Pain Relief Caplet, Suplemen Sendi dan Otot

Pain Relief Caplet, Suplemen Sendi dan Otot

suplemen sendi dan otot

Suplemen Sendi dan Otot yang bakal dilancarkan Jun 2020

Berdasarkan kajian oleh National Clinical Research Centre, Malaysia, 3 jenis aduan kesakitan tertinggi di Malaysia ialah sakit abdomen (45%), sakit muskuloskeletal (35%) dan sakit kepala (20%).

Kebanyakan sakit abdomen dan sakit kepala boleh diselesaikan dengan cepat. Tetapi tidak bagi sakit muskuloskeletal yang melibatkan kesakitan berkaitan otot dan sendi. Kebanyakannya adalah berpanjangan atau sembuh sementara kemudian mengganggu semula. Antaranya ialah sakit lutut yang sangat lazim di kalangan individu melebihi usia 40 tahun (kadar ini meningkat dengan usia).

Amnya, kesakitan ialah perasaan tidak selesa yang disebabkan oleh tekanan atau kecederaan stimuli. Kesakitan ialah salah satu simptom keradangan (selain bengkak, kemerahan dan gangguan fungsi).

Sel-sel yang tercedera akan mengeluarkan isyarat kimia cyclooxygenase (COX) dan lipooxygenase (LOX), penyebab kita rasa sakit.

Terdapat 2 jenis enzim COX iaitu COX-1 dan COX-2. COX-1 menyebabkan keradangan dan sakit. Manakala COX-2 mempunyai fungsi melindungi lapisan perut kita. LOX pula adalah agen pro-keradangan yang juga punca kita berasa sakit.

Untuk menghilangkan rasa sakit, sudah tentulah kita perlu merencatkan aktiviti COX dan LOX ini. Tetapi, merencatkan kedua-dua jenis COX boleh mengganggu lapisan perut pula.

suplemen sendi dan otot

Adakah anda salah seorang dari dalam gambar ini?

.

Pain Relief Caplet Membantu Melegakan Kesakitan Sendi dan Otot, Tanpa Memberi Kesan Negatif Terhadap Lapisan Perut Anda

.

Pain Relief Caplet diformulasi daripada gandingan berpaten ekstrak Boswellia dan Safflower yang diuji secara klinikal sebagai solusi jangka masa panjang untuk menyokong kesihatan sendi dan otot yang digunakan secara berlebihan.

Ianya boleh membantu anda:

  • Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebaban pergerakan keterlaluan
  • Menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi
  • Melegakan kesakitan otot

.

Boswellia dan Safflower bertindak menjaga kesihatan sendi dan otot anda melalui 3 cara:

  1. Melegakan kesakitan dan ketidakselesaan sendi, meningkatkan pergerakan dan fleksibiliti dengan merencatkan laluan penyebab kesakitan
  2. Melindungi tulang rawan dari kemusnahan dengan mengurangkan keradangan
  3. Memulihkan tisu-tisu sendi dengan meningkatkan peredaran darah ke bahagian sendi untuk menyokong proses pemulihan

.

.

Kesan sinergi Boswellia dan Safflower membantu melegakan ketidakselesaan dan kesakitan, tanpa memberi kesan negatif kepada lapisan perut.

.

1# Rencatan Aktiviti LOX

Gandingan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower juga terbukti dapat merencatkan aktiviti LOX pada kadar yang lebih tinggi, berbanding dengan hanya Boswellia sahaja. Oleh itu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan. (Rujuk graf pertama gambar di bawah)

.

2# Rencatan Aktiviti COX-2

Dan gandingan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower juga terbukti dapat merencatkan aktiviti COX-2 pada kadar yang lebih tinggi, berbanding dengna hanya Safflower sahaja. Ini juga seterusnya mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan. (Rujuk graf kedua gambar di bawah)

.

3# Rencatan Aktiviti COX-1

Ekstrak Safflower yang berpaten terbukti dapat meningkatkan aktiviti COX-1 pada kadar yang lebih tinggi. Ini mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan tanpa memberi kesan negatif kepada lapisan perut (sesuai untuk penghidap gastrik dan perut ‘sensitif’). (Rujuk graf ketiga dalam gambar ini)

suplemen sendi dan otot

.

Keistimewaan Suplemen Sendi dan Otot Pain Relief Caplet

.

  1. Gabungan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower (nombor paten US 7,195,790)
  2. Setiap hidangan menyediakan 1,082mg* ekstrak Boswellia dan 150mg ekstrak Safflower
  3. Lembut pada perut
  4. Tidak mengandungi aspirin
  5. Terbukti dalam kajian saintifik berupaya merencatkan laluan kesakitan secara semulajadi
  6. Terbukti berkesan:
    • Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebabkan pergerakan keterlaluan
    • Menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi
    • Melegakan kesakitan otot
  7. Sesuai untuk penghidap gastrik atau perut ‘sensitif’

.

*Dos saranan Boswellia berdasarkan kajian. Baca juga entri 10 agen anti-keradangan semulajadi.

.

Manfaat Kesihatan Luar Biasa Esktrak Boswellia dan Safflower

.

Pain Relief Caplet juga boleh diambil bersama produk nutrisi lain untuk manfaat-manfaat berikut:

Melindungi Dari kemerosotan Tulang Rawan

  • Polifenol – Meningkatkan penghasilan tulang
  • Kolagen – Menyokong pertumbuhan dan pembaikan tulang rawan
  • Omega-3 – Melambatkan kemerosotan tulang rawan dan bertindak sebagai pelincir

.

Melegakan Migrain

  • Vitamin B – Meningkatkan kesihatan sistem saraf dan mengurangkan paras homosistein

.

Untuk Tulang dan Sendi Yang Kuat

  • Protein soya – Mengekalkan jisim otot dan menyokong komponen struktur sendi
  • Kalsium – Membna tulang yang kuat dan sihat

.

Melegakan Sindrom PMS (Senggugut)

.

suplemen sendi dan otot

Pain Relief Caplet, untuk penyelesaian melegakan kesakitan sendi dan otot anda secara semulajadi. Dapatkan sebotol dengan harga runcit RM118.75, untuk kegunaan sebulan. Whatsapp Ain 016-4214704 untuk pertanyaan dan order.

Koleksi Testimoni ResV Shaklee

Koleksi Testimoni ResV Shaklee

Baru beberapa hari mula dijual, dah ada banyak yang beri testimoni ResV Shaklee yang positif-positif.

Untuk pengetahuan, ResV diperbuat dari sumber tumbuh-tumbuhan terpilih yang kaya dengan polifenol berspektrum tinggi. Polifenol ialah sejenis antioksidan yang telah banyak dijalankan kajian ke atasnya dan terbukti banyak manfaat kesihatannya.

 

Koleksi Testimoni ResV Shaklee

1# Kesan Parut Semakin Pudar, Kulit Makin Licin

testimoni resv shaklee

“Yana memang nampak perubahan kat husband in terms of skin dia tau. Sebab sebelum ni parut kat muka dia bahagian pipi susah betul nak hilang, tapi bila dia consume ResV memang nampak kulit dia makin bersih. Kesan parut dah start pudar, kulit pun makin licin.”(FB: Lyana Hisham)

.

2# Testimoni ResV Shaklee: Sakit Pinggul Dah Hilang Selepas Seminggu

testimoni resv shaklee

“Bulan 9 tahun lepas, Nana jatuh terduduk, so tulang pnggul ni memang jadi sakit sangat-sangat. Kalau duduk lama, dia akan jadi macam sakit gila-gila. Even masa BLNC tempohari pun, Nana rasa tak selesa bila duduk lama-lama. Seminggu selepas makan ResV ni, Nana perasan sakit tu dah hilang. Duduk lama pun dah tak sakit dah.” (FB: Nana Macarona)

.

3# Testimoni ResV Shaklee: Badan Rasa Cergas

testimoni resv shaklee

“Selepas makan ResV ni, badan tak rasa letih walaupun sehari suntuk duduk dalam kelas. Lepas tu, drive balik lagi. Sampai di rumah, tak kelepek pun. Memang best.”(FB: Lisa Sueriati Omar)

.

4# Bangkit Tidur Rasa Ringan Gila!

“Nak bagi testimoni ni. Semalam tiba-tiba sakit tekak macam kena pisau. Pastu gatal-gatal macam nak batuk. Balik dari Teluk Bahang saya ambil Vitamin C 2000mg pastu ambil ResV 2 biji. Saya tidur dalam keadaan tekak sakit, badan pun sakit-sakit terutama kaki lenguh. Bangkit tidur rasa ringan gila. Ya Allah bestnya rasa!” (FB: Normi Laili)

.

5# Energy Lain Macam, Mood Happening

“Alhamfulillah first time cuba hari ni ResV memang luar biasa. Sepatutnya time ni mengantuk dah. Tapi hari ni energy lain macam plus mood happening je. Fuhh best lah macam ni kalau hari-hari kan.” (Cik Fida)

.

6# Berjalan Jauh Pun Tak Rasa Letih

testimoni resv shaklee

“Sejak start ambil ResV ni, rasa lebih bertenaga. Pi berjalan jauh pun tak rasa letih. Memang terbaik ResV super power.” (Puan Zayatie)

.

5 Keistimewaan ResV Yang Tak Ada Pada Produk Lain

  • Diformulasi secara saintifik daripada sumber-sumber semulajadi yang kaya polifenol berspektrum tinggi
  • Proses pengekstrakan teknologi canggih yang telah dipatenkan (cecair polifenol dikapsulkan menjadi sofgel)
  • Kuasa polifenol 13 kali ganda
  • Disokong oleh banyak kajian klinikal, salah satunya ialah Kajian Telomere yang membuktikan, pengguna Shaklee mempunyai kadar pemendekan telomere yang lebih lambat sebanyak 40% (40% lebih lambat “tua”)
  • Sofgel boleh disimpan pada suhu bilik dan mudah dibawa ke mana-mana

.

Nak untung banyak, dapatkan ResV sekarang.

promosi resv shaklee

Beli 6 dapat 7 (Harga Runcit RM3,060, Jimat RM510). Beli 2 diskaun 5% (Harga Runcit RM969, jimat RM51). Beli sebotol sahaja pun dah dapat keahlian PERCUMA. Whatsapp Ain 0164214704 untuk pertanyaan dan order.

Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat!

Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat!

vitamin tulang dan sendi

Apakah ‘tugas’ vitamin tulang dan sendi dalam mencegah osteoporosis?

Haa? Normal? Betul ke ni?” Berkali-kali mak tanya. Bulat mata memandang keputusan pada kertas ujian. Mulut ada nampak sinyum sikit. =)

Ya betul. Puan punya kepadatan tulang lebih tinggi dari standard average wanita seusia puan.” kata pakar nutrisi yang membuat ujian dengan mesin khas untuk mengukur kepadatan tulang baru-baru ini.

2 tahun lepas…

Flashback…

Masa tu mak temankan Ain ke HQ Shaklee yang baru. Sempena perasmian HQ baru, Shaklee adakan Wellness Fair. Diadakan macam-macam ujian percuma untuk semua yang hadir.

Salah satunya ialah “Bone Check“. Untuk ujian ini, kami dikehendaki meletakkan sebelah tapak kaki di dalam sebuah mesin khas untuk mengukur kepadatan tulang. Nak tengok tulang kami ni masih normal kepadatan ke, dah kurang padat (osteopenia) atau dah teruk sangat lompongnya (osteoporosis).

Lepas beratur panjang dan ujian dibuat, setiap seorang akan mendapat konsultasi percuma tentang keputusan ujian-ujian yang dibuat. Masa tu mak balik dengan muka agak sedih. Keputusan ujian kepadatan tulang mak menunjukkan “OSTEOPOROSIS”.

Siapa lah yang tak risau bila diberitahu tulang dah alami osteoporosis.

vitamin tulang dan sendi

Ini result ujian kepadatan tulang mak Ain.

.

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Osteoporosis?

  1. Osteoporosis ialah keadaan di mana tulang dah hilang kepadatannya, menjadikan ia sangat mudah patah walaupun tanpa jatuh atau kemalangan. Ini kita panggil “pathological fracture“.
  2. Tulang yang normal boleh membaiki ‘diri sendiri’ dengan nutrisi yang cukup tetapi malangnya, tidak bagi tulang yang sudah osteoporosis. Jadi, kalau dah patah, patah macam itu sahaja lah.
  3. Kepadatan tulang mula menurun sekitar usia 30 tahun, dan terus menurun dengan peningkatan usia. Bagi wanita, kepadatan tulang menurun dengan lebih drastik selepas menopaus kerana turunnya paras hormon estrogen.
  4. Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko termasuklah:
    • Menopaus awal sebelum usia 45 tahun.
    • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan rahim) sebelum usia 45 tahun, terutamanya jika ovari dibuang sekali.
    • Tidak datang haid melebihi 6 bulan disebabkan senaman berlebihan, makan berlebihan atau faktor hormon.
    • Mempunyai sejarah keluarga osteoporosis.
    • Pesakit terlantar untuk jangka masa yang lama.
    • Keperluan menggunakan steroid dos tinggi untuk jangka masa yang lama.
    • Paras vitamin D yang rendah.
    • Perokok.
  5. Osteoporosis biasanya tidak didiagnos sehinggalah tulang patah. Masa tu agak sudah terlambat untuk rawatan dan tulang osteoporosis yang sudah patah tidak boleh dibuat apa-apa lagi.
  6. Yang lebih sedap didengar tentang osteoporosis….ianya boleh dicegah! =)

.

Berbalik kepada cerita 2 tahun lepas…

Semasa konsultasi dengan pakar nutrisi, dicadangkan supaya mak amalkan produk-produk yang berikut:

  • Ostematrix sebagai bekalan kalsium lengkap dengan magnesium, vitamin D, boron dan lain-lain untuk penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang (vitamin tulang dan sendi yang terbukti penyerapan kalsiumnya)
  • Vitalea – mengandungi 28 vitamin dan mineral
  • ESP – membantu menguatkan tulang
  • Collagen Powder – kolagen membentuk jaringan elastik yang kuat untuk tulang

.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Tulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino...” petikan dari Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

.

Kini, selepas 2 tahun…

Jadi, mak Ain pun consume 3 dari 4 produk yang dicadangkan iaitu Ostematrix, Vitalea dan ESP, secara konsisten.

Selain dari suplemen, mak Ain juga seorang yang agak menjaga pemakanan sihat dan aktif bersenam. Kejap-kejap berbasikal, kejap-kejap naik turun bukit, pagi-pagi kadang-kadang ‘hilang’ rupanya dah selamat swimming dengan ayah.

Sekarang, masuk tahun kedua mak konsisten semua tu. Siapa sangka ujian kepadatan tulang mak dah jadi NORMAL! Bukan setakat normal ‘cukup-cukup makan’, tetapi lebih tinggi dari paras standard kepadatan tulang orang lain yang seusia mak. MasyaaAllah hebat! Syukur Alhamdulillah. =)

vitamin tulang dan sendi

Amalkan pengambilan vitamin tulang dan sendi secara konsisten. Pastikan anda pilih yang berkualiti sahaja.

Kesimpulannya, osteoporosis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja selepas umur 30 tahun. Kalau anda berada dalam kumpulan berisiko tinggi, pastikan topup kalsium yang cukup setiap hari. Berapa miligram saranan kalsium harian bergantung kepada banyak faktor seperti umur, jantina, dan ‘demand’ lain seperti ibu hamil atau menyusu. Untuk rujukan bolehlah tengok jadual kat bawah ni.

keperluan kalsium harian

Selain dari pemakanan tinggi kalsium, nak pilih suplemen kalsium pula, pastikan bukan hanya ada kalsium sahaja. Kerana untuk membina kepadatan tulang yang kuat, memerlukan lebih dari kalsium. Teruskan membaca lebih lanjut di entri Nak Kuatkan Tulang Bukan Sekadar Perlu Ambil Kalsium. =)

.

Ainniah Zulkefli
Pencinta Ostematrix yang konsisten sejak 2012

Tak Cukup Tidur – Bahaya Yang Mengundang

Tak Cukup Tidur – Bahaya Yang Mengundang

tak cukup tidur

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang mempunyai masalah tidak cukup tidur setiap hari. Yang menjadi kebimbangan bukanlah keadaan anda yang grumpy dan moody keesokan harinya. Tetapi jika anda tidak cukup tidur secara berterusan, boleh mempengaruhi keupayaan mental dan merisikokan kesihatan fizikal terhadap pelbagai masalah!

Sebagaimana kita memerlukan udara untuk bernafas dan makanan untuk terus hidup, sebegitu jugalah badan kita memerlukan tidur untuk berfungsi dengan baik.

Secara semulajadinya, badan kita memperbaiki dan mengembalikan keseimbangan kimia semasa tidur. Dan semasa tidur jugalah akan terhasilnya perhubungan-perhubungan baru dalam otak yang mana berfungsi untuk mengekalkan ingatan dan fungsi-fungsi otak yang lain.

Mudah sahaja untuk mengenali individu yang mempunyai waktu tidur yang tidak mencukupi.

Yang asyik menguap sepanjang masa kerana over mengantuk, yang ibarat ‘bom’ tak boleh diusik, silap langkah ‘meletup’ (orang tengah mengantuk dikacau pulak ya?), inilah mereka-mereka yang tak tidur cukup.

Berapa jam yang dimaksudkan dengan CUKUP tidur itu, ada Ain ceritakan dalam entri Berapa Jam Bayi Perlu Tidur Setiap Hari? yang ditulis sebelum ini.

Jadi, apakah risiko yang bakal dihadapi anda yang selalu tak cukup tidur?

