Berpuasa Penuh Walaupun Ada Gastrik

Berpuasa Penuh Walaupun Ada Gastrik

suplemen untuk pesakit gastrik

Anda salah seorang penderita gastrik yang selalu mengalami masalah pedih perut semasa berpuasa? Tahukah anda, Shaklee ada suplemen untuk pesakit gastrik yang dapat menyokong anda berpuasa tanpa serangan gastrik?

ESP Shaklee mempunyai indeks glisemik serendah 39 sahaja. Sumber makanan dengan indeks glisemik rendah membantu mengekalkan paras gula darah yang stabil, memberi rasa kenyang yang lebih lama, jadi adalah baik untuk penghidap gastrik yang ‘sensitif’ dengan jenis makanan terutamanya kalau lewat makan sikit.

Baca lebih lanjut tentang Indeks Glisemik dalam entri Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus.

.

Apa Kata Mereka Yang Telah Mengamalkan ESP Sebagai Suplemen Untuk Pesakit Gastrik?

.

“Saya suka ESP. Gastrik teruk saya dah hilang. Susu badan pekat. Anak tak mengempeng. Tak perlu bangun malam setiap sejam untuk susukan anak. Anak cuma bangun sekali je. Lega mak boleh lena tidur…”(Juliza Sarif)

.

ESP terbukti baik sebagai suplemen untuk pesakit gastrik.

“Saya suka sebab gastrik tiada lagi“(Esther Lize Ashtar)

.

“Alhamdulillah. Mak saya ada gastrik teruk. Perlu makan sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Sampaikan kalau travel pergi ke mana-mana kena standby roti, nasi, benda yang boleh mengenyangkan. Saya cuba test bagi minum ESP. Disebabkan mak tak reti minum soya dan tak pernah minum soya, saya suggest campurkan dengan Milo. Alhamdulillah boleh masuk tekak dia. Nak sihat kan, kena telan juga. Nak dijadikan cerita, mak ambil ESP sebulan sebelum puasa. Selama sebulan puasa, mak dapat puasa penuh. Sampai sekarang mak masih consume ESP. Nampak lebih bertenaga sebab mak meniaga. Kulit lebih sihat.”

.

suplemen untuk pesakit gastrik

“Wawa dulu ada pengalaman gastrik teruk sampai pengsan. Ni waktu zaman belajar tahun 2010/2011. Tak boleh lapar langsung, tak boleh kenyang langsung. Alih-alih badan yang kurus kering sebab makan cukup syarat. Kat rumah memang prepare ubat gastrik dalam peti ais. Sampai macam kalih dah. Dulu tak suka makan ubat tu sebab rasa macam ubat gigi kan. Lepas jumpa ESP tahun 2014, Wawa makan ESP tak henti sampai sekarang. Alhamdulillah, belum pernah kena gastrik lagi. Ubat pun dah lama tak jumpa. Alhamdulillah, Shaklee effect pada Wawa.” (Puan Wawa)

.

Jadi bagi anda yang selalu kena serangan gastrik terutamanya masa berpuasa ni, cepat-cepat dapatkan ESP dari Ain. Satu tong 850 gram dijual dengan harga runcit RM161.25 untuk kegunaan selama sebulan. Daftarlah sebagai ahli untuk lebih penjimatan.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Resepi Daging Dendeng Sedap

Resepi Daging Dendeng Sedap

resepi daging dendeng sedap

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk Ain wish Selamat Berpuasa dan menyambut Ramadhan bagi semua Muslimin Muslimat di seluruh dunia. Macam biasa, masuk saja bulan Ramadhan encik suami Ain suka request untuk bersahur atau berbuka puasa dengan daging dendeng sedap.

Boleh dikatakan resepi daging dendeng sedap ni antara menu kegemaran encik suami dan anak-anak juga. Nak membuat masakan ini bagi Ain tak susah mana, tapi agak memakan masa juga.

Sudah namanya pun daging, perlulah merebus sehingga empuk. Tapi zaman sekarang zaman maju dah ada macam-macam yang boleh membantu memasak dengan cepat, macam periuk Noxxa.

Ok, jom kita tengok resepi daging dendeng sedap yang mudah je nak buat ni.

.

Bahan-bahan Dalam Resepi Daging Dendeng Sedap

.

  • Daging
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Belacan
  • Asam keping
  • Kicap
  • Gula
  • Garam

.

Cara-cara Membuat Daging Dendeng Sedap

.

Daging dibasuh bersih dan direbus sehingga lembut. Ain buat setengah kilogram, cukuplah sekali makan kami 5 beranak.

Selesai merebus sehingga lembut, asingkan daging dari air rebusan. Hiris nipis-nipis kemudian tumbuk sedikit dengan lesung. Kemudian perapkan dengan kicap sebelum digoreng garing.

Segenggam cili kering dibuang biji, direbus sehingga lembut, dibuang airnya, dibasuh kemudian dikisar bersama bahan-bahan lain. Bawang besar, Ain bajet-bajet dalam 3 kali ganda daripada cili kering (lagi banyak bawang lagi manis lagi sedap kuahnya nanti). Bawang putih 3-4 ulas sahaja. Boleh tambah seinci halia juga untuk dikisar. Jangan lupa belacan juga.

Untuk kisar, masukkan air sehingga melepasi paras pisau mesin kisar sahaja. Kalau tak cukup tambah sikit-sikit. Kalau air banyak, jenuhla nak tunggu sambal tumis kering nanti hihihi.

Masa kisar, dah boleh panaskan minyak dalam kuali. Banyak mana minyak, sebaiknya sampai tenggelam semua sambal yang akan ditumis nanti. Kemudian bolehlah tumis bahan kisar sehingga pecah minyak atau sambal telah garing.

Bila dah pecah minyak, letakkan asam keping dalam sambal. Banyak mana nak letak, bergantung kepada kemasaman yang anda mahu. Biasanya Ain letak sekeping dulu, kemudian kena rasa kalau-kalau dah masam cepat-cepat keluarkan asam keping tadi supaya tak jadi lebih masam.

Lepas tu, masukkan kicap, gula dan garam secukup rasa. Dah siap kuahnya, bolehlah gaulkan sebati dengan hirisan daging yang telah digoreng tadi.

Ada orang lebih suka bawang besar yang dipotong bulat sebagai hiasan.

Tadaa!!! Daging dendeng sedap dah siap dan sedia untuk dihidang dan dinikmati sekeluarga.

Senang je kan membuatnya? Selamat mencuba ya.

resepi daging dendeng sedap

Rujuk 30 Cadangan Resepi Sahur di Bulan Ramadhan untuk koleksi resepi masakan lain.