SOP Covid 19 – Lupakah Kita?
Seminggu dua ni, terbuntang mata saya setiap hari bila melihat paparan jumlah kes harian covid19 yang makin naik dari hari ke hari akibat tak ikut SOP covid 19 yang ditetapkan kerajaan.
Covid19 ni, kalau kita betul faham macam mana cara jangkitan, berapa lama tempoh inkubasi, apa simptom yang boleh ada dan sebagainya, kita akan faham kenapa satu dunia tetapkan standard operating procedures (SOP covid 19) macam tu.
Mai kita refresh balik kot-kot ada yang terlupa.
.
Apa Yang Kita Perlu Faham Tentang SOP Covid 19?
.
1# Covid19 ialah sejenis jangkitan virus (bukan bakteria)
Jadi, antibiotik takkan berkesan untuk membunuh covid19. Rawatan covid19 hanyalah supportive. Contohnya kalau ada batuk, kita bagi ubat batuk. Kalau perlukan bantuan pernafasan kita bagi bantuan pernafasan, dan sebagainya.
.
2# Covid19 ialah jangkitan salur pernafasan
Jadi akan menyebabkan simptom-simptom berkaitan salur pernafasan seperti:
- demam tinggi (sebab jangkitan)
- batuk berkahak
- sesak nafas
Kenapa ada kes yang tiada simptom? Kerana boleh jadi sistem imun orang itu lebih kuat dan tidak memunculkan apa-apa simptom.
.
3# Cara jangkitan ialah melalui droplets dari pesakit
Kajian mendapati, apabila pesakit batuk, droplets yang mengandungi virus akan tersebar ke udara dan ‘jatuh’ ke permukaan selepas kira-kira 1 meter dari pesakit.
Sebab itulah kita dinasihatkan untuk mengamalkan:
- penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain
- kerap mencuci tangan kot-kot kita ada terpegang droplet pesakit
- pakai pelitup muka di tempat awam
- elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut supaya kita tak ‘pindahkan’ virus masuk ke dalam badan kita
4# Tempoh inkubasi covid19 ialah 14 hari
Tempoh inkubasi ialah jumlah hari dari anda dijangkiti sesuatu dan boleh mula menunjukkan simptom. Untuk covid19, tempoh inkubasi ialah 14 hari.
Maksudnya apabila anda dijangkiti, simptom boleh muncul pada bila-bila masa dalam 14 hari ini. Ada yang lambat, ada yang cepat, dan ada yang tiada simptom.
Sebelum simptom muncul, kalau anda berjalan ke sana sini dan tidak mengamalkan SOP yang ditetapkan, kebarangkalian untuk menjangkiti orang lain adalah sangat tinggi.
Sudahlah ujian swab covid19 tak semestinya buat pertama kali terus positif. Ada yang memerlukan ujian kedua dan ketiga untuk mendapatkan keputusan positif.
Sebab itulah, mereka yang berisiko akan dikuarantin (atau perlu kuarantinkan diri sendiri) selama 14 hari. Antaranya mereka yang baru pulang dari luar negara, kontak rapat pesakit yang disahkan positif (walaupun ujian covid19 kontak rapat ini negatif) dan frontliners di kawasan yang banyak kes harian.
Jadi, kalau anda diminta kuarantin diri sendiri sehingga ke sekian-sekian tarikh, sila patuh untuk kebaikan bersama.
.
Kesimpulan : SOP Covid 19 Yang Perlu Kita Patuhi
.
Amalkan 3W
- Wash : kerap mencuci tangan dengan sabun. Gunakan sanitizer di luar atau di tempat yang tiada sabun)
- Wear : pakai pelitup muka di tempat awam
- Warn : patuhi amaran dari KKM dengan konsep peringatan seperti
- cara baru ‘bersalam’ (elakkan bersalam atau bersentuhan)
- amalkan etika batuk dan bersin yang betul (menggunakan sapu tangan atau tisu)
- dapatkan rawatan segera jika ada simptom
- lebihkan masa duduk di rumah, keluar jika perlu sahaja
- disinfeksi di kawasan yang kerap disentuh orang
- golongan berisiko tinggi, elakkan keluar (orang tua, kanak-kanak, ada penyakit kronik, dan lain-lain)
.
Elakkan 3C
- NO Crowded (tempat sesak)
- NO Confined (tempat sempit)
- NO Close (bercakap pada jarak dekat)
Patuhi semua SOP covid 19 ini, insyaaAllah kita takkan mudah dijangkiti. Kalau sampai sekarang pun anda masih tak boleh faham tentang covid 19 ini, tak mengapa. Tetapi patuhilah SOP yang ditetapkan.
Dan yang paling penting, nak putuskan rantaian covid19 perlukan kerjasama semua pihak. SEMUA!
Come on. We did this. And surely we can do this again, guys!
Kita tak mampu ‘lari’ dari jangkitan Covid 19. Tetapi kita boleh ikhtiar untuk kuatkan sistem imun tubuh untuk elakkan jangkitan yang teruk. Nak tahu bagaimana, boleh whatsapp saya.