.

Tak Cukup Tidur Merisikokan Kesihatan Mental dan Fizikal!

.

tak cukup tidur

.

1# SISTEM SARAF

.

Semasa tidur, otak kita berada dalam keadaan ‘berehat’.

Di mana semasa tidurlah akan terjadinya pembentukan ‘lebuhraya’ baru antara sel-sel saraf untuk memindahkan maklumat yang diperoleh kepada memori.

‘Lebuhraya’ baru inilah yang membantu kita mengingat dan menjalankan fungsi otak yang lain.

Apa yang berlaku jika tidur tidak mencukupi?

Penghasilan lebuhraya tadi akan terganggu.

Otak akan penat.

Kita akan mengalami kesukaran untuk fokus atau belajar perkara-perkara baru.

Input yang diterima juga lambat sampai kepada otak.

Lebih mudarat lagi, kita juga boleh mengalami microsleep. Anda yang mengalami microsleep akan tertidur selama beberapa saat atau minit tanpa disedari. Semua ini terjadi di luar kawalan anda!

Tidakkah mereka yang kurang tidur akan lebih cenderung kepada kemalangan jalan raya?!

.

2# SISTEM IMUN

.

Penghasilan ‘tentera-tentera’ pertahanan badan berlaku semasa tidur.

Jadi, apa jua gangguan tidur boleh mempengaruhi penghasilan ‘tentera-tentera’ ini.

Bagaimana nak hadapi serangan jika tentera tak cukup atau lemah?

Bukan sahaja mereka yang tak cukup tidur lebih mudah dijangkiti penyakit. Malah, kalau dah sakit pula, akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh.

tak cukup tidur

3# SISTEM PERNAFASAN

.

Sebenarnya, ada pesakit mengalami masalah tidur kerana masalah sistem pernafasan.

Sebagai contoh pesakit Obstructive Sleep Apnea (OSA). Mereka ini mempunyai salur pernafasan yang sempit di bahagian leher selalunya dek kerana lemak-lemak yang tebal (obesiti).

OSA menyebabkan pesakit tidur tak lena walaupun mereka nampak begitu lena berdengkur.

Antara lain, tidak cukup tidur juga menyebabkan kita lebih berisiko untuk jangkitan salur pernafasan seperti batuk dan selesema.

.

4# SISTEM PENGHADAMAN

.

Jangan terkejut jika dikatakan orang yang selalu tak cukup tidur lebih mudah mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

Ini kerana tidur mempengaruhi dua jenis hormon, leptin dan ghrelin yang mengawa perasaan lapar dan kenyang.

Hormon leptin memberitahu otak apabila kita sudah kenyang.

Jika tidur tidak mencukupi, akan mengurangkan kedua-dua hormon ini. Yang mana ini akan merangsang selera makan pula.

Biasa sahaja kan orang tak cukup tidur suka kudap-kudapan pada sebelah malam? Lalu naiklah berat badan dan jadilah manusia obes yang berisiko macam-macam penyakit.

Selain itu, kekurangan tidur juga akan menyebabkan badan menghasilkan LEBIH insulin. Insulin berlebihan akan menyimpan LEBIH banyak lemak dan meningkatkan risiko kencing manis jenis 2.

Jadi, anda yang ingin mengekalkan berat badan ideal, pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari ya.

.

tak cukup tidur

.

5# JANTUNG & SISTEM PEREDARAN DARAH

.

Paras gula, tekanan darah, keradangan – semua ini mempunyai kesan terhadap kesihatan jantung dan sistem peredaran darah dalam badan.

Kerana kekurangan tidur boleh mempengaruhi semua ini, maka sudah tentulah ia juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan jantung.

Analisis yang telah disiarkan dalam European Journal of Preventive Oncology menyimpulkan, terdapat kaitan rapat di antara insomnia dan kenaikan risiko serangan jantung dan strok.

.

6# HORMON

.

Semasa kita tidur juga hormon-hormon dihasilkan. Jadi kekurangan tidur boleh mempengaruhi penghasilan hormon juga.

Contohnya hormon testosterone memerlukan sekurang-kurangnya 3 jam tidur lena yang tidak diganggu. Gangguan penghasilan hormon ini boleh mengganggu fungsi seksual seseorang juga.

Hormon pertumbuhan (growth hormone) pula, seperti namanya, adalah untuk pertumbuhan (hormon ini penting untuk kanak-kanak dan remaja terutamanya kerana meraka sedang membesar).

Growth hormone bukan sahaja dihasilkan secara berterusan oleh kelenjar pituitari. Tetapi juga dihasilkan semasa tidur dan senaman. Jadi, kalau nak membesar sihat, kenalah cukup tidur dan rajin bersenam.

.

tak cukup tidur

Kajian mendapati, kalsium membantu otak menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan melatonin (bahan untuk merangsang tidur). Whatsapp Ain segera untuk grab promosi Ostematrix (suplemen kalsium lengkap) sehingga 30 September 2018 sahaja.

.

Begitu banyak sekali kesan jika kita tidak mendapat tidur yang cukup rupanya. Lepas ni kenalah pastikan tidur cukup setiap hari supaya badan sihat. =)

Nak Kuatkan Tulang Bukan Sekadar Ambil Kalsium

Nak Kuatkan Tulang Bukan Sekadar Ambil Kalsium

Tahukah anda, berdasarkan kajian, mereka yang mengambil kalsium setiap hari mempunyai risiko osteoporosis yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambil kalsium?

kuatkan tulang

Kajian Harvard selama 12 tahun ke atas 78,000 wanita mendapati, lebih ramai wanita yang meminum susu 3 kali sehari sebenarnya mengalami patah tulang berbanding wanita yang sangat jarang minum susu.

Keputusan ini juga adalah sama bagi kajian yang dijalankan pada tahun 1994 di Sydney, Australia. Dalam kajian ini, kedua-dua warga emas lelaki dan wanita diuji. Mereka yang mengambil produk tenusu setiap hari, lebih banyak dikaitkan dengan risiko patah tulang yang lebih tinggi!

Anda rasa kenapa ini berlaku?

Selama ini yang kita dengar, minum banyak susu (ambil kalsium setiap hari) boleh cegah osteoporosis kan?

Sebenarnya, untuk mendapatkan tulang yang kuat, bukan hanya pengambilan kalsium setiap hari yang penting, Apa yang lebih penting lagi ialah memastikan kalsium yang diambil, ‘masuk’ dan disimpan di dalam tulang.

Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana cara-caranya.

.

6 Cara Kuatkan Tulang

.

1# Sumber Kalsium

.

Pertamanya, untuk mendapatkan kalsium, pastikan anda mendapatkannya dari sumber yang kaya dengan kalsium. Sumber kalsium terbaik ialah dari sayur-sayuran kehijauan seperti di dalam gambar ini. Sumber-sumber makanan ini mempunyai kalsium yang tinggi penyerapannya.

kuatkan tulang

Antara contoh sumber makanan yang kaya dengan kalsium untuk kuatkan tulang. Disertakan juga kandungan kalsium dalam setiap makanan.

.

2# Bersenam

.

Seterusnya, bersenamlah secara berkala kerana dengan senamanlah salah satu cara untuk kalsium disimpan ke dalam tulang. Lagipun, dengan senaman bukan sahaja anda akan mendapat tulang yang kuat. Tetapi seluruh badan akan menjadi lebih sihat.

.

3# Dapatkan Vitamin D Yang Cukup

.

Oh ya, jangan lupa untuk keluar rumah setiap pagi dan dedahkan kulit anda kepada cahaya matahari. Untuk kuatkan tulang, adalah penting untuk mendapatkan vitamin D yang cukup juga, kira-kira 15 minit mendapat cahaya matahari.

Dalam pembentukan tulang yang kuat, vitamin D mengawal penggunaan kalsium dalam badan.

Sekiranya anda jenis yang keluar rumah seawal pagi sesudah subuh (matahari pun tak keluar lagi). Balik pula selepas senja (matahari dah terbenam), anda boleh pertimbangkan untuk mengambil suplemen vitamin D.

Saranan harian (Recommended Daily Allowance, RDA) vitamin D ialah sebanyak 600 IU bersamaan dengan 5 mikrogram sehari.

Kadang-kala, vitamin D juga ditambah ke dalam susu tetapi amaunnya tidak selalu dikawal dengan baik. Di sinilah pentingnya anda membaca label sebelum membeli susu.

.

kuatkan tulang

Kalau zaman tok nenek kita dulu, bestlah berjemur pagi-pagi di bawah cahaya matahari. Zaman sekarang, pukul 9 pun dah terik pedih kulit kena matahari.

.

4# Elakkan Garam Berlebihan

.

Secara semulajadinya, kalsium boleh melarut ke dalam darah, dibawa ke buah pinggang dan disingkirkan dalam air kencing.

Pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan kehilangan kalsium melalui buah pinggang ini.

Jadi, mulai sekarang cuba kawal pengambilan garam dalam makanan juga ya.

.

5# Lebih Baik Dapatkan Protein Dari Sumber Tumbuhan

.

Laa, cerita pasal kalsium, tapi tiba-tiba masuk bab protein pula? Macam mana tu?

Sama seperti pengambilan garam berlebihan, protein dari sumber haiwan pun boleh menyebabkan kalsium mudah hilang melalui air kencing.

Baca ESP Sumber Protein Lengkap untuk info lanjut.

.

6# Katakan TIDAK Kepada Merokok

.

Berdasarkan kajian ke atas sepasang kembar, kembar yang merokok mempunyai risiko lebih 40% untuk patah tulang.

Merokok pun tak baik untuk kesihatan secara keseluruhan. So just say NO to smoking, ok?

Bukan sahaja JANGAN menjebakkan diri dengan merokok, tetapi juga elakkan dari menjadi perokok pasif (Baca entri Bahaya Perokok Pasif Tertier untuk info lanjut).

.

kebaikan ostematrix shaklee

Dapatkan Ostematrix untuk suplemen kalsium lengkap dengan magnesium, vitamin D, zink,, kuprum dan boron. Memastikan penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.

.

Kesimpulannya, untuk mencegah osteoporosis pastikan kita mengambil kalsium secukupnya dari sumber-sumber yang kaya dengan kalsium. Dan untuk kuatkan tulang pula, pastikan anda follow cara-cara di atas.

Pastikan apa yang dimakan bermanfaat sepenuhnya untuk tubuh kita. Tubuh ialah SATU-SATUNYA tempat untuk kita hidup.

.

Sumber:

  1. NCBI : Bone Health and Osteoporosis
  2. Physicians Commitee for Responsible Medicine
Testimoni Gout : Derita Ayah Selama 20 Tahun

Testimoni Gout : Derita Ayah Selama 20 Tahun

testimoni gout

Gout ialah sejenis penyakit radang sendi yang disebabkan pengumpulan kristal urate yang berlebihan dalam darah. Klik GOUT untuk bacaan lanjut tentang petua hilangkan gout dengan cepat.[/caption]

Credit to Siera Haiyi sebab share testimoni gout ni. Tajukya “Ayahku Penderita Gout Selama 20 Tahun“.

Kisah ini bermula ketika saya berumur 12 tahun. Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon. Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba di sana bersama kakak saya.

Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan. Katanya kaki amat sakit! Nak bangun pun tak boleh! Ibu mula resah. Saya apatah lagi, macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.

“Kenapa tiba-tiba ayah jadi begini?”

“Adakah ayah dah lumpuh?” 

Astagfirullahalázim…

Susahnya hati saya masa itu sampai terbantut nak bersukaria. Hari yang gembira bertukar menjadi duka. Ayah ditolak dengan kerusi roda ke kereta. Ibu pula terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran. Ayah diberi ubat tahan sakit.

Sehingga kini umur saya 30 tahun.

Ayah masih makan pain killer setiap kali gout menyerang. Dah jadi macam gula-gula pulak. Goutnya pula memang kerap bertandang. Semakin teruk lagi, sekarang dah bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan. Bukan bengkak biasa tapi siap bernanah besar-besar! Naik seram saya tengok. Dalam hati…bilakah semua ini akan berakhir.

Dalam diam, saya bersimpati dengan ayah yang berjalan terhenjut-henjut. Sedih betul saya tengok ayah solat tak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir. Time tu saya menangis di belakang pintu melihat ayah terbaring mengerang kesakitan di atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan. Hanya doa yang mampu saya panjatkan. Doa yang tanpa usaha.

Teringat pula Ustaz masa sekolah cakap, “Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA“.

Tetapi itu saja yang saya mampu. Sedih.

.

testimoni gout

Testimoni Gout : Gout ialah sejenis penyakit radang sendi yang disebabkan pengumpulan kristal urate yang berlebihan dalam darah. Klik GOUT untuk bacaan lanjut tentang petua hilangkan gout.

.

Akhirnya…

Pada suatu hari, tergerak hati saya untuk berikan ayah Omega Guard dan Alfalfa Complex Shaklee. Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan kesakitan. Manakala Alfafa pula mampu meneutralkan asid urik  kepada alkali. Wahhhh menarik!!! Mestilah saya teruja nak berikan kepada ayah saya. Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol. Bila tiba waktu makan pula, saya SMS ayah.

“Ayah dah makan OMEGA?”

“Dah makan ALFAFA?”

Begitulah bersungguh-sungguhnya saya inginkan ayah sihat kembali. Ayah saya patuh dan konsisten menelan dua jenis  suplemen ini.
Sambil saya tak henti-henti berdoa semoga inilah usaha terbaik untuk ayah.

Sampai pada suatu hari yang cerah, ayah baru pulang dari cek up di hospital. Wajah ayah girang dan berseri sambil dihulurkan sehelai kertas kepada saya.

“Kertas apa ni?”

MasyaAllah!! Terkejut saya lihat bacaan asid urik ayah dah berada di paras NORMAL!!! Ya Allah, bergenang air mata saya.

“Dah 20 tahun…ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL. Doktor pun terkejut. Bagus ye Shaklee “ kata ayah

Dah setahun ayah bersama Shaklee, saya asyik intai je kakinya. Ok dah tak ada lagi bengkak, tak ada lagi jalan hinjut-hinjut. Dan tiada lagi nanah besar-besar. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

Hati anak mana yang tak gembira bila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan…

Terima kasih Allah kerana mengizinkn semuanya. 🙂

.

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut suplemen Shaklee.

Sakit Sendi Pergelangan Tangan – Anda Mengalami De Quervain’s Tenosynovitis?

Sakit Sendi Pergelangan Tangan – Anda Mengalami De Quervain’s Tenosynovitis?

sakit sendi pergelangan tangan

Pernahkah anda mengalami sakit sendi pergelangan tangan yang tak hilang-hilang?

Anda mungkin mengalami De Quervain’s tenosynovitis. Nak menyebut pun boleh terbelit lidah kan? Haha!

.

Apa Itu De Quervain’s Tenosynovitis?

.

De Quervain’s tenosynovitis ialah keadaan menyakitkan di bahagian pergelangan tangan yang melibatkan tendon yang mengawal pergerakan ibu jari.

Tendon ialah struktur yang menyambungkan otot kepada tulang untuk membolehkan pergerakan.

Ia terjadi apabila seseorang secara berterusan menggunakan jari secara berlebihan (chronicoveruse‘).

Contohnya ibu selepas bersalin banyak mengangkat bayi, mengangkat benda-benda berat selalu dan sebagainya, menyebabkan tendon tersebut membengkak.

Lalu mengakibatkan lapisan yang membaluti tendon tersebut mengalami keradangan.

Tendon yang membengkak ini menyebabkan saraf berdekatan tertekan.

Maka, terjadilah sakit dan kebas tangan.

Antara lain, boleh juga disebabkan oleh trauma ke atas pergelangan tangan atau berlaku keradangan sendi.

Finkelstein Test

Bagi membuat diagnosis De Quervain’s tenosynovitis ini, pesakit akan diminta menggenggam ibu jari ke dalam genggaman tangan.

Kemudiannya akan diminta membengkokkan pergelangan tangan ke arah jari kelingking (seperti dalam gambar di bawah).

Sakit yang bertambah dengan pergerakan ini menunjukkan keputusan Finkelstein in positif.

Dan diagnosis De Quervain’s tenosynovitis boleh dibuat.

 

.

Rawatan Sakit Sendi Pergelangan Tangan

Setelah didiagnos De Quervain’s tenosynovitis, pesakit akan diberi rawatan berikut:

  • meletakkan pek ais di tempat sakit untuk melegakan sakit
  • pengambilan ubat tahan sakit jenis ‘non-steroidal antiinflammatory drugs‘ (NSAID). Sila berjumpa doktor jika perut anda sensitif atau anda mengalami alahan dengan ubat jenis ini.
  • mengurangkan aktiviti yang terus membebankan pergelangan tangan
  • merehatkan pergelangan tangan dengan memakai splint setiap hari untuk 4 hingga 6 minggu
  • jika ubat tahan sakit tidak memberi kesan, pesakit boleh mendapatkan suntkan steroid di klinik yang mempunyai servis ini
  • pembedahan sebagai jalan terakhir sekiranya masih sakit walaupun setelah diberi suntikan

Walaupun anda telah mendapatkan rawatan, anda masih berisiko untuk mengalami sakit ini di masa akan datang selagi faktor penyebab (contoh: kerap mengangkat berat) masih ada.

Jadi, jalan terbaik ialah menghindari faktor penyebab (jika boleh), mengamalkan pemakanan sihat dan rajin bersenam.

Pengambilan suplemen seperti B Complex dan kalsium, hanyalah bertindak sebagai suplemen untuk kesihatan saraf dan otot.

Sumber : Family Doctor