tips memilih bisnes

Tips Memilih Bisnes Yang Fleksibel

Zaman sekarang, dah ramai yang bukan ada satu sahaja pekerjaan untuk menyara kehidupan kan. Common je kita tengok orang sebelah rumah, officemate dan even family kita sendiri pun ada bisnes sampingan untuk jana side income.

Bisnes plak ada macam-macam, kita boleh pilih ikut apa yang kita minat atau yang fleksibel bagi kita. Kadang-kadang tu, kawan rapat ada bagi cadangan untuk mulakan bisnes itu ini semua tu. Pernah tak anda pertimbangkan apa ciri-ciri yang ada dalam suatu bisnes tu.

Jom Ain share 7 tips memilih bisnes untuk jana side income.

.

7 Tips Memilih Bisnes Untuk Jana Side Income

.

1. Tips memilih bisnes pertama ialah pastikan produk yang dijual “berkualiti, selamat dan evergreen. Bukan fokus kepada “head-hunting” semata-mata

Produk yang relevan dan ada permintaan sepanjang masa, takkan lapuk dek zaman. Jika produk betul-betul bagus, akan ada permintaan berulang-ulang, customers akan rekemen ke family lain dan kawan-kawan. So, demand akan sentiasa ada dan meningkat. Jadi, bisnes boleh bertahan lama. Silap haribulan dah tak jadi side income tapi jadi main income pula.

tips memilih bisnes

.

2. Modal rendah dan “masuk akal

Kalau boleh dapat free membership lagi cun! Kalau modal dah ratus-ratus ribu-riban, pastu every year pun kena renew, rasa-rasa logik tak?

..

3. Tak wajib beli stok banyak-banyak, sama ada guna sistem dropship or ala-ala dropship.

Sistem macam ni tak membebankan dari segi kewangan. Dan tak perlu bimbang akan rugi kalau stok tak jalan or expired.

Tapi kalau ada simpan sikit stok dalam tangan, lebih senang untuk orang yang nak barang cepat especially yang COD.

.

4. Mudah nak dapatkan produk pada bila-bila masa dari mana-mana sahaja.

Contohnya produk available sepanjang masa, branch dekat, pos pun cepat, boleh buat order secara online, sistem berjalan 24 jam  dan sebagainya.

tips memilih bisnes

Bisnes online sememangnya mudah kerana segalanya hanya di hujung jari sahaja.

.

5. Mudah nak jalankan bisnes

Zaman sekarang kebanyakan bisnes online lebih dominan dari bisnes dengan kedai fizikal (depends jgak bisnes apa).

Bisnes online lebih flexible. Sebab yang hanya diperlukan ialah kerajinan & konsistensi sharing, smart phone dan line internet yang bagus.

Kita boleh decide sendiri juga, nak buka ‘kedai’ kat mana – FB, IG, Google, blog atau apa saja.

.

6. Ada support group yang kuat

Biasanya oleh leaders yang dah terbukti berjaya, tak kedekut share ilmu bisnes, terus-menerus bersemangat nak bantu orang lain & komited dengan tanggungjawab sebagai leader.

Mana ada bisnes yang terus naik saja. Adat dalam bisnes pasti ada jatuh terjelepok dan bangun semula. So support system yang kuat itu penting untuk terus menyemarakkan semangat untuk berjaya tu.

.

7. Ganjaran yang “achievable”

Orang bisnes mestilah nak untung. Ke ada yang nak rugi?

So, pastikan ganjaran yang ditawarkan adalah achievable. Siapa buat, dia pasti akan dapat. Bukan menjanjikan bulan dan bintang yang mustahil untuk dicapai. Hidup tunggang terbalik, tapi habuk pun tadak. Tak mau kan?

.

tips memilih bisnes

Shaklee Innovation Center dibuka pada 20 April 2015. Di sinilah tempat kajian, penyelidikan dan pembangunan produk-produk Shaklee dijalankan oleh barisan saintis Shaklee. Teruskan membaca Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee.

.

Ainniah Zulkefli
Dah jumpa bisnes seperti dalam semua tips di atas 🥰