Pain Relief Caplet, Suplemen Sendi dan Otot

Pain Relief Caplet, Suplemen Sendi dan Otot

suplemen sendi dan otot

Suplemen Sendi dan Otot yang bakal dilancarkan Jun 2020

Berdasarkan kajian oleh National Clinical Research Centre, Malaysia, 3 jenis aduan kesakitan tertinggi di Malaysia ialah sakit abdomen (45%), sakit muskuloskeletal (35%) dan sakit kepala (20%).

Kebanyakan sakit abdomen dan sakit kepala boleh diselesaikan dengan cepat. Tetapi tidak bagi sakit muskuloskeletal yang melibatkan kesakitan berkaitan otot dan sendi. Kebanyakannya adalah berpanjangan atau sembuh sementara kemudian mengganggu semula. Antaranya ialah sakit lutut yang sangat lazim di kalangan individu melebihi usia 40 tahun (kadar ini meningkat dengan usia).

Amnya, kesakitan ialah perasaan tidak selesa yang disebabkan oleh tekanan atau kecederaan stimuli. Kesakitan ialah salah satu simptom keradangan (selain bengkak, kemerahan dan gangguan fungsi).

Sel-sel yang tercedera akan mengeluarkan isyarat kimia cyclooxygenase (COX) dan lipooxygenase (LOX), penyebab kita rasa sakit.

Terdapat 2 jenis enzim COX iaitu COX-1 dan COX-2. COX-1 menyebabkan keradangan dan sakit. Manakala COX-2 mempunyai fungsi melindungi lapisan perut kita. LOX pula adalah agen pro-keradangan yang juga punca kita berasa sakit.

Untuk menghilangkan rasa sakit, sudah tentulah kita perlu merencatkan aktiviti COX dan LOX ini. Tetapi, merencatkan kedua-dua jenis COX boleh mengganggu lapisan perut pula.

suplemen sendi dan otot

Adakah anda salah seorang dari dalam gambar ini?

.

Pain Relief Caplet Membantu Melegakan Kesakitan Sendi dan Otot, Tanpa Memberi Kesan Negatif Terhadap Lapisan Perut Anda

.

Pain Relief Caplet diformulasi daripada gandingan berpaten ekstrak Boswellia dan Safflower yang diuji secara klinikal sebagai solusi jangka masa panjang untuk menyokong kesihatan sendi dan otot yang digunakan secara berlebihan.

Ianya boleh membantu anda:

  • Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebaban pergerakan keterlaluan
  • Menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi
  • Melegakan kesakitan otot

.

Boswellia dan Safflower bertindak menjaga kesihatan sendi dan otot anda melalui 3 cara:

  1. Melegakan kesakitan dan ketidakselesaan sendi, meningkatkan pergerakan dan fleksibiliti dengan merencatkan laluan penyebab kesakitan
  2. Melindungi tulang rawan dari kemusnahan dengan mengurangkan keradangan
  3. Memulihkan tisu-tisu sendi dengan meningkatkan peredaran darah ke bahagian sendi untuk menyokong proses pemulihan

.

.

Kesan sinergi Boswellia dan Safflower membantu melegakan ketidakselesaan dan kesakitan, tanpa memberi kesan negatif kepada lapisan perut.

.

1# Rencatan Aktiviti LOX

Gandingan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower juga terbukti dapat merencatkan aktiviti LOX pada kadar yang lebih tinggi, berbanding dengan hanya Boswellia sahaja. Oleh itu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan. (Rujuk graf pertama gambar di bawah)

.

2# Rencatan Aktiviti COX-2

Dan gandingan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower juga terbukti dapat merencatkan aktiviti COX-2 pada kadar yang lebih tinggi, berbanding dengna hanya Safflower sahaja. Ini juga seterusnya mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan. (Rujuk graf kedua gambar di bawah)

.

3# Rencatan Aktiviti COX-1

Ekstrak Safflower yang berpaten terbukti dapat meningkatkan aktiviti COX-1 pada kadar yang lebih tinggi. Ini mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan tanpa memberi kesan negatif kepada lapisan perut (sesuai untuk penghidap gastrik dan perut ‘sensitif’). (Rujuk graf ketiga dalam gambar ini)

suplemen sendi dan otot

.

Keistimewaan Suplemen Sendi dan Otot Pain Relief Caplet

.

  1. Gabungan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower (nombor paten US 7,195,790)
  2. Setiap hidangan menyediakan 1,082mg* ekstrak Boswellia dan 150mg ekstrak Safflower
  3. Lembut pada perut
  4. Tidak mengandungi aspirin
  5. Terbukti dalam kajian saintifik berupaya merencatkan laluan kesakitan secara semulajadi
  6. Terbukti berkesan:
    • Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebabkan pergerakan keterlaluan
    • Menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi
    • Melegakan kesakitan otot
  7. Sesuai untuk penghidap gastrik atau perut ‘sensitif’

.

*Dos saranan Boswellia berdasarkan kajian. Baca juga entri 10 agen anti-keradangan semulajadi.

.

Manfaat Kesihatan Luar Biasa Esktrak Boswellia dan Safflower

.

Pain Relief Caplet juga boleh diambil bersama produk nutrisi lain untuk manfaat-manfaat berikut:

Melindungi Dari kemerosotan Tulang Rawan

  • Polifenol – Meningkatkan penghasilan tulang
  • Kolagen – Menyokong pertumbuhan dan pembaikan tulang rawan
  • Omega-3 – Melambatkan kemerosotan tulang rawan dan bertindak sebagai pelincir

.

Melegakan Migrain

  • Vitamin B – Meningkatkan kesihatan sistem saraf dan mengurangkan paras homosistein

.

Untuk Tulang dan Sendi Yang Kuat

  • Protein soya – Mengekalkan jisim otot dan menyokong komponen struktur sendi
  • Kalsium – Membna tulang yang kuat dan sihat

.

Melegakan Sindrom PMS (Senggugut)

.

suplemen sendi dan otot

Pain Relief Caplet, untuk penyelesaian melegakan kesakitan sendi dan otot anda secara semulajadi. Dapatkan sebotol dengan harga runcit RM118.75, untuk kegunaan sebulan. Whatsapp Ain 016-4214704 untuk pertanyaan dan order.

Detox Cara Shaklee, Permulaan Untuk Sihat

Detox Cara Shaklee, Permulaan Untuk Sihat

set detox shaklee

Dalam sedar atau tidak, setiap hari kita terdedah dengan pencemaran udara, pemakanan tidak seimbang, stress berlebihan dan bahan kimia yang tidak boleh dielakkan.

Proses detoksifikasi ialah suatu proses yang penting untuk badan menyingkirkan bahan berbahaya yang sudah tentulah tidak diperlukan badan.

Pendedahan setiap hari terhadap perkara-perkara tadi menyebabkan sistem detoksifikasi badan tidak mampu menjalankan tugas dengan baik.

Semakin hari, lambakan toksin berlebihan yang tidak mampu disingkirkan badan menyebabkan munculnya simptom-simptom “tak sihat” yang tidak spesifik. Contohnya, sakit kepala, lenguh badan, keletihan melampau, masalah sembelit, badan berangin dan berat badan yang semakin bertambah.

Jadi, Set Detox Shaklee bertindak sebagai penyokong proses detoksifikasi badan secara menyeluruh dan semulajadi. Pastinya ia permulaan yang baik untuk perubahan ke arah kesihatan yang lebih baik.

Baca juga 7 Manfaat Detox Untuk Tubuh.

.

Apa Anda Dapat Dengan Detox Cara Shaklee?

.

detox cara shaklee

Set Detox Shaklee terdiri dari gabungan sinergistik herba dan nutrien semulajadi untuk memastikan sistem detoksifikasi badan dapat disokong dengan baik.

Alfalfa Complex. Akar tumbuhan alfalfa yang tunjang sejauh 6 meter ke dalam tanah mampu menyerap nutrisi dalam tanah yang tidak tercapai oleh tubuhan lain. Menjadikan ianya tumbuhan yang kaya dengan nutrisi. Daun alfalfaf juga mengandungi klorofil kira-kira empat kali ganda lebih banyak berbanding tumbuhan lain.

Alfalfa Complex ialah pilihan yang baik untuk menyokong proses detoksifikasi darah dan usus secara lembut.

Peppermint Ginger Plus pula menyediakan herba semulajadi daun pudina, halia, fennel dan anise. Gabungan ini amat menenangkan kerana memberi kesan yang baik terhadap sistem pencernaan terutamanya jika anda jenis yang “banyak angin”.

DTX Complex pula diformulasi khas daripada ekstrak biji milk thistle, cendawan Reishi, Schisandra chinensis, dandelion, kunyit dan artichoke. Ianya merupakan tonik kompleks yang menyokong nutrisi untuk fungsi hati yang sihat, iaitu dengan cara melindungi dan merangsang keupayaan semulajadi badan untuk mengekalkan kesihatan hati.

Herblax pula terdiri daripada campuran herba semulajadi termasuk daun senna yang telah digunakan secara tradisional sebagai julap semulajadi. Herblax merangsang pergerakan usus seterusnya membantu kelancaran sistem pembuangan najis.

Vivix ialah minuman botani daripada campuran buah-buahan semulajadi yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia dari sumber tumbuhan yang menyokong kesihatan sel (paling asas dalam badan). Bahan-bahan dalam Vivix – anggur Muscadine, lobak ungu, Polygonum cuspidatum dan European elderberry – diekstrak melalui proses yang telah dipatenkan. Jadi, anda hanya boleh dapatkan Vivix dari Shaklee sahaja.

Jom detox cara Shaklee sekarang juga!

Rujuk entri Set Detox Shaklee : Fungsi, Pilihan dan Harga untuk info lanjut.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Butterworth, Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas
Poslaju ke Seluruh Malaysia Termasuk Sabah dan Sarawak

Manfaat Vitamin B Untuk Kesihatan

Manfaat Vitamin B Untuk Kesihatan

manfaat vitamin b

B Complex terdiri daripada gabungan 8 jenis vitamin B dengan pelbagai fungsi dan manfaat kesihatan. Manfaat vitamin B secara amnya dapat membantu mengurangkan stress dan meningkatkan mood. Vitamin B juga berupaya mengurangkan simptom kemurungan dan depresi.

Vitamin-vitamin B ialah sejenis vitamin larut air. Iaitu bermaksud, ia perlu diambil setiap hari kerana tidak boleh disimpan dalam badan. Jika diambil berlebihan pula, akan disingkirkan melalui air kencing. Jadi, kita memerlukan vitamin B setiap hari, sama ada dari pemakanan ataupun suplemen.

Seterusnya, akan dibincangkan manfaat, dos saranan dan sumber-sumber yang kaya bagi setiap satu vitamin B.

.

B1, Tiamin

Nak dapatkan vitamin B1, rajin-rajinlah makan makanan seperti cereals, yis, kekacang dan daging.

Saranan pengambilan harian oleh National Institute of Health (NIH) ialah 1.1mg untuk wanita dewasa 18 tahun dan ke atas, 1.4mg untuk ibu mengandung, 1.5mg bagi ibu menyusu dan 1.2mg untuk lelaki berusia 14 tahun dan ke atas.

Vitamin ini penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan mencegah penyakit beri-beri.

.

B2, Riboflavin

Vitamin B2 pula membantu memecah dan menggunakan karbohidrat, lemak dan protein, serta menukarkan makanan kepada tenaga untuk digunakan badan.

Ia juga membantu dalam kesihatan kulit, usus dan sel-sel darah.

Makanan yang kaya vitamin B2 ialah seperti kekacang sayuran hijau, daging dan produk tenusu.

Saranan pengambilan harian ialah 1.1mg bagi perempuan dewasa, 1.2mg bagi lelaki dewasa, 1.4mg bagi ibu hamil dan 1.6mg bagi ibu menyusu.

manfaat vitamin b

.

B3, Niasin/Asid Nikotinik

Seperti vitamin B2, niasin juga menukarkan makanan kepada tenaga selain mencegah penyakt pellagra.

