tips memilih sunblock

“Tapi saya rasa saya tak perlukan sunblock atau sunscreen sebab 24 jam duduk rumah je. Saya surirumah sepenuh masa.”

Kebanyakan kita sudah sedia tahu, apabila keluar rumah sahaja perlu apply sunblock atau sunscreen untuk mengelakkan ‘kulit hitam’.

Tambah-tambah jika bercuti di tepi pantai atau nak menyertai aktiviti di bawah terik matahari seperti marathon atau berenang. Risau sangat kalau-kalau kulit akan jadi lebih gelap.

Amat jarang sekali yang tahu, sebenarnya kulit kita juga memerlukan sunscreen atau sunblock di dalam rumah atau bangunan tertutup.

Tahukah anda, tidak semua, tetapi ada beberapa jenis lampu di dalam bangunan yang membebaskan sinaran ultraviolet (UV)?

Sinaran UV pula merupakan punca nombor satu penuaan kulit, iaitu sebanyak 90%!

Ini kerana, paling kurang pun sinaran UV boleh menyebabkan kulit anda kemerahan. Manakala lebih buruk lagi, sinaran UV menghasilkan bahan reactive oxidative stress (ROS) yang boleh merosakkan DNA dan menjurus kepada kanser!

Lebih malang lagi, bagi mereka yang sensitif terhadap cahaya (photosensitivity) atau mengalami masalah ketidakupayaan memperbaiki DNA (DNA repair deficiency disorder).

Berdasarkan kajian, kesan sinaran UV di dalam bangunan ini bergantung kepada dua perkara:

  1. berapa dekat kulit kita dengan sumber sinaran UV
  2. jenis lampu yang membebaskan sinaran UV

.

Lampu jenis fluorescent memberi kesan penuaan kulit paling banyak. Berbanding lampu jenis LED yang memberi kesan penuaan kulit paling sedikit.

Oleh kerana itu, adalah disarankan supaya kita sentiasa memakai sunblock atau sunscreen walaupun hanya berada di dalam rumah sepanjang hari.

Saranan lain ialah menggunakan sunblock atau sunscreen dengan spektrum luas (broad spectrum) yang mampu memberi perlindungan dari sinaran UVA dan UVB. Sekurang-kurangnya, carilah sunblock atau sunscreen dengan SPF30.

Sebagai info tambahan, seterusnya ialah Tips Pemilihan Sunscreen Yang Sesuai Untuk Anda

tips memilih sunblock

Terdapat 3 jenis sinaran UV – A, B, C – dengan kesan-kesan yang berbeza. Salah satu tips memilih sunblock atau sunscreen ialah dengan memilih yang mempunyai spektrum yang luas (broad spectrum). Ini mampu memberi perlindungan terhadap UVA dan UVB (UVC tidak dapat menembusi lapisan ozon).

.

Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai Untuk Kulit

.

Umumnya, terdapat dua jenis sunscreen paling banyak terdapat di pasaran dengan dua tindakan berbeza – chemical dan physical (mineral).

Masing-masing juga mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing.

Mari kita pergi kepada setiap satu dan kemudian bolehlah anda membuat pilihan yang sesuai untuk kulit anda.

.

1# CHEMICAL SUNSCREEN

Walaupun dinamakan ‘chemicalsunscreen, terdapat sunscreen jenis ini yang diperbuat daripada sumber semulajadi dan dipanggil sunscreen organik.

Chemical sunscreen mengandungi bahan kimia yang mampu menyerap sinaran UV, menukarkannya kepada tenaga haba yang tidak membahayakan, kemudian membebaskannya dari kulit.

Anda boleh mengenali sunscreen jenis ini dengan menyemak sama ada mempunyai bahan-bahan ini – oxybenzone, octinoxate, octisalate, avobenzone.

tips memilih sunblock

Tips Memilih Sunblock : Inilah perbezaan antara chemical sunscreen dan physical sunscreen (sunblock).

.

Jadi, dari segi positifnya sunscreen jenis chemical ini ialah seperti berikut:

  • hanya sapuan yang nipis diperlukan menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian
  • produk yang diperlukan hanya sedikit untuk melindungi kuit
  • lebih mudah digunakan bersama produk lain seperti peptida dan enzim

.

Berikut pula ialah kontra daripada penggunaan sunscreen jenis chemical:

  • risiko merengsa dan menyebabkan iritasi kulit lebih tinggi kerana sinaran UV diserap dan ditukarkan kepada haba
  • lebih banyak bahan diperlukan untuk  perlindungan dari sinaran UVA dan UVB, memerlukan SPF yang lebih tinggi
  • hanya berkesan melindungi selepas 15-20 minit sapuan
  • berpotensi menyumbatkan liang pori, meningkatkan risiko breakout bagi mereka yang bermasalah jerawat teruk

.

tips memilih sunblock

YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer didatangkan dengan SPF50 telah diuji secara klinikal. Sebanyak 100% wanita yang diuji mendapat kulit yang lebih baik. 2/3 daripadanya berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda! Info lanjut baca tentang YOUTH Skincare.

.

2# PHYSICAL SUNSCREEN

Kadang-kala dipanggil sebagai ‘sunblock‘, physical sunscreen dihasilkan mengunakan bahan-bahan mineral seperti titanium dioxide dan zinc oxide, untuk menghalang sinaran UV.

Sunscreen jenis ini bertindak sebagai perisai di luar kulit untuk ‘melantunkan’ sinaran UV jauh dari kulit anda.

Sinaran UV TIDAK akan diserap ke dalam kulit kerana adanya lapisan sunscreen di luar kulit ini.

Kelebihan menggunakan physical sunscreen ialah:

  • menawarkan perlindungan dari sinaran UVA dan UVB
  • selamat untuk dipakaikan kepada bayi dan ibu hamil
  • kulit mendapat perlindungan sejurus selepas sunscreen disapu (tidak perlu tunggu beberapa minit seperti chemical sunscreen tadi)
  • kurang risiko merengsakan kulit jadi sunscreen jenis ini adalah pilihan yang lebih baik sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif terhadap haba
  • lebih tahan lama berbanding chemical sunscreen

.

Dari segi negatifnya pula, physical sunscreen:

  • memerlukan aplikasi yang lebih kerap kerana mudah hilang dek sapuan, berpeluh dan air
  • membentuk lapisan berwarna putih pada kulit terutamanya jika anda berkulit gelap
  • memberikan rasa lebih ‘berat’ jika anda menggunakan mekap atau berpeluh
  • perlu disapu dalam kuantiti yang banyak untuk ia berkesan sebagai pelindung

.

tips memilih sunblock

.

Jadi, sudah faham dan boleh tentukan sunscreen jenis mana yang lebih sesuai untuk anda?

Sebenarnya, walau sunblock yang mana jua pilihan anda, yang paling penting gunakanlah ia secara konsisten.

Barulah akan mendapat hasilnya.

Ingat, 90% penuaan kulit adalah disebabkan oleh sinaran UV.

Tak nak cepat tua, pakailah sunscreen setiap hari walaupun di dalam rumah sepanjang hari.