tanda tanda bersalin

Kalau ditanyakan ibu-ibu yang pernah bersalin, ada macam-macam tanda-tanda bersalin yang dihadapi. Proses bersalinkan khalifah Allah ke Bumi ialah proses yang unik bagi setiap ibu.

Even seorang ibu yang sama mempunyai pengalaman yang berbeza melahirkan anak-anak yang berbeza.

Bagi Ain sendiri, tanda bersalin yang Ain hadapi semasa mengandungkan anak pertama dan kedua ialah sakit kontraksi. Kali ketiga pula Ain alami pecah air ketuban sebelum bersalin.

Untuk sharing hari ini, Ain akan ceritakan tanda-tanda bersalin semakin hampir sampai masanya.

Info ini Ain dapat dari website American Pregnancy Association.

.

6 Tanda-tanda Bersalin Dalam Masa Terdekat

.

1# Anda Dah Tak Mengah Lagi

tanda tanda bersalin

Mesti anda masih ingat, saat-saat kandungan anda semakin membesar, perut juga semakin ke depan dan ke atas, anda sudah mula mengah.

Hal ini disebabkan perut yang semakin membesar mula menekan ruang paru-paru anda.

Nak bernafas pun tercungap-cungap, apatah lagi jika berjalan-jalan window shopping bersama suami.

Kalau sebelum mengandung anda mampu berjalan berjam-jam lamanya, tetapi selepas 30 minggu, belum sampai setengah jam sudah mengah!

Salah satu tanda anda semakin hampir dengan waktu bersalin ialah anda dah tak rasa mengah lagi.

Ini kerana kepala bayi anda akan semakin turun memasuki ruang pelvis untuk bersedia keluar pada bila-bila masa sahaja dalam masa terdekat.

Orang-orang tua biasanya akan ‘mengukur’ perut ibu hamil dengan meletakkan telapak tangan di bahagian ulu hati ibu.

Kalau muat diletakkan telapak tangan di bahagian itu, bermaksud kepala bayi sudah semakin turun.

Dan sebab itulah juga otot diaphragm yang memisahkan paru-paru anda dengan bahagian perut, akan kurang ditekan.

Makanya, paru-paru anda lebih mudah berkembang dan anda juga boleh bernafas dengan lebih baik.

.

2# Keluarnya Lendir Dari Vagina

tanda tanda bersalin

Tak ramai ibu hamil perasan akan hal ini termasuk Ain.

Untuk pengetahuan ibu-ibu, sepanjang kehamilan, terdapat lendir tebal di dalam serviks yang melindungi serviks dari dimasuki kuman.

Apabila semakin hampir dengan waktu bersalin, lendir tebal ini akan mula ‘meluruhkan’ dirinya, keluar melalui vagina.

Lendir ini boleh jadi tidak berwarna (colorless), berwarna merah jambu atau kemerahan seperti darah.

Jika anda mengalami lendir berwarna merah, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan.

.

3# Pecah Air Ketuban

Hanya 1 daripada 10 ibu hamil mengalami tanda hampir bersalin ini.

Seorang ibu hamil dikatakan mengalami pecah air ketuban apabila secara tiba-tiba kain atau seluar dibasahi cecair tidak berbau yang keluar dari vagina.

Berbeza dengan air kencing, air ketuban adalah tidak berbau.tanda tanda bersalin

Air ketuban ini boleh keluar dengan banyak sekaligus, ataupun terus menerus keluar dari semasa ke semasa.

Amat penting untuk mengenalpasti warna cecair yang keluar, sama ada jernih, kekuningan atau kehijauan (sebaiknya pakai pad).

Ini kerana bayi yang telah cukup bulan sudah boleh membuang air besar dan ada kemungkinan menelah najis sendiri menyebabkannya ‘lemas’.

Jadi, jangan main-main jika air ketuban sudah pecah. Segeralah ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan bersalin.

Teringat pula semasa mengandungkan anak ketiga, Ain mengalami pecah air ketuban di tengah pagi buta (kalau tak silap pukul 4 pagi) – sedang lena tidur tiba-tiba rasa tilam basah!

.

4# Anda Jadi Bertenaga Tiba-tiba

Jika hari-hari anda hamil, anda mengalami kesukaran untuk tidur lena, bangun pagi dengan keletihan.

Antara tanda lain anda semakin hampir dengan hari bersalin ialah tiba-tiba sahaja anda bangun dalam keadaan yang fresh dari tidur yang lena.

Bila anda rasa bertenaga, mulalah nak buat macam-macam kan?

Tetapi jangan lupa yang hari bersalin anda mungkin semakin hampir.

Personally, Ain tak pernah rasa tanda ni sebab Alhamdulillah Ain tidur lena boleh dikatakan most of the days waktu pregnant. Thanks to Ostematrix, suplemen kalsium lengkap yang membantu merehatkan otot-otot dengan baik dan tidur yang lena.

.

5# Perubahan Pada Serviks

Tanda ini hanya boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan di hospital oleh doktor atau midwife yang terlatih sahaja.

Boleh lihat gambar di bawah untuk lebih memahami maksud perubahan pada serviks.

tanda tanda bersalin

Sebelum bersalin, serviks adalah tebal dan panjang seperti gambar paling kiri. Semakin hampir bersalin, serviks akan mula memendek (gambar tengah) dan kemudiannya terbuka (gambar paling kanan). Bukaan serviks penuh adalah 10cm.

.

6# Sakit Kontraksi

Berbeza dengan kontraksi ‘false alarm’, anda semakin hampir melahirkan apabila mengalami:

  • sakit kontraksi yang semakin regular, semakin sakit, dan semakin panjang
  • seluruh perut anda mengeras DAN sakit
  • kontraksi diiringi dengan pemendekan dan bukaan serviks (seperti tanda kelima tadi)

Segeralah ke hospital jika sakit anda menjadi seperti di atas.

.

Kalau anda tidak mengalami mana-mana tanda di atas, segeralah ke hospital apabila:

  1. anda tidak puas hati dengan pergerakan bayi atau bayi tidak bergerak langsung
  2. due date anda sudah tiba tetapi masih belum bersalin
  3. mengalami tanda-tanda bahaya lain seperti sakit kepala, pedih ulu hati, muntah, demam tinggi, penat dan sebagainya.

tanda tanda bersalin

Sekian sharing Ain kali ini.

Selamat bersalin buat ibu-ibu hamil yang sedang menunggu waktu. =)

 

Tercari-cari Set Berpantang untuk memenuhi nutrisi anda dan bayi anda?

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat