Lekapan Yang Betul Penting Untuk Penyusuan

Lekapan Yang Betul Penting Untuk Penyusuan

teknik lekapan menyusu

Teknik lekapan menyusu yang betul sangat penting dalam dunia penyusuan susu ibu.

Kali pertama bayi menjengah ke dunia, makanan fitrah pertama yang terbaik untuk bayi ialah susu ibu.

Pada hari-hari selepas kelahiran bayi, kolostrum (susu pertama bayi) sangat kritikal untuk diberikan kepada bayi kerana manfaatnya yang besar.

Subhanallah. Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia.

Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan badan, sangat kaya dengan antibodi dan immunoglobulin.

Bayi yang mendapat kolostrum selepas dilahirkan, ibarat diberikan vaksinasi pertama untuknya, menyediakan ‘tentera’ awal untuk pertahanan dari serangan di dunia yang penuh cabaran.

.

Apa kaitan kolostrum dan teknik lekapan menyusu?

.

Dengan teknik lekapan menyusu yang betul, kolostrum yang pekat konsistensinya pasti akan sampai jua kepada bayi.

Lekapan yang betul juga membantu mengosongkan payudara ibu dengan efektif, mencegah terjadinya bengkak susu yang boleh memudaratkan, dan tidak menyebabkan kesakiktan.

Masakan ibu yang dah beranak-pinak ramai pun ada yang masih terkial-kial menyusukan bayi, apakan pula ibu yang baru pertama kali mendapat cahaya mata.

Maka, carilah ilmu yang betul, praktikkan untuk kebaikan anak anda jua tak kiralah sudah berapa ramai anak anda lahirkan.

Kali ini, Ain selaku ibu anak tiga yang sangat menyokong penyusuan susu ibu, ingin berkongsi ilmu yang secebis ini.

Sikit tapi penting untuk ibu menyusu. =)

.

Kolostrum ialah susu pertama bayi – berwarna kekuningan, pekat, amaunnya sedikit tetapi kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya antibodi.

.

Hunger Cues

.

Semua bayi yang baru lahir TAK BOLEH bercakap. Bayi hanya mampu berkomunikasi dengan tangisan.

Sebagai ibu, andalah yang paling rapat dan kenal bayi anda.

Kenali tanda-tanda awal bayi lapar kerana tanda-tanda awal inilah bayi paling tenang untuk menyusu.

Boleh rujuk entri Makna Tangisan Bayi untuk kenalpasti bunyi-bunyi spesifik setiap bayi hasilkan dalam keadaan tertentu.

mitos penyusuan

Feeding Cues : Tanda-tanda bayi lapar berdasarkan peringkat. Susukan bayi anda sebaik mempunyai tanda-tanda di awal kelaparan. Bila bayi dah mengamuk, lebih sukar untuk memujuk dan menyusukan.

Apabila bayi lapar, antara tanda-tanda awal ialah:

  • bayi akan mula menghisap bibir, jari atau genggamannya
  • dah mula nampak ‘tak keruan’ haha
  • jika anda usap tepi mulut atau pipi, bayi akan cuba pusing ke arah itu
  • merengek

Bila sudah ada tanda-tanda awal inilah anda harus memulakan penyusuan.

Menyusukan bayi apabila mereka sudah mula menangis dengan kuat (tanda akhir lapar) adalah lebih mencabar kerana…”LAMBAT SANGAT NI, SAYA DAH LAPAR SANGAT NI MAK!” =P

.

10 Teknik Lekapan Menyusu Yang Betul

.

teknik lekapan menyusu

Sandwich hold” – Cara untuk merangsang bayi membuka mulut seluasnya untuk menyusu.

.

Semasa nak memulakan penyusuan, apa kata ibu duduk di atas kerusi yang selesa dengan sokongan di belakang badan.

Pastikan postur anda baik dan tidak ‘meletihkan’ otot tengkuk dan bahu.

Bila anda letih, anda akan stress dan merasakan menyusukan bayi meletihkan.

Stress adalah musuh utama penyusuan.

Kadang-kala, bantal menyusu atau apa juga bantal sangat membantu menyokong bayi semasa menyusu.

