Pain Relief Caplet, Suplemen Sendi dan Otot

Pain Relief Caplet, Suplemen Sendi dan Otot

suplemen sendi dan otot

Suplemen Sendi dan Otot yang bakal dilancarkan Jun 2020

Berdasarkan kajian oleh National Clinical Research Centre, Malaysia, 3 jenis aduan kesakitan tertinggi di Malaysia ialah sakit abdomen (45%), sakit muskuloskeletal (35%) dan sakit kepala (20%).

Kebanyakan sakit abdomen dan sakit kepala boleh diselesaikan dengan cepat. Tetapi tidak bagi sakit muskuloskeletal yang melibatkan kesakitan berkaitan otot dan sendi. Kebanyakannya adalah berpanjangan atau sembuh sementara kemudian mengganggu semula. Antaranya ialah sakit lutut yang sangat lazim di kalangan individu melebihi usia 40 tahun (kadar ini meningkat dengan usia).

Amnya, kesakitan ialah perasaan tidak selesa yang disebabkan oleh tekanan atau kecederaan stimuli. Kesakitan ialah salah satu simptom keradangan (selain bengkak, kemerahan dan gangguan fungsi).

Sel-sel yang tercedera akan mengeluarkan isyarat kimia cyclooxygenase (COX) dan lipooxygenase (LOX), penyebab kita rasa sakit.

Terdapat 2 jenis enzim COX iaitu COX-1 dan COX-2. COX-1 menyebabkan keradangan dan sakit. Manakala COX-2 mempunyai fungsi melindungi lapisan perut kita. LOX pula adalah agen pro-keradangan yang juga punca kita berasa sakit.

Untuk menghilangkan rasa sakit, sudah tentulah kita perlu merencatkan aktiviti COX dan LOX ini. Tetapi, merencatkan kedua-dua jenis COX boleh mengganggu lapisan perut pula.

suplemen sendi dan otot

Adakah anda salah seorang dari dalam gambar ini?

.

Pain Relief Caplet Membantu Melegakan Kesakitan Sendi dan Otot, Tanpa Memberi Kesan Negatif Terhadap Lapisan Perut Anda

.

Pain Relief Caplet diformulasi daripada gandingan berpaten ekstrak Boswellia dan Safflower yang diuji secara klinikal sebagai solusi jangka masa panjang untuk menyokong kesihatan sendi dan otot yang digunakan secara berlebihan.

Ianya boleh membantu anda:

  • Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebaban pergerakan keterlaluan
  • Menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi
  • Melegakan kesakitan otot

.

Boswellia dan Safflower bertindak menjaga kesihatan sendi dan otot anda melalui 3 cara:

  1. Melegakan kesakitan dan ketidakselesaan sendi, meningkatkan pergerakan dan fleksibiliti dengan merencatkan laluan penyebab kesakitan
  2. Melindungi tulang rawan dari kemusnahan dengan mengurangkan keradangan
  3. Memulihkan tisu-tisu sendi dengan meningkatkan peredaran darah ke bahagian sendi untuk menyokong proses pemulihan

.

.

Kesan sinergi Boswellia dan Safflower membantu melegakan ketidakselesaan dan kesakitan, tanpa memberi kesan negatif kepada lapisan perut.

.

1# Rencatan Aktiviti LOX

Gandingan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower juga terbukti dapat merencatkan aktiviti LOX pada kadar yang lebih tinggi, berbanding dengan hanya Boswellia sahaja. Oleh itu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan. (Rujuk graf pertama gambar di bawah)

.

2# Rencatan Aktiviti COX-2

Dan gandingan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower juga terbukti dapat merencatkan aktiviti COX-2 pada kadar yang lebih tinggi, berbanding dengna hanya Safflower sahaja. Ini juga seterusnya mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan. (Rujuk graf kedua gambar di bawah)

.

3# Rencatan Aktiviti COX-1

Ekstrak Safflower yang berpaten terbukti dapat meningkatkan aktiviti COX-1 pada kadar yang lebih tinggi. Ini mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan tanpa memberi kesan negatif kepada lapisan perut (sesuai untuk penghidap gastrik dan perut ‘sensitif’). (Rujuk graf ketiga dalam gambar ini)

suplemen sendi dan otot

.

Keistimewaan Suplemen Sendi dan Otot Pain Relief Caplet

.

  1. Gabungan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower (nombor paten US 7,195,790)
  2. Setiap hidangan menyediakan 1,082mg* ekstrak Boswellia dan 150mg ekstrak Safflower
  3. Lembut pada perut
  4. Tidak mengandungi aspirin
  5. Terbukti dalam kajian saintifik berupaya merencatkan laluan kesakitan secara semulajadi
  6. Terbukti berkesan:
    • Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebabkan pergerakan keterlaluan
    • Menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi
    • Melegakan kesakitan otot
  7. Sesuai untuk penghidap gastrik atau perut ‘sensitif’

.

*Dos saranan Boswellia berdasarkan kajian. Baca juga entri 10 agen anti-keradangan semulajadi.

.

Manfaat Kesihatan Luar Biasa Esktrak Boswellia dan Safflower

.

Pain Relief Caplet juga boleh diambil bersama produk nutrisi lain untuk manfaat-manfaat berikut:

Melindungi Dari kemerosotan Tulang Rawan

  • Polifenol – Meningkatkan penghasilan tulang
  • Kolagen – Menyokong pertumbuhan dan pembaikan tulang rawan
  • Omega-3 – Melambatkan kemerosotan tulang rawan dan bertindak sebagai pelincir

.

Melegakan Migrain

  • Vitamin B – Meningkatkan kesihatan sistem saraf dan mengurangkan paras homosistein

.

Untuk Tulang dan Sendi Yang Kuat

  • Protein soya – Mengekalkan jisim otot dan menyokong komponen struktur sendi
  • Kalsium – Membna tulang yang kuat dan sihat

.

Melegakan Sindrom PMS (Senggugut)

.

suplemen sendi dan otot

Pain Relief Caplet, untuk penyelesaian melegakan kesakitan sendi dan otot anda secara semulajadi. Dapatkan sebotol dengan harga runcit RM118.75, untuk kegunaan sebulan. Whatsapp Ain 016-4214704 untuk pertanyaan dan order.

Koleksi Testimoni ResV Shaklee

Koleksi Testimoni ResV Shaklee

Baru beberapa hari mula dijual, dah ada banyak yang beri testimoni ResV Shaklee yang positif-positif.

Untuk pengetahuan, ResV diperbuat dari sumber tumbuh-tumbuhan terpilih yang kaya dengan polifenol berspektrum tinggi. Polifenol ialah sejenis antioksidan yang telah banyak dijalankan kajian ke atasnya dan terbukti banyak manfaat kesihatannya.

 

Koleksi Testimoni ResV Shaklee

1# Kesan Parut Semakin Pudar, Kulit Makin Licin

testimoni resv shaklee

“Yana memang nampak perubahan kat husband in terms of skin dia tau. Sebab sebelum ni parut kat muka dia bahagian pipi susah betul nak hilang, tapi bila dia consume ResV memang nampak kulit dia makin bersih. Kesan parut dah start pudar, kulit pun makin licin.”(FB: Lyana Hisham)

.

2# Testimoni ResV Shaklee: Sakit Pinggul Dah Hilang Selepas Seminggu

testimoni resv shaklee

“Bulan 9 tahun lepas, Nana jatuh terduduk, so tulang pnggul ni memang jadi sakit sangat-sangat. Kalau duduk lama, dia akan jadi macam sakit gila-gila. Even masa BLNC tempohari pun, Nana rasa tak selesa bila duduk lama-lama. Seminggu selepas makan ResV ni, Nana perasan sakit tu dah hilang. Duduk lama pun dah tak sakit dah.” (FB: Nana Macarona)

.

3# Testimoni ResV Shaklee: Badan Rasa Cergas

testimoni resv shaklee

“Selepas makan ResV ni, badan tak rasa letih walaupun sehari suntuk duduk dalam kelas. Lepas tu, drive balik lagi. Sampai di rumah, tak kelepek pun. Memang best.”(FB: Lisa Sueriati Omar)

.

4# Bangkit Tidur Rasa Ringan Gila!

“Nak bagi testimoni ni. Semalam tiba-tiba sakit tekak macam kena pisau. Pastu gatal-gatal macam nak batuk. Balik dari Teluk Bahang saya ambil Vitamin C 2000mg pastu ambil ResV 2 biji. Saya tidur dalam keadaan tekak sakit, badan pun sakit-sakit terutama kaki lenguh. Bangkit tidur rasa ringan gila. Ya Allah bestnya rasa!” (FB: Normi Laili)

.

5# Energy Lain Macam, Mood Happening

“Alhamfulillah first time cuba hari ni ResV memang luar biasa. Sepatutnya time ni mengantuk dah. Tapi hari ni energy lain macam plus mood happening je. Fuhh best lah macam ni kalau hari-hari kan.” (Cik Fida)

.

6# Berjalan Jauh Pun Tak Rasa Letih

testimoni resv shaklee

“Sejak start ambil ResV ni, rasa lebih bertenaga. Pi berjalan jauh pun tak rasa letih. Memang terbaik ResV super power.” (Puan Zayatie)

.

5 Keistimewaan ResV Yang Tak Ada Pada Produk Lain

  • Diformulasi secara saintifik daripada sumber-sumber semulajadi yang kaya polifenol berspektrum tinggi
  • Proses pengekstrakan teknologi canggih yang telah dipatenkan (cecair polifenol dikapsulkan menjadi sofgel)
  • Kuasa polifenol 13 kali ganda
  • Disokong oleh banyak kajian klinikal, salah satunya ialah Kajian Telomere yang membuktikan, pengguna Shaklee mempunyai kadar pemendekan telomere yang lebih lambat sebanyak 40% (40% lebih lambat “tua”)
  • Sofgel boleh disimpan pada suhu bilik dan mudah dibawa ke mana-mana

.

Nak untung banyak, dapatkan ResV sekarang.

promosi resv shaklee

Beli 6 dapat 7 (Harga Runcit RM3,060, Jimat RM510). Beli 2 diskaun 5% (Harga Runcit RM969, jimat RM51). Beli sebotol sahaja pun dah dapat keahlian PERCUMA. Whatsapp Ain 0164214704 untuk pertanyaan dan order.

Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat!

Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat!

vitamin tulang dan sendi

Apakah ‘tugas’ vitamin tulang dan sendi dalam mencegah osteoporosis?

Haa? Normal? Betul ke ni?” Berkali-kali mak tanya. Bulat mata memandang keputusan pada kertas ujian. Mulut ada nampak sinyum sikit. =)

Ya betul. Puan punya kepadatan tulang lebih tinggi dari standard average wanita seusia puan.” kata pakar nutrisi yang membuat ujian dengan mesin khas untuk mengukur kepadatan tulang baru-baru ini.

2 tahun lepas…

Flashback…

Masa tu mak temankan Ain ke HQ Shaklee yang baru. Sempena perasmian HQ baru, Shaklee adakan Wellness Fair. Diadakan macam-macam ujian percuma untuk semua yang hadir.

Salah satunya ialah “Bone Check“. Untuk ujian ini, kami dikehendaki meletakkan sebelah tapak kaki di dalam sebuah mesin khas untuk mengukur kepadatan tulang. Nak tengok tulang kami ni masih normal kepadatan ke, dah kurang padat (osteopenia) atau dah teruk sangat lompongnya (osteoporosis).

Lepas beratur panjang dan ujian dibuat, setiap seorang akan mendapat konsultasi percuma tentang keputusan ujian-ujian yang dibuat. Masa tu mak balik dengan muka agak sedih. Keputusan ujian kepadatan tulang mak menunjukkan “OSTEOPOROSIS”.

Siapa lah yang tak risau bila diberitahu tulang dah alami osteoporosis.

vitamin tulang dan sendi

Ini result ujian kepadatan tulang mak Ain.

.

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Osteoporosis?

  1. Osteoporosis ialah keadaan di mana tulang dah hilang kepadatannya, menjadikan ia sangat mudah patah walaupun tanpa jatuh atau kemalangan. Ini kita panggil “pathological fracture“.
  2. Tulang yang normal boleh membaiki ‘diri sendiri’ dengan nutrisi yang cukup tetapi malangnya, tidak bagi tulang yang sudah osteoporosis. Jadi, kalau dah patah, patah macam itu sahaja lah.
  3. Kepadatan tulang mula menurun sekitar usia 30 tahun, dan terus menurun dengan peningkatan usia. Bagi wanita, kepadatan tulang menurun dengan lebih drastik selepas menopaus kerana turunnya paras hormon estrogen.
  4. Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko termasuklah:
    • Menopaus awal sebelum usia 45 tahun.
    • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan rahim) sebelum usia 45 tahun, terutamanya jika ovari dibuang sekali.
    • Tidak datang haid melebihi 6 bulan disebabkan senaman berlebihan, makan berlebihan atau faktor hormon.
    • Mempunyai sejarah keluarga osteoporosis.
    • Pesakit terlantar untuk jangka masa yang lama.
    • Keperluan menggunakan steroid dos tinggi untuk jangka masa yang lama.
    • Paras vitamin D yang rendah.
    • Perokok.
  5. Osteoporosis biasanya tidak didiagnos sehinggalah tulang patah. Masa tu agak sudah terlambat untuk rawatan dan tulang osteoporosis yang sudah patah tidak boleh dibuat apa-apa lagi.
  6. Yang lebih sedap didengar tentang osteoporosis….ianya boleh dicegah! =)

.

Berbalik kepada cerita 2 tahun lepas…

Semasa konsultasi dengan pakar nutrisi, dicadangkan supaya mak amalkan produk-produk yang berikut:

  • Ostematrix sebagai bekalan kalsium lengkap dengan magnesium, vitamin D, boron dan lain-lain untuk penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang (vitamin tulang dan sendi yang terbukti penyerapan kalsiumnya)
  • Vitalea – mengandungi 28 vitamin dan mineral
  • ESP – membantu menguatkan tulang
  • Collagen Powder – kolagen membentuk jaringan elastik yang kuat untuk tulang

.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Tulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino...” petikan dari Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

.

Kini, selepas 2 tahun…

Jadi, mak Ain pun consume 3 dari 4 produk yang dicadangkan iaitu Ostematrix, Vitalea dan ESP, secara konsisten.

Selain dari suplemen, mak Ain juga seorang yang agak menjaga pemakanan sihat dan aktif bersenam. Kejap-kejap berbasikal, kejap-kejap naik turun bukit, pagi-pagi kadang-kadang ‘hilang’ rupanya dah selamat swimming dengan ayah.

Sekarang, masuk tahun kedua mak konsisten semua tu. Siapa sangka ujian kepadatan tulang mak dah jadi NORMAL! Bukan setakat normal ‘cukup-cukup makan’, tetapi lebih tinggi dari paras standard kepadatan tulang orang lain yang seusia mak. MasyaaAllah hebat! Syukur Alhamdulillah. =)

vitamin tulang dan sendi

Amalkan pengambilan vitamin tulang dan sendi secara konsisten. Pastikan anda pilih yang berkualiti sahaja.

Kesimpulannya, osteoporosis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja selepas umur 30 tahun. Kalau anda berada dalam kumpulan berisiko tinggi, pastikan topup kalsium yang cukup setiap hari. Berapa miligram saranan kalsium harian bergantung kepada banyak faktor seperti umur, jantina, dan ‘demand’ lain seperti ibu hamil atau menyusu. Untuk rujukan bolehlah tengok jadual kat bawah ni.

keperluan kalsium harian

Selain dari pemakanan tinggi kalsium, nak pilih suplemen kalsium pula, pastikan bukan hanya ada kalsium sahaja. Kerana untuk membina kepadatan tulang yang kuat, memerlukan lebih dari kalsium. Teruskan membaca lebih lanjut di entri Nak Kuatkan Tulang Bukan Sekadar Perlu Ambil Kalsium. =)

.

Ainniah Zulkefli
Pencinta Ostematrix yang konsisten sejak 2012

Tips Pilih Produk Kolagen Terbaik

Tips Pilih Produk Kolagen Terbaik

Berbesar hati rasanya bila Ain terima salah satu perkongsian dari geng Shaklee yang baru-baru ini ada menyertai kursus “Start Your Own Business (SYOB)“. Perkongsian ini ialah tentang tips memilih produk kolagen terbaik dan berbaloi.

Kebanyakan suplemen kolagen yang dipasarkan bukan calang-calang murah harganya. Untuk kecantikan dan awet muda lah katakan.

Jadi, macam mana nak pastikan anda telah memilih produk kolagen terbaik yang berbaloi dengan apa yang telah anda laburkan?

Ambil tahu tentang berat molekul kolagen yang digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut.

.

Kaitan Berat Molekul Kolagen Dengan Kadar Penyerapannya

.

Berdasarkan teori, semakin berat sesuatu molekul kolagen itu, akan semakin sukar untuk ia diserap selepas di consume.

Dan sebaliknya, semakin ringan sesuatu molekul kolagen itu, semakin mudah dan cepatlah ia diserap.

Di dalam video di atas, dibuat perbandingan untuk menguji kadar keterlarutan produk kolagen dari tiga jenama berbeza. Salah satunya ialah Shaklee Collagen Powder.

Ujian dibuat dengan melapik corong yang digunakan dengan kertas filter sebagai penapis. Serbuk kolagen dituang diikuti dengan air kosong.

Serbuk kolagen yang paling cepat dilarutkan ke dalam bekas di bawah corong dan tidak meninggalkan sedimen di dalam kertas filter ialah produk kolagen terbaik.

Ini kerana, produk dengan molekul kolagen paling ringan dapat menembusi kertas penapis tersebut dan sangat cepat dilarutkan sebaik sahaja air dituangkan.

Anda perasan tak ada satu jenama yang sampai ke sudah tak berjaya menapiskan serbuk kolagen yang telah dituang?

Rasa seperti buang duit sahaja membelanjakan untuk produk kolagen yang tidak berkesan kan?

shaklee collagen powder

.

4 Keistimewaan Shaklee Collagen Powder

.

  1. Bersumberkan kolagen berkualiti tinggi premium : sisik ikan merah berkeupayaan untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya sumber kolagen yang tahan lasak.
  2. Penyerapan yang hebat : molekul kolagen dalam SCP cuma seberat 1,000 Dalton sahaja (berbanding jenama lain yang kebanyakannya melebihi 300,000 Dalton). Ini memastikan penyerapan cepat dan mudah untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada lapisan dermis dengan cekap.
  3. Diperkaya dengan bahan-bahan lain : Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan melawan kerosakan oleh radikal bebas. Juga diperkaya vitamin B2 & B6 untuk menyokong metabolisma tenaga yang penting untuk menghasilkan kolagen dalam sel.
  4. Dipek dalam sachet yang ringan, mudah dibawa dan dibancuh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

.

produk kolagen terbaik

Klik Koleksi Testimoni untuk lihat sendiri perubahan positif pengguna-pengguna Shaklee Collagen Powder.

Kolagen juga baik untuk kesihatan sendi. Baca testimoni sebenar dalam entri Cedera Ligamen Pada Lutut : Lutut Dah Tak Gegau.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

GLA Shaklee : Kebaikan & Harga

GLA Shaklee : Kebaikan & Harga

gla complex

GLA Shaklee diformulasi bagi membantu wanita mengekalkan kesejahteraan terutamanya sepanjang kitaran haid bulanan mereka.

Secara umumnya, omega-6 bertindak bersama omega-3 untuk mengekalkan kesihatan otak, perkembangan yang normal, menggalakkan pertumbuhan rambut dan kecantikan kulit, mengekalkan kesihatan tulang, mengawal metabolisma badan dan mengekalkan sistem reproduktif.

Antara sumber makanan yang kaya dengan omega-6 ialah :

  • evening primrose oil (EPO)
  • black current
  • borage oil
  • fungal oil
  • spirulina

.

GLA Shaklee : Kebaikan

.

Tahukah anda, GLA ialah singkatan bagi ‘gamma linoleic acid‘ yang merupakan asid lemak omega-6 yang ditukarkan oleh tubuh badan kepada bahan yang berupaya mengurangkan keradangan dan pertumbuhan sel?

Oleh kerana itu, GLA bermanfaat untuk mereka yang bermasalah kesihatan ini * :

  • arthritis (radang sendi)
  • kerosakan saraf disebabkan kencing manis (diabetic neuropathy)
  • eczema (radang kulit)
  • masalah alahan
  • Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
  • kanser payudara
  • darah tinggi
  • senggugut
  • simptom-simptom menopaus
  • kesuburan

Bukan sahaja GLA baik untuk kesihatan wanita, tetapi juga untuk kesihatan kulit wanita. GLA bertindak membantu memberi kelembapan kepada kulit, mengembalikan kulit yang lembut dan halus.

(* Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, mencegah atau mengubat sesuatu penyakit.)

.

.

Kesan Sampingan GLA

.

Apa jua suplemen yang anda amalkan, dinasihatkan untuk mengambil berdasarkan dos yang disarankan.

Bagi suplemen GLA, dos selamat ialah tidak melebihi 2.8gram sehari sehingga setahun.

Dos berlebihan boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti cirit-birit, perut memulas, dan ketidakhadaman. Ia juga boleh menyebabkan darah lebih lambat membeku (contohnya kalau terluka mengambil masa yang lebih lama untuk pendarahan berhenti).

Selain itu, berhati-hati juga mengambil GLA dalam keadaan-keadaan berikut:

  1. elakkan mengambil GLA sekiranya anda seorang pesakit sawan, epilepsy atau tarik
  2. jika anda dijadualkan untuk menghadapi pembedahan, berhenti mengambil GLA sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh pembedahan
  3. ibu hamil tidak digalakkan mengambil GLA kecuali atas sebab-sebab tertentu atas nasihat doktor yang merawat
  4. dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda mengambil ubat seperti ubat cair darah, akan menjalani kimeterapi, cyclosporin, dan lain-lain (senang cerita, kalau ada on ubat apa-apa untuk jangka masa panjang, tanya doktor dahulu)

.

Keistimewaan GLA Shaklee

.

Dalam banyak-banyak sumber gamma linoleic acid, Shaklee memilih minyak borage untuk menghasilkan suplemen GLA kerana mengandungi kepekatan gamma linoleic acid yang tinggi, tulen dan semulajadi dalam bentuk yang sangat mudah diserap oleh badan.

Berbanding jenama suplemen gamma linoleic acid yang lain, GLA Shaklee memiliki kepekatan tertinggi iaitu sebanyak 17 – 25%.

GLA Shaklee juga mempunyai gabungan minyak bunga matahari (sumber omega-6 lain) dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kecantikan kulit.

gla shaklee untuk kesuburan

Sebotol GLA Complex didatangkan dengan 60 biji sofgel dengan harga retail RM91.25 untuk penggunaan selama sebulan (sebiji pagi dan sebiji malam selepas makan).

.

Info Lanjut GLA

KLIK SINI UNTUK WHATSAPP AIN UNTUK ORDER DAN KONSULTASI LANJUT.