Tahukah anda, satu daripada 5 orang Malaysia ialah penghidap kencing manis?

Setakat tahun 2013, Obesity Prevention Council melaporkan sebanyak 3.6 juta rakyat Malaysia ialah pesakit kencing manis!

Angka yang sudah sedia BESAR ini sudah semestinya lebih BESAR lagi jika kita mahu ambil kira sehingga tahun 2018 ini.

Ini kerana, sejak tahun 1960, prevalen penyakit ini di kalangan mereka yang berusia lebih 30 tahun semakin rancak meningkat dari tahun ke tahun seperti graf di bawah.

.

tanda-tanda kencing manis

Kenaikan sebanyak 40% dalam masa 10 tahun ialah sesuatu yang serius! Rakyat Malaysia semakin sakit! Kenapakah semakin ramai yang menghidap kencing manis ini?

.

Mari kita kenali dahulu apa itu kencing manis.

.

Apa Itu Kencing Manis?

.

Secara semulajadinya, badan kita memerlukan insulin untuk menukarkan glukosa (gula) kepada tenaga. Insulin ini dihasilkan oleh organ kecil berbentuk piramid panjang yang terletak di belakang perut kita. Ia dinamakan pankreas.

Kencing manis boleh terjadi melalui 3 mekanisma utama:

  1. apabila pankreas tidak lagi dapat menghasilkan insulin (kencing manis jenis 1)
  2. pankreas menghasilkan insulin tetapi tidak mencukupi atau adanya kerintangan insulin (kencing manis jenis 2)
  3. insulin menjadi kurang berkesan semasa kehamilan (gestational diabetes mellitus, GDM)

.

Selain faktor di atas, anda yang mempunyai keadaan-keadaan di bawah ini, lebih berisiko untuk mengalami kencing manis:

Berat badan berlebihan ialah faktor risiko utama bagi kencing manis jenis 2.

Pemakanan tidak sihat mengakibatkan masalah obesiti. Paras gula yang meningkat secara mendadak apabila seseorang mengambil makanan tinggi gula, lebih meningkatkan risiko kencing manis. Nak ‘kenal’ makanan yang tinggi gula senang sahaja – yang manis-manis seperti gula-gula, kek, pastri, air bergas – semua ini meningkatkan paras gula darah secara mendadak!

World Health Organization (WHO) menyarankan pengambilan gula hanya sebanyak 6 sudu kecil (bersamaan dengan 25gram gula) sehari bagi dewasa yang mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) normal.

Gaya hidup  tidak sihat juga penyumbang kepada risiko kencing manis. Antaranya suka makan berat lewat malam, kurang aktiviti fizikal, merokok dan sebagainya.

Faktor penuaan boleh menyebabkan kencing manis akibat pengumpulan protein AGE (advanced glycated end-products).Bahan ini ialah penyebab terjadinya komplikasi-komplikasi kencing manis.

.

tanda-tanda kencing manis

Sedarkah anda, makanan MANIS boleh menyebabkan KETAGIHAN sama seperti ketagihan rokok dan dadah? Rujuk entri 7 Cara Atasi Stress Secara Sihat untuk info lanjut.

.

Jadi, Adakah Anda Mempunyai Tanda-tanda Kencing Manis Ini?

.

Tanda-tanda awal kencing manis ialah kumpulan tiga simptom ini – haus melampau (polydipsia), kerap kencing (polyuria), banyak makan / selera tinggi (polyphagia).

Antara lain, terdapat juga pesakit yang baru dikesan kencing manis kerana simptom-simptom berikut:

  • luka lambat sembuh
  • kerap keletihan melampau
  • turun berat badan yang banyak secara tiba-tiba
  • masalah kesuburan dan hubungan intin
  • selalu kelaparan
  • penglihatan merosot
  • kebas-kebas jari kaki atau/dan tangan
  • mudah dan kerap terkena jangkitan

.

Kadang-kala pesakit datang dengan simptom-simptom komplikasi kencing manis, terutamanya pesakit yang susah yang amat nak jumpa doktor.

Komplikasi-komplikasi BESAR kencing manis termasuklah kerosakan buah pinggang, kerosakan mata, serangan jantung dan strok, serta amputasi anggota (kebanyakannya kaki).

.

tanda-tanda kencing manis

.

Bolehkah Kencing Manis Dicegah?

.

Jika anda perhatikan semula faktor-faktor risiko yang telah diterangkan tadi, kebanyakan faktor itu adalah sesuatu yang boleh kita kawal. Bermakna, kencing manis boleh dicegah!

