5 Nutrisi Untuk Tulang Dan Sendi Sihat

5 Nutrisi Untuk Tulang Dan Sendi Sihat

nutrisi untuk tulang dan sendi sihat

5 Nutrisi Untuk Tulang dan Sendi | Terkejut dengan fakta-fakta ni sebab angka tu agak besar bagi Ain!:

  • Osteoporosis dan osteopenia menjejaskan 75% daripada wanita dalam populasi penduduk Asia. (Besar kan peratusan ni?)
  • Wanita kehilangan separuh jisim tubuh mereka dalam 5-10 tahun yang berikutnya di penghujung menopaus. (Alaa, wanita lagi…)
  • Lebih 1.5 juta kes patah tulang berlaku setiap tahun disebabkan osteoporosis. (Mak uii, sampai juta!)
  • 1 dalam 5 orang lelaki berusia 50 dan ke atas, dan 1 dalam 3 orang wanita, mengalami patah tulang akibat osteoporosis. (Wah, banyaknya!)

Tulang kita ni, yang membinanya ialah saluran darah dan sel tulang. Saluran darah dan sel ini sentiasa ‘renew‘ diri sendiri untuk memastikan ‘mereka’ kekal boleh berfungsi.

Tapi, ‘renew-renew‘ pun, samada akan jadi lebih baik, atau lebih lemah. Which is, bergantung kepada kita aktif atau kurang aktif, dan nutrien yang tulang kita dapat setiap hari.

Yang baru nak masuk 3 series (30 tahun) tu, korang kena tahu, yang start usia ni lah ketumpatan tulang akan mula merosot.

Makin berusia akan makin cepat merosot!

Kalau korang tak bertindak cepat, cepatlah osteoporosis ‘menjengah’.

Osteoporosis ni penyakit senyap tau. Dari semasa ke semasa, kita akan semakin kehilangan jisim tulang secara perlahan-lahan.

Sampai satu masa bila tulang dah cukup rapuh, tulang kita boleh patah begitu sahaja walaupun tanpa ada ‘force’ yang kuat (contoh accident). Ini dipanggil ‘pathological fracture‘.

Meh kita tengok golongan yang berisiko tulang rapuh plak.

 

nutrisi untuk tulang dan sendi sihat

Antara faktor risiko osteoporosis

.

Wanita – Kerana wanita mengalami perubahan hormon setiap bulan. Bila dah berkahwin plak, semasa hamil kalsium akan ‘ditarik’ dari tulang ibu kalau supply tak cukup. Dan kemudiannya sepanjang menyusukan bayi pun sama.

Genit (bersaiz kecil) – berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Orang Asia – Yang ni based on study la.

Sejarah keluarga – Bukan untuk osteoporosis sahaja. Any disease, asal ada sejarah keluarga, akan memberi satu point untuk risiko.

Pemabuk – Kerana influence dari alkohol itu sendiri of  course.

Kurang aktiviti fizikal

Pintasan gastrik – Iaitu yang pernah buat operation buat ‘highway’ terus ke usus.

Paras tiroid tinggi – Ini pula disebabkan faktor hormon.

.

Korang Salah Satu Dari Yang Berisiko Di Atas? Apa Yang Boleh Korang Buat?

.

1# Bersedia Awal

Korang dah tahu, tulang start mereput since usia 30 tahun. Jadi, inilah masa yang paling tepat untuk bertindak!

.

2# Senaman Menahan Berat

Senaman ini meningkatkan ketumpatan tulang-tulang.

Pertimbangkan angkat berat, berjalan kaki, berlari, menari dan bermain tenis.

.

3# Buat Pilihan Yang Sihat

Pilihlah cara hidup yang sihat – berhenti merokok, kekalkan berat badan ideal, dan hadkan pengambilan alkohol.

nutrisi untuk tulang dan sendi

.

5 Nutrisi Untuk Tulang dan Sendi Yang Sihat

.

