takut darah

Mesti kita pernah terdengar atau mempunyai kawan atau ahli keluarga yang tak boleh tengok darah. Kalau ternampak saja darah, boleh pening, tekak jadi loya atau pitam.

Baru-baru ini, Ain ada seorang pesakit kanak-kanak 10 tahun. Dibawa oleh parents ke klinik sebab ada luka kecil di kepala. Kata maknya, masa anaknya ni main bola, entah macam mana kepala terhantuk di tiang gol dan terhasillah luka tu. Selesai gam luka kat kepala adik ni, tiba-tiba yang maknya cakap…

“Doktor, saya pening sangat. Tak nampak apa-apa. Rasa sesak nafas. Tangan kebas semua ni.”

Tangan mak ni teraba-raba cari kerusi untuk duduk. Dahinya dah berkerut. Matanya dipejam rapat dan dibuka semula berkali-kali. Dadanya naik turun tapi pernafasannya nampak ‘shallow’ sahaja.

Tekanan darah mak ini masa tu cuma 62/44! Katanya memang biasa darah rendah around 90/60 macam tu.

“Tapi ni rendah sangat ni puan!”.

takut darah

Masalah ‘takut darah’ bukan main-main. Sama seperti masalah ‘fobia’ terhadap benda atau perkara lain.

.

Apa Itu Hemophobia (Takut Darah)?

.

Hemophobia berasal dari suku kata ‘hemo’ yang bermaksud darah, dan ‘phobia’ yang bermaksud takut.

Biasa kita dengar orang ni takut tengok darah, loya tekak tengok luka pesakit, pening rasa nak pitam lepas ambik darah dan sebagainya.

Tapi kes fobia yang teruk wujud tau. Tapi dalam peratusan yang sedikit sahaja. Kalau ikut kajian, lebih kurang dalam 3-4% sahaja.

Claustrophobia (fobia tempat sempit), acrophobia (fobia tempat tinggi), aerophobia (fobia naik kapal terbang), atau apa jua jenis fobia, simptom-simptomnya lebih kurang sama saja. Rasa sesak nafas, jantung berdegup laju, sakit atau pening kepala, tangan kebas atau terketar-ketar, rasa ‘gelap mata’ macam nak pitam, loya tekak dan berpeluh-peluh.

Unik bagi yang ada hemophobia, pesakit boleh mengalami respon vasovagal di mana tekanan darah dan nadi akan mula turun bila pesakit tengok darah (atau cerita pasal luka saja pun pesakit dah mula rasa tak selesa). Macam mak budak di atas.

Bila tekanan darah terlalu rendah, dikhuatiri darah tak sampai ke otak dan boleh pengsan.

Kesimpulannya, fobia fobia jgak. Walaupun nampak macam bukan sesuatu yang membahayakan, jangan perlekeh orang yang ada fobia walau apa jua jenis. Dan jangan main-mainkan orang yang fobia juga sebab kita tak tahu apa tindak balas badan yang boleh jadi.

.

Dr. Ainniah Zulkefli
Pernah ‘fobia” kucing. Nampak kucing lari sebatu, jantung berdebar-debar dan rasa sesak nafas.

.

Berminat untuk mencuba suplemen kesihatan Shaklee? Kenali dahulu tentang Shaklee (rujuk entri Perbezaan Shaklee dan Kenapa Kita Perlukan Suplemen?)