Ibu-ibu boleh search ‘nursing pillow‘ dan pilih sahaja mana yang berkenan di hati.

Ain ada satu yang bentuk macam bulan tu. Sangat membantu especially masa bayi masih kecil.

Oh ya, semasa menyusukan bayi, sentiasa pastikan perut bayi dan perut ibu ‘bertemu’ (tummy-to-tummy) ya.

Jangan biarkan anda sendiri ‘bersandar’ pada bayi. Sebaliknya, bawakan bayi kepada anda dalam keadaan postur badan yang betul tadi.

Dah kalau anda yang tertunduk-tunduk nak menyusukan bayi, mestilah letih kan?

Bila dah peluk bayi untuk disusukan, tengok pula telinga bayi, bahunya, dan pehanya, adakah di dalam satu garisan lurus?

Alignment‘ yang baik membantu bayi menelan susu dengan baik.

Tengok pula hidung bayi. Hidung bayi hendaklah berada bertentangan dengan puting ibu (90 darjah).

Sementara itu, kepala bayi didongakkan sedikit. Kalau dagu bayi menyentuk dadanya, itu salah ya sebab mengganggu bayi nak menelan nanti.

.

Bila bayi dah bersedia untuk menyusu, ibu bolehlah cuba merangsang bayi menyusu dengan menyentuhkan puting ke hidung atau bibir atas bayi (rujuk gambar “Sandwich Hold” di atas).

Lekapan yang betul bermula dengan bibir bawah menyentuh areola bahagian bawah.

Kemudiannya memasukkan sebahagian besar areola ke dalam mulut bayi.

Ibu-ibu yang mempunyai payudara besar boleh melakukan teknik ‘cupping‘ untuk rangsangan ini.

Anda boleh memilih samada menggunakan teknik C atau U atau X (rujuk gambar di bawah).

Semasa menyusu, pastikan juga yang dagu bayi berada menyentuh bahagian bawah payudara.

teknik lekapan menyusu

Cara “cupping” untuk ibu yang mempunyai payudara besar atau bayi bermulut kecil.

.

7 Tanda Lekapan Menyusu Betul

.

Seterusnya, bila bayi dah mula menyusu pasti anda akan tertanya-tanya pula, “betulkah teknik-teknik menyusu tadi?

Cuba check ada tak tanda-tanda di bawah, yang mana inilah tanda-tanda lekapan betul:

  • pergerakan membulat rahang bayi (bukan pipi yang bergerak cepat)
  • pipi mengembung
  • tiada bunyi “click”
  • ibu boleh mendengar bayi menelan susu
  • apabila bayi selesai menyusu, puting tidak penyet atau berubah bentuk
  • bayi yang meragam tadi terus senyap bila dapat menyusu
  • ada tanda-tanda bayi kenyang dan puas menyusu:
    • nampak tenang selepas menyusu
    • “terlepas” dari payudara
    • tangan terbuka
    • tertidur semasa menyusu

teknik lekapan menyusu

Salah satu tanda bayi puas dan kenyang menyusu ialah bayi tertidur semasa menyusu. Tangan pun terbuka rileks. ?

.

Bila bayi melekap dengan betul, barulah penyusuan menjadi efektif:

  • bayi dapat menghisap susu secukupnya
  • badan pun dapat ‘detect’ demand bayi sebaiknya
  • ibu dapat meneruskan penyusuan tanpa kesakitan
  • bonding semasa menyusu menjadi moment manis buat ibu dan bayi

Subhanallah, special sangat bonding menyusu yang Allah kurniakan ni! 🙂

Tips Susu Badan Banyak | My Shaklee Effect

Tips Susu Badan Banyak | My Shaklee Effect

tips susu badan banyak

Flashback…

Kalau nak diikutkan logik, saya tak sangka sangat dapat fully menyusukan anak-anak.

Masa tu kerja busy yang amat kot!

Bangun pagi kul 5-6 pagi.

Nak siap anak, siap beg sendiri, siap beg anak, siap diri sendiri, siap pam, siap basuh, siap breakfast (ke tak breakfast?) semua2 tu la. Kalut wei.

Bangun pagi macam hantu yang kejut! Haha..

Pastu pi keja 8-5…

Kerja plak…kerja hospital kerajaan mana tak busy, cer habaq mai?

Dok ICU & OT plak tu.

Belum cerita oncall selang sehari lagi.

Baru nak recharge, dah kena oncall balik? Hampa rasa?

Bila balik plak, menjalankan tugas-tugas hakiki kat rumah.

Mana ada maid ooii.

Lagipun saya ni agak fussy orangnya.

Tu pun nasib baik dah kurang skit ‘OCD’nya. Haha.

Jadi baiklah dibuat sendiri semuanya. Hihihi.

Haa, tidoq kui berapa plak?

Mak menyusu ni, kalau anak tidoq dia buat keja yang tak habih lagi.

Time nak tidoq, anak bangun. tak boleh tidoq lagi plak.

Jadi, jawapannya…tidoq tak menentu. Jarang sangat dapat tidoq awai. Huhuhu…

Tengah tidoq plak, kena bangun nak menyusu lagi anak nangeh.

Nak kena pam jgak sebab hormon menyusu malam2 tinggi. Rugi sangat kalau tak pam.

tips susu badan banyak

Puas hati kan bila pam dapat banyak ni? Alhamdulillah syukur kepada Allah Yang Maha Memberi

Lepas tu, esok pagi tu belum masuk kerja lagi dah rupa zombie…

Jadi,

Disebabkan ke-busy-an di atas ni, haruslah saya seorang yang:

  • selalu tak cukup tidur
  • selalu sakit badan tulang2 semua (rasa macam dah tua sesangat diri ini taw. Baru beranak sorang tapi rasa macam dah 1000 urat putus)
  • threshold stess yang agak rendah (silap skit dah boleh melenting)
  • masalah tidur tak lena sebab terlalu letih (tidur 10 jam sehari pun rasa letih lagi)
  • dah tak tahu bila siang, bila malam
  • senang naik jerawat (tensyen ooiii, muka pun cepat tua dan kedut2 macam makcik2)
  • bila masa nak pam, bila masa nak rehatnya..adoiii…

Time tu plak, si Nadiah Suhaidi ni macam tau-tau ja problem kita ni. Sengaja sungguh dia post hari-hari kat FB, entah berapa kali sehari, pasal Set Menyusu Shaklee. Macam best sangat je.

Jadinya, mak menyusu yang agak desperate ni teruslah order.

Sign up member terus sebab nak dapat harga ahli. Haa kalau nak jimat lajuuuu hihihi…

Lalu saya pun try la ambik semua ni ikut jadual dan time yang Nad suggest:

  • ESP 3 sudu besar pagi2 masa perut kosong. Tak reti bancuh wei mula tu! Sat cair sangat, sat pekat sangat, sat sedap, sat tak sedap. Tapi telan je la. Kata nak sihat kan…hihihi
  • Sebiji Vitalea telan sekali dengan ESP. Hari tu pernah ambik before makan saya muntah balik tau. Loya tekak!!! Terus lepas tu telan after makan or at least dengan ESP.
  • 2 biji Vitamin C telan skali ESP jgak. Nak cepat tapi nak benefit banyak (kalau tamak memang nombor satu haha)
  • Alfalfa Complex – masa tu gigih telan 2 biji everytime after menyusu or pam. Total 10 biji sehari, macam yang dicadangkan pada botol dia. Ini ialah dos paling selamat hasil kajian ya. Jadi jangan bimbang rasa macam banyak sangat je 10 biji sehari.
  • 4 biji Ostematrix sebelum tidur.
  • Sebiji B Complex telan dengan Ostematrix. Boleh je kalau nak ambil pagi, tapi saya rasa lena sungguh tidur bila ambil malam dengan Ostematrix.

Ok la. Awai2 tu selalu jgak terlupa makan vitamin.

Dah ‘tua’ kan selalu lupa. Tapi bila dah selalu terlupa dan teringat balik tu, lama2 konsisten la.

Saya juga ada buat kebanyakan tips susu badan banyak yang lain jgak.

Banyaknya yang saya cari gali sendiri kat internet.

Baca pengalaman-pengalaman mak-mak lain jugak.

.

Kenapa Saya Pilih Set Menyusu Optimum Shaklee Sebagai Salah Satu Tips Susu Badan Banyak ?

.

Shaklee mempunyai rangkaian produk  hebat-hebat, diperbuat daripada sumber terbaik, dah dipastikan selamat dari kajian klinikal dan terbukti berkesan.

Baca lebih lanjut tentang Perbezaan dan Keistimewaan Shaklee.

Ini pula keistimewaan setiap produk dalam Set Menyusu Shaklee:

ESP daripada soya nonGMO (tak diubah genetik/soya asli) yang lengkap dengan kesemua sembilan asid amino perlu yang badan kita tak boleh hasilkan (memang kena dapatkan dari diet tapi amat mustahil untuk dapat kesemuanya).

Vitalea Shaklee antara multivitamin tertua di dunia, ‘dilahirkan’ pada tahun 1915 dan bertahan sehingga kini dengan permintaan yang sentiasa ada.

Vitamin C dengan sistem ‘sustained release‘, membekakan badan dengan vitamin C untuk 5 jam secara berterusan. Sama dengan 7 setengah biji lemon sehari tau ni!

B Complex lengkap dengan 8 vitamin B termasuk asid folik dan biotin yang punya mahal tu. Hehe..

Ostematrix bukan sekadar kalsium semata-mata. Malah, lengkap dengan elemen lain untuk penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang. Paling best, ada bukti dari kajian klinikal yang kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan.

Last but not least, Alfalfa Complex, produk signature Shaklee. Alfalfa ni ditanam di kawasan bebas bahan kimia dan Shaklee hanya pilih daun yang betul-betul matang sahaja (selepas 2 tahun ditanam). Kalau tak, tak ada la ada beratus-ratus vitamin dan mineral, dengan kandungan klorofil 4 kali ganda tumbuhan hijau lain!

tips susu badan banyak

Inilah kesemua suplemen dalam Set Menyusu Optimum yang saya amalkan sampai sekarang nak masuk tahun keenam (2018 ni). Banyak? Saya tak risau sebab Shaklee ada Landmark Study yang keputusannya sangat stunning!

Dan akhirnya saya sendiri dah ada ‘set’ tips susu badan banyak saya sendiri.

Kira kalau ada mak-mak lain tanya, tahu dah la nak share apa.

Hihihi…

So,

Apa yang saya dapat?

  • Bangun pagi cergas macam dah tidoq lama sangat. Postcall tapi orang ingat tak oncall pun semalamnya.
  • Tidoq lena sangat! Senang nak terjaga plak tu bila bunyi alarm. Baru 4-5 jam tidoq tapi rasa macam dah tidoq sehari! Wahaha..
  • Bangun pun rasa fresh! Hilang sakit badan, tulang2 rasa kuat, rasa ‘muda’ kembali ececece….
  • Seharian energetic ja kat hospital. Masa pregnant kedua pun staff tegur, “Doktor tak penat ka? Pi la rehat“. Kita ok ja senyum terus buat kerja. Kalau ada time rehat pun, Ain pi pam lagi baguih.
  • Bila dah rasa makin sihat, threshold stress pun lebih tinggi. Dah tak cepat jadi singa.
  • Susu jadi banyak! Alhamdulillah Ya Allah.
  • Nak bangun malam untuk pam pun ok, no problem dah tak liat.
  • Kulit muka makin ok. Jerawat dah jarang sangat nak singgah. Parut2 cepat pudar. Stretchmark makin menghilang. Awww…Perempuan mana laaa tak suka kulit jadi cantik kan?
  • Berat badan sama ja, tapi orang tegur dah slim plak. Mana pi hilang lemak2 tu tah.

Seronok ka seronok kalau dapat efek macam tu korang?

Mestilah seronok. Bersyuuuuukur sangat. Sebab saya yang sihat, baby pun ‘tumpang’ dapat sihat jgak. MasyaaAllah, patutlah digalakkan sangat menyusukan anak ni kan?

Kalau korang merupakan mak menyusu bekerjaya yang tengah struggle pam hari-hari NAK banyakkan susu badan, jangan hanya dimulut sahaja NAK korang tu.

