tempoh hayat ebm

Tempoh hayat EBM bergantung kepada jenis EBM dan tempat simpanannya.

.

Kadang-kadang kalau sempat Ain akan pam susu dulu & simpan kat suhu bilik sebelum masuk kerja petang.

Bila Walidnya ‘take over shif’ jaga baby lepas pukul 5, bila-bila masa baby ‘menjerit’ kelaparan nak susu sesangat dah, boleh terus bagi ebm ni. Dengan syarat within 4 jam dari time pam la ya.

Jadi mak menyusu yang juga pam ebm ni, salah satu ilmu yang kita kena tau ialah ‘expiry’ ebm.

Kalau tak, penat-penat korang dah pam ‘titisan emas’ ni, pastu korang tak tahu berapa lama suatu ebm tu boleh tahan, then korang buang ebm tu (padahal belum sampai time susu tu dah rosak), tak ke rugi?

Huaaaaa!!! Sedihnya kalau buang ebm!

Jadi, back to point yang nak disampaikan. Sebelum tahu bila ebm ‘expired’, kita kena tahu dulu jenis ebm tu.

.

Jenis-jenis EBM

.

FRESH EBM ialah EBM yang baru dipam, macam kes Ain cerita awal tadi ni.

CHILLED EBM pula ialah EBM yang disejukkan dalam peti ais (bukan sejukbeku) pada suhu lebih kurang 0-4 Celcius.

FROZEN EBM pula ialah EBM yang disejuk-bekukan dalam freezer. Suhu dalam freezer mestilah lebih rendah dari 0 Celcius.

THAWED EBM ialah EBM yang telah dicairkan tetapi masih belum dipanaskan

.

Untuk menentukan jangka hayat EBM, ada pelbagai pendapat dan sumber. Bagi Ain, bab ni mestilah nak cari rujukan dari sumber yang boleh dipercayai. Salah satunya ialah rujukan dari American Academy of Pediatrics seperti dalam gambar di bawah.

tempoh hayat ebm

Atau boleh juga “menghafal” tempoh hayat EBM mengikut kronologi bermula dari EBM dipam.

  • EBM yang baru dipam (FRESH EBM), jika diletakkan di tempat dengan suhu bilik, selamat diberi kepada bayi dalam masa 4 jam.
  • Sebelum 4 jam berakhir, jika anda memasukkan ke dalam peti sejuk (bukan beku), CHILLED EBM ini boleh diberi kepada bayi dalam masa 4 hari hingga seminggu.
  • Sekiranya dari peti sejuk, anda memindahkan EBM ke dalam peti sejukbeku (freezer), FROZEN EBM ini boleh disimpan selama 3-6 bulan bergantung kepada peti sejuk.
  • Jangka hayat EBM yang disimpan di dalam deep freezer adalah lebih lama, 6 bulan hingga setahun.
  • Bila anda ingin memberi EBM kepada bayi, frozen EBM yang telah dicairkan (THAWED EBM) boleh disimpan di dalam peti sejuk dan harus diberi kepada bayi dalam masa 24 jam.
  • Jika thawed EBM tadi sudah pun dipanaskan untuk diberi kepada bayi, cuba habiskan EBM tersebut dalam masa sejam.

.

Peringatan penting:

  1. Jangan terus masukkan fresh EBM ke dalam freezer. Pemindahan EBM sebaiknya dilakukan step by step, iaitu biarkan seketika pada suhu bilik, kemudian sejukkan dalam peti sejuk seketika, dan seterusnya barulah disimpan dalam peti sejukbeku. Ini adalah untuk mengekalkan semaksima yang boleh nutrisi dan kualiti susu ibu.
  2. Sama juga sekiranya anda ingin memberi bayi anda minum susu EBM. Frozen EBM hendaklah dicairkan dengan melalukan botol atau plastik di bawah air pair atau merendan di dalam mangkuk berisi air sejuk. Jangan terus panaskan frozen EBM.
  3. Kemudian barulah panaskan EBM yang telah dicairkan dengan merendam di dalam air panas atau gunakan alat pemanas susu khas.
  4. EBM yang telah dicairkan TIDAK boleh disejukbekukan semulah. Dan EBM yang telah dipanaskan juga TIDAK boleh disejukkan semula.

.

tempoh hayat ebm

.

Klik Tips Menyusu untuk pelbagai info penting lain bagi ibu menyusu.

.

Ainniah Zulkefli
Ibu yang pernah menyusukan 4 orang anak
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak