Detox Untuk Kurus Dalam Seminggu

Detox Untuk Kurus Dalam Seminggu

detox untuk kurus

Detox Untuk Kurus | Buat mereka yang dah mencuba macam-macam untuk kurus tapi tak berjaya, anda wajib baca entri ini sampai habis.

Gemuk membawa pelbagai risiko penyakit dan masalah kesihatan.

Malah menggangu aktiviti kehidupan seharian juga.

Nak cari baju dan seluar yang ‘kena’ dengan saiz pun susah.

Apatah lagi kalau pekerjaan anda pula jenis yang selalu jumpa dengan public.

Konfem keyakinan diri tu agak rendah.

Tak best kan perasaan gemuk?!

Kini, kami telah temui jalan penyelesaiannya.

Semudah mengamalkan pemakanan seimbang dan pengambilan suplemen detox, anda akan mendapat kesan positif seawal seminggu.

.

Bagaimana Cara Detox Untuk Kurus Dengan Cara Shaklee?

.

Anda boleh memilih salah satu daripada tiga menu di bawah:

  1. Extreme
  2. Energetic
  3. Relax

Menu Extreme sesuai untuk anda yang inginkan kesan terbaik.

Namun, mempunyai kesan sampingan yang agak ‘boleh tahan’ (contoh: pening, keletihan, perut memulas, buang angin yang banyak dan lain2) untuk tiga hari pertama.

So untuk menu extreme, anda perlu mengambil sayur sahaja untuk tiga hari pertama.

Bermula hari keempat, anda boleh mula mengambil protein.

Dan karbohidrat (nasi) pada hari keenam, ketujuh dan seterusnya.

Bagi Menu Energetic pula, anda boleh mula mengambil protein sejak hari pertama.

Makanan karbohidrat juga pada hari keenam, ketujuh dan seterusnya.

Untuk orang tua dan ibu menyusu, lebih sesuai mengikut Menu Relax.

Ini kerana, lebih mudah diikuti dan agak santai – pemakanan sihat dengan portion yang betul.

Boleh rujuk entri Cara Turun Berat Badan Dengan Cepat Dan Selamat

Apa Kata Mereka Yang Dah Berjaya Detox Untuk Kurus Dengan Cara Shaklee?

“Saya suka makan lauk kampung, ulam-ulam, budu, belacan, ikan cicah kicap memang licin! Abih kenapa masih makan Shaklee? Tu dah makan ulam semua cukup khasiat dah tu!

.

Ada 3 sebab:

  1. Saya nak cukupkan keperluan nutrisi badan untuk kekal cergas. Alhamdulillah jarang demam sejak konsisten Shaklee. Rekod so far setahun sekali je demam. Ini turut dibantu healthy diet dan lifestyle. Dapat jaga badan.
  2. Then makanan yang ada sekarang tak semua full organik. Maybe ada farm raised dan tak diketahui berapa tangan dah pegang raw food sebelum masak. Kira saya tak tahu la nutrition fact makanan sedia ada.
  3. Saya adalah testimoni bergerak! Sebagai pengedar sah Shaklee saya mesti buktikan teori yang mengatakan Shaklee ini selamat, berkesan dan efektif. Diri sendiri yang buktikan barulah faham bestnya Shaklee.

Saya makan, saya rasa, saya kongsi. Bukan hanya menjual tapi yang penting kita sama-sama hargai nikmat kesihatan yang Allah bagi. Hidup lebih sihat dan bermakna untuk masa akan datang.

.

Sampai bila nak kekal buncit itu pilihan kita. So lakukan perubahan sebelum terlambat. Sakit yang tak berjangkit tapi ‘membiak’ macam obesiti itu satu tanda awal risiko ke arah sakit jantung, macam-macam kanser dan sebagainya.

.