Cegahlah kencing manis melalui:

  • pengambilan makanan yang sihat dan seimbang : kurang gula (kurang manis), lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat, lebihkan daging sihat
  • senaman secara berkala : sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi sebanyak 5 kali seminggu. Berdasarkan kajian, ini membantu menurunkan risiko kencing manis jenis 2 sebanyak 58%!
  • berhenti merokok
  • mengawal tekanan darah dan paras kolesterol
  • berusaha mendapatkan berat badan ideal

.

Saranan Pemakanan Untuk Pesakit Kencing Manis

.

1# Pilihlah Makanan Dengan Indeks Glisemik Rendah

.

Makanan dengan indeks glisemik TINGGI menaikkan paras gula darah secara mendadak. Kemudiannya akan turun secara mendadak juga. Yang mana ini adalah tidak sihat untuk pesakit kencing manis.

Manakala makanan yang indeks glisemiknya rendah pula mengekalkan paras gula darah untuk suatu jangka masa. Jenis makanan inilah yang baik untuk mengawal paras gula darah pesakit.

Untuk info lanjut, boleh rujuk entri Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus yang ada diceritakan tentang Indeks Glisemik di situ.

.

tanda-tanda kencing manis

.

2# Asid Lemak Omega-3

.

Omega-3 membantu mengekalkan kolesterol ‘baik’ sekaligus menjaga kesihatan sistem kardiovaskular pesakit kencing manis.

.

3# Makanlah Makanan Yang Tinggi Kromium

.

Kromium ialah sejenis mineral yang membantu insulin bertindak dengan lebih baik.

Insulin yang ‘bekerja’ dengan lebih baik pastinya membantu mengekalkan paras gula darah dengan lebih baik juga.

.

4# Tumbuhan Kaya Polifenol

.

Disebabkan protein AGE dikatakan punca kepada pelbagai komplikasi kencing manis, pesakit kencing manis seharusnya lebih memilih sumber makanan daripada tumbuhan yang kaya dengan polifenol.

Polifenol telah terbukti secara klinikal berupaya membantutkan pembentukan protein AGE ini.

.

tanda-tanda kencing manis

Sumber : NCBI

.

5# Gamma Linoleic Acid (GLA)

.

Jika anda tidak pernah mendengar apa itu GLA, anda mungkin pernah dengar EPO.

GLA ialah ‘adik-beradik’ kepada EPO (evening primrose oil) yang famous sebagai suplemen untuk wanita.

Ianya merupakan asid lemak omega-6, salah satu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diperoleh dari pemakanan atau suplemen.

Selain baik untuk mengawalselia kitar haid wanita, GLA membantu mengurangkan simptom ‘sakit saraf’ di kalangan pesakit kencing manis yang dah ada komplikasi saraf (diabetic neuropathy).

.

tanda-tanda kencing manis

Sumber asal : NCBI

.

6# Vitamin B6 dan B12

.

Tugas spesifik kedua vitamin B ini ialah menyokong kesihatan saraf.

Elok sangat pesakit kencing manis yang juga mengalami komplikasi saraf menitikberatkan pengambilan makanan yang kaya dengan kedua vitamin B ini.

.

7# Vitamin C

.

Kerana pesakit kencing manis mempunyai paras imuniti yang lebih rendah (mudah dijangkiti penyakit), amat disarankan pemakanan kaya vitamin C sebagai immune booster.

Mudah sahaja untuk mengenal makanan yang kaya vitamin C. Pilih sahaja yang terang-terang warnanya seperti limau, lemon, tembikai dan sebagainya.

.

8# Biji Labu, Bunga Safflower, Biji Plantago, Pucuk Japanese Honeysuckle

.

Seorang pakar imunologi Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima, telah membuktikan secara klinikal, gabungan kesemua tumbuhan ini menghasilkan ekstrak yang menguatkan sistem imun.

Bagaimana ekstrak ini bertindak, ialah dengan meningkatkan penghasilan interferon semulajadi badan. Interferon ialah ‘suis’ utama yang menggerakkan sistem pertahanan tubuh.

tanda-tanda kencing manis

Kesimpulannya, sebagai pesakit kronik, sebaiknya dapatkan nasihat doktor yang merawat dan pakar nutrisi untuk nasihat pemakanan yang sesuai. Info di atas hanyalah sebagai rujukan dan perlu diubahsuai mengikut pesakit.

Contohnya, terdapat pesakit kencing manis yang juga mengalami kegagalan buah pinggang dan perlu mengehadkan pengambilan air. Ada juga pesakit yang mempunyai paras potassium yang tinggi yang perlu mengelak makanan tertentu dan sebagainya.

Sebagai penutup, cegahlah sebelum kena, dan cegahlah sebelum lebih parah. =)

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat