Kalau tak tahu macam mana kita nak bantu mak kita lebih sihat dan bertenaga, pertimbangkanlah untuk beri mak kita ESP Shaklee yang penuh berkhasiat dari protein tumbuh-tumbuhan (soya) asli. Ini ada real testimoni ESP Shaklee dari seorang mak. Credits to FB: Siti Rahayu Ali (panggilan manjanya ‘Mamayu’).

ESP Shaklee Kebaikan Harga Testimoni

**********

Real Testimoni ESP Shaklee Mak Mamayu

.

“Mak mula ambil ESP masa mula-mula mamayu jual Shaklee. Tahun ni (2019) tahun ke-5 mak ambil ESP.

Tahun pertama mak minum ESP, mak kata badan mak bertenaga. Pagi-pagi mak mesti pergi kebun. Mak tajak tanah. Mak tebas semak. Sampai terang semak depan rumah mak tebas. Mak kata syok lepas mak minum ESP.

Kalau nak tahu, mak ada penyakit berak berdarah. Doktor nak buat operation, tapi mak tak nak. Mak kata mak dah tua. Tak nak susahkan anak cucu kalau terpaksa keluar masuk hospital.

Mamayu pun belikan mak Ostematrix. Mak consume 1 biji 1 malam jer. Sampai sekarang mak masih teruskan pengambilan Ostematrix. Tahun ni tahun ke-5 juga mak consume Ostematrix tanpa miss.

Alhamdulillah, sejak consume 2 benda ni. Mak kata lega sangat sebab penyakit berak berdarah mak terkawal. Tak macam dulu. Pembuangan pun lancar. Badan mak tak sakit-sakit. Badan mak tak bisa-bisa macam dulu. Mak dah tak risau. Mamayu lega.

Mak pernah juga cuba nak tukar ESP ke susu biasa jenama A. Mak minum tak habis pun. Mak kata badan mak terus tak bertenaga. Sebab mak dah biasa dapatkan tenaga dari ESP.

Sekarang ni, mamayu belikan mak Garlic Complex pula. Garlic ni bagus untuk antibodi dalam badan. Mak dulu suka makan bawang putih mentah. Kadang-kadang bakar. Semerbak 1 rumah. Now, mak dah tak perlu buat semua tu. Mak hanya ambil 1 biji setiap pagi untuk dapatkan khasiat garlic sepenuhnya.

Mak kata mak dah jatuh cinta pula dengan Shaklee. Mak tak nak jenama lain. Mak dah serasi sangat dengan Shaklee. Sekarang ni mak konsisten 3 item ni. ESP, Ostematrix dan Garlic Complex.

Tahun ke-5 bukanlah tahun yang singkat mak consume Supplement jenama Shaklee. Bila tengok botol ESP bersusun di atas rak dapur. Jujur dalam hati Mamayu rasa sayu. Sebab mak simpan botol-botol tu.

testimoni esp shaklee

Sebagai anak, memang kita nak beri yang terbaik untuk mak. Tak dapat beri kesenangan pada mak. Dapat berikan mak supplement terbaik untuk mak kekal sihat dan bertenaga dah buat mamayu touching.

Bila orang kata ESP mahal. Mamayu kata bila kita jatuh sakit lagi mahal. Kos perubatan sekarang tinggi.

Buat pemeriksaan biasa pun kena ada RM50 dalam tangan. Kalau nak check dengan kos rendah dengan bayaran RM1 mak terpaksa tunggu lama. Orang tua mana ada tenaga nak tunggu lama-lama macam tu.

Kalau ada yang tanya macam mana mak consume ESP? Jawapan mak: Mak hanya shake 1 sudu besar sahaja setiap pagi sebelum ke kebun. Mak kata dos tu dah cukup untuk mak kekal bertenaga setiap pagi.

Kita memang sayangkan mak.
Kita sentiasa nak mak sihat.
Kita sentiasa nak mak happy.
Kita sentiasa nak mak bertenaga.
Kita juga sentiasa nak buat yang terbaik untuk mak.

Kalau kita nak mak sihat sentiasa walau jauh dimata kita. Mamayu suggest ESP adalah yang terbaik untuk mak yang kita sayang. Walaupun bila jumpa asik nak bergadoh jer, tapi dalam hati masing-masing ada rasa sayang yang tak terungkap.” (Credit to FB Siti Rahayu Ali)

**********

Kenapa ESP Shaklee Hadiah Yang Baik Untuk Mak Anda?

.

  1. Diformulasi dari sumber protein tumbuh-tumbuhan, iaitu soya asli yang tidak diubah secara genetik (non-GMO/non-genetically modified organism) dan berada di bawah Identity Preservation Program (IPP).
  2. PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score), iaitu nilai ke-boleh-serapan ESP ialah 1.0, nilai tertinggi yang bermaksud protein berkualiti dan mudah diserap. Nilai 1.0 ini adalah setanding dengan sumber protein haiwan.
  3. Indeks glisemik ESP hanya 39 – kategori rendah. Maknanya, ia melepaskan gula secara berperingkat, tidak mengakibatkan peningkatan gula darah secara mendadak. memberi rasa kenyang dan bertenaga yang lebih berpanjangan.
  4. Menyediakan kesemua 9 asid amino ‘perlu’ yang tidak dihasilkan tubuh (perlu mendapatkan dari pemakanan).
  5. Setiap hidangan juga membekalkan 500mg kalsium, iaitu bersamaan dengan 50% saranan keperluan harian dewasa.
  6. Pertama kali dihasilkan pada tahun 1961 dan masih mendapat sambutan sehingga ke hari ini, menunjukkan reputasi ESP yang baik.

.

testimoni esp shaklee

Saya juga penggemar ESP Shaklee, mula mengambil ESP sejak Oktober 2012 sehingga kini.

Alhamdulillah banyak manfaat kesihatan yang saya dapat. Kini, mak saya juga penggemar ESP Shaklee ini.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth