah disebabkan paras hormon estrogen turun mendadak. Soya mengandungi isoflavon, dapat membantu mengawal penurunan hormon ini.

,

32) ESP yang sudah expired kerana jarang diambil, adakah masih boleh diminum?

Disarankan tidak minum ESP selepas expired date.

.

33) Betulkah kesesuaian ESP adalah mengikut jenis darah? Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?

Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh yang membuktikan ini.

.

34) Benarkah ESP tidak boleh diambil oleh pesakit cyst kerana kandungan soya dalam ESP?

Soya bukan penyebab cyst. Tetapi pesakit cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa suplemen.

.

35) Ibu menyusu yang tiada eczema, akan menyebabkan bayi yang disusukan itu mempunyai eczema sekiranya ibu tadi mengambil ESP. Benarkah?

Tidak. Kecuali bayi tersebut mempunyai alahan kepada soya. Kebarangkalian adaah rendah.

.

36) Adakah ESP mengandungi soy isoflavone yang menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?

Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi ia tidak akan mengganggu paras hormon dalam badan.

.

37) Betul ke ambil ESP berlebihan boleh merosakkan buah pinggang?

Kerosakan buah pinggang bukan disebabkan faktor pengambilan soya. Tetapi dari pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan dalam badan.

.

38) Siapa yang memang tidak boleh mengambil soya?

Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu. Bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit kronik.

.

39) Sukatan pengambilan ESP sehari untuk ibu hamil dan menyusu?

Disarankan ambil 3 sudu besar minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu besar mengikut keperluan.

.

40) Adakah kegatalan badan selepas mengambil ESP adalah “healing crisis” atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasanya jika healing crisis?

Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air kosong. Dan sebaiknya buat pemeriksaan untuk mengenalpasti tahap alahan terhadap makanan.

Rujuk entri Koleksi Cara Bancuh ESP Shaklee Sedap Untuk Dicuba, untuk pelbagai resepi bancuhan selain minum ia begitu sahaja.

.

41) Betul ke ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan untuk dapatkan kulit cerah?

ESP bukan ubat. Ia bertindak dengan membina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem tubuh badan akan sihat. Selain itu, boleh ambil vitamin C, E dan Collagen Powder untuk kesihatan kulit.

.

42) Kenapa ESP ada berasa pahit?

ESP tidak pahit. Sila laporkan kepada pihak Shaklee jika ada sebarang keraguan. (Email ke customerinquiry@shaklee.com)

.

43) Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, demam panas?

Bergantung kepada individu. Tiada masalah setakat ini sejak ESP diperkenalkan pada tahun 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk mendapatkan rawatan dari doktor.

.

44) Adakah ESP boleh diambil oleh pesakit yang disyaki mengalami denggi?

Boleh, tiada masalah. Dalam masa yang sama, pesakit disarankan minum air secukupnya juga.

.

45) Pesakit psoriasis perlukah mengambil ESP dan apakah kebaikannya untuk pesakit?

Untuk masalah autoimun, sila dapatkan nasihat doktor.

.

46) Kenapa selepas minum ESP, ada orang yang rasa bloated dan ‘berangin’?

Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul dan cukupkan pengambilan air kosong.

.

47) Jika ibu hamil yang memang mengambil ESP dari sebelum hamil lagi, tetapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu mengambil ESP lagi, ada cara minum yang lebih sesuai tak?

Boleh cuba mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.

.

48) Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser mengambil ESP?

Boleh, atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan apa-apa suplemen.

.

49) Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?

Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisis-nya. Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun, penerimaan setiap individu kesannya berbeza mengikut tahap kesihatan masing-masing.

.

50) Abang saya ada asthma. Ambil ESP terus trigger asthma.

Kemungkinan abang anda ada masalah alahan pada makanan tertentu juga. Sila buat pemeriksaan dokor terlebih dahulu.

Nak tahu lebih lanjut tentang ESP Shaklee kegemaran ramai ini?

Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee

Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee

Antara semua suplemen kesihatan Shaklee, kita ada suplemen dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh iaitu Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee. Mesti anda tertanya-tanya, apakah perbezaan ketiga-tiga “susu” ini.

Mari kita pergi kepada satu per satu kriteria perbezaan antara ketiga-tiganya.

cinch dan esp shaklee

.

PERBEZAAN ANTARA MEAL SHAKES, CINCH DAN ESP SHAKLEE

.

1# Apakah Ia?

.

Meal Shakes ialah suplemen multivitamin yang dihasilkan untuk kanak-kanak yang memberi hidangan enak dan berkhasiat. Ianya mengandungi protein dan serat untuk membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Walaupun direka untuk kanak-kanak, orang dewasa pun sesuai mengambilnya, kerana rasa vanila Perancisnya sungguh sedap.

Cinch Shake pula merupakan pengganti makanan berkhasiat yang mengandungi leusin untuk mengekalkan otot ketika lemak dipecahkan. Baik sangat diambil oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa perlu berlapar dan tanpa ‘rebound’. Ia juga memastikan anda mendapat nutrisi sihat yang diperlukan.

Terdapat tiga pilihan perasa Cinch Shake iaitu coklat,vanila dan caffe latte.

ESP, nama penuhnya ialah Energizing Soy Protein. Diformulasi untuk memberi anda tenaga berkekalan dengan protein soya untuk stamina yang lebih tinggi supaya anda boleh melakukan lebih banyak lagi dalam sehari!

Peminat soya asli pasti sukakan rasa vanilanya yang sungguh sedap.

cinch dan esp shaklee

.

2# Siapa Yang Memerlukan?

.

Meal Shakes diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja yang aktif. Ia juga merupakan makanan tambahan yang hebat semasa berpuasa.

Cinch Shake pula semestinya pilihan anda yang ingin menurunkan berat badan berlebihan dan menguruskan berat badan secara efektif.

ESP pula untuk sesiapa yang mahukan lebih tenaga, mengekalkan berat badan yang sihat, kulit dan rambut yang lebih baik, otot yang kuat, ibu mengandung dan menyusu dan serta banyak lagi!

.

3# KandunganĀ Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee?

.

Setiap hidangan Meal Shakes (1 scoop Shaklee) membekalkan nutrisi berikut:

  • 125kcal tenaga
  • 23 gram karbohidrat
  • 7 gram protein
  • 0.5 gram lemak

Meal Shakes juga mengandungi serat makanan dan 19 jenis vitamin dan mineral seperti vitamin A, B1, B2, B3, B6, B9, B12, C, D3, E, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, zink, selenium, natrium dan kalium.

Bagi Cinch Shake pula, setiap hidangan (2 scoop Shaklee) menyediakan:

  • 180kcal tenaga
  • 23 gam karbohidrat
  • 16 gram protein
  • 3 gram lemak

Selain itu, terdapat juga vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C, D3, E, kalsium, zat besi, fosforus, magnesium, zink, selenium, tembaga, mangan, natrium dan kalium.

Dan di dalam ESP pula, setiap hidangan (1 scoop Shaklee) membekalkan:

  • 110kcal tenaga
  • 10 gram karbohidrat
  • 14 gram protein
  • 1 gram lemak

Nutrisi lain dalam ESP ialah vitamin B1, B2, B3, B5, B6, fosforus, kalsium, natrium dan zat besi.

meal shakes, cinch dan esp shaklee

.

4# Waktu Makan Yang Sesuai

.

Meal Shakes sesuai diambil sebagai sarapan lazat untuk anak-anak anda. Dan sebagai alternatif hebat untuk makanan ringan yang tidak sihat.

Cinch Shake pula, boleh diambil sebagai pengganti makanan (meal replacement) untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. “Pengganti makanan” bermaksud, anda tidak perlu lagi memakan makanan berat lagi kerana nutrisi dalam Cinch cukup untuk membekalkan nutrisi yang anda perlukan.

Kalau anda juga suka mengunyap makanan ringan yang tidak berkhasiat, boleh juga mengambil Cinch Shake yang memberi rasa kenyang lebih lama. Kata nak kurus kan?

Berbeza dengan Cinch Shake, ESP boleh diambil pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan dan keadaan masing-masing. Ada dihuraikan dalam entri Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Mengambil ESP?

.

5# Petua Lain

.

Selain perbezaan di atas, anda boleh mencuba ESP jika mengalami ketidakselesaan kerana perut berasid.

Anda juga boleh cuba tambahkan sayur-sayuran untuk meningkatkan nutrien tambahan di dalam Cinch Shake.

Atau boleh juga anda campurkan Meal Shakes dengan buah-buahan yang berbeza untuk menambah kepelbagaian mengikut selera anak-anak anda.

cinch dan esp shaklee

Macam mana, sekarang sudah jelas kan perbandingan antara ketiga-tiga suplemen “susu” ini?

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Ain segera!

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke Seluruh Malaysia Termasuk Sabah & Sarawak

Suplemen Harian Untuk Kesihatan Optimum

Suplemen Harian Untuk Kesihatan Optimum

Suplemen Harian (Set Keperluan Harian) Shaklee terdiri daripada kombinasi vitamin-vitamin yang menyediakan keperluan nutrisi asas setiap orang.

.

  • Energizing Soy Protein (protein)
  • Vitalea (multivitamin)
  • Vitamin C (antioksidan)
  • B Complex (kumpulan vitamin-vitamin B)
  • Omega Guard (lemak baik omega-3)

Energizing Soy Protein

  • Sumber protein lengkap yang kaya dengan kalsium (50% keperluan harian)
  • Berdasarkan kajian, 25g protein soya mampu memberi kesan menurunkan kolesterol dalam darah
  • Indeks glisemik serendah 39 sahaja
  • Lengkap dengan kesemua 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan badan
  • Sangat rendah lemak dan kolesterol

Vitalea

  • Menyediakan 28 vitamin & mineral bagi melengkapkan lompong nutrisi harian
  • Antara multivitamin pertama di dunia sejak tahun 1915
  • Sejarah lebih 100 tahun!

SR Vita C Plus

  • Antioksidan yang melindungi dari kerosakan oleh radikal bebas
  • Vitamin larut air yang penting untuk kesihatan gigi dan gusi, kulit, dan tulang
  • Sistem sustained release memastikan badan mendapat vitamin C selama 5 jam berterusan setiap hari
  • Sesuai untuk penghidap gastrik kerana berasaskan ekstrak jagung yang tidak berasid.

B Complex

  • Kumpulan vitamin-vitamin B penting untuk fungsi badan optimum.
  • Menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Dengan Sistem Penyerapan Bioaktif Yang Dipatenkan untuk memastikan penyerapan nutrien yang baik.

Omega Guard

  • Sumber asid lemak omega-3 ultra tulen dan bergred farmaseutikal
  • Peratusan DHA & EPA tertinggi berbanding jenama lain
  • Diiktiraf Friends of Sea

Harga retail Set Keperluan Harian ini ialah RM547.40 (tak termasuk GST dan postage). Semestinya lebih penjimatan sebagai ahli berdaftar di bawah Ain. Klik Saya Nak Set Keperluan Harian dan Daftar Ahli sekarang!

Atau anda boleh klik gambar ini untuk belian Set Keperluan Harian secara ekspress.

Adakah Anda Salah Seorang Yang Kurang Protein?

Adakah Anda Salah Seorang Yang Kurang Protein?

tanda kurang protein

Adakah anda salah seorang yang kurang protein? | Tahukah anda, sekecil-kecil sel yang paling asas dalam badan kita memerlukan protein?

Sehingga kepada penghasilan otot, kulit, rambut dan kuku, badan kita memerlukan protein yang cukup untuk fungsi optimum badan.

Walau bagaimanapun, keperluan protein berubah mengikut jantina, aktiviti fizikal harian dan sebagainya.

Sebab itu kita perlu tahu, adakah kita berada di dalam kumpulan yang mengalami kekurangan protein.

.

1# BINA BADAN

Terutamanya kaum lelaki, disarankan pengambilan lebih protein untuk membina semula dan memperbaiki sel-sel otot. Protein yang cukup memastikan penghasilan otot yang kuat lebih cepat dan lebih sihat.

Untuk hasil yang terbaik, dicadangkan pengambilan minuman berprotein sebelum dan selepas workout. Jangan lupa pemakanan seimbang untuk memastikan nutrien dapat diserap dengan optimum.

.

2# IBU HAMIL

Apa yang baik untuk bakal ibu, itulah juga yang baik untuk si manja di dalam kandungan.

Bagi ibu hamil, pengambilan protein yang cukup membantu perkara-perkara berikut:

  • menggalakkan pertumbuhan sel-sel bayi yang sihat
  • membantu perkembangan bayi terutamanya sepanjang trimester kedua dan ketiga di mana pertumbuhan bayi adalah pada kadar yang cepat
  • membolehkan ibu membina lebih otot dan kurang lemak sepanjang kehamilan

.

kurang protein

Ibu menyusu perlu memastikan keperluan nutrisi mencukupi. Bukan sahaja untuk diri anda, tetapi juga untuk si manja yang disusukan.

.

3# IBU MENYUSU

Pernah terfikirkah anda, yang sebenarnya ibu menyusu memerlukan hampir dua kali ganda protein berbanding ibu yang tidak menyusukan?

Tapi ini bukan alasan untuk ibu menyusu makan banyak ya hihi.

Protein penting bagi ibu menyusu kerana:

  • mengekalkan kesihatan ibu supaya dapat menghasilkan susu ibu yang berkualiti
  • mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang disusukan memandangkan protein ialah komponen penting dalam susu ibu

Boleh terus baca entri ni untuk maklumat lanjut : Makanan Protein, Apa Ibu Menyusu Perlu Tahu?

.

4# “MIDDLE-AGED”

Seusai anda memasuki usia setengah abad, badan anda akan mengalami kemerosotan drastik termasuklah kehilangan otot yang progresif.

Dengan ini, ambillan protein yang cukup untuk membantu:

  • melambatkan proses penuaan (jika turut rajin bersenam, akan menghasikan otot yang tegap dan kuat. Pasti anda kelihatan muda di mata orang lain)
  • menurunkan risiko penyakit jantung seperti kolesterol tinggi

Berdasarkan kajian, pengambilan 25 gram protein soya setiap hari dikenalpasti mampu menurunkan risiko kolesterol tinggi (Sumber)

.

.

5# NAK KURUS

Yang nak kurus sememangnya wajib mengambil protein setiap hari untuk meningkatkan metabolisma. Seseorang yang metabolismanya lebih tinggi mampu membakar lemak dengan lebih berkesan.

Jadi, pastikan protein anda cukup setiap hari untuk :

  • meningkatkan kepuasan selepas makan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama
  • mengawal jumlah kalori
  • mengekalkan otot kerana lebih banyak otot bermakna lebih tinggi metabolisma

Kajian membuktikan sarapan tinggi protein mempu memberi rasa kenyang yang lebih lama. (Sumber)

.

6# PENGGEMAR DESSERT

Diet tinggi gula boleh mengakibatkan paras gula darah meningkat dengan cepat, yang mana ini boleh mempengaruhi kesihatan jantung dan menyebabkan keradangan di dalam badan.

Tetapi jangan bimbang kerana pengambilan protein yang cukup setiap hari membantu menstabilkan paras gula darah dan memperbaiki keradangan, paras kolesterl dan sensitiviti insulin (Sumber)

.

Jadi apa anda perlu lakukan sekiranya anda berada di dalam kumpulan yang kurang protein dan perlukan lebih protein ini?

Cara termudah ialah dengan pengambilan 3 sudu besar ESP setiap hari, dibancuh begitu sahaja atau dicampur dengan minuman kegemaran anda. ‘Dos’ ini menyediakan 14 gram protein berkualiti untuk badan anda.

Info lanjut tentang Energizing Soy Protein, boleh klik situ ya. šŸ™‚

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut suplemen protein terbaik, selamat dan berkesan.

6 Fungsi Protein Dalam Badan Anda Perlu Tahu

6 Fungsi Protein Dalam Badan Anda Perlu Tahu

Fungsi Protein Dalam Badan | Seperti batu bata yang membina rumah yang kuat, protein pula ialah bahan binaan untuk tubuh yang sihat dan kuat.

.

6 Fungsi Protein Dalam Badan

.

1# Protein Membantu Pertumbuhan dan Pembesaran

.

Kanak-kanak, remaja dan ibu mengandung paling memerlukan protein yang membantu membina sel, menyokong sistem imun dan fungsi tubuh optimum.

Ini termasuk rambut yang berkilau, kulit lebih lembut dan kuku yang kuat.

Protein dan komponen asid aminonya juga berfungsi sebagi hormon, enzim dan pengangkut nutrien yang lain.

Pertumbuhan sel kulit dikaitkan dengan kulit yang sihat dan cantik. Baca seterusnya di entriĀ Kebaikan Protein Untuk Kulit Sihat dan Cantik.

.

2# Tenaga Berkekalan

.

Untuk tenaga berkekalan, minuman berkafein dan tenaga hanya memberikan kesan sementara sahaja.

Berbeza dengan pengambilan protein yang mencukupi, boleh membantu mengekalkan tenaga kerana protein lebih lambat dihadam.

Hal ini sekaligus memberikan sumber tenaga untuk melakukan pelbagai tugasan dan kekal cergas setiap hari.

.

3# Pengurusan Berat Badan

.

Pengambilan protein semasa berdiet memberi kesan positif. Kerana protein memberi rasa kenyang yang lebih lama.

fungsi protein dalam badan

.

4#Ā Kesihatan Jantung

.

Kajian jangka masa panjang selama 20 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan rendah karbohidrat, tinggi lemak berasaskan sayuran mempunyai 30% lebih rendah risiko terhadap penyakit jantung berbanding mereka yang makan makanan tinggi karbohidrat, diet rendah lemak.

Walau bagaimanapun, menambah protein sayuran di dalam diet dapat megurangkan masalah kesihatan jantung, mengekalkannya dan meningkatkan fungsinya.

.

5# Kesihatan Tulang

.

Dalam kajian terbaru, pengambilan protein, terutamanya apabila diambil bersama kalsium dan vitamin D, boleh mengurangkan kepadatan tulang dan meningkatkan kekuatan otot.

.

6# Kesihatan Otot

.

Seiring dengan peningkatan usia, jisim otot juga akan merosot tanpa kita sedar.

Bagi warga tua yang berusia lebih 60 tahun, kemerosotan otot yang kronik terjadi.

Dengan pengambilan protein yang mencukupi akan membantu mengurangkan masalah ini.

fungsi protein dalam badan

Dalam banyak-banyak sumber protein, mana satukah yang baik untuk dimakan?

.

5 Petua Pilih Sumber Protein Yang Betul

.

Dengan lambakan produk protein sekarang, kebanyakan pengguna menjadi keliru untuk membuat pilihan. Antara 5 petua untuk memilih sumber protein yang betul ialah:

Pertama, antara protein haiwan dan tumbuhan mana satu yang lebih baik?

Kedua-duanya mempunyai kandungan protein yang sama. Tetapi protein haiwan juga mengandungi bahan kimia berbahaya. Manakala protein tumbuhan pula lebih mudah dihadam.

Kedua, tentukan samada kandungan kolesterol sumber itu tinggi atau rendah?

Good news bagi penggemar protein tumbuhan kerana bebas kolesterol!

Ketiga, tentukan pula kandungan lemaknya samada tinggi atau rendah?

Semestinya lah protein haiwan mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi kan? Jadi, protein tumbuhan (kekacang, bijirin penuh, tauhu) ‘menang’ lagi.

Keempat, adakah produk itu daripada sumber semulajadi atau yang diproses?

Yang terbaiknya mestilah dapatkan sumber protein dari sumber semulajadi. Makanan yang telah diproses mungkin telah kehilangan nutrisi aslinya.

Kelima, sumber protein itu adalah jenis GMO atau bukan GMO?

GMO bermaksud ‘genetically-modified organisms’, iaitu sumber yang telah diubah genetiknya. Sumber makanan GMO dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan di masa akan datang.

ESP Shaklee memiliki semua ciri-ciri protein berkualiti.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut produk kesihatan Shaklee.

Sumber:

  1. Dietary protein and bone health: a systematic review and meta-analysis from the National Osteoporosis Foundation
  2. Protein and amino acid requirements in human nutrition
  3. The Role Of Protein In Weight Loss And Maintenance
  4. Low-Carbohydrate Diet and Type 2 Diabetes Risk In Japanese Men and Women
  5. Dietary Protein And Muscle In Older Persons
Makanan Protein Untuk Ibu Menyusu

Makanan Protein Untuk Ibu Menyusu

kurang protein

Makanan Protein Untuk Ibu Menyusu | Protein merupakan bahan binaan penting untuk pertumbuhan sel dan tisu baru.

Sebab itu ianya penting bagi ibu menyusu untuk mendapatkan protein yang cukup sepanjang proses penyusuan.

Bukan sahaja untuk diri anda sendiri, malah untuk bayi yang disusukan.

.

Apa Fungsi Penting Protein Untuk Ibu Menyusu?

.

Disebabkan protein diperlukan untuk penghasilan sel baru, antara ‘tugas’ protein bagi ibu menyusu ialah:

  • diperlukan untuk menghasilkan susu ibu – sebab itu protein juga merupakan milk booster bagi ibu menyusu
  • memberi rasa kenyang dan bertenaga untuk tempoh masa yang lebih lama
  • membantu memperbaharui sel kulit. Jadi, secara tak langsung menganjalkan dan membaiki semula struktur kulit ibu selepas bersalin
  • membantu baik puih stretchmark, luka bersalin atau pembedahan ibu
  • menghasilkan enzim dan hormon dalam badan
  • membantu perkembangan bayi

.

Berapa Banyak Makanan Protein Untuk Ibu Menyusu Perlu Setiap Hari?

.

keperluan vitamin ibu menyusu

Keperluan protein mengikut usia, berdasarkan Rcommended Nutrition Intake (RNI) Malaysia.

Menurut Recommended Nutrition Intake (RNI) di Malaysia seperti dalam jadual di atas, keperluan harian protein bagi seorang perempuan beruia 19 tahun dan ke atas ialah 55 gram.

Manakala bagi ibu menyusu, anda memerlukan extra 20 gram (iaitu sebanyak 75 gram protein sehari) untuk enam bulan penyusuan pertama.

Bagi bulan ketujuh dan seterusnya, anda memerlukan extra 15 gram, iaitu total 70 gram protein sehari.

Berapa banyak nak kena makan ayam, ikan, daging, dan lain-lain sumber protein dalam sehari tu?

Berikut ialah contoh sumber makanan berprotein dan kandungan protein dalam satu hidangan (atau mengikut gram):

keperluan vitamin ibu menyusu

Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa protein musnah termusnah dalam suhu tinggi.

Semasa proses penyediaan makanan (menggoreng, merebus, membakar, dan lain-lain), kebanyakan protein telah termusnah.

Dan hanya sebahagian kecil protein sahaja akan diperoleh oleh badan anda.

Sebab itu kebanyakan ibu menyusu, masih mempunyai tanda-tanda kekurangan protein walaupun makan ayam atau ikan atau daging atau apa saja sumber protein yang lain setiap hari.

Di sinilah pentingnya pengambilan suplemen protein.

Untuk suplemen protein terbaik semasa menyusu, boleh klik gambar di bawah untuk konsultasi lanjut.

.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk konsultasi lanjut

ESP Shaklee : Kebaikan, Harga, Testimoni

ESP Shaklee : Kebaikan, Harga, Testimoni

ESP Shaklee Kebaikan Harga Testimoni

ESP Shaklee Kebaikan Harga Testimoni

Seperti nama diberi, Energizing Soy Protein ialah minuman berasaskan soya yang mengandungi protein lengkap, dihasilkan untuk membantu membekalkan tenaga lebih berpanjangan.

Protein ialah bahan binaan asas bagi setiap sel tubuh. Ianya adalah yang kedua terbanyak selepas air. Jadi, fungsinya juga tidak sedikit. Rujuk entri 6 Fungsi Utama Protein Di Dalam Badan untuk bacaan lebih lanjut tentang protein.

.

(more…)