Niatkan NAK dari hati, buat semampu-mampunya yang memang betul-betul-betul NAK.

Doa sungguh-sungguh yang memang NAK.

Konsisten NAK.

Usaha pun kena NAK sentiasa.

InsyaaAllah ada rezeki baby korang dapat fully menyusu.

So siapa betul-betul-betul NAK kat sini. Dah tau kan apa nak buat?

Boleh ‘godek-godek’ tips lain kat entri Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat jgak.

Yang nak grab Set Menyusu Optimum Shaklee macam saya ni, harga retail set ini ialah RM530 (tak termasuk postage). Nak tengok pilihan lain boleh rujuk entri Pilihan Set Menyusu Shaklee Mengikut Bajet.

Nak harga yang jauh lebih menjimatkan, join je ahli macam saya.

Mommies yang deal set ini dengan saya pula, akan layak dapat lifetime consultation dari saya. Kita buat sampai berjaya! InsyaaAllah boleh!

Kalau anda rasa susah, tak semestinya mustahil. Mindset itu penting.

Good luck mommies! 🙂

shaklee effect

6 Tips Atasi Bengkak Susu

6 Tips Atasi Bengkak Susu

tips atasi bengkak susu

Tips Atasi Bengkak Susu

Betapa sakitnya bengkak susu, hanya ibu yang pernah merasainya sahaja yang tahu. Mana-mana ibu dari selepas bersalin sehinggalah ke wean off penyusuan bayi, boleh mengalami masalah ini, tak kira dah besar mana pun bayi anda.

Bagaimana nak tahu anda sedang mengalami masalah bengkak susu?

Anda mengalami bengkak susu sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut:

  • payudara ‘engorged‘ tapi tak surut-surut walaupun selepas bayi menyusu atau pam
  • hasil mengepam sedikit sedangkan payudara masih penuh
  • terdapat ketulan menyakitkan di payudara
  • bayi seperti tidak puas menyusu
  • kesakitan payudara tidak selesai dengan menyusu atau mengepam

.

Awas, kerana jika dibiarkan berlanjutan, bengkak susu boleh mengakibatkan radang payudara (mastitis) yang lebih serius!

Tanda-tanda mastitis pula ialah ibu demam, payudara menjadi lebih sakit, lebih kemerahan dan panas apabila disentuh (boleh bandingkan dengan bahagian kulit yang lain). Boleh jadi ada ketulan yang lebih menyakitkan di payudara.

Jika ini berlaku, anda memerlukan rawatan klinik atau hospital (ada juga kes lebih teruk yang perlukan admission ke wad!)

mastitis

Punca-punca terjadinya bengkak susu ada diceritakan sebelum ini di entri Salur Susu Tersumbat Bagaimana Mengatasinya.

Untuk entri ini, saya kongsikan pula 6 tips untuk mengatasi bengkak susu cara mudah dan agak mujarab untuk ibu-ibu menyusu yang sedang  mengalami masalah ini. Jom!

.

6 TIPS ATASI BENGKAK SUSU

.

Teruskan Menyusu dan Mengepam

Walaupun payudara anda sedang sakit, ini bukanlah kontraindikasi untuk menyusu atau mengepam. Teruskan sahaja seperti biasa. Penting tau untuk mengekalkan demand susu anda.

Kalau anda berhenti menyusu dan mengepam, otak anda akan ‘ingat’ yang bayi tak perlukan susu lagi. Jadinya akan mengurangkan penghasilan susu ibu pula.

Jika bayi anda kelihatan seperti tidak puas menyusu, pam pula hanya dapat sedikit sahaja hasil EBM, berkemungkinan anda sudah mengalami masalah salur susu tersumbat. Teruskan ke tips kedua.

.

Mengurut

Mengurut payudara bertujuan ‘memecahkan’ ketulan susu dan melancarkan salur susu supaya susu mengalir dengan lebih baik.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mengalami bengkak susu beberapa kali setiap kali menyusukan anak-anak, boleh dikatakan mengurut ialah tips yang ‘wajib’ dilakukan.

Bila saya dapati payudara masih ‘berat’ selepas bayi selesai menyusu, lebih-lebih lagi jika terdapat ketulan keras yang menyakitkan, saya akan terus mengurut untuk melegakannya. Sudah tentulah saya mengurut berdasarkan apa yang telah diajar oleh mak bidan yang pernah mengurut saya. Jangan urut sesuka hati pula hihihi.

Sebelum mengurut, pastikan anda mengumpul kekuatan dan kentalkan hati dahulu. Sebabnya urut bengkak susu ni bukan main sakitnya oi. Kalau tak meleleh air mata tu tak berkesan la tu, serius. Huhuhu…

tips atasi bengkak susu

Antara cara urutan payudara untuk masalah bengkak susu

.

Letakkan Hot Pack Atau Bertungku di Ketulan Yang Sakit

Satu lagi tips yang sangat membantu ialah letakkan hot pack atau bertungku di payudara. Kalau ada ketulan tu, ha letakkan di situ.

Suhu yang panas suam-suam dipercayai boleh membantu ‘memecahkan’ ketulan susu yang terkumpul. lalu melancarkan pengaliran susu.

Anda yang mengalami bengkak susu juga digalakkan mandi dengan air suam panas-panas. Lalukan air di payudara yang sedang kesakitan amat sangat tu, serius rasa lega sangat. Sambil mandi sambil urut lagi bagus.

.

Dapatkan Nasihat Doktor dan Pakar Laktasi

Bila mana anda dah cuba macam-macam tips tapi keadaan tidak semakin baik malah semakin teruk sakitnya, segeralah bertanyakan yang berilmu dan lebih pakar.

Untuk kes bengkak susu ini, anda boleh berjumpa doktor untuk diagnosis yang betul dand mendapatkan rawatan yang sesuai. Anda mungkin perlukan ubat tahan sakit, bengkak dan/atau antibiotik.

Di sesetengah kawasan, ada juga pihak yang menyediakan khidmat nasihat dan bantuan oleh kanselor laktasi. Ini sudah bagus kerana mereka ialah orang yang paling arif untuk membantu anda.

.

Menggunakan Kobis

Petua ini ialah petua tradisional yang popular dan agak berkesan bagi kebanyakan ibu yang mengalami bengkak susu. Tetapi awas, jika berlebihan dipercayai boleh mengganggu penghasilan susu ibu pula!

.

Pengambilan Suplemen

Tips terakhir yang boleh anda cuba ialah mengambil suplemen yang mengandungi lecithin.

Lecithin ialah sejenis phospholipid, yang bermaksud ia mempunyai bahagian yang cenderung kepada air dan (hydrophilic) dan satu bahagian lagi cenderung kepada lemak (hydrophobic).

Bagi masalah bengkak susu, lecithin dipercayai membantu meningkatkan jumlah asid lemak tak tepu (polyunsaturated fats) lalu mengurangkan kepekatan susu ibu. Dengan ini, tak la molekul susu ibu mudah berkumpul dan tersumbat.

Sebenarnya, lecithin boleh didapati dari banyak sumber makanan seperti kuning telur, kekacang, susu dan daging. Namun, dari pemakanan sahaja, anda sendiri tidak tahu cukupkan dos yang diperlukan untuk mengatasi masalah bengkak susu anda.

Menurut Canadian Breastfeeding Foundation, dos yang disarankan untuk masalah salur susu tersumbat ialah 1,200mg lecithin yang diambil 4 kali sehari.

tips atasi bengkak susu

Rujuk entri Lecithin Shaklee untuk info lanjut produk.

.

Bagi ibu-ibu yang belum pernah merasai bengkak susu, langkah-langkah pencegahan adalah seperti berikut:

  • pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya dengan cara mengepam selepas menyusu, atau menggunakan kaedah Marmet (mengekspresi susu secara manual dipercayai mampu mengeluarkan baki susu yang masih ada selepas menyusu/mengepam)
  • pastikan lekapan bayi betul
  • rajin mengurut payudara walaupun tidak mengalami bengkak susu untuk memastikan pengaliran susu sentiasa lancar
  • menyusu/mengepam secara berkala setiap 3 hingga 4 jam
  • memakai pakaian longgar dan selesa (pakaian ketat boleh mengganggu pengaliran susu)

.

Sekian perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat. =)