Resepi Bubur Asyura Utara

Resepi Bubur Asyura Utara

resepi bubur asyura

Rasanya masih belum terlambat untuk buat bubur Asyura kan, walaupun Hari Asyura dah berakhir beberapa hari lepas.

Kali ini, Ain buat bubur ni sebab nak tunaikan permintaan mak yang teringin nak makan bubur Asyura. Asalnya, mak request nak join kalau-kalau group taman ada nak buat bubur ni. Tapi sunyi ja group dari topik ni. Hihihi…

Jadi, pertama kali dalam hidup, Ain pun google la resepi bubur Asyura kat internet. Ada lah beberapa resepi yang Ain go through. Tapi paling berkenan hat resepi dari blog Sajian Dapur Bonda.

Terima kasih banyak puan punya blog Sajian Dapur Bonda. Ain tiruvasi resepi akak yang baik hati ya.

Meh kita tengok apa jadi haha.

.

Bahan-bahan Dalam Resepi Bubur Asyura Stail Utara

.

Resepi asal macam agak banyak untuk Ain kacau sorang-sorang. So Ain bahagikan kuantiti bahan-bahan menjadi satu per empat sahaja. Resepi asal bubur Asyura ni korang boleh tengok kat entri Resepi Bubur Asyura Utara ni ya.

Di bawah ni ialah resepi yang telah di-ubahsuai. Nanti Ain bagitau kalau ikut resepi ni dapat banyak mana ya.

Bahan-bahan A :

  • Tepung beras 250gram
  • Tepung jagung 50gram
  • Pisang 500gram (Ain guna pisang cavendish)
  • 250ml santan (Ain beli dalam kotak je)
  • Susu cair 1/4 tin
  • Jagung manis 1/4 tin
  • Gula pasit 250gram
  • Gula merah 125gram
  • Sagu putih 200gram
  • Garam secukup rasa
  • Perasa pandan (kalau ada daun pandan lagi bagus)

.

Bahan-bahan B :

  • Kacang hijau 200gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang kuda 75gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang ketupat 75gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang soya 75gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang merah ABC 75gram
  • 75gram jagung
  • Ubi keledek kuning 250gram

.

resepi bubur asyura

Pebagai jenis kekacang dalam resepi bubur Asyura stail utara.

.

Cara-cara Membuat Bubur Asyura Stail Utara

.

  1. Pisang dibuang kulit dan dipotong dadu lebih kurang lebar setengah inci. Asingkan.
  2. Ubi keledek juga dipotong dadu.
  3. Rebus semua bahan B secara berasingan sehingga lembut. Kecuali bagi ubi keledek, rebus sampai 3/4 empuk sahaja dan airnya jangan buang. Nak digunakan untuk bancuh tepung.
  4. Sagu direndam sehingga kembang, kemudiannya dibersihkan dan ditoskan.
  5. Dalam satu periuk, campurkan gula pasir dan gula merah bersama air secukupnya untuk melarutkan gula. Kemudian ditapis (Ain tak tapis pun hehe).
  6. Di dalam bekas yang lain pula, masukkan tepung beras, tepung jagung, santan, susu cair, air rebusan keledek, dan larutan gula tadi untuk digaul sebati.
  7. Bila dah sebati, sama ada tapis adunan ini (mak Ain kata orang dulu-dulu tapis guna kain) untuk menghaluskan adunan, ataupun blender sahaja. Of course Ain pilih blender hehe.
  8. Lepas tu masukkan dalam periuk besar untuk dikacau di atas api yang sederhana besar.
  9. KENA pastikan sentiasa ada orang yang mengacau bubur ini sampai siap. Kalau tak, adunan boleh melekat di dasar periuk dan hangit!
  10. Apabila adunan dah separuh pekat, masukkan semua bahan B yang telah direbus dan kacau lagi sehingga lebih pekat.
  11. Apabila sudah 3/4 pekat, masukkan pula pisang, jagung tin dan sagu. Kacau sehingga masak.
  12. Tips yang akak ni share untuk tahu sama ada adunan sudah masak atau tidak ialah : letakkan sedikit adunan di atas piring dan sejukkan. Kalau tak melekat tu kira cun lah.
  13. Akhir sekali, tutup api, sejukkan adunan dan masukkan dalam bekas-bekas kecil. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dimakan.
  14. Bubur Asura utara ni memang agak pekat dah nak macam agar-agar tu. Dipenuhi kekacang dan enak dimakan sebagai pencuci mulit.

.

resepi bubur asyura

Kalau follow resepi yang telah diubah suai ni, Ain dapat 5 bekas ni. Sila abaikan rupa bubur ni ya. Orang amatur ja yang membuatnya. Yang penting sedap walaupun lenguh tangan mengacau bubur ni sampai pekat.

Selamat mencuba! =)

Nak cuba resepi masakan lain yang pernah Ain cuba buat yang mudah dan senang?

Boleh rujuk Resepi Makanan untuk tengok koleksi Ain.

Resepi Mudah Brownies Kedut Sukatan Cawan

Resepi Mudah Brownies Kedut Sukatan Cawan

Hari ini, membrownies lagi kita memandangkan encik suami request buat lagi. Nasib baiklah dapat resepi dari seorang kawan dari FB yang memang kerjanya mem-baking.

Asalnya resepi ni dalam ukuran timbang-timbang. Tapi sebab nak memudahkan kerja, first time buat je Ain guna timbang ni. Lepas tu Ain convertkan semua jadi sukatan cawan.

Setakat ni, tiap kali buat brownies resepi ni Alhamdulillah menjadi.

Tips penting untuk buat brownies ialah gunakan chocolate berkualiti yang memang dah diketahui sedapnya. Yang pernah Ain guna sebelum ni ialah coklat masakan cap Nona. Cap lain yang gerenti sedap ialah Beryls dan Van Houtan.

Kali ni cari punya cari tak jumpa plak coklat masakan cap Nona. Yang jumpa ialah cap Meriah macam dalam gambar kat bawah ni ha. Cuba je lah kan.

Ok, here we go!

.

resepi mudah brownies kedut

Cap ‘Meriah’ pun cap meriah la. Harap-harap sedap jugak jadinya.

.

Bahan-bahan Dalam Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan :

.

3/4 cawan butter (Ain guna Buttercup)

3/4 cawan coklat masakan

1/4 cawan serbuk koko (Ain guna Van Houtan)

1 sudu kecil esen vanila

1/4 sudu kecil garam

3/4 cawan gula kastor

2 biji telur

1 cawan tepung gandum

1/4 sudu kecil baking powder

Hiasan : contoh kacang badam, chocolate rice, chocolate chip, etc.

.

resepi mudah brownies kedut

Kaedah double boil ialah dengan memanaskan bahan di dalam satu bekas yang diletakkan di atas bekas lain yang mengandungi air. Bila atas api, air dalam bekas yang mendidih itulah yang akan mencairkan bahan-bahan di dalam bekas yang lagi satu.

.

Cara-caranya :

.

  1. Cairkan butter, coklat masakan dan serbuk koko menggunakan teknik double boil.
  2. Selepas semuanya cair, tutup api dan sejukkan.
  3. Dalam satu bekas yang lain (kita namakan bekas A untuk mudah faham), dengan menggunakan whisk kacau sebati vanila, garam, gula kastor dan telur. Ain guna garfu sahaja sebab takde whisk hihihi.
  4. Kemudiannya, satukan hasil double boil tadi dengan bahan-bahan dalam bekas A dan kacau sebati. Untuk ini, kacau manja-manja sahaja yang penting sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan baking soda. Juga kacau sebati semuanya.
  6. Nak letak perhiasan pun boleh lepas adunan dimasukkan ke dalam loyang. Ain nak habiskan bahan-bahan lebihan buat kuih raya baru ni. Jadi Ain tabur chocolate rice dan kacang badam (lebihan buat Biskut Almond London hari tu). Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Even nak biarkan kosong (classic brownies) pun no problem).
  7. Bakar adunan di dalam oven selama 30 minit pada suhu 160 Celcius (setting dan tempoh masa bakar ikut oven masing-masing)

.

resepi mudah brownies kedut

Gigih dua beradik ni tabur kacang badan dan chocolate chip warna warni kat brownies ni.

.

Untuk pengetahuan, brownies yang ‘menjadi’ ialah brownies yang mempunyai dua lapisan. Lapisan atasnya keras tapi crunch. Manakala lapisan di bawahnya lembut dan enak.

.

Sementara untuk dapatkan brownies yang ‘berkedut’ seribu tu, selepas siap bakar sejukkan di bawah kipas atau udara biasa. Tak lama kemudian akan muncullah kedutan seribu yang cantik tu.

Nama pun brownies ‘kedut’ kan? =)

.

resepi mudah brownies kedut

Tadaaa! Inilah kejadiannya. Tak berapa nak nampakla kedutnya sebab dah penuh dengan hiasan. Hihihi. Selamat mencuba!

Resepi Almond London Sedap & Mudah

Resepi Almond London Sedap & Mudah

resepi almond london sedap

Puas hati rasanya dapat buat biskut Almond London sendiri. Buat satu bancuhan saja tapi dapat banyak jugak Alhamdulillah. Dan buat sendiri jgak puas hati dapat tabur kacang badam cincang yang banyak kat atas coklat ni haha!

Almond London ni kan salah satu biskut raya yang tak pernah luput dek zaman. Since Ain kecik masa sekolah rendah lagi dah kenal biskut ni.

Terkenal dengan biskut yang mewah dengan coklat dan kacang Almond, sedap sungguh makan ramai-ramai masa raya.

Sebab Almond London ni salah satu biskut raya kegemaran Ain, bila dah jadi mak budak ni teringinlah nak buat sendiri kan. Tapi masa kecik-kecik, Ain dok dengar-dengar macam susah dan leceh nak buat biskut Almond London ni.

Sampai lah pada suatu hari, saja la Google resepip Almond London sedap dan cuba buat.

First time buat ialah untuk raya last year. Time tu rasanya terlebih gula la kot yang jadi manis skit haha. Tahun ni buat skali lagi Alhamdulillah jadi sedap. Anak-anak suka makan dan encik suami pun tak cukup 3-4 biji sekali makan. =)

Credits to pemilik asal resepi Almond London sedap ni. Maaf Ain terlupa search kat mana tahun lepas. Hehe…

.

Bahan-bahan :

  • 250 gram mentega
  • 2 + 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • badam biji dipanggang secukupnya
  • badam cincang untuk hiasan
  • coklat masakan secukupnya
  • mangkuk kertas / paper cup warna hitam (paling sesuai)
  • sedikit minyak jagung

.

Cara-caranya :

  1. Masukkan mentega dan gula ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang dan sebati. Bila warna mentega berubah menjadi kuning pucat dan tekstur ringan, ok la tu.
  2. Kemudian, masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Selepas itu, masukkan pula nestum, tepung jagung dan tepung gandum. Uli sampai jadi dok yang boleh dibentuk menjadi bulatan.
  4. Ambil sedikit doh, masukkan biji badam ke dalam doh dan bentukkan doh. Saiz dan bentuk (bulat atau bujur) adalah mengikut citarasa anda. Biasanya Almond London orang buat bujur lah kan?
  5. Bakarkan pada suhu 180 darjah Celcius selama 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing), atau sehingga masak dan kemudian sejukkan.
  6. Untuk coklat bagi menyelaputi doh yang siap dibakar, cairkan coklat masakan dan minyak jagung di atas api menggunakan kaedah double boil. Minyak jagung berfungsi mencairkan sedikit coklat masakan dan mengilatkan ia. Kalau agak-agak coklat tu macam pekat lagi, boleh tambah minyak sedikit demi sedikit.
  7. Setelah coklat cair, salutkan ke setiap doh yang siap dibakar. Hiaskan dengan badam cincang dan sejukkan.
  8. Bila semua coklat sudah kering, simpan dalam bekas tertutup.
  9. Siap. Senang je kan? Selamat mencuba! =)

.

resepi almond london sedap

Tadaaa!!! Resepi Almond London sedap ni bukan saja senang, tapi sat ja siap!

.

Biskut raya kegemaran Ain yang lain ialah Mazola. Mazola ni pun resepinya mudah sangat dan sedap! =)

Resepi Biskut Mazola Mudah & Sedap

Resepi Biskut Mazola Mudah & Sedap

Sejak jumpa resepi biskut Mazola yang mudah dan sedap kat Google tahun lepas , rasanya setiap tahun nak raya Ain nak buat biskut ni. Dah la biskut kegemaran encik suami kan, seharusnya jadi wajiblah buat sendiri.

Terima kasih dari sumber yang Ain sendiri dah lupa dari mana resepinya.

Semalam siap buat 2 bancuhan setengah (‘setengah’ sebab cukup-cukup untuk habiskan tepung gandum yang ada) untuk raya kali ini. Dapatlah dalam 4 bekas Alhamdulillah. Anak-anak cuba makan pun suka.

Meh kita tengok apa 6 bahan untuk buat biskut mazola ni:

  • 2 cawan kacang tanah (digoreng, dibuang kulit, dikisar halus)
  • 2 cawang tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • minyak jagung secukupnya (Ain guna dalam 200-250ml untuk satu bancuhan)
  • kacang gajus untuk hiasan
  • putih telur untuk hiasan

resepi biskut mazola

Resepi Biskut Mazola : Kacang tanah yang Ain beli ni dah siap dibuang kulitnya. Tinggal goreng dan kisar halus saja.

.

Ikut Resepi Biskut Mazola ni, cara membuanya memang mudah sangat!

Campurkan sahaja kesemua enam bahan di atas tadi. Kemudian gaul rata kesemuanya.

Yang minyak tu masukkan last skali. Masukkan sikit-sikit sampai jadi doh.

Dohnya akan jadi sangat fragile tau korang. Asal dapat buat bulat kecik-kecik kira ok dah tu.

Then bila dah jadi dok, bentukkan bulat-bulat macam bola. Kalau ada anak tadika dorang pun suka nak tolong buat bulat-bulat ni. Cumanya kena monitor sebab nanti akan ada bola yang kecil dan ada yang besar sangat! Haha.

Lepas tu, boleh letakkan kacang gajus di atas setiap bola. Boleh tekan sedikit supaya gajus ni melekat dengan bola tadi.

Sapu putih telur untuk biskut kekuningan selepas siap dibakar. Ha, jangan disapu kuning telur tau korang. Nanti lepas siap bakar jadi warna hitam tak nampak rupa mazola dah plak hihihi!

resepi biskut mazola

Resepi Biskut Mazola : Adunan yang siap dijadikan bulat-bulat, diletakkan gajus dan disapu putih telur sebagai hiasan.

.

Akhir skali, bakar ada suhu 160 darjah Celcius selama 30 minit (bergantung kepada oven masing-masing). Kalau dah ada bau kacang tanah tu dah boleh jenguk-jenguk kat oven dah.

Biskut yang siap dibakar berwarna sedikit coklat dan kuning berkilat di bahagian yang disapu putih telur tadi.

Siap!

Senang kan?

Selamat mencuba resepi biskut Mazola yang super simple tapi sedap yang amat! =)

(Gambar dah siap bakar nanti Ain letak kemudian, terlupa nak snap semalam)

P/S : Raya nanti beringat juga makan open house rumah saudara mara dan kawan-kawan. Masa raya elok sangat bawa bekalan Herblax, Omega, Phytocol dan Lecithin untuk pecahkan lemak.

30 Koleksi Resepi Sahur Ramadhan

30 Koleksi Resepi Sahur Ramadhan

Resepi sahur Ramadhan ni, Ain dapat dari seorang kawan yang share dalam group whatsapp kami.

Masa bulan puasa ni lah biasanya orang tertanya-tanya, apa lah yang nak dimasak untuk sahur dan berbuka.

Buat korang yang dah mati kutu tak tahu nak masak apa, boleh lah refer ni dan buat pilihan mana yang berkenan di hati. Hehe…

AYAM SOS LEMON MADU

Bahan-bahan:

  • dada ayam 500g (potong ikut suka)
  • tepung serbaguna (secukupnya)
  • telur sebiji (kacau)
  • madu 4 sudu besar
  • lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-cara memasak:

  1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
  2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
  4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

AYAM GORENG LEMON

.

Bahan-bahan:

  • 3 sudu minyak zaitun
  • 6 ketul peha ayam – garam & lada hitam
  • 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 6 biji kentang (dihiris halus)
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • ½ epal cider
  • 2 sudu perahan lemon
  • beberapa batang rosemery
  • herba thyme

Bahan perhiasan:

  • ½ hirisan keju parmesan
  • 6 – 10 hirisan lemon

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
  2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
  3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
  4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
  5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
  6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
  7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
  8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
  9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
  10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
  11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
  12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon. 13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.

TELUR BUNGKUS

.

Bahan-bahan:

  • 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
  • 1/2 biji bawang holland dicincang halus
  • 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
  • 1/2 batang daun saderi didadu kecil
  • 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
  • 1 biji cili merah
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
  • secubit garam jika perlu
  • minyak untuk menumis
  • 2 biji telur ayam

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
  2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
  3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
  4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
  5. Taburkan secubit garam jika perlu
  6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
  7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
  8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
  9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
  10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.

SUP TELUR

.

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 2 biji kentang (potong kecil)
  • 1 batang carrot (potong kecil)
  • 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
  • air secukupnya
  • minyak
  • garam

Bahan tumis (tumbuk kasar):

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 s/k lada hitam

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
  3. Masukkan telur masa air menggelegak.
  4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.

SIAKAP 3 RASA

.

Bahan-bahan:

Untuk Ikan:

  • 2 ekor ikan siakap
  • tepung jagung untuk dilumur pada ikan
  • serbuk Pasti Sedap Knoor
  • minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:

  • 2 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 6 biji bawang putih – dititik
  • 10 biji cili padi – dipotong kecil
  • 1 inci halia – dihiris halus
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 1/2 biji cili benggala – dipotong dadu
  • kiub nanas – boleh beli yang siap ditinkan
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili thai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 batang serai – dititik
  • beberapa helai daun limau purut
  • daun sup/daun bawang untuk hiasan
  • garam secukup rasa
  • ajinomoto secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:

  1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
  2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
  3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
  4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
  5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
  6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
  7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
  8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

SAMBAL TUMIS KERANG

.

Bahan-bahan:

  • 3-4 kg kerang – direbus dan ambil isinya
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk/kisar
  • 2 biji bawang besar – ditumbuk/kisar
  • 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
  • 2 biji bawang besar – dihiris
  • 1 cm (sedikit saja) belacan (jika suka) -kisar/tumbuk bersama bawang
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit air jika perlu.

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
  2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
  4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

DAGING MASAK BLACK PEPPER

.

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Bahan-bahan:

  • 500g daging (bahagian batang pinang)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • kicap manis
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 tangkai cili merah (potong kasar)
  • bawang besar holland
  • 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
  2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
  3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
  4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
  5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

AYAM PERCIK BAKAR

.

Bahan-bahan:

  • ayam
  • serai (titik)
  • 3 serangkai
  • santan
  • gula
  • garam kasar
  • asam keping

Bahan kisar:

  • cili kering (suka pedas lebihkan)
  • bawang kecik
  • bawang putih
  • halia
  • lengkuas (semua bahan2 diatas dikisar)

Cara-cara memasak:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
  2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar.
  3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
  4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.

SIAKAP STIM LIMAU NIPIS

.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
  • 1 labu bawang merah/besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis ambil jusnye
  • 1sdm sos tiram
  • sepokok daun ketumbar
  • setengah batang carrot
  • semangkuk bunga kobis
  • setengah biji Lada bengala
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
  2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
  3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali
  4. Hiris cili ketepikan
  5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
  6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
  7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap

AYAM GORENG MADU

.

*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.

Bahan-bahan:

  • ayam 8 ketul (direbus)
  • kicap cair 1 sudu besar
  • kicap pekat 1 sudu besar
  • sos tiram 1 sudu besar
  • madu 1 sudu besar

Bahan kisar:

  • bawang merah 5 biji
  • bawang putih 6 ulas
  • halia 1 inci

Cara-cara memasak:

  1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
  2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
  3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
  4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam sudah separuh masak.
  5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

SUP IKAN MERAH

.

Bahan-bahan:

  • ikan merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • kayu manis, bunga lawang dan pelaga
  • lada hitam biji – tumbuk
  • sup bunjut ikan Adabi

Cara-cara memasak:

  1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
  2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
  3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
  4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.

SAMBAL TUMIS DAGING

.

Bahan-bahan:

  • daging
  • bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
  • cili kering (direndam dan dimesin)
  • air asam jawa
  • sedikit gula dan garam

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
  3. Masukkan gula, kacau.
  4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
  5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.

TOM YAM THAI

.

Bahan-bahan:

  • 1 paket perencah tomyam
  • 4 biji tomato
  • 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
  • 3 batang serai – diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 1 cm lengkuas
  • lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • optional : 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak:

  1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
  2. Masukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan pula lobak merah.
  4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
  5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
  6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.

SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI

.

Bahan-bahan:

  • ikan bilis 300g
  • petai 2 papan
  • bawang besar sebiji (dihiris)
  • bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • cili merah sebiji (ditumbuk)
  • cili padi 20 biji (ditumbuk)
  • garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan garam, gaul sebati.
  4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

PARI ASAM PEDAS

.

Bahan-bahan:

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci kunyit (Semua bahan hendaklah ditumbuk)
  • 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
  • ½ cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
  • 250g ikan pari (dipotong kecil)
  • 2 tangkai daun kesum
  • sayur masin (jika suka)
  • bendi
  • 3 sudu minyak masak
  • garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
  3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
  4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.
  5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
  6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

IKAN PERCIK

.

Bahan-bahan:

  • ikan kembung/bawal
  • santan pekat
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 keping asam keping
  • kunyit
  • garam
  • gula

Cara-cara memasak:

  1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
  3. Masakkan di dalam kuali/periuk
  4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
  7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.

AYAM MASAK HALIA

.

Bahan-bahan:

  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. 3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

GULAI DAGING KERISIK

.

Bahan-bahan:

  • 450gm daging | hiris nipis
  • 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
  • 1 labu bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang merah | tumbuk
  • 2 ulas bawang putih | tumbuk
  • 1/4cm halia | dipotong panjang
  • air secukupnya
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 sudu kerisik
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga – 2 kelopak bunga lawang
  • 1 cm kulit kayu manis

Cara-cara memasak:

  1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
  2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
  3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
  4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
  5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
  6. Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.

DAGING GORENG BEREMPAH

.

Bahan-bahan:

  • 250 g daging lembu (dipotong)
  • 1 labu bawang besar (saiz kecil)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu makan penuh serbuk kari
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • daun bawang (dipotong)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • sedikit minyak

Cara-cara memasak:

  1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya
  2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
  3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
  4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
  5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.

SINGGANG SOTONG

.

Bahan-bahan:

  • 10-13 ekor sotong
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2-3 biji cili hijau
  • garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
  2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
  3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.

KARI AYAM NYONYA

.

Bahan-bahan:

  • ayam 1/2 ekor
  • santan 1 bungkus kecil
  • bawang merah 6 ulas
  • bawang putih 4 ulas
  • serai 3 batang hiris
  • lengkuas 1 inci
  • 1 inci
  • kunyit hidup 1 inci
  • buah keras 4 biji
  • cili kering ikut pedas
  • cili masak 2
  • serbuk rempah daging 1 sudu besar

Cara-cara memasak:

  1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
  2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
  3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.

UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN

.

Bahan-bahan:

  • 500 gm udang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • minyak
  • 3-5 sudu besar butter
  • 6 ulas bawang putih – dicincang
  • 15 biji cili padi – dihiris serong
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 biji telur masin – direbus & hancur
  • 2 sudu kecil gula
  • 10 sudu besar susu cair/susu segar
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak:

  1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
  2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
  3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
  4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin).
  5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

.

*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.

Bahan-bahan:

  • ikan selar 8 ekor
  • serbuk kunyit+sedikit garam
  • petai 2 papan
  • bawang besar sebiji (dihiris)
  • bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
  • cili padi 15 biji (ditumbuk)
  • garam secukup rasa
  • minyak (untuk menggoreng+menumis)

Cara-cara memasak:

  1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
  5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!

UDANG KICAP PEDAS

.

Bahan-bahan:

  • 400 gram udang
  • 1 biji (kisar) bawang besar
  • 2 biji (kisar) bawang putih
  • 1/2 inci (kisar) halia
  • 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
  • 1 biji cili merah
  • 4 sudu kicap pekat
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu gula
  • secukup rasa (jika perlu) garam
  • 1/4 cawan air

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis – bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
  4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.

MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

.

Bahan-bahan:

  • 1kg siput sedut
  • 5 ulas bawang merah – kisar halus
  • 3 ulas bawang putih – kisar halus
  • 2 inci kunyit hidup – kisar halus
  • 2 inci halia – kisar halus
  • 15 tangkai cipi padi – kisar halus
  • 2 batang serai – di titik
  • 500ml santan

Cara-cara memasak:

  1. Siput sedut diberus hingga bersih.
  2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
  3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
  5. Masukkan santan, serai dan siput.
  6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
  7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat.

TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI

.

*Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.

Bahan-bahan:

  • telur 3 biji
  • bawang besar sebiji (dihiris)
  • cili padi 8 biji (belah 2)
  • kicap secukupnya
  • garam secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
  3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!

SOTONG MASAK LEMAK PADANG

.

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong – cuci bersih dan potong
  • 3 biji bawang besar – belah 4
  • 2 biji tomato – belah 4
  • 2 batang serai – di titik
  • 3 biji ubi kentang – belah 4
  • 3 camca minyak untuk menumis
  • 500 ml santan
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inc kunyit hidup
  • 2 inc halia
  • 5 tangkai cili merah

Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak
  2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak.
  3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air.
  4. Kacau biar sebati
  5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.

AYAM PAPRIK

.

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ayam – dihiris kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 11 biji cili api – dipecah-pecahkan
  • 2 helai daun limau purut – disiat-siat
  • bunga kobis – dihiris kecil
  • 2 biji putik jagung – dihiris serong
  • 1/2 biji karot – dihiris serong
  • 2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam
  • 1 cawan air

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan hidangkan.

SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA

.

Bahan-bahan:

  • sotong (direbus)
  • cili kering (direndam dan dimesin)
  • bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan sedikit gula

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
  2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
  3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.

KETAM MASAK LEMAK CILI API

.

Bahan-bahan:

  • 250g ketam (dibersihkan)
  • 7 biji cili hijau
  • 1½ cawan santan kelapa yang di parut
  • 1 keping asam gelugur
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu besar garam secukup rasa
  • ½ sudu kecil perasa

Cara-cara memasak:

  1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit.
  2. Masak selama 5-7 minit.
  3. Siap, angkat dan hidangkan.