tak cukup tidur

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang mempunyai masalah tidak cukup tidur setiap hari. Yang menjadi kebimbangan bukanlah keadaan anda yang grumpy dan moody keesokan harinya. Tetapi jika anda tidak cukup tidur secara berterusan, boleh mempengaruhi keupayaan mental dan merisikokan kesihatan fizikal terhadap pelbagai masalah!

Sebagaimana kita memerlukan udara untuk bernafas dan makanan untuk terus hidup, sebegitu jugalah badan kita memerlukan tidur untuk berfungsi dengan baik.

Secara semulajadinya, badan kita memperbaiki dan mengembalikan keseimbangan kimia semasa tidur. Dan semasa tidur jugalah akan terhasilnya perhubungan-perhubungan baru dalam otak yang mana berfungsi untuk mengekalkan ingatan dan fungsi-fungsi otak yang lain.

Mudah sahaja untuk mengenali individu yang mempunyai waktu tidur yang tidak mencukupi.

Yang asyik menguap sepanjang masa kerana over mengantuk, yang ibarat ‘bom’ tak boleh diusik, silap langkah ‘meletup’ (orang tengah mengantuk dikacau pulak ya?), inilah mereka-mereka yang tak tidur cukup.

Berapa jam yang dimaksudkan dengan CUKUP tidur itu, ada Ain ceritakan dalam entri Berapa Jam Bayi Perlu Tidur Setiap Hari? yang ditulis sebelum ini.

Jadi, apakah risiko yang bakal dihadapi anda yang selalu tak cukup tidur?

.

Tak Cukup Tidur Merisikokan Kesihatan Mental dan Fizikal!

.

tak cukup tidur

.

1# SISTEM SARAF

.

Semasa tidur, otak kita berada dalam keadaan ‘berehat’.

Di mana semasa tidurlah akan terjadinya pembentukan ‘lebuhraya’ baru antara sel-sel saraf untuk memindahkan maklumat yang diperoleh kepada memori.

‘Lebuhraya’ baru inilah yang membantu kita mengingat dan menjalankan fungsi otak yang lain.

Apa yang berlaku jika tidur tidak mencukupi?

Penghasilan lebuhraya tadi akan terganggu.

Otak akan penat.

Kita akan mengalami kesukaran untuk fokus atau belajar perkara-perkara baru.

Input yang diterima juga lambat sampai kepada otak.

Lebih mudarat lagi, kita juga boleh mengalami microsleep. Anda yang mengalami microsleep akan tertidur selama beberapa saat atau minit tanpa disedari. Semua ini terjadi di luar kawalan anda!

Tidakkah mereka yang kurang tidur akan lebih cenderung kepada kemalangan jalan raya?!

.

2# SISTEM IMUN

.

Penghasilan ‘tentera-tentera’ pertahanan badan berlaku semasa tidur.

Jadi, apa jua gangguan tidur boleh mempengaruhi penghasilan ‘tentera-tentera’ ini.

Bagaimana nak hadapi serangan jika tentera tak cukup atau lemah?

Bukan sahaja mereka yang tak cukup tidur lebih mudah dijangkiti penyakit. Malah, kalau dah sakit pula, akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh.

tak cukup tidur

3# SISTEM PERNAFASAN

.

Sebenarnya, ada pesakit mengalami masalah tidur kerana masalah sistem pernafasan.

Sebagai contoh pesakit Obstructive Sleep Apnea (OSA). Mereka ini mempunyai salur pernafasan yang sempit di bahagian leher selalunya dek kerana lemak-lemak yang tebal (obesiti).

OSA menyebabkan pesakit tidur tak lena walaupun mereka nampak begitu lena berdengkur.

Antara lain, tidak cukup tidur juga menyebabkan kita lebih berisiko untuk jangkitan salur pernafasan seperti batuk dan selesema.

.

4# SISTEM PENGHADAMAN

.

Jangan terkejut jika dikatakan orang yang selalu tak cukup tidur lebih mudah mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

Ini kerana tidur mempengaruhi dua jenis hormon, leptin dan ghrelin yang mengawa perasaan lapar dan kenyang.

Hormon leptin memberitahu otak apabila kita sudah kenyang.

Jika tidur tidak mencukupi, akan mengurangkan kedua-dua hormon ini. Yang mana ini akan merangsang selera makan pula.

Biasa sahaja kan orang tak cukup tidur suka kudap-kudapan pada sebelah malam? Lalu naiklah berat badan dan jadilah manusia obes yang berisiko macam-macam penyakit.

Selain itu, kekurangan tidur juga akan menyebabkan badan menghasilkan LEBIH insulin. Insulin berlebihan akan menyimpan LEBIH banyak lemak dan meningkatkan risiko kencing manis jenis 2.

Jadi, anda yang ingin mengekalkan berat badan ideal, pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari ya.

.

tak cukup tidur

.

5# JANTUNG & SISTEM PEREDARAN DARAH

.

Paras gula, tekanan darah, keradangan – semua ini mempunyai kesan terhadap kesihatan jantung dan sistem peredaran darah dalam badan.

Kerana kekurangan tidur boleh mempengaruhi semua ini, maka sudah tentulah ia juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan jantung.

Analisis yang telah disiarkan dalam European Journal of Preventive Oncology menyimpulkan, terdapat kaitan rapat di antara insomnia dan kenaikan risiko serangan jantung dan strok.

.

6# HORMON

.

Semasa kita tidur juga hormon-hormon dihasilkan. Jadi kekurangan tidur boleh mempengaruhi penghasilan hormon juga.

Contohnya hormon testosterone memerlukan sekurang-kurangnya 3 jam tidur lena yang tidak diganggu. Gangguan penghasilan hormon ini boleh mengganggu fungsi seksual seseorang juga.

Hormon pertumbuhan (growth hormone) pula, seperti namanya, adalah untuk pertumbuhan (hormon ini penting untuk kanak-kanak dan remaja terutamanya kerana meraka sedang membesar).

Growth hormone bukan sahaja dihasilkan secara berterusan oleh kelenjar pituitari. Tetapi juga dihasilkan semasa tidur dan senaman. Jadi, kalau nak membesar sihat, kenalah cukup tidur dan rajin bersenam.

.

tak cukup tidur

Kajian mendapati, kalsium membantu otak menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan melatonin (bahan untuk merangsang tidur). Whatsapp Ain segera untuk grab promosi Ostematrix (suplemen kalsium lengkap) sehingga 30 September 2018 sahaja.

.

Begitu banyak sekali kesan jika kita tidak mendapat tidur yang cukup rupanya. Lepas ni kenalah pastikan tidur cukup setiap hari supaya badan sihat. =)