teknik lekapan menyusu

Teknik lekapan menyusu yang betul sangat penting dalam dunia penyusuan susu ibu.

Kali pertama bayi menjengah ke dunia, makanan fitrah pertama yang terbaik untuk bayi ialah susu ibu.

Pada hari-hari selepas kelahiran bayi, kolostrum (susu pertama bayi) sangat kritikal untuk diberikan kepada bayi kerana manfaatnya yang besar.

Subhanallah. Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia.

Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan badan, sangat kaya dengan antibodi dan immunoglobulin.

Bayi yang mendapat kolostrum selepas dilahirkan, ibarat diberikan vaksinasi pertama untuknya, menyediakan ‘tentera’ awal untuk pertahanan dari serangan di dunia yang penuh cabaran.

.

Apa kaitan kolostrum dan teknik lekapan menyusu?

.

Dengan teknik lekapan menyusu yang betul, kolostrum yang pekat konsistensinya pasti akan sampai jua kepada bayi.

Lekapan yang betul juga membantu mengosongkan payudara ibu dengan efektif, mencegah terjadinya bengkak susu yang boleh memudaratkan, dan tidak menyebabkan kesakiktan.

Masakan ibu yang dah beranak-pinak ramai pun ada yang masih terkial-kial menyusukan bayi, apakan pula ibu yang baru pertama kali mendapat cahaya mata.

Maka, carilah ilmu yang betul, praktikkan untuk kebaikan anak anda jua tak kiralah sudah berapa ramai anak anda lahirkan.

Kali ini, Ain selaku ibu anak tiga yang sangat menyokong penyusuan susu ibu, ingin berkongsi ilmu yang secebis ini.

Sikit tapi penting untuk ibu menyusu. =)

.

Kolostrum ialah susu pertama bayi – berwarna kekuningan, pekat, amaunnya sedikit tetapi kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya antibodi.

.

Hunger Cues

.

Semua bayi yang baru lahir TAK BOLEH bercakap. Bayi hanya mampu berkomunikasi dengan tangisan.

Sebagai ibu, andalah yang paling rapat dan kenal bayi anda.

Kenali tanda-tanda awal bayi lapar kerana tanda-tanda awal inilah bayi paling tenang untuk menyusu.

Boleh rujuk entri Makna Tangisan Bayi untuk kenalpasti bunyi-bunyi spesifik setiap bayi hasilkan dalam keadaan tertentu.

mitos penyusuan

Feeding Cues : Tanda-tanda bayi lapar berdasarkan peringkat. Susukan bayi anda sebaik mempunyai tanda-tanda di awal kelaparan. Bila bayi dah mengamuk, lebih sukar untuk memujuk dan menyusukan.

Apabila bayi lapar, antara tanda-tanda awal ialah:

  • bayi akan mula menghisap bibir, jari atau genggamannya
  • dah mula nampak ‘tak keruan’ haha
  • jika anda usap tepi mulut atau pipi, bayi akan cuba pusing ke arah itu
  • merengek

Bila sudah ada tanda-tanda awal inilah anda harus memulakan penyusuan.

Menyusukan bayi apabila mereka sudah mula menangis dengan kuat (tanda akhir lapar) adalah lebih mencabar kerana…”LAMBAT SANGAT NI, SAYA DAH LAPAR SANGAT NI MAK!” =P

.

10 Teknik Lekapan Menyusu Yang Betul

.

teknik lekapan menyusu

Sandwich hold” – Cara untuk merangsang bayi membuka mulut seluasnya untuk menyusu.

.

Semasa nak memulakan penyusuan, apa kata ibu duduk di atas kerusi yang selesa dengan sokongan di belakang badan.

Pastikan postur anda baik dan tidak ‘meletihkan’ otot tengkuk dan bahu.

Bila anda letih, anda akan stress dan merasakan menyusukan bayi meletihkan.

Stress adalah musuh utama penyusuan.

Kadang-kala, bantal menyusu atau apa juga bantal sangat membantu menyokong bayi semasa menyusu.

Ibu-ibu boleh search ‘nursing pillow‘ dan pilih sahaja mana yang berkenan di hati.

Ain ada satu yang bentuk macam bulan tu. Sangat membantu especially masa bayi masih kecil.

Oh ya, semasa menyusukan bayi, sentiasa pastikan perut bayi dan perut ibu ‘bertemu’ (tummy-to-tummy) ya.

Jangan biarkan anda sendiri ‘bersandar’ pada bayi. Sebaliknya, bawakan bayi kepada anda dalam keadaan postur badan yang betul tadi.

Dah kalau anda yang tertunduk-tunduk nak menyusukan bayi, mestilah letih kan?

Bila dah peluk bayi untuk disusukan, tengok pula telinga bayi, bahunya, dan pehanya, adakah di dalam satu garisan lurus?

Alignment‘ yang baik membantu bayi menelan susu dengan baik.

Tengok pula hidung bayi. Hidung bayi hendaklah berada bertentangan dengan puting ibu (90 darjah).

Sementara itu, kepala bayi didongakkan sedikit. Kalau dagu bayi menyentuk dadanya, itu salah ya sebab mengganggu bayi nak menelan nanti.

.

Bila bayi dah bersedia untuk menyusu, ibu bolehlah cuba merangsang bayi menyusu dengan menyentuhkan puting ke hidung atau bibir atas bayi (rujuk gambar “Sandwich Hold” di atas).

Lekapan yang betul bermula dengan bibir bawah menyentuh areola bahagian bawah.

Kemudiannya memasukkan sebahagian besar areola ke dalam mulut bayi.

Ibu-ibu yang mempunyai payudara besar boleh melakukan teknik ‘cupping‘ untuk rangsangan ini.

Anda boleh memilih samada menggunakan teknik C atau U atau X (rujuk gambar di bawah).

Semasa menyusu, pastikan juga yang dagu bayi berada menyentuh bahagian bawah payudara.

teknik lekapan menyusu

Cara “cupping” untuk ibu yang mempunyai payudara besar atau bayi bermulut kecil.

.

7 Tanda Lekapan Menyusu Betul

.

Seterusnya, bila bayi dah mula menyusu pasti anda akan tertanya-tanya pula, “betulkah teknik-teknik menyusu tadi?

Cuba check ada tak tanda-tanda di bawah, yang mana inilah tanda-tanda lekapan betul:

  • pergerakan membulat rahang bayi (bukan pipi yang bergerak cepat)
  • pipi mengembung
  • tiada bunyi “click”
  • ibu boleh mendengar bayi menelan susu
  • apabila bayi selesai menyusu, puting tidak penyet atau berubah bentuk
  • bayi yang meragam tadi terus senyap bila dapat menyusu
  • ada tanda-tanda bayi kenyang dan puas menyusu:
    • nampak tenang selepas menyusu
    • “terlepas” dari payudara
    • tangan terbuka
    • tertidur semasa menyusu

teknik lekapan menyusu

Salah satu tanda bayi puas dan kenyang menyusu ialah bayi tertidur semasa menyusu. Tangan pun terbuka rileks. ?

.

Bila bayi melekap dengan betul, barulah penyusuan menjadi efektif:

  • bayi dapat menghisap susu secukupnya
  • badan pun dapat ‘detect’ demand bayi sebaiknya
  • ibu dapat meneruskan penyusuan tanpa kesakitan
  • bonding semasa menyusu menjadi moment manis buat ibu dan bayi

Subhanallah, special sangat bonding menyusu yang Allah kurniakan ni! 🙂