Sesuatu yang ‘menakutkan’ kaum wanita apabila mendengar tentang menopause, kerana apabila seseorang wanita menopause bermaksud bermulanya pelbagai masalah kesihatan yang mengganggu kehidupan.

.

tanda menopause

.

Apa Itu Menopause?

.

Menopause ialah suatu keadaan apabila seorang wanita tidak datang haid selama 12 bulan berterusan. Apabila ini berlaku, fungsi ovari (kilang telur wanita) akan mula merosot dan mengganggu hidup wanita.

Ini termasuk juga kebolehan untuk mengandung yang akan berakhir kerana tiada lagi ovum dihasilkan.

Proses menopause bukanlah terjadi sehari semalam, bukan juga seminggu dua tetapi mengambil masa berbulan-bulan lamanya.

Usia purata wanita menopause ialah sekitar 51 tahun. Namun, ada sesetengah wanita yang menopause lebih awal sekitar usia 30 tahun, dan ada juga yang menopause lebih lewat apabila menjelang usia 60 tahun.

Tiada seorang pun boleh mengagak bila masa seorang wanita akan menopause. Dan tiada ujian makmal juga boleh dibuat untuk ini.

Berdasarkan kajian, usia di mana seorang kanak-kanak perempuan pertama kali datang haid (menarche) juga tidak ada kaitan dengan bila perempuan itu akan menopause.

Maksudnya, jika anda pertama kali haid pada usia 9 tahun (lebih awal berbanding usia average perempuan menarche), tidak semestinya anda akan menopause lebih awal. Begitu juga sebaliknya.

.

tanda menopause

Tanda Menopause : Inilah 4 peringkat ke arah menopause. Bermula dengan PRE – PERI – MENOPAUSE – POST.

.

Tanda-tanda Menopause

.

Jadi, untuk mengenalpasti yang anda semakin hampir dengan menopause ialah melalui tanda-tanda yang anda alami sebelum menopause.

Tempoh masa sebelum menopause (sebelum 12 bulan berturut-turut tidak datang haid) atau ‘dekat-dekat nak menopause’ dipanggil perimenopausal period.

  • haid tidak normal – sama ada tidak teratur, datang ‘haid’ sikit (spotting) sahaja, atau banyak atau terlalu singkat atau lama tempohnya
  • hot flushes – rasa panas seluruh badan yang berlaku beberapa saat hingga ke beberapa minit tanpa ketahuan puncanya
  • simptom urinari (kencing) – kencing tak lawas, mudah terkencing apabila batuk atau bersin
  • mood swing
  • vagina kekeringan
  • kegatalan di vagina
  • mudah letih dan stress
  • mudah lupa
  • gangguan tidur
  • jantung berdebar
  • kulit menipis
  • hilang kehendak bersama pasangan
  • rambut gugur lebih banyak

.

 

.

Bagaimana Menopause Mengganggu Kehidupan Wanita?

.

Seperti yang telah diterangkan awal tadi, apabila menopause fungsi ovari akan mula merosot.

Setiap wanita secara semulajadinya dilahirkan memiliki sepasang ovari yang bersaiz seperti kacang almond dan terletak bersebelahan dengan rahim, satu di kanan dan satu lagi di kiri.

Ovari ialah satu-satunya organ yang menghasilkan telur (ovum) (menyebabkan haid atau mengandung) dan menghasilkan hormon wanita estrogen.

Hormon estrogen memberi ciri-ciri kewanitaan pada tubuh seorang wanita (payudara, bentuk badan, rambut) dan bertindak sebagai pelindung kepada tulang temulang.

Jadi, merosotnya fungsi ovari mengakibatkan antaranya perkara-perkara di bawah :

  • sudah tidak boleh mengandung
  • payudara mengendur
  • bentuk badan mula berbeza kerana lemak lebih disebarkan di bahagian pinggang dan perut (pear-shaped body)
  • osteoporosis (tanda kekurangan kalsium mula muncul – kerap kejang otot, sakit pinggang, sembelit, dan sebagainya)
  • kedutan semakin banyak
  • rambut makin nipis

.

tanda menopause

34 tanda menopause yang dialami oleh kaum wanita. Tanda ini berbeza bagi wanita yang berbeza.

.

Rawatan dan Pencegahan

Kerana menopause merupakan proses semulajadi dalam hidup seorang wanita, ianya tidak boleh dicegah dan secara amnya tidak memerlukan rawatan.

Kecuali jika wanita itu mempunyai simptom-simptom yang tidak terkawal. Sebagai contoh, wanita yang mengalami mood swing yang keterlaluan mungkin memerlukan ubat antidepressant.

Di samping itu, wanita menopause digalakkan menjalani gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan rajin bersenam.

.

tanda menopause

Menopause untuk wanita. Andropause untuk lelaki

.

Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Suplemen?

.

Antara cadangan suplemen untuk wanita menopause ialah :

  • GLA gamma linoleic acid ialah asid lemak penting omega-6 yang membantu menangani simptom menopause seperti hot flush, dan melembapkan kembali vagina (membantu hubungan suami isteri)
  • Vitamin E – berdasarkan kajian, pengambilan vitamin E membantu melegakan simptom menopause
  • ESP – suplemen protein dari soya yang mengandungi isoflavone yang menyerupai hormon estrogen
  • Ostematrix – mengurangkan tanda-tanda kekurangan kalsium disebabkan osteoporosis

.

tanda menopause

“Saya masih datang haid berbanding rakan-rakan yang lagi muda yang dah 6 tahun menopause kata mereka. Saya sekarang 50 tahun. TQ GLA Shaklee.”

.

Kita tidak boleh melawan kuasa Tuhan menjadikan menopause secara semulajadi ini. Tetapi kita boleh memilih untuk hidup yang lebih baik dengan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang lebih sihat. =)

WhatsApp chat