Promosi Bulan Ramadhan Buat Seisi Keluarga

Promosi Bulan Ramadhan Buat Seisi Keluarga

Promosi bulan Ramadhan kali ni, Shaklee tawarkan produk-produk yang sangat sesuai untuk diambil seisi keluarga.

Bagi kami sekeluarga, dah beberapa tahun kami jadikan Performance Drink & Cinch Shake santapan ‘wajib’ bersahur dan/atau berbuka. Berbeza sangat kalau ambil dan kalau tak ambil dua ni masa berpuasa.

promosi bulan ramadhan

.

Promosi Bulan Ramadhan: Beli 2 Diskaun 10%

.

PERFORMANCE DRINK (Produk Popular Dalam Promosi Bulan Ramadhan Shaklee)

  • Membekalkan tenaga segera dan berterusan
  • Menggantikan air yang hilang semasa melakukan aktiviti fizikal
  • Mencegah dehidrasi
  • Menghilangkan rasa haus selepas seharian berpuasa
  • Mengelakkan cramp
  • Melembapkan kulit
  • Mengelakkan keletihan walaupun bekerja di bawah terik matahari
  • Menggantikan minuman isotonik bergula

.

Sehingga 31 Mei 2020, pembelian mana-mana 2 tong Performance Drink akan dapat diskaun 10%.

  1. Lemon Lime x 2
  2. Orange x 2
  3. Lemon Lime + Orange

.

Pastikan anda mencuba koleksi Resepi Performance Drink ini kalau dah beli ya.

Secara peribadinya, saya dapat rasakan tenaga luar biasa bila bersahur dengan PD. Dan sangat refreshing dan lega sangat buat minuman pertama semasa berbuka puasa! 🙂

promosi bulan ramadhan

Harga promosi : RM267.75 (2 x Lemon-lime), RM155.25 (2 x Orange), RM211.50 (Orange + Lemon-lime)

.

CINCH SHAKE

  • Sumber protein berkualiti tinggi
  • Membekalkan tenaga lebih lama
  • Mengurangkan rasa lapar dan kenyang lebih lama (GI rendah)
  • Membantu mengurangkan berat badan (sebagai “meal replacement“)
  • Didatangkan dengan 3 perisa – vanila, choc, latte

.

Pembelian mana-mana set di bawah sehingga 30 Mei 2020, akan dapat diskaun 10%:

  1. Perisa Vanila x 2
  2. Perisa Choc x 2
  3. Perisa Latte x 2
  4. Perisa Vanila + Perisa Choc
  5. Perisa Vanila + Perisa Latte
  6. Perisa Choc + Perisa Latte

Harga promosi : RM326.25 bagi mana-mana kombinasi 2 perisa Cinch Shake.

.

CINCH TEA MIX

  • Penggalak tenaga semulajadi (energy booster)
  • Membantu mengurangkan berat badan (5 kcal sahaja setiap hidangan)
  • Penggalak fokus, membantu bekerja dengan lebih fokus
  • Meningkatkan metabolisma
  • Membantu mengawal selera makan
  • Meningkatkan pembakaran lemak 3 kali ganda bagi yang bersenam

.

Wah. Melihatkan kebanyakan point di atas, Cinch Tea Mix ni sesuai sangat buat anda yang dah lama berusaha nak turunkan berat badan.

Kan semasa berpuasa kita dilarang makan minum di siang hari, dah kurang pengambilan kalori harian tu. Apa lagi? Tingkatkan metabolisma pada masa yang sama supaya lebih banyak lemak dapat dibakar. Hasilnya, berat senang turun dan tak mudah rebound (sebab metabolisma dah tinggi).

Alang-alang tu, tengah promosi bulan Ramadhan ni grab terus 2 kotak, dapat juga diskaun 10%. Sekotak mengandungi 28 sticks dan promosi ini sah sehingga 30 Mei 2020 sahaja.

Info lanjut Cinch Tea Mix

.

MEAL SHAKES

  • Meningkatkan imuniti kanak-kanak
  • Multivitamin pelengkap nutrisi kanak-kanak ‘picky eater’
  • Ditambah serat untuk membantu kanak-kanak yang sembelit
  • Membantu mengurangkan masalah berat badan
  • Meningkatkan fokus dalam pembelajaran

.

Kalau Anda Pertama Kali Ajar Anak Berpuasa?, bolehlah beri cuba Meal Shakes untuk bantu anak berpuasa penuh insyaaAllah.

Pembelian 2 tong Meal Shakes sehingga 30 Mei 2020, akan dapat diskaun 10%.

promosi bulan ramadhan

Harga promosi : RM236.25 (Twin pack Cinch Tea), RM216 (Twin pack Meal Shakes)

.

Untuk mana-mana promosi bulan Ramadhan di atas, pembelian mana-mana 2 Twin Set di atas pula, akan dapat PERCUMA Beg “Shaklee Pack and Go (seperti dalam gambar poster pertama).

Contoh : 1 Twin Pack Meal Shakes + 1 Twin Pack Performance Drink (total 4 tong). Kalau beli 8 tong dapat 2 beg.

Bagi anda yang kerap mengalami masalah kesihatan semasa berpuasa, boleh rujuk entri Set Puasa Lengkapkan Nutrisi Semasa Ramadhan untuk panduan produk untuk menyokong kesihatan anda semasa berpuasa.

.

Promosi Bulan Ramadhan Ni Juga Ada Vivix Twin Pack Diskaun 5%

.

Sepanjang bulan April 2020 juga ada promosi Vivix. Beli 2 botol diskaun 5% untuk anda.

Automatik keahlian PERCUMA, pos PERCUMA, beg kertas “Live Vibrantly” percuma dan layak dapat cashback juga.

Info lanjut Vivix

Koleksi Testimoni Vivix

promosi vivix shaklee

.

Pomosi Welcome Sets Untuk Ahli BARU Sahaja

.

Kini, ada 3 cara untuk ahli BARU mendaftar:

  1. Yuran pendaftaran RM35
  2. PERCUMA keahlian dengan belian minima 100uv dalam satu resit
  3. PERCUMA keahlian dengan pembelian mana-mana Welcome Sets di bawah.
    • Prenatal Welcome Set
    • Postnatal Welcome Set
    • Daily Essential Welcome Set
    • YOUTH Welcome Set

.

Kelebihan Grab Welcome Set Selain Keahlian PERCUMA:

  • Penjimatan 10% dari harga AHLI (ahli sedia ada pun tak dapat harga semurah ini)
  • PERCUMA pos
  • Boleh redeem Welcome Sets lain dalam masa 60 hari
  • Cashback sehingga 11% (RMXXX)

.

Promosi Welcome Sets adalah sepanjang bulan April 2020 dan selagi stok masih ada sahaja.

welcome sets april 2020

Untuk pertanyaan dan order, whatsapp saya Ain 016-4214704 😉

Berpuasa Penuh Walaupun Ada Gastrik

Berpuasa Penuh Walaupun Ada Gastrik

suplemen untuk pesakit gastrik

Anda salah seorang penderita gastrik yang selalu mengalami masalah pedih perut semasa berpuasa? Tahukah anda, Shaklee ada suplemen untuk pesakit gastrik yang dapat menyokong anda berpuasa tanpa serangan gastrik?

ESP Shaklee mempunyai indeks glisemik serendah 39 sahaja. Sumber makanan dengan indeks glisemik rendah membantu mengekalkan paras gula darah yang stabil, memberi rasa kenyang yang lebih lama, jadi adalah baik untuk penghidap gastrik yang ‘sensitif’ dengan jenis makanan terutamanya kalau lewat makan sikit.

Baca lebih lanjut tentang Indeks Glisemik dalam entri Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus.

.

Apa Kata Mereka Yang Telah Mengamalkan ESP Sebagai Suplemen Untuk Pesakit Gastrik?

.

“Saya suka ESP. Gastrik teruk saya dah hilang. Susu badan pekat. Anak tak mengempeng. Tak perlu bangun malam setiap sejam untuk susukan anak. Anak cuma bangun sekali je. Lega mak boleh lena tidur…”(Juliza Sarif)

.

ESP terbukti baik sebagai suplemen untuk pesakit gastrik.

“Saya suka sebab gastrik tiada lagi“(Esther Lize Ashtar)

.

“Alhamdulillah. Mak saya ada gastrik teruk. Perlu makan sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Sampaikan kalau travel pergi ke mana-mana kena standby roti, nasi, benda yang boleh mengenyangkan. Saya cuba test bagi minum ESP. Disebabkan mak tak reti minum soya dan tak pernah minum soya, saya suggest campurkan dengan Milo. Alhamdulillah boleh masuk tekak dia. Nak sihat kan, kena telan juga. Nak dijadikan cerita, mak ambil ESP sebulan sebelum puasa. Selama sebulan puasa, mak dapat puasa penuh. Sampai sekarang mak masih consume ESP. Nampak lebih bertenaga sebab mak meniaga. Kulit lebih sihat.”

.

suplemen untuk pesakit gastrik

“Wawa dulu ada pengalaman gastrik teruk sampai pengsan. Ni waktu zaman belajar tahun 2010/2011. Tak boleh lapar langsung, tak boleh kenyang langsung. Alih-alih badan yang kurus kering sebab makan cukup syarat. Kat rumah memang prepare ubat gastrik dalam peti ais. Sampai macam kalih dah. Dulu tak suka makan ubat tu sebab rasa macam ubat gigi kan. Lepas jumpa ESP tahun 2014, Wawa makan ESP tak henti sampai sekarang. Alhamdulillah, belum pernah kena gastrik lagi. Ubat pun dah lama tak jumpa. Alhamdulillah, Shaklee effect pada Wawa.” (Puan Wawa)

.

Jadi bagi anda yang selalu kena serangan gastrik terutamanya masa berpuasa ni, cepat-cepat dapatkan ESP dari Ain. Satu tong 850 gram dijual dengan harga runcit RM161.25 untuk kegunaan selama sebulan. Daftarlah sebagai ahli untuk lebih penjimatan.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Koleksi Doa Harian Bulan Ramadhan

Koleksi Doa Harian Bulan Ramadhan

doa harian bulan ramadhan

Ramadhan bakal menjelang kurang dari sebulan sahaja lagi. Suka untuk Ain kongsi koleksi doa harian bulan Ramadhan yang dikongsikan dari beberapa group Whatsapp. Semoga yang memulakan langkah perkongsian mendapat pahala berterusan sebagai saham akhirat Aaamiiin.

“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan” (Surah Al-Mu’min, 40:60)

Antara masa terbaik untuk berdoa sepanjang bulan Ramadhan bulan mulia ialah ketika sepertiga malam, ketika sujud, antara azan dan iqamah, selepas Asar hari Jumaat, selepas solat Fardhu, ketika hujan turun dengan lebatnya, 10 malam terakhir (mengejar Lailatul Qadar) dan semasa sedang bermusafir (contoh: nak balik kampung).

.

Koleksi Doa Harian Bulan Ramadhan Sebagai Panduan

.

“Aku naik saksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan kami memohon keampunan dari Allah. Kami memohon syurga dari-Mu dan berlindung dari api neraka.”

Ya Allah, berikan penghujung yang baik dalam semua perkara kami dan selamatkan kami dari penghinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, sesunggunya Engkau Maha Pemberi Kemaafan, Engkau suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku.” (Hadith At-Tirmidzi)

Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkong, dan telah tetap ganjaran/pahala, dengan izin Allah.” (Hadith Abu Dawood)

Ya Allah, sesunggunya untuk-Mu kami berpuasa, dan dengan-Mu kami beriman, dan keatas-Mu kami bertawakkal dan di atas rezeki-Mu kami berbuka puasa.

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku dengan agama-Mu.” (Hadith At-Tirmidzi)

Ya Allah, tolonglah aku agar selalu berzikir kepada-Mu (mengingati-Mu), bersyukur pada-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu.

Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari siksa neraka.” (Surah Al-Baqarah 201)

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkan aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang Mukmin pada hari terjadinya Hisab.” (Surah Ibrahim 14)

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari keburukan akhlak, keburukan amal dan keburukan hawa nafsu.” (Hadith At-Tirmidzi)

Ya Rabb pencipta langit dan Bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat, matikanlah aku dalam keadaan Islam, dan gabungkanlah aku dengan orang-orang soleh.” (Surah Yusuf 101)

.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal. Salam Ramadhan Kareem. =)

doa harian bulan ramadhan

Baca juga entri 30 Cadangan Resepi Sahur di Bulan Puasa.

Panduan Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa

Panduan Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa

Tidak semua yang berpuasa itu adalah yang sihat sepenuhnya. Ada juga yang jatuh sakit scara tiba-tiba. Dan ada juga yang sememangnya ada mengambil ubat harian bagi pernyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Mengikut pandangan agama, seseorang yang sakit diharuskan tidak berpuasa. Tetapi harus menggantikan semula puasa itu pada hari yang lain.

Namun, jika pesakit masih ingin meneruskan berpuasa, monitoring haruslah dilakukan. Yang mana sekiranya lebih memudaratkan, maka mereka haruslah berbuka puasa.

Di sini, timbul persoalan tentang ubat-ubat yang membatalkna puasa dan yang tidak membatalkan puasa.

Gambar rajah berikut menunjukkan ringkasan tentang ubat yang tidak dan membatalkan puasa, diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

ubat dan puasa

Antara jenis ubat yang TIDAK membatalkan puasa ialah:

  • tablet sublingual dengan syarat diletakkan di bawah lidah sehingga diserap, bukannya ditelan
  • ubat jenis suntikan
  • ubat titis mata dan telinga dengan syarat tidak sampai  batas gegendang telinga
  • ubat sapu
  • ubat kumur dengan syarat tidak ditelan
  • ubat sembur hidung dengan syarat tidak disedut
  • ubat sedut seperti inhaler untuk rawatan asthma dan penyakit paru-paru kronik (di dalam gambar, diletakkan pada bahagian yang membatalkan puasa sedangkan pesakit memerlukan ubat ini untuk kesihatan dan menyelamatkan nyawa)

Sementara itu, ubat jenis berikut membatalkan puasa:

  • ubat biji
  • ubat minum
  • pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam vagina)
  • supositori (enema) (ubat yang dimasukkan ke dalam dubur)

.

ubat dan puasa

Selain itu, berdasarkan maklumat dari www.e-fatwa.gov.my pula, amalan perubatan yang TIDAK membatalkan puasa ialah:

  • ubat titis mata, telinga dan cucian telinga
  • prosedur cabutan, tampalan atau pembersihan gigi dan memberus gigi
  • pendermaan atau penerimaan darah
  • pengambilan sampel darah untuk ujian makmal
  • pemeriksaan laparoscope untuk pemeriksaan dalaman
  • ujian biopsi untuk ujian makmal
  • rawatan ialisis (hemodialysis / peritoneal dialysis)
  • pil bawah idah nitroglycerin
  • suntikan di bawah kulit (subcutaneous), ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular) ke dalam salur darah (intravenous)
  • ubat sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit
  • memasukkan tiub kecil (catheter) untuk pemeriksaan dalaman seperti angiogram
  • berkumur-kumur termasuk gargle dan ubat semburan mulut yang tidak ditelan
  • ubat semburan hidung yang tidak disedut
  • rawatan bius setempat melalui semburan atau suntikan

.

Panduan Pengambilan Ubat Pesakit Semasa Berpuasa

Jadi, untuk pesakit yang sememangnya on ubat untuk masalah kesihatan tertentu (contoh : kencing manis, darah tinggi, masalah jantung), berikut ialah panduan pengambilan ubat semasa berpuasa di bulan Ramadhan.

Jika arahan pengambilan ubat ialah :

  1. sekali sehari
    • sebelum makan : ambil 1 jam sebelum sahur
    • selepas makan : ambil selepas berbuka
  2. dua kali sehari
    • sebelum makan : ambil 1 jam sebelum sahur, DAN, sebelum mengambil menu utama selepas berbuka
    • selepas makan : selepas bersahur DAN selepas berbuka
  3. tiga kali sehari
    • berbincanglah dengan doktor yang merawat samada boleh mengubah jadual makan ubat kepada 2 kali sehari
    • jika tidak, jika ubat harus diambil sebelum makan:
      • ambil 1 jam sebelum bersahur
      • sebelum mengambil menu utama selepas berbuka
      • sebelum tidur
    • dan jika ubat harus diambil selepas makan:
      • selepas bersahur
      • selepas berbuka
      • sebelum tidur (telah makan dahulu)
  4. empat kali sehari
    • perlu mendapatkan nasihat doktor yang merawat samada tidak berpuasa atau mendapatkan rawatan alternatif lain

.

Boleh rujuk Fatwa Tentang Agama di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini.

Sekian. Semoga bermanfaat. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada Muslimin Muslimat seluruh dunia. 🙂

ubat dan puasa

Klik gambar ini untuk dapatkan Set Puasa Shaklee untuk seluruh keluarga termasuk kanak-kanak.

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil Berjaya Berpuasa

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil Berjaya Berpuasa

tips puasa untuk ibu hamil

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil | Cuma beberapa hari saja lagi kita akan diketemukan dengan bulan Ramadhan lagi. Di bulan yang datangnya cuma sekali setahun ini orang Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan.

Kerana bulan Ramadhan ialah bulan yang dijanjikan peluang yang besar untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, ianya sangat dinanti-nantikan setiap tahun.

tips puasa untuk ibu hamil

Rasulullah SAW memberi berita gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat. Juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya, maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i).

Info lanjut tentang puasa.

Bagi kebanyakan orang yang sihat dan tidak menghidap penyakit-penyakit kronik, berpuasa bukanlah merupakan masalah yang besar bagi mereka. Tetapi bagi sesetengah kumpulan orang, berpuasa ialah satu cabaran yang besar, contohnya ibu hamil.

Alhamdulillah. Sebagai seorang yang pernah berjaya berpuasa penuh ketika hamil sebanyak 2 kali, Ain ingin kongsikan beberapa tips yang membantu Ain berpuasa penuh di bulan Ramadhan.

.

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil

.

1# Mindset

Otak kita merupakan organ yang sangat powerful. Fikirkan benda-benda yang positif sahaja, maka hanya yang positif sahaja yang akan datang kepada kita.

Fikirkan yang ibu hamil juga BOLEH berpuasa penuh. Mengandung sebenarnya bukanlah ‘alasan’ untuk tidak berpuasa (kecuali atas nasihat doktor atau boleh memudaratkan ibu dan/atau bayi di dalam kandungan).

Kita kan orang Malaysia?

Malaysia boleh! 🙂

.

2# Jangan Sesekali Skip Sahur

Sepanjang bulan Ramadhan, semasa sahur sahajalah waktu untuk kita ‘isi minyak’ sebelum memulakan perjalanan untuk hari itu.

Tangki minyak yang penuh, perjalanan kita lebih terjamin rasanya. Berbanding tangki yang sedikit minyak atau hampir habis, buatnya ada traffic jam tak ke naya? Hihihi…

Meninggalkan sahur secara sengaja seolah-olah ‘sendiri cari pasal’ kerana sudah tahu diri berbadan dua, seharusnya kita lebih mementingkan waktu sahur.

.

3# Bersahur Dengan Makanan Tinggi Protein

Bila dah bangun bersahur pula, pilihlah jenis makanan yang berkhasiat dan mengandungi kesemua empat kumpulan makanan – karbohidrat, protein, serat, buah – untuk nutrisi ibu hamil dan bayi sepanjang hari.

Selain memberi tenaga kepada ibu, pemakanan seimbang sebegini juga penting untuk kesihatan ibu dan pertumbuhan bayi yang baik.

Pastikan menu sahur anda mempunyai makanan berprotein tinggi. Makanan berprotein tinggi lebih ‘tahan lama’ di dalam perut, memberi rasa kenyang yang lebih lama dan membekalkan tenaga yang lebih berpanjangan untuk ibu hamil.

.

tips puasa untuk ibu hamil

ESP ialah suplemen lengkap protein, membekalkan 14 gram protein setiap hidangan. Indeks glisemiknya yang cuma serendah 39 memastikan ibu hamil kenyang dan bertenaga lebih lama.

.

4# Air Kosong Yang Cukup

Bukan makanan sahaja yang penting semasa bersahur. Pengambilan air kosong yang cukup juga penting untuk memastikan ibu hamil kekal dihidrat sepanjang hari.

Seperti semasa bukan bulan Ramadhan, kita disarankan mengambil kira-kira 2 liter air kosong setiap hari. Ini bersamaan dengan 8 gelas air sehari.

Di bulan Ramadhan, dicadangkan ibu hamil untuk mengambil 3-4 gelas air semasa bersahur. Manakala selebihnya selepas berbuka puasa dan sebelum tidur.

.

5# Elakkan Makanan & Minuman Ini Semasa Bersahur!

Selain memastikan ibu hamil mendapat nutrisi seimbang semasa bersahur, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang sebaiknya dielakkan:

  • tinggi kandungan gula – kerana akan menyebabkan cepat letih
  • makanan terlalu masin (banyak garam) – kerana menyebabkan hidrasi badan
  • minuman berkafein – kerana menyebabkan kencing lebih banyak dan badan terhidrasi

.

tips puasa untuk ibu hamil

Minuman berkafein menyebabkan kencing lebih banyak, jadi badan lebih banyak kehilangan air. Adalah disarankan untuk tidak mengambil minuman berkafein semasa bersahur.

.

6# Berbuka Puasa

Untuk saat berbuka puasa pula, seperti yang disarankan dalam Islam, berbuka puasalah dengan makanan yang manis dalam jumlah yang berpada-pada. Contohnya berbuka dengan 3 biji kurma untuk memberi tenaga segera kepada badan.

Disusuli pula dengan air kosong untuk menghidrat semula badan yang telah seharian tidak mendapat air.

Kemudiannya, barulah mengambil makanan berat yang seimbang dengan semua 4 kumpulan makanan tadi.

.

7# Suplemen Hamil

Tips puasa untuk ibu hamil yang terakhir ialah pengambilan supemen.

Disebabkan sepanjang hari ibu hamil tidak akan makan dan minum apa-apa, pengambilan suplemen yang baik sangat menyokong kesihatan ibu hamil dan bayi.

  • protein : membantu memberi tenaga dan rasa kenyang lebih lama
  • multivitamin : melengkapkan nutrisi harian ibu hamil
  • vitamin C : antioksidan dan immune booster (kalau ibu hamil sakit, memang tak laratlah nak berpuasa kan?)
  • B complex :energy booster (menukarkan makanan kepada tenaga)
  • kalsium : membantu tidur ibu hamil lebih lena dan berkualiti, merehatkan otot dengan baik semasa tidur, mengatasi sakit belakang dan kejang otot

.

Ok. Itu saja tips yang Ain nak share untuk ibu hamil berpuasa.

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia dan selamat berpuasa. 🙂

tips puasa untuk ibu hamil

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil : Klik gambar ini untuk konsultasi dan order Set Hamil yang sangat menyokong ibu hamil untuk berpuasa.

Beg Comel Promosi Shaklee Mei 2018

Beg Comel Promosi Shaklee Mei 2018

Korang yang mood PRU14 sejak awal bulan Mei ni, dah habis PRU ada yang masih tak tahu apa promosi Shaklee Mei 2018 ni? Maaf ya korang, Ain baru perasan belum up lagi entri pasal promosi bulan ni (melayan PRU14 punya pasal hihi)

Macam biasa, Shaklee suka sangat bagi promosi best-best untuk kita. So, kali ini, Shaklee bergembira untuk buat promosi macam dalam poster kat bawah ni.

promosi shaklee mei

Promosinya yang macam mana tu?

Ok, kalau korang tengok poster, atas skali ialah barisan 3 twin sets semuanya:

  1. Twin Set Meal Shakes (2 tong)
  2. Twin Set Performance Drink (2 tong)
  3. Twin Set Cinch Shake Vanilla (2 tong)

Promosinya ialah, beli mana-mana twin set di atas, anda akan dapat diskaun sebanyak 10% daripada harga yang asal. Wah, kalau yang member lagi murahlah, sebabnya, sudahlah harga ahli dah 10-15% lebih menjimatkan. Bulan ni Shaklee nak bagi lagi EXTRA diskaun sempena nak menyambut bulan mulia bulan Ramadhan. Vitamin-vitamin ni plak memang sesuai sangat diamalkan sepanjang bulan puasa.

So, apa manfaat vitamin-vitamin ni?

PERFORMANCE DRINK

  • penghilang dahaga
  • menghidrat dengan baik kerana mengandungi elektrolit-elektrolit yang diperlukan badan
  • memberi tenaga segera dan lebih berpanjangan

.

MEAL SHAKES

  • minuman berkhasiat yang mudah disediakan
  • diperkaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk fungsi optimum badan
  • dilengkapi dengan serat, asid amino, kalsium dan zink
  • mengandungi protein yang membantu membina dan memperbaiki tisu selepas bersenam
  • kalsium membantu perkembangan tulang yang sihat dan kuat

.

CINCH SHAKE VANILLA

  • kaya dengan protein dan kalsium
  • sedap dan mudah disediakan
  • menyediakan khasiat hidangan makanan, sebab itu sangat sesuai dijadikan ‘meal replacement’ bagi mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan
  • juga diperkaya leucine yang mengekalkan otot untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan (memutuskan kitaran diet ‘yo-yo’ (makin diet makin gemuk)

promosi shaklee mei

Nak promosi lagi?

Haa, kalau anda beli mana-mana 2 twin sets pula, anda bukan saja akan dapat diskaun 10% tadi. Tapi akan dapat PERCUMA beg ‘Eco Pack-N-Go warna hijau yang comel macam dalam poster di atas.

Contohnya anda beli kombinasi berikut:

  • 1 Twin Set Meal Shake + 1 Twin Set Performance Drink
  • 1 Twin Set Meal Shake + 1 Twin Set Cinch Shake Vanilla
  • 1 Twin Set Performance Drink + 1 Twin Set Cinch Shake Vanilla

Jom kita tengok rupa beg ni besar mana boleh muat apa semua.

.

Kalau anda TAK berminat dengan mana-mana twin set tadi, tapi nak dapatkan beg comel ni, don’t worry. Ada lagi dua cara untuk dapatkan…

Belian Set ‘Cleanse & Burn‘ ATAU ‘Revitalise Set‘, juga akan layak untuk mendapat beg comel ni secara PERCUMA. Beza dengan twin sets tadi, tak ada diskaun 10%.

.

SET ‘CLEANSE & BURN

Yang nak KURUS secara sihat di bulan puasa ni sesuai ambik SET ‘CLEANSE & BURN‘ ni. Sebab dalam Set ‘Cleanse & Burn‘ ada vitamin-vitamin berikut dengan fungsi khusus untuk membantu anda menurunkan berat badan :

  • DTX Complex – detox hati
  • Herblax – detox usus
  • Peppermint GingerPlus – buang angin
  • Alfalfa Complex – detox darah
  • B Complex – menukarkan makanan kepada tenaga
  • Lecithin – pengemulsi lemak (bakar lemak)

.

‘REVITALISE SET’

Untuk ‘REVITALISE SET‘ pula, terdiri daripada gabungan 3 vitamin hebat untuk meningkatkan metabolisma dan memberi TENAGA ni:

  • Vivix – antioksida sel (peringkat paling asas tubuh_, menjana tenaga, detox sel
  • CoQ Trol Plus – menjana tenaga (combine dengan resveratrol dalam Vivix memang bertenaga!)
  • Cinch Energizing Tea – energy booster yang baik walaupun satu hidangan menyediakan hanya 5 kalori sahaja (juga sesuai untuk orang yang nak kurus)

.

Eh, belum habis lagi tau. Ada lagi promosi bulan ni…

promosi shaklee mei 2018

Dapatkan PERCUMA Radiance C+E (worth lebih RM400) dengan pembelian Intensive Treatment And Repair Set Youth. Promosi sehingga 31 May 2018 selagi stok masih ada. Klik Youth Skincare untuk info lanjut.

.

promosi shaklee mei 2018

Shaklee Baby pula, kalau anda beli 2 Set akan dapat PERCUMA 1 Set. Dengan kata lain, beli 2 set tapi dapat 3 set. Untuk promosi Shaklee Baby pula, sehingga 18 Mei 2018 selagi stok masih ada. Info lanjut Shaklee Baby.

.

Sekian, itu saja promosi Shaklee Mei 2018 yang baaaaaanyak sangat!

Akhir kata dari Ain,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Berpuasa kepada seluruh Muslimin Muslimat di seluruh Malaysia dan dunia. Nak grab promosi atau mana-mana vitamin Shaklee, roger Ain dengan klik mana-mana gambar dalam entri ni. :).

Set Puasa Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ramadhan

Set Puasa Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ramadhan

set puasa shaklee

Setiap tahun, tak sabar rasanya nak menjemput Ramadhan tiba. Hadirnya dengan penuh rahmat, dijanjikan pula pahala berlipat kali ganda bagi sesiapa yang beribadat dengan penuh keikhlasan. Semestinya kita nak menjalani setiap hari berpuasa wajib ini dengan sebaiknya.

Namun, silap langkah kita mungkin terpaksa menghadapi beberapa masalah kesihatan semasa berpuasa. Terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti gastrik, ibu hamil dan menyusu.

Jom ikuti tips menjalani ibadah berpuasa sebaik mungkin.

.

6 KETIDAKSELESAAN SEMASA BERPUASA

.

1# Ketidakhadaman (Indigestion / Heartburn)

Keadaan perut kita yang secara semulajadinya berasid adalah bertujuan untuk pencernaan makanan dan membunuh kuman.

Ketidakhadaman boleh berlaku apabila asid dihasilkan berlebihan atau pengaliran ‘patah balik’ asid ke esophagus.

Secara amnya, apabila kita berpuasa asid dalam perut kurang dihasilkan. Tetapi, otak akan menghantar isyarat supaya asid dalam perut dihasilkan dalam keadaan tertentu. Contohnya apabila terbau makanan.

Untuk itu, adalah disarankan untuk:

  • mengambil makanan secara berseerhana
  • mengelak makanan berminyak dan pedas
  • mengurangkan pengambilan minuman berkafein
  • menguatkan otot perut dan esophagus dengan pengambilan protein berkuaiti tinggi berasaskan tumbuhan
  • mengamalkan halia dan peppermint untuk melegakan ketidakhadaman yang sekali sekala boleh berlaku

.

2# Sembelit

Tidak asing lagi masalah sembelit dengan berpuasa bagi mereka yang tidak mengambil air kosong yang cukup. Padahal, puasa sepatutnya tidak dijadikan alasan tak dapat minum air kosong yang banyak.

Apa yang boleh dilakukan ialah membahagikan jumlah gelas air semasa bersahur dan berbuka. Contohnya, untuk mendapatkan jumlah 8 gelas air sehari, semasa bersahur minum 3 gelas air kosong, manakala selepas berbuka puasa pula lagi 5 gelas air.

Jangan lupa juga pengambilan serat (sayur-sayuran dan buah-buahan) membantu pencernaan yang lancar.

set puasa shaklee

.

3# Keletihan

Disebabkan tidur tidak cukup, nutrien seharian yang banyak lompongnya, dan kehilangan garam-garam semasa berpuasa, kita kebiasaannya merasa lebih letih di bulan Ramadhan.

  • dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi supaya dapat bangun sahur lebih segar
  • pastikan badan kekal terhidrat
  • jadikan juadah sahur dan berbuka anda dengan makanan berprotein tinggi

.

4# Sakit Kepala

Sakit kepala biasanya disebabkan dehidrasi yang berpunca dari ketidakseimbangan garam, kelaparan dan rehat yang tidak mencukup.

  • elakkan tidak bersahur
  • bersahur dengan diet yang sederhana dan seimbang
  • mengambil air kosong yang cukup

.

5# Dehidrasi

Secara semulajadi, badan kita kehilangan elektrolit melalui pernafasan, berpeluh dan air kencing. Kehilangan berlebihan menyebabkan dehidrasi yang boleh menjadi lebih teruk dengan cuaca panas, tidak mendapat air kosong yang cukup sebelum berpuasa dan memulakan aktiviti fizikal.

Bagi mencegah dan menangani masalah dehidrasi, elakkan tempat yang panas jika boleh.

Anda juga boleh mengambil Performance Drink semasa bersahur, minuman rehidrasi untuk memberi tenaga sepanjang hari.

.

6# Berat Badan dan Obesiti

Ironi pula rasanya semasa berpuasa yang kurang makan tu, ada juga yang mengalami kenaikan berat badan berlebihan dan obesiti. Haha.

Tapi inilah hakikatnya jika anda mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya kerana terlalu lapar dan dahaga. Ada juga yang ‘kempunan’ macam-macam makanan semasa berpuasa mengalahkan ibu mengandung =D

Sedangkan salah satu fadhilat berpuasa ialah supaya kita sama-sama merasa bagaimana orang yang susah dan kelaparan rasa, makan berlebihan kiranya telah ‘melanggar’ tujuan asal kita berpuasa.

Jadi apa yang boleh dibuat ialah:

  • makan secara bersederhana
  • disiplin diri dalam mengamalkan pemakanan sihat
  • lengkapkan lompong nutrisi dengan pengambilan multivitamin dan multimineral
  • boleh juga mengambil pengemulsi lemak bagi membantu memecahkan lemak (waktu berpuasa ialah waktu terbaik untuk menurunkan berat badan secara sihat)
set puasa shaklee

Berpada-padalah semasa berbuka puasa. Kerana seharian berlapar dan menahan dahaga, memang mudah kita terpengaruh untuk beli macam-macam makanan.

.

7 Suplemen Cadangan Dalam Set Puasa Shaklee

.

ENERGIZING SOY PROTEIN ISOLATE ialah suplemen protein lengkap dari soya nonGMO yang membekalkan tenaga berpanjangan

MEAL SHAKES, “snek on-the-go” yang sedap dan berkhasiat yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein. Sesuai sangat untuk menyokong kanan-kanak dan remaja berpuasa.

HERBLAX pula untuk melegakan sembelit secara berkala kerana gabungan kandungan proprietarinya termasuk daun senna. Daun senna secara tradisinya digunakan sebagai julap semulajadi yang menggalakkan pergerakan usus.

