5 Kelebihan Mathurat Yang Kalau Kita Tahu…

5 Kelebihan Mathurat Yang Kalau Kita Tahu…

kelebihan mathurat

Mathurat ialah amalan doa dan wirid harian baginda Rasulullah SAW kita. Wirid-wirid dan doa-doa ini telah dikumpul dan disusunkan oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna berdasarkan dalil-dalil sahih dan amalam-amalan yang dilakukan oleh Rasululah SAW.

Kalau kita lihat baris demi baris doa dan wirid dalam Mathurat, boleh dikatakan merangkumi seluruh doa kita setiap hari. Contohnya doa diampunkan dosa-dosa, dimurahkan rezeki, dilindungi dari gangguan syaitan, dipermudahkan membayar hutang dan sebagainya.

Doa dan wirid dalam Mathurat dibaca pada sebelah pagi selesai solat Subuh, dan di sebelah petang selepas solat Asar.

Firman Allah dalam Surah Al-Qaaf ayat 39-40:

“Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di dalam hati dan setiap selesai mengerjakan solat”

.

kelebihan mathurat

Maksud ayat-ayat dalam Surah Al-Fatihah

.

5 Kelebihan Mathurat

.

Dimulakan dengan bacaan,

Aku memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam.”

Bermaksud, bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan sesuatu haruslah menyerahkan diri kepadaNya. Bacaan ini juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah.

Kemudiannya, surah Al-fatihah yang merupakan ‘ibu’ segala surah. Sabda Rasulullah SAW,

Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Zabur dan Injil atau Furqan yang mampu menandinginya. Dialah Tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku.

Diikuti dengan membaca Surah Al-Baqarah yang mana membaca surah ini mendapat pahala yang sangat besar. Iaitu berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari Surah al-Baqarah di awal siang nescaya tidak akan didekati syaitan sehingga ke petang. Dan jika dibaca di waktu malam pula, tidak akan didekati syaitan sehingga waktu pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.

Seterusnya akan dibaca ayat Kursi yang juga untuk melindungi dari gangguan syaitan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah Al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan masuk ke dalam rumahnya sehingga waktu pagi.

Selepas ayat Kursi, akan diikuti doa-doa yang diamalkan Rasulullah yang sangat wajar untuk kita ikuti.

.

kelebihan mathurat

Kelebihan Mathurat : Antara doa dan wirid dalam Mathurat.

.

Semoga dengan mengamal dan menghayati Mathurat setiap hari, kita akan mendapat keredhaan Allah, dikuatkan jiwa menghadapi hidup penuh pancaroba dan menjadi pemimpin terbaik untuk diri sendiri sekurang-kurangnya. Sesunggunya kelebihan Mathurat ini sangat besar untuk kita sebagai hamba.

Baca juga entri Ya Wahhab Zikir Menjemput Rezeki Luar Biasa.

Ya Wahhab Zikir Menjemput Rezeki Luar Biasa

Ya Wahhab Zikir Menjemput Rezeki Luar Biasa

zikir menjemput rezeki

Ya Wahhab ialah nama Allah yang ke-17, membawa maksud Yang Maha Memberi. Allah lah yang mengurniakan segala nikmat dan kasih sayangNya ke seluruh alam.

Antara fadhlat mengamalkan zikir Ya Wahhab ialah seperti berikut:

.

Menjadi Kaya dan Terkenal

Membaca Ya Wahhab sebanyak 300 kali setiap hari atau selepas solat fardhu, insyaaAllah akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran.

Jika mengamalkan membaca Ya Wahhab sebanyak 41 kali di suju erakhir solat, insyaaAllah akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.

.

Permintaan Dikabulkan

Sesiapa yang mengamalkan zikir Ya Wahhab sebanyak 7 kali sebelum meminta sesuatu, insyaaAlah permintaannya akan diperkenankan. Dan jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.

.

Mencari Pekerjaan

Barang siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat suhat, kemudian sujud dan membaca Ya Wahhab sebanyak 70 kali. Akan mendapat makanan dari sumber yang tidak disangka-sangka.

zikir menjemput rezeki

Walau apa jua yang kita amalkan untuk mengejar akhirat, sentiasa tanamkan dalam diri bahawa setiap kita dijanjikan rezeki masing-masing. Dan hanya Allah yang Maha Memberi rezeki kepada makhluk-makhluk yang dikehendakiNya. Jadi, mintalah dan berharaplah hanya kepada Allah.

.

Membayar Hutang

Sekiranya anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarknya, tunaikanlah solat sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap hari Khamis selepas Maghrib dan Isya’.

Kemudiannya, palingkan wajah ke langit dan bacalah Ya Wahhab 111 kali.

Seterusnya Al-Fatihah dan ini dilakukan 3 malam berturut-turut (3 Khamis).

InsyaaAllah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

.

Menjauhi Kelaparan

Dengan membaca Ya Wahhab sebanyak 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda akan terjawab. Permintaan anda akan diperkenankan.

zikir menjemput rezeki

Amalan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit. Konsistenlah dan istiqomahlah dengan usaha kita.

.

Semoga dengan mengamalkan zikir Ya Wahhab ini menjadikan kita lebih dekat dengan Allah, dikurniakan rezeki yang barokah, berjaya dunia dan akhirat InsyaaAllah.

Semoga bermanfaat. =)