Kalsium

Sebagai mineral yang paling banyak dalam tulang, saranan harian ialah sebanyak 1000mg kalsium.

Jumlah ini lebih lagi bagi yang berusia lebih 70 tahun atau mempunyai ‘demand’ kalsium yang lebih tinggi (contoh ibu hamil dan menyusu).

.

Vitamin D

Penyerapan kalsium dirangsang oleh vitamin D.

Disarankan kita mengambil kira-kira 1000-2000IU vitamin D setiap hari.

.

Magnesium

Tanpa magnesium, macam mana lah nak rangsang penyerapan kalsium ke dalam tulang.

Penting tugas magnesium ini, supaya kalsium tidak ‘tertinggal’ dalam darah.

Untuk ini, kita memerlukan sekitar 400mg magnesium sehari sebagai nutrisi untuk tulang dan sendi yang sihat.

.

Boron

Ia ialah mineral surih yang ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan.

Boron membantu mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolisma tulang.

.

Lain-lain

Mangan, zink dan tembaga membantu mengekalkan kepadatan tulang.

Zink merupakan salah satu komponen daripada 200 enzim yang terlibat dalam proses menguatkan tulang.

Mangan pula sebagai faktor penguat bagi enzim dan zink tadi.

Kekurangan salah satu dari ‘tiga serangkai’ ini telah terbukti boleh mengganggu perkembangan tulang.

Ada ke suplemen yang lengkap dengan kesemua nutrisi untuk tulang dan sendi sihat macam kat atas ni?

Rujuk Ostematrix untuk jawapan. 🙂

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut produk kesihatan Shaklee.

Sumber:

  1. http://www.mayoclinic.com/health/osteoporosis/DS00128/DSECTION=risk-factors
  2. http://www.arthritis.org/research/funded-research/research-update/ru-march-april-2008/rate-bone-loss/menopause/.
  3. http://www.nof.org/articles/7
  4. Healthy diet to prevent cardiovascular diseases and osteoporosis
  5. Optimal vitamin D status for the prevention and treatment of osteoporosis
  6. Vitamin D deficiency induces early signs of aging in human bones, increasing risk of fracture.
  7. Skeletal and hormonal effects of magnesium deficiency.
  8. Trace elements and bone health.
  9. Zinc, biochemical markers of nutrition.
  10. The relationship of nutritional copper to the development of postmenopausal osteoporosis in rats.
  11. Levels of ionized magnesium in women with various stages of postmenopausal osteoporosis progression evaluated on the basis of densitometric examinations.
Shaklee Collagen Powder : Kelebihan dan Testimoni

Shaklee Collagen Powder : Kelebihan dan Testimoni

shaklee collagen powder

Shaklee Collagen Powder dihasilkan untuk merangsang kulit kelihatan muda dari dalam ke luar.

Tahukah anda, kolagen berasal dari perkataan Greek ‘kolla‘ yang bermaksud ‘gam‘?

Ini kerana kolagen bertindak sebagai ‘pelekat‘ yang mengikat tubuh dan banyak dijumpai di dalam kulit, tulang, gigi, tulang rawan dan otot.

Fungsi-fungsi kolagen boleh rujuk entri 7 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit.

Seiring dengan peningkatan usia dan pengaruh persekitaran, paras kolagen turut merosot menyebabkan muncul tanda-tanda penuaan terutamanya di wajah yang menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi mereka yang mementingkan penampilan.

Lagipun, siapa yang tak mahu kelihatan muda sentiasa kan?

.

Kenapa Shaklee Collagen Powder?

.

Sumber Sisik Ikan Merah Premium

Dihasilkan dari sisik ikan merah, Shaklee Collagen Powder merupakan sumber kolagen berkualiti dan premium dengan setiap sachet membekalkan 4000mg kolagen.

Untuk pengetahuan, kita kehilangan kira-kira 4000mg kolagen setiap hari!

Ikan merah ialah sejenis hidupan di laut dalam yang bertekanan tinggi. Tidak banyak hidupan laut yang mampu hidup dalam tekanan tinggi.

Jadi, sisik ikan merah merupakan sumber kolagen yang sangat tahan lasak.

Lagipun, sumber dari laut dalam mempunyai kesan pencemaran yang kurang.

shaklee collagen powder

Sisik ikan merah merupakan sumber kolagen premium yang tahan lasak.

 

Molekul Kolagen Yang Ringan

Salah satu kriteria dalam pemilihan suplemen kolagen ialah dengan melihat kepada saiz molekul kolagennya.

Kebanyakan suplemen kolagen di pasaran bersaiz kira-kira 300,000 Dalton, saiz yang agak besar untuk diserap oleh usus ke dalam darah.

Bagi Shaklee Collagen Powder, molekul kolagenya cuma seringan 1000 Dalton sahaja!

Ini memastikan kadar penyerapan yang tinggi, lalu memberi kesan yang pengguna inginkan.

shaklee collagen powder

Molekul kolagen yang seringan 1000 Dalton sahaja memastikan kadar penyerapan tinggi kolagen.

 

Bukan Sekadar Kolagen Sahaja

Di dalam Shaklee Collagen Powder juga mengandungi 7 ramuan utama yang bertindak bersama untuk kesihatan kulit, sendi dan mata yang memuaskan.

  1. Kolagen Sisik Ikan Merah – seperti yang telah diceritakan di atas
  2. Ekstrak Biji Camellia Japonica mengandungi asid oleik, sejenis emolien dan pelembap kulit yang hebat. Ia juga mengandungi isoflavon yang bertindak sebagai antioksida untuk melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas.
  3. Ekstrak Pfaffia membantu penghasilan asid hyaluronik apabila bergabung dengan ekstrak biji Camellia japonica. Asid hyaluronik berupaya ‘mengikat’ sejumlah air lalu menjadikan kulit kekal lembut, lembap, dan licin.
  4. Elastin dari kolagen ikan memelihara kulit supaya flexibel tapi tegang, anjal dan elastik.
  5. Vitamin C dan B – vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan sebagai antioksida. Manakala vitamin B membebaskan tenaga dari makanan semasa proses penghasilan kolagen.
  6. Ekstrak kekerang mengandungi glucosamine yang menghasilkan cecair synovia untuk memastikan adanya pelincir sendi-sendi dan untuk mengekakan kelembapan mata.
  7. Lactobacillus acidophilus membantu mengimbangi mikroflora usus, membantu membina semula sistem usus yang sihat untuk membantu penyerapan kolagen.

shaklee collagen powder

7 ramuan utama menjadikan Shaklee Collagen Powder suplemen kolagen terbaik,

 

Mudah Diambil Pada Bila-bila Masa

Kerana Shaklee Collagen Powder disediakan di dalam bentuk serbuk dalam sachet, ianya mudah diambil pada bila-bila masa. Cuma bancuhkan saja bersama air kosong atau air kegemaran anda, dan minuman kolagen anda sudah sedia diminum.

 

Terbukti Secara Klinikal Berkesan

Lihat saja graf di bawah ini.

Berdasarkan kajian, sebanyak 71% merasakan perbahan positif kulit masing-masing selepas menggunakan Shaklee Collagen Powder.

shaklee collagen powder

 “Collagen Powder memang best. Dah cuba. Tak habis lagi sekotak tapi balik kampung sepupu dah tegur pakai produk apa nampak macam budak sekolah. Hahaha.” (Nurul Aziyana)

“Saya guna Vivix dan Shaklee Collagen Powder tak sampai sebulan. Cepat nampak kesannya. Kulit saya dah tak bersisik kering, jerawat dah kurang dan warna kulit lebih sihat. Kalau dulu kusam, sekarang lebih sekata dan bersih. Pipi nampak anjal, dan garis bibir semakin kurang.”

 

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut produk kesihatan Shaklee.

 

Bacaan lanjut berkaitan kolagen, rujuk kategori Collagen Powder.

Sumber : Shaklee