Tanda Kekurangan Protein Pada Manusia | Kadang-kala anda pasti mempunyai masalah kesihatan tertentu. Membuatkan anda terfikir-fikir, apakah anda mengalami kekurangan zat termasuk protein?

Kekurangan protein akan menyebabkan fungsi-fungsi badan yang memerlukan protein, tidak dapat berjalan dengan lancar. Mari kita tengok apa 6 fungsi utama protein di dalam tubuh manusia.

.

6 Fungsi Utama Protein

.

Membaiki dan Mengekalkan Sel

Salah satu fungsi penting protein ialah memperbaharui sel-sel yang telah rosak atau mati. Setiap hari, beribu-ribu sel kita akan mati. Protein yang tidak cukup akan membantutkan proses ‘renewal’ sel-sel ini.

Contohnya, jika anda kekurangan protein,

Parut (sel kulit rosak) akan lambat atau tidak sembuh-sembuh walau pelbagai krim sudah anda sapukan.

Rambut anda yang banyak gugur, akhirnya menyebabkan kepala anda mula botak.

Kuku rapuh dan tidak sihat

Kalau anda terluka pun boleh jadi lambat sembuhnya.

Protein juga membina otot yang penting untuk metabolisma tubuh. Jadi, tanda kurang protein yang lain ialah kurangnya otot, dan metabolisma badan menjadi rendah.

.

Menghasilkan Antibodi

Antibodi penting untuk sistem pertahanan badan. Kurangnya protein menyebabkan antibodi kurang dihasilkan. Jadi, sistem pertahanan anda lebih lemah.

Sebab itu anda kerap demam selesema. Dan kalau rakan sekerja demam batuk, anda juga mudah berjangkit.

Pesakit yang sedang sakit sangat memerlukan jumlah protein yang cukup untuk membantu proses pemulihan (kecuali ada kontraindikasi untuk mengambil protein – dapatkan nasihat doktor dahulu ya).

 

tanda kurang protein

.

Menghasilkan Hormon

Ada pelbagai hormon di dalam badan kita. Hormon ialah bahan yang mengawal proses kimia di dalam badan berjalan lancar.

Contohnya:

Prolaktin fungsinya menghasilkan susu ibu. Sebab tu ibu menyusu perlukan protein yang berkualiti.

Estrogen dan progesteron untuk kitar haid yang baik. Kalau kurang protein boleh mengganggu kesuburan.

Hormon pertumbuhan untuk membantu pertumbuhan badan. Tidak hairan kalau ibu hamil kekurangan protein, boleh mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Erythropoetin kerjanya menghasilkan sel darah merah. Jadi, kekurangan protein boleh mengakibatkan masalah anemia.

Dan sebagainya.

.

Menghasilkan Enzim

Enzim pula ialah bahan yang terlibat dalam proses kimia dalam badan, menukarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.

Contohnya:

Enzim pencernaan memecahkan molekul makanan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya lebih mudah diserap.

.

Mengangkut Dan Menyimpan

Contoh paling mudah ialah sel darah merah (protein) mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Manakala ferritin (protein) bergabung dengan zat besi untuk disimpan di dalam hati.

.

Sumber Tenaga

Selepas karbohidrat dan lemak, protein yang diperoleh dari makanan juga akan ditukarkan kepada lemak dan disimpan. Bila badan kita perlukan, pada bila-bila masa akan ditukarkan kepada tenaga.

tanda kurang protein

Protein sangat sensitif terhadap suhu. Kebanyakan protein telah termusnah sewaktu penyediaan makanan (menggoreng, membakar, merebus, dan lain-lain). Sebab itu kita masih mempunyai tanda kurang protein walaupun hari-hari makan protein.

.

Antara Tanda Kurang Protein Paling Popular…

.

Daripada enam fungsi utama protein ini, dapatlah disimpulkan bahawa antara tanda kekurangan protein adalah seperti berikut:

  • cepat letih lesu
  • mudah lapar
  • kulit bermasalah : jerawat, parut tak hilang-hilang, stretchmark, luka lambat sembuh
  • masalah rambut : bercabang, tak bermaya, nipis dan tak mustahil botak
  • masalah kuku rapuh dan tak sihat
  • kerap dijangkiti penyakit (rendah sistem imun)
  • sembelit
  • masalah kesuburan
  • masalah berat badan (obesiti atau kurang berat badan)
  • otot geleber
  • masalah anemia
  • tekanan darah rendah
  • kerap mengantuk
  • gastrik
  • susu badan kurang
  • dan sebagainya…

Kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein yang teruk akan dipanggil kwashiorkor seperti dalam gambar di atas sekali. Mereka ini mengalami masalah bengkak, masalah kulit dan ulser, perut besar kerana hati membesar dan berlemak (fatty infiltration).

Jadi…

Ada berapa tanda kurang protein pada diri anda?

Tercari-cari suplemen protein berkualiti tinggi dari sumber semulajadi?

Baca 10 Kebaikan ESP Shaklee Sebagai Suplemen Protein.

Klik gambar in untuk order dan konsultasi lanjut.