Vitamin B3 banyak terdapat dalam kekacang, roti, produk tenusu, ikan dan daging.

Lelaki dewasa 14 tahun dan ke atas disarankan mengambil vitamin B3 sebanyak 16mg, manakala untuk perempuan dewasa 14 tahun dan ke atas pula sebanyak 14mg.

.

B5, Asid Pantotenik

Asid pantotenik diperlukan untuk penghasilan hormon.

Food & Nutritional Board of Institute of Medicine menyarankan pengambilan sebanyak 5mg vitamin B5 untuk mereka yang berumur 14 tahun dan ke atas.

Amalkan sayur-sayuran dari kumpulan kubis, avokao, ubi kentang, produk tenusu dan organ dalaman untuk mendapatkan vitamin ini.

manfaat vitamin b

.

B6, Pyridoxine

Penting untuk perkembangan otak, memelihara kesihatan sistem imun badan dan sistem saraf.

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah buah pinggang, dan masalah penyerapan nutrisi (malabsorption) berisiko mengalami kekurangan vitamin B3. Lalu menunjukkan tanda-tanda kekurangan seperti kemurungan dan sistem imun yang lemah.

Jadi, perbanyakkan pengambilan pisang, kekacang, hati lembu, lobak, keju, ayam, susu, ikan salmon, udang dan bayam yang kaya dengan vitamin ini.

Berdasarkan NIH, dos saranan bagi dewasa sehingga 50 tahun ialah 1.3mg, dan 2mg bagi ibu hamil dan menyusu.

.

B7, Biotin

Biotin berfungsi dalam metabolisma karbohidrat dan lemak.

Pengambilannya boleh didapati daripada sumber makanan seperti yis, telur, ikan salmon, keju dan hati. Sebanyak 30mcg sehari disarankan untuk orang dewasa.

manfaat vitamin b

.

B9, Asid Folik

Nama lain yang lebih terkenal ialah asid folik yang penting diambil oleh ibu hamil di awal kehamilan (sebaiknya ketika merancang lagi) untuk mencegah kecacatan tiub neural.

Disamping itu, terdapat kajian yang menyatakan pesakit kemurungan mempunyai paras asid folik yang lebih rendah.

Dan dos saranan oleh NIH pula ialah 400mcg bagi dewasa, 500mcg untuk ibu menyusu dan 600mcg bagi ibu hamil.

.

B12, Cyanocobalamine

Mempunyai tugas penting dalam fungsi saraf, penghasilan sel darah merah dan DNA, jika kekurangan vitamin B1 boleh mempunyai tanda-tanda berikut:

  • anemia
  • kekeliruan
  • nyanyuk
  • kemurungan
  • keletihan
  • kesukaran mengimbangi badan
  • masalah usus
  • gangguan mood
  • memori lemah

Kebiasaannya, tanda-tanda ini dihadapi oleh mereka yang vegetarian, warga emas dan yang mempunyai masalah usus (mengganggu penyerapan).

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin B1 ialah produk tenusu, ikan, daging, hati lembu dan ‘fortified cereals’.

Dos saranan bagi dewasa ialah 2.4mcg, manakala 2.6-2.8mcg bagi ibu hamil dan menyusu.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Sungai Dua, Butterworth, SeberangJaya, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Omega-3 Vitamin Untuk Sendi Sihat

Omega-3 Vitamin Untuk Sendi Sihat

vitamin untuk sendi

VITAMIN UNTUK SENDI | Sendi adalah perhubungan antara dua tulang yang membenarkan sesuatu pergerakan.

Dengan adanya sendi, kita boleh mengangguk kepala, melipat tangan, menggenggam, tundukkan badan dan meluruskan kembali, serta kita boleh berjalan, berlari dan sebagainya.

Namun, dengan pertambahan usia, kebanyakan kita akan mula rasa sakit di bahagian sendi yang boleh mengganggu pergerakan kita sehari-hari.

Berita baiknya, kita ada omega-3 yang telah terbukti mempunyai pelbagai manfaat kesihatan termasuklah untuk menjaga kesihatan sendi.

Bagaimana omega-3 membantu menjaga kesihatan sendi kita?

Teruskan membaca 4 mekanisma omega-3 di bawah:

.

1# Omega-3 Bersifat Anti-radang

.

Penggunaan sendi setiap hari menyebabkan keradangan berlaku, meningkatkan aliran darah dan pelepasan protein imun yang bocor ke dalam tidu sendi.

Ini seterusnya akan mengakibatkan :

  • sendi sakit
  • kekejangan sendi
  • dan bengkak di bahagian sendi

.

Keradangan boleh berlaku di mana-mana sendi di seluruh badan.

Sendi yang mengalami keradangan mempunyai tanda-tanda seperti sakit, bengkak, kemerahan dan gangguan fungsi pergerakan.

Telah terbukti, bahawa omega-3 membantu mengurangkan keradangan melalui 2 cara berikut :

  1. membantu mengurangkan penghasilan eicosanoid dan cytokine (kedua-dua ini merupakan punca tulang rawan menipis yang akan menyebabkan sakit sendi)
  2. mengurangkan penghasilan petanda keradangan yang mennyebabkan terjadinya keradangan
  3. menggalakkan penghasilan pelincir sendi

.

vitamin untuk sendi

Bacaan CRP (C-Reactive Protein) dalam ujian darah anda menentukan tahap inflamasi (keradangan) badan anda. Bacaan melebihi 1.0mg/L menunjukkan paras inflamasi yang sederhana dan berisiko mengalami penyakit berkaitan inflamasi. Maka, halang inflamasi segera dengan asid lemak omega-3 sekarang juga!

.

2# Mengurangkan Sendi ‘Keras’, Bengkak dan Sakit Sendi

.

Kerana keberkesanannya dalam mengurangkan keradangan, omega-3 juga sekaligus berupaya mengurangkan sendi yang ‘keras’ (joint stiffness), bengkak dan kesakitan.

.

3# Menggalakkan Pergerakan dan Fleksibiliti Sendi

.

Untuk pengetahuan anda, omega-3 yang dimakan juga akan ‘dimasukkan’ ke dalam sel-sel yang menghasilkan tulang rawan kita.

Ini membantu mengawal proses untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan yang normal di dalam sendi.

Sudah tentulah dengan ini akan menghasilkan sendi yang dapat bergerak dengan lebih baik dan fleksibel.

.

4# Bertindak Sebagai Pelincir Sendi

.

Omega-3 juga bertindak seperti pelincir sendi yang dipanggil cecair synovia yang merupakan ‘kusyen’ dan melancarkan pergerakan sendi.

Berdasarkan kajian, ia juga menyokong pergerakan sendi yang lebih selesa dan membenarkan sendi yang sakit bergerak dengan lebih baik

ibu kelar anak

Cuba fikirkan, mampukah anda mendapat omega-3 yang cukup dari pemakanan sahaja setiap hari? Selain omega-3, sumber yang popular iaitu ikan juga mengandungi bahan tercemar seperti merkuri dan logam berat.

.

Kenapa Omega Guard Shaklee?

  1. Diperbuat daripada minyak ikan bergred farmaseutikal
  2. Diproses melalui penyulingan molekul tiga peringkat untuk menyingkirkan komponen berbahaya, memastikan ketulenan dan kepekatan tinggi
  3. Kandungan EPA & DHA yang tinggi berbanding jenama lain
  4. Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen
  5. Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum
  6. Diiktiraf oleh Friends of the Sea (FoS), sebuah badan yang mengawal penangkapan ikan untuk memastikan keterlangsungan sumber

Boleh baca 4 Tips Memilih Vitamin Untuk Sendi Omega-3 Yang Bagus supaya anda tidak tersalah langkah dan pelaburan anda berbaloi.

Kesihatan itu satu anugerah.

Biasanya, kita takkan sedar nikmat kesihatan sehingga kita hampir atau sudah kehilangannya.

Nak cuba Omega Guard, minyak ikan bergred farmaseutikal ini?