Menjaga nikmat kesihatan adalah salah satu tanggungjawab kita.” -Master Dosh s2u-

“Tahniah Ustazah Pyza. Berat 108kg dah turun 97kg. Visceral fat 18 dah turun 13. Other than that, saiz baju 52 dah mengecil jadi 44. Budak gemuk semasa kecil tak selamanya gemuk bila dewasa. Perlu yakin itu. Berkat usaha, so Allah mudahkan.” -Ustazah Pyza, Melaka-

(Nota : Visceral Fat (VF) ialah lemak pada organ-organ dalaman kita. Normal ialah 4-9. Semakin tinggi VF anda, semakin tinggi risiko penyakit-penyakit kronik. VF boleh diturunkan dengan pemakanan seimbang dan tinggi serat, dan senaman yang konsisten.)

.

Nak Lagi Testimoni Detox Untuk Kurus?

“Gambar kiri tu tahun 2016, seluar rasa macam nak pecah. Masa ni main XXL dan XL je lah. Ya Allah, nasib baik datang kesedaran awal. Kalau tak, takut penyakit datang jengah dulu dengan badan bagai dipam ni. Kita ambik Full Set Detox. Tapi baru 8 hari ambil DTX Complex, apa yang kita boleh cakap bertambah awesome, kulit makin cantik!

.

So hari tu ada tanya dekat sini sebab konfius sket. Direct tanya nutritionst. Yer, katanya, bila banyak toksin tu yang buat kulit kusam. So bila dah buang toksin dalam badan, no wonder kulit muka lebih ceria. Serious best giler DTX ni.

.

Now current weight 62-63kg statik tak gerak. Yang kiri tu 78kg dalam April 2016. Gambar tu masa dekat Melaka sambut anniversary. Tahun ni Alhamdulillah sambut anniversary dah ramping sket hahaha. Sambut dengan healthy food plak tu. No kek. Even ada rasa nak makan kek. Set Detox Shaklee tersedia memang best. Rugi tak cuba! -Halimah-

Sebelum detox, badan bagai dipam-pam sampai sendiri ingatkan tu gambar masa mengandung. Padahal rupa-rupanya anak dok dalam stroller. Penangan Set Detox Shaklee yang juga Set Kurus Shaklee, gambar kiri (Julai 2016) sebelum sebelum detox. Start detox Ogos 2016. Gambar kanan yang latest. Anda sendiri nilaikan.” -Elly-

“Saya nak kongsi kisah mak saya umur 63 tahun. Size boleh tahan montel. Setahun lepas saya mula eat clea, mak kata nak join. Saya ingat hangat-hangat tahi ayam je. Rupanya dia betul-betul amalkan eat clean. Mula beli maca-macam peralatan workout. Workout daily (GoShop fan). Air kosong banyak. Control food portion. At last, dia berjaya turun berat badan! So saiz baju dulu 54, sekarang saiz 50.” -Nurul Aima-

Haaa, tengok tu. Mak-mak kita pun boleh follow menu detox ni. Berjaya turun berat badan lagi Alhamdulillah.

So anda bila lagi?

Challenge diri anda untuk seminggu sahaja. Kesan positif anda yang akan dapat.

Cepat cepat!

10 orang pertama akan dipantau sampai berjaya di dalam group eksklusif kami. Ada tips-tips hebat dari yang berpengalaman juga. 🙂

10 Petua Tradisional Mengatasi Sembelit Yang Teruk

10 Petua Tradisional Mengatasi Sembelit Yang Teruk

petua tradisional mengatasi sembelit

Petua Tradisional Mengatasi Sembelit | Jarang sekali sembelit menyebabkan masalah serius di kemudian hari.

Namun, sembelit merupakan masalah yang tidak asing lagi dan boleh mengganggu kualiti hidup kita.

Ini kerana sembelit boleh mengakibatkan pendarahan dubur, kesukaran membuang air besar kerana najis sudah terlalu keras, masalah perut kembung dan lain-lain.

Selain mendapatkan rawatan ubat julap dari klinik, anda juga boleh mencuba 10 petua tradisional mengatasi sembelit yang teruk ini.

.

10 Petua Tradisional Mengatasi Sembelit Yang Teruk

.

AIR KOSONG

Bunyi macam simple kan, tapi besar sangat impak air kosong terhadap sembelit.

Seseorang yang mempunyai tahap hidrasi yang baik, mempunyai sistem pencernaan yang lancar.

Jangan terkejut kalau Ain katakan yang air kosong juga membantu fungsi otot di usus untuk melancarkan perjalanan najis.

.

BUAH PRUNE

Dengan memakan buah prune atau meminum jusnya, sembelit dapat diatasi.

Prune mempunyai kandungan serat yang tinggi dan juga sorbitol.

Sorbitol ialah karbohidrat yang dicerna secara perlahan-lahan di dalam badan.

Semasa sorbitol dan serat bergerak di sepanjang usus, air akan diserap untuk melembutkan najis.

Jadi akan memudahkan proses pembuangan anda.

.

KOPI

Kopi merangsang pencernaan dan mengandungi serat, air dan minyak.

Cukup sekadar secawan dua kopi sehari.

Kerana pengambilan berlebihan boleh membuatkan anda kerap ke tandas pula.

petua tradisional mengatasi sembelit

Cukup secawan dua kopi sehari untuk membantu pencernaan anda.

MINYAK ZAITUN

Sebagai pelembap usus dan bersifat antioksidan, ambillah sesudu kecil minyak zaitun sehari untuk melancarkan pencernaan anda.

.

PROBIOTIK

Berita baik buat penggemar yogurt dan kefir.

Probiotik dengan Lactobacillus dan Bifidobacterium ini menggalakkan kesihatan usus yang secara langsung akan memudahkan pembuangan najis.

.

KEKACANG

Seperti buah prune, kekacang juga mengandungi serat yang tinggi. Bonus bagi penggemar kacang, kerana kekacang juga makanan tinggi protein yang membantu baik pulih tisu yang rosak dan ‘cedera’.

.

MAKANAN TINGGI MAGNESIUM

Magnesium membantu masalah sembelit kerana:

  • ianya penting untuk kesihatan otot dan peristalsis (pergerakan sepanjang usus)
  • magnesium menarik air lalu melembutkan najis

Contoh makanan tinggi kalsium ialah seperti sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam, kekacang dan ikan.

.

BAKING SODA + AIR SUAM

Campurkan sesudu kecil soda ke dalam suku cawan air suam.

Cuba habiskan secepat yang boleh.

Campuran ini dikatakan untuk melegakan kesakitan yang disebabkan sembelit.

Manakala bikarbonat dalam soda adalah untuk mengurangkan rasa pedih perut.

.

SENAMAN

Untuk sembelit, senaman ‘pelvic floor’ terbukti lebih berkesan daripada julap. Jadi, cubalah.

petua tradisional mengatasi sembelit

Herblax Shaklee diformulasi sebagai julap ‘sekali-sekala’, mengandungi 9 jenis herba semulajadi. Klik Herblax Shaklee untuk info lanjut.

.

HERBA

Terdapat dua jenis kategori julap daripada herba:

  1. ‘Bulk’ laxatives yang lebih ‘friendly’ dengan usus seperti flaxseed, fenugreek dan psyllium.
  2. Julap ‘sekali-sekala’ seperti senna, aloe dan buckthorn yang hanya boleh diambil sekali-sekala sahaja.

Walau apa jua petua yang anda cuba, ingatlah yang selagi faktor penyebab ada, selagi itulah anda akan on off mengalami sembelit.

Jika anda mengalami masalah sembelit berpanjangan, juga disarankan mendapatkan nasihat doktor untuk ‘rule out’ faktor-faktor lain yang lebih serius.

.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut suplemen kurus Shaklee.

Sembelit Ibu Berpantang Kini Tiada Lagi

Sembelit Ibu Berpantang Kini Tiada Lagi

set puasa shaklee

Sembelit Ibu Berpantang | Anda ibu berpantang yang sedang mengalami masalah sembelit yang menakutkan?

Kalau ada luka episiotomi yang teruk, selagi boleh nak elakkan membuang air besar kan?

Seriau rasanya, memikirkan kot-kot luka tertetas semula dek membuang najis keras.

Nak ke hospital jahit untuk kali kedua pun mimpi ngeri juga!

Boleh baca entri 9 Tips Penjagaan Luka Episiotomi juga untuk pengetahuan.

Kini, ibu-ibu dalam pantang tak perlu bimbang lagi. Kerana kami sudah ada penyelesaian mudah dan pantas untuk mengatasi masalah sembelit ibu berpantang.

Semudah menelan 3 kaplet comel setiap malam sebelum tidur, keesokannya pasti proses ‘Indah Water‘ ibu-ibu akan lancar selancar-lancarnya.

sembelit ibu berpantang

“Rasa nak buat print screen komen-komen semua orang. Hehe. Alhamdulillah. Sama. Start Ostematrix lepas pantang anak kedua. Benda yang ingat masa pantang pertama sembelit. Ya Allah seksa sangat. Menangis sokmo dalam tandas. Pantang kedua ambik Set Pantang Shaklee. Ya Allah suka sangat! Nak gi tandas pun suka. Susu mencurah-curah. Alhamdulillah. Semua dengan izin Allah. Alhamdulilah. Allahuakbar. Subhanallah.”

 

sembelit ibu berpantang

Testimoni Sembelit Ibu Berpantang

“Makan Ostematrix ok Alhamdulillah dan boleh berak dah.”

 

sembelit ibu berpantang

Testimoni Sembelit Hilang Dengan Ostematrix

“Suka Ostematrix sebab lawas. Ada masalah pembuangan dari dulu. Lepas jumpa Ostematrix masalah pun selesai. Harga murah dan berbaloi-baloi.”

 

sembelit ibu berpantang

Testimoni Sembelit Ibu Berpantang

“Yat pun suka Ostematrix ni. Tiap2 malam wajib telan. Paling ketara kesannya lawas. Lepas bersalinkan Dasuki, Yat ada buasir. Ha, kalau sembelit memang naya la. 

Dulu sangat takut nak membuang. Lagi2 kalau berhari tak membuang. Tapi sekarang dah tak risau. Masa pregnantkan Dasuki, selalu lenguh2 betis. So far, dah 3 bulan ni takde lagi la spa kat rumah, tukang urut2 ni. 

Hubby pun ambik jugak sebab ada pengalaman jatuh motor masa belajar. Cepat sakit dan lenguh pinggang. Lepas ambik Ostematrix, takde lagi nak suruh urut/pijak pingganh dia tu.”

.

Kenapa Ostematrix Suplemen Wajib Untuk Sembelit Ibu Berpantang?

.

Ostematrix Shaklee diformulasi daripada galian Laut Mati, bukan sahaja mengandungi kalsium yang diperlukan.

Tetapi juga lengkap dengan magnesium, vitamin D, zink, boron dan lain-lain yang ‘bekerjasama’ untuk memastikan penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.

Penyerapan kalsium dari Ostematrix telah terbukti secara klinikal, iaitu selepas 12 jam dari pengambilan.

kaki cramp ketika mengandung

Graf di atas menunjukkan kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan. Info dari Laman Web Rasmi Shaklee.

Juga sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan produk tenusu atau mempunyai alahan susu (lactose intolerance).

Membantu melegakan masalah sembelit ibu berpantang, kerana kalsium membantu otot-otot usus ‘berehat’ dengan baik, lalu melancarkan pergerakan usus.

Katakan TIDAK kepada sembelit semasa pantang sekarang juga.

Info lanjut tentang Ostematrix, boleh terus klik Ostematrix Shaklee.

ainniahzulkefli

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut.

Kebaikan Ostematrix Shaklee | ainniahzulkefli.com

Kebaikan Ostematrix Shaklee | ainniahzulkefli.com

kebaikan ostematrix shaklee

Nak tahu apa kebaikan Ostematrix Shaklee dan bagaimana ia menyokong kesihatan tulang?

Menurut World Health Organization (WHO), osteoporosis telah dikenalpasti sebagai masalah major di seluruh dunia!

Osteoporosis ialah keadaan di mana kita kehilangan kepadatan tulang menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah, walaupun tanpa tekanan yang kuat ke atasnya.

Kekurangan kalsium yang berterusan bertahun-tahun lamanya merisikokan anda kepada osteoporosis.

.

Simptom-simptom Kekurangan Kalsium

.

Seawal usia 30-an, paras kalsium mula merosot tanpa anda sedari.

Antara simptom kekurangan kalsium ialah seperti:

  • kejang otot (Ibu hamil boleh baca Cara Atasi Kaki Cramp Ketika Mengandung)
  • kebas hujung jari
  • mudah keliru
  • gangguan memori
  • kemurungan
  • halusinasi (untuk kes kekurangan kalsium yang teruk)
  • kuku rapuh
  • sembelit
  • sakit sendi
  • mudah letih
  • pertumbuhan terbantut (kanak-kanak)

Anda mungkin merasakan yang anda masih muda dan tidak mengalami simptom kekurangan kalsium ini ketika ini.

Tetapi awas! Osteoporosis terjadi perlahan-lahan secara ‘senyap’!

.

Keperluan Kalsium Harian

.

Untuk melambatkan terjadinya osteoporosis, seharusnya kita memastikan tubuh mendapat kalsium yang mencukupi setiap hari.

Jadual ini menunjukkan keperluan kalsium harian mengikut usia:

kebaikan ostematrix shaklee

Kebaikan Ostematrix Shaklee – Sumber jadual : National Institute of Health

.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Kalsium Yang Mencukupi Setiap Hari?

.

Seorang dewasa bersaiz sederhana secara puratanya memerlukan 1000mg kalsium sehari. Ini bersamaan dengan:

  • 4 gelas susu tinggi kalsium
  • 320 biji badam

Banyak?

Ya. Agak mustahil untuk kita mengambil sejumlah ini setiap hari, betul?

Di sinilah fungsi suplemen kalsium – untuk memenuhi lompong nutrisi kalsium yang tidak mencukupi.

kebaikan ostematrix shaklee

Apakah ciri-ciri istimewa Ostematrix Shaklee ini?

.

Kebaikan Ostematrix Shaklee

.

1) Ostematrix Membekalkan Lebih Dari Kalsium

Ostematrix Shaklee, diformulasi daripada mineral dan galian Laut Mati dengan tujuh nutrien kritikal untuk pembinaan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.

Setiap hidangan cadangan iaitu 3 kaplet Ostematrix sebelum tidur, membekalkan nutrisi berikut:

  • 750 mg kalsium sebagai bahan binaan untuk tulang dan gigi
  • 300 mg magnesium untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang
  • 300 IU vitamin D3 untuk merangsang penyerapan kalsium tadi
  • 2.25 mg boron untuk membantu metabolisma tulang
  • 1.14 mg zink, 0.15 mg mangan dan 0.15 mg kuprum untuk mengaktifkan enzim-enzim yang membantu pembinaan tulang

Semua ini diperlukan untuk penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.

.

2) Penyerapan Terbukti

Penyerapan kalsium dari Ostematrix terbukti melalui kajian klinikal yang mana hasilnya adalah seperti graf di bawah:

kebaikan ostematrix shaklee

Kebaikan Ostematrix Shaklee. Graf menunjukkan kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan. Info dari Laman Web Rasmi Shaklee.

.

3) Selamat Untuk Kebanyakan Kumpulan Yang Memerlukan

Ostematrix sangat sesuai dan selamat untuk golongan yang memerlukan kalsium berikut:

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Remaja 12 tahun dan ke atas
  • Warga emas
  • Bermasalah lactose intolerance (alahan kepada susu)
  • Bukan penggemar susu

.

4) Kaplet Comel

Ostematrix didatangkan dalam bentuk kaplet kecil comel yang mudah ditelan.

.

5) Harga Runcit

Harga runcit sebotol Ostematrix ialah RM61.25 dengan 120 tablet untuk kpengambilan selama 40 hari.

Saranan harian : 3 kaplet setiap hari.

Baca juga : Koleksi Testimoni Ostematrix.

DISCLAIMER: PRODUK INI ADALAH SUPLEMEN. BUKAN BERTUJUAN MENDIAGNOS, MERAWAT, MENGUBAT ATAU MENCEGAH SESUATU PENYAKIT. PESAKIT KRONIK DISARANKAN MENDAPAT NASIHAT DOKTOR YANG MERAWAT TERLEBIH DAHULU.