CINCH SHAKE MIX boleh dijadikan ‘meal replacement‘, bukan sahaja mudah dan pantas disediakan. Tetapi juga membekakan nutrisi seperti hidangan makanan tetapi rasanya sungguh sedap seperti dessert.

PERFORMANCE DRINK melegakan dahaga setelah seharian berpuasa. Minuman kegemaran atlit bertaraf dunia ini secara klinikalnya terbukti menghidrat lebih baik dari air kosong semata-mata. Di samping membekalkan badan dengan elektrolit, ia juga membekalkan tenaga segera dan menyokong hidrasi optimum badan. Nak buat bersahur pun boleh.

LECITHIN merupakan pengemulsi lemak dengan lemak ‘baik’ yang memecahkan lemak kepada molekul yang lebih kecil untuk pencernaan. Di dalam badan, lecithin ditukarkan kepada acetylcholine yang berfungsi membantu mengekalkan kesihatan

PEPPERMINT-GINGER melegakan masalah pencernaan seperti badan berangin, dan pedih perut. Sejak tradisi lagi memang itulah kegunaan peppermint dan halia kan?

*Harga suplemen-suplemen dalam Set Puasa Shaklee ini bermula dari RM47.50 hingga RM700, bergantung kepada suplemen yang dipilih.

Nak berpuasa dengan gembira dan sihat, mulakan dari sekarang! 🙂

set puasa shaklee

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut dan order.

Minuman Bertenaga Performance Drink Shaklee

Minuman Bertenaga Performance Drink Shaklee

performance drink shaklee

Performance Drink Shaklee (PD) ialah air minuman tenaga berperisa oren yang dihasilkan khas untuk menyegarkan dan menghilangkan dahaga.

PD didatangkan dengan proprietari OPTI-Lyte campuran elektrolit yang ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan di samping menyokong penghidratan optimum.

Antara fungsi PD untuk kita ialah:

  • mencegah penyahidratan dengan membekalkan bendalir dan elektrolit penting – ini melegakan keausan dan melembapkan kulit
  • meningkatkan daya ketahanan badan
  • mengekalkan paras gula dalam darah (rujuk graf di bawah)
  • membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal – sangat sesuai untuk atlit
  • memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
  • mengimbangi metabolisma tubuh kerana mengandungi potassium, kalsium, natrium, fosforus, magnesium dan klorida

performance drink shaklee

Kajian klinikal membuktikan, Performance Drink menghidrat lebih baik dari air biasa. Dan Performance Drink Shaklee mengekalkan paras gula darah untuk suatu jangka masa, menjadikan kita kekal bertenaga.

.

Pengambilan yang dicadangkan ialah sebanyak 28 gram satu hidangan, bersamaan dengan 3 sudu besar serbuk Performance Drink dibancuh dengan 250ml air kosong. Setiap hidangan PD ini menyediakan nutrisi berikut:

  • 100 kcal tenaga
  • 25 gram karbohidrat
  • 11 gram gula
  • 130 sodium
  • bebas kolesterol, protein dan lemak

.

Untuk kegunaan satu pasukan, dicadangkan untuk membancuh keseluruhan canister Performance Drink ke dalam kira-kira 4.5 liter air kosong

.

Apa Kata Mereka Yang Menggemari Performance Drink Shaklee?

.

“Alhamdulillah. Masuk 5 hari dah kita berpuasa dan dah 5 hari saya minum PD. Rasa bertenaga dan perut tak masuk angin walaupun anak kerap menyusu. Puasa kedua, saya dan husband bergotong royong membersihkan halaman rumah yang dah lama terbiar disebabkan kesibukan masa. Dan Alhamdulillah sampai ke petang kitorang still lagi bertenaga. Hehe hasil penangan PD memang terbaik!” (Wardah As-Syauqah)

“Nak share pengalaman saya sendiri yang ada gastrik yang dah wujud sejak saya berumur 10 tahun lagi. Ingat lagi masa tu muntah teruk berlanjutan sampai 4 hari diikuti dengan demam. Hanya Allah saja yang tahu betapa sakit pedih lemahnya saya masa tu. Selama 20 tahun saya gastrik on and off. Ulu hati saya sentiasa pedih. Oleh sebab selalu sangat pedih ulu hati saya dah tak kisah sangat pasal tu. Makan ubat hilang kejap pasti pedih balik.

Sebelum puasa hari tu, saya ada buat scope di KPJ. Doktor kata perut saya ada tompok-tompok merah yang banyak macam melecet. Sekiranya dibiarkan boleh menjadi ulser.

Kemudian, saya amalkan minum ESP dan PD setiap kali bersahur dan sebelum tidur. Yang bestnya Alhamdulillah pedih perut makin hilang. Saya rasa puasa kali ini lebih bermakna dan lebih bertenaga. Saya akui saya hanya berusaha. Selebihnya saya berserah dan bertawakkal kepadaNya.” (Sufiah Noor)

Untuk mendapatkan Performance Drink sebagai minuman bertenaga anda, harga retail ialah RM86.25 (539 gram / 19 hidangan). Semestinya lebih penjimatan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut suplemen kurus yang selamat